Tuesday, December 01, 2009

Dikehendaki Pengedar & Pemborong Pakaian Muslimah..

JOM BISNIS
Gambar usahawan-usahawan Melayu di China. Kiri sekali pemborang pakaian muslimah ke seluruh Malaysia. (sila klik SINARINSPIRASI)

Untuk kisah catatan Perjalanan Ibnu Hasyim di China klik di sini..
Usahawan Melayu Di G'zhou
SINAR INSPIRASI masih memerlukan pengedar di setiap daerah atau wakil negeri seluruh negara. Jika anda berminat..
klik disini SINARINSPIRASI
Juga disertakan nama dan nombor telefon pengedar tshirt muslimah di beberapa tempat di Malaysia.

Lihat Gambar Ini. Siapa Lebih Melampau?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (gambar kanan) berjalan sambil memijak poster tiga ADUN Bebas manakala Lim Guan Eng melompat poster tersebut sambil diperhatikan ahli-ahli DAP semasa konvensyen parti itu di Ipoh, Perak, kelmarin.

Tindakan Melampau

Tindakan beberapa pemimpin DAP memijak poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Perak, ketika menghadiri konvensyen parti itu di Ipoh kelmarin sememangnya tidak boleh dimaafkan.

Perbuatan yang tidak masuk akal dan melampaui batas kesusilaan itu jelas menggambarkan betapa pemimpin pembangkang termasuk yang bertaraf Ketua Menteri tidak menghormati sensitiviti rakyat negara ini.

Ternyata pemimpin pembangkang tidak boleh menerima hakikat ketiga-tiga ADUN itu sanggup keluar meninggalkan pakatan pembangkang sehingga tergamak memijak poster Hee Yit Fong (Jelapang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) [-sedutan dari Utusan Online Dis 1, 2009]

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jangan kata mereka, sepatutnya seluruh pengundi-pengundi Pakatan Rakyat di Perak berhak memijak dan meludahi muka-muka pembelot yang mengkhianat dan memijak harapan rakyat pengundi-pengundi yang mengangkat mereka.. Sehingga menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah pilihan rakyat, dan menaikkan rejim haram bagi menzalimi rakyat Perak.

Tidak timbul soal Melayu-Cina, kerana ketiga-tiga mereka adalah dari bangsa-bangsa itu juga. Tindakan mereka sebenarnya lebih melampau lagi dan tidak boleh dimaafkan! (AK)

Pemuda UMNO bakar gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulai Pinang.

Monday, November 30, 2009

Tanda Pembuka Laluan Dr M Sertai PAS?


KUALA LUMPUR, 30 Nov 2009: Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana 'Umno busuk hingga ke ususnya.' Dr M mengulas hal tersebut dalam 13 perkara. Apakah tulisan tersebut adalah sebagai tanda pembuka laluan ke arah ingin menyertai PAS? Sekurang-kurang supaya orang lain dulu atau terus sama-sama menyertai PAS beramai-ramai? Dalam politik macam-macam boleh jadi.. tiada mustahil.

Anda cuba menilai sendiri. Begini tulisannya..

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Kepada Dr M, jangan sampai Pak Lah masuk PAS dulu. Bekas PM sebelum ini pun ada yang sertai pembangkang. Itu sahaja, sekian. (AK)

Awas, Filem 'Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur' Al-tantuya.

HALAMAN HIBURAN
"TEMAN jangka filem drama bersiri ini akan mendapat kekangan dari penapis filem Malaysia dan sungguh bertuah jika dilulustayang. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia akan berusaha menyaksikannya agar tidak meninggalkan lakunan yang dibintangi oleh bintang Hong Kong terkenal."

Demikian lapuran dari Menurut blog itu lagi, telah terbukti berita tersebut menjadi tatapan & tumpuan oleh masyarakat negara luar selain turut diberi liputan luas di negara ini. Juga ini menunjukkan bahawa isu semasa ini amat menarik untuk diperhalusi akan kebenarannya yang sebenar. Penangan dan liputan meluas mengenai pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4 sebelum ini, menyebabkan TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.

Ramai sudah tahu, Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati. Menurut laporan itu lagi, bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak, yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita tunggu dan tonton ramai-ramai kalau kedatangan filem itu menjadi realiti. Mungkin ianya akan menjadi suatu bahan sejarah dalam kepimpinan negara Malaysia, atau sekurang-kurang dapat mencungkil kembali tragedi yang tidak dapat dilupakan. (AK)

Janji-Damai M'sia/PKM: Yang Lucu

Hotel Lee Garden di mana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM.

Perjanjian bersejarah... (dari kanan) Abdullah C.D. dan Chin Peng menandatangani perjanjian damai dengan Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand dan wakil Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman di Haadyai pada 2 Disember 1989. -Foto THE STAR oleh ROHAIZAT

Satu Detik Bersejarah Yang Bertukar Menjadi Detik Yang Melucukan...

SABTU, 2 DISEMBER 1989; Jam hampir 10.30 pagi dan Hotel Lee Garden di mana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM telah dipenuhi oleh wartawan dan orang kenamaan yang ingin menyaksikan satu detik bersejarah - sesuatu yang gagal disaksikan pada 28 dan 29 Disember 1955.

“Tolong duduk! Tolong Duduk.... Jika tuan-tuan tidak duduk, bagaimana kita hendak memulakan majlis kita yang bersejarah ini...orang belakang pun nak tengok juga,” demikian kata-kata awal yang keluar dari mulut juruacara pada hari itu, seorang pegawai muda dari angkatan bersenjata Thailand yang bertutur dalam bahasa Inggeris yang kadang-kadang kedengaran sangat melucukan.

Hakikatnya, beliau sedang berhadapan dengan satu tugasan yang sangat berat dan besar pada hari itu - bagaimana untuk mengawal situasi yang kelihatan kelam-kabut kerana para jurugambar yang telahpun memenuhi barisan hadapan di antara pentas utama dan kerusi para tetamu enggan memberi kerjasama kepadanya.

Berkali-kali juruacara itu merayu kepada para jurugambar supaya memberi ruang kepada para tetamu menyaksikan majlis itu dengan sempurna tetapi rayuannya itu tidak diperdulikan.

Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam gambar mugshot Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Ah Sek. Suasana kelam kabut itu menjadikan majlis yang sepatutnya serius dan penuh bersejarah itu tidak ubah seperti kaunter pasaran saham dengan bunyi bising para jurugambar berasak-asak untuk menuju ke hadapan seboleh mungkin.

Dalam keadaan yang berasak-asak ini salah seorang daripada jurugambar telah terjatuh di atas jambakan bunga yang menghiasi meja di mana kesemua wakil kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM akan menandatangani perjanjian damