Tuesday, November 24, 2009

Masjid 'Anggap Saja Aku Dah Makan' Mencabar Orang Kaya.

Masjid ini walau pun sederhana tetapi melimpah-limpah jamaahnya. Berkat.. tidak kosong walaupun masjidnya besar..


DUA gambar di atas ini, adalah gambar sebuah masjid di Turki. Nama masjid itu ialah Shanke Yadem. Apa istimewanya, sehingga dikatakan mencabar orang kaya itu?

Begini kisahnya..

Di sebuah kawasan bernama Al-Fateh, pinggiran kota Istanbul, ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Bila merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan atau lain-lainnya, dia berkata pada dirinya, "Anggap saja aku dah makan..."

Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanan itu dimasukkan ke dalam kotak simpanan.… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya saja.

Begitulah, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya, membangun sebuah masjid. Tanpa disedari, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, hanya sebuah pagar persegi empat, ditanda dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.

Akhirnya, Khairuddin berjaya mewujudkan cita-cita yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan. Bagaimana Khairuddin yang miskin boleh membina sebuah masjid? Begitulah hebatnya Khairuddin walaupun miskin wang tetapi kaya dengan sifat dermawan, sehingga orang kaya pun tak mampu buat begitu.

Setelah masjid itu tegak, masyarakat tertanya-tanya dan setelah mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi nama, “Anggap saja aku dah makan." atau dalam bahasa Turki disebut 'Shanke Yadem'

Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki pendapatan lebih dari kaum Muslimin di dunia, berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit, dan keperluan umat dapat dibangunkan.. Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa perlu meminjam ke lembaga atau negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Berapa banyak pembaziran dilakukan, walaupun dalam bentuk makanan, pakaian dan lain-lain? Bukan saja di negara-negara Arab, bahkan di Malaysia juga. Pembaziran dan gaya hidup mewah raja-raja, sultan-sultan, pemimpin-pemimpin, walaupun bertopengkan Islam?

Kalau kaum Muslimin memiliki konsep hidup sederhana, mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga berbanding rumah di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi ini, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu.

Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah berkah yang Allah bukakan dari langit dan bumi. Tetapi kenyataan adalah sebaliknya.(Q.S. Al-A’raf / 7 : 96) 'Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal yang sehat!

Jadi kewujudan Masjid Shanke Yadem ini sebenarnya mencabar orang-orang kaya, yang mementingkan gaya hidup mewah membazir, tanpa melihat, mensyukuri dan mempelupori usaha-usaha membangunkan agama Allah. mereka sebenarnya tidak menggunakan akal!

(Sumber :Dari buku 'Keajaiban Sejarah Ustmani', oleh Urkhan Mohamad Ali)

Rujukan, sila klik tulisan lalu...

Monday, November 23, 2009

Sidang Media Tok Guru & Ariffahmi: Terima Dengan Lapang Dada..

Sidang Media Tok Guru

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai. Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu Tok Guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi Tok Guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah Tok Guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua. Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM? Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur, sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat, dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan, bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca. Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Sidang media Abdul Ariffahmi

Macam mana pendirian saudara Arif?
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya Show Allamat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.

(Diangkat dari Harakahdaily Net)

Nik Aziz Setuju Menantunya Letak Jawatan, Walaupun Tiada Bukti SPRM

Menantu tok guru.

KOTA BHARU, 23 Nov: Harakah melaporkan, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan. Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB).. Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian. Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi. Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.. Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak. "Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK. "Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Ariffahmi meletak jawatan. Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini. Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini. Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah hebatnya, jika kita kembali kepada konsep musyauwarah. Walaupun masih belum dibuktikan kesalahannya, demi mengawal api fitnah supaya jangan membakar hangus dan menjaga nama baik parti Islam, maka masing-masing redha dengan keputusan bersama. Al-hamdulillah. (2MA)

Sunday, November 22, 2009

'Konspirasi Kawal Tok Guru & Jatuhkan Husam' Pula!



SESEORANG memberi komen mengenai tulisan, 'L/Jawatan: Husam Bermanfaat Di K'tan & M'sia -Nik Aziz' berbunyi..

"Memeranjatkan! Konspirasi pertemuan antara pegawai-pegawai JPM dengan pimpinan PAS Kelantan di rumah Pak Nik Husin L’gar sehari sebelum Najib berada di KB beberapa bulan lalu. Konspirasi untuk “mengawal” TGNA dan menjatuhkan YB Husam! Antara yang hadir Ust Nik Abduh, Ust Saari Mustafa, Azhar Botak dan seorang exco Kelantan.

Yang berlaku sekarang di Kelantan ialah direct result dari perancangan di rumah Pak Nik Husin. Apa pula misi Azhar dan Pak Nik Husin ke Moroko beberapa hari selepas pertemuan dengan 5 pegawai JPM di atas? Kassim Slamat. November 22, 2009 4:24 PM Delete"

Soalnya betul ke??

Oleh Megat Ali Megat Alang
Delete

Laluan Sukar Bagi PAS Menang DUN K/Siputeh -S/Nasution


SHAH ALAM – Pas berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah disebabkan Kota Siputeh itu adalah kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN).

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain kubu kuat, pemilihan calon sebutan ramai, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga menyebabkan Pas berhadapan masalah meraih kemenangan di kawasan tersebut.

Menurutnya, Pas dan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu PKR dan DAP tidak harus memandang remeh akan kelebihan UMNO/BN itu. “Jika Mukhriz calonnya, kita (Pas, PKR, DAP) perlu pandang :serius sebab (Mukhriz) ada banyak kelebihan. Selain mempunyai jawatan dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (Mukhriz) dilihat sebagai tokoh yang tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi.

“(Mukhriz) juga Ahli Parlimen Jerlun dan disegani semua penduduk di situ. Malah, kelebihannya sebagai anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan satu bonus kerana sebahagian anak-anak muda di situ melihat Tun Mahathir sebagai pemimpin di hormati,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Saifuddin, kelebihan parti kerajaan tidak bermakna Pas juga tidak miliki sebarang keistimewaan tersendiri. Katanya, kelebihan tunggal parti pembangkang adalah kejayaan menubuhkan kerajaan PR di Kedah. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, walaupun DUN Kota Siputeh kubu kuat UMNO/BN, tidak bermakna Pas telah gagal sebelum berjuang.

“Kita (PR) akan pastikan menggempur habis-habisan DUN itu sekiranya Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) memutuskan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh perlu diadakan.

“Kita begitu optimis mampu membuat kejutan besar sekiranya jentera PR di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan bekerjasama dalam semua aspek untuk pastikan DUN Kota Siputeh milik kita,” katanya.

Mengulas berkaitan PR yang berhadapan pelbagai krisis sejak kebelakangan ini, Saifuddin berkata, itu bukan penghalang pakatan pembangkang menawan Kota Siputeh. “Apa-apa yang berlaku merupakan proses mematangkan semua ahli. Saya melihat, itu bukan masalah utama dan harapan saya agar semua ahli pakatan mengetepikan sebarang hal remeh temeh ketika kita bergabung tenaga pada pilihan raya kecil di Kedah nanti,” katanya. (Sumber: S/Harian/AK)

L/Jawatan: Husam Bermanfaat Di K'tan & M'sia -Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebutkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan Datuk Husam Musa adalah pemimpin yang banyak memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Kelantan, juga negara Malaysia seluruhnya.

"Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam."

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing. Portfolio kewangan yang dipegang beliau banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam. Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan. Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan. “Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.. Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah. Sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan Cina, wartawan Cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi. (Sumber: Harakah/2MA)

Se ekor Kucing Dihukum Penjara Kerana Bantu Tahanan Palestin

Angkat tangan, kamu dihukum! Israel menghukum tidak kira manusia atau binatang..

NOV 2009 Seekor kucing dihukum penjara oleh pihak berkuasa Israel, kerana dituduh telah membantu penghuni sel isolasi di kem tahanan Negev, yang terletak di antara Mesir dan wilayah yang diduduki Israel.Israel. Menurut pejabat Isreal, kucing tersebut membantu para tahanan Palestin membawa barang-barang ringan seperti surat, roti dan lainnya dari satu sel ke sel yang lain.

Kucing itu telah memberikan bantuan kepada tahanan di sana selama berbulan-bulan hingga akhirnya terbongkar diketahui baru-baru ini. Pengelola penjara memberikan hukuman yang sama seperti tahanan manusia kepada kucing tersebut. Ia dikurung dalam sebuah sel isolasi, seperti hukuman yang dikenakan kepada tahanan yang dibantunya.

Ada puluhan kucing liar yang berkeliaran di antara sel atau ruang tahanan di kem dan penjara Israel, terutama di pusat-pusat tahanan terbuka seperti Negev. Israel sengaja menjadikan suasana penjara dan kem tahanan dalam keadaan menyeiksa dan tidak selesa untuk menurunkan semangat hidup orang-orang Palestin. Melihat begitu banyak kucing yang berkawan dengan tahanan, pejabat Pentadbiran Penjara Israel memutuskan untuk menyingkirkan dan menghukum kucing-kucing ter
sebut.(Sumber: Hidayatullah/ AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails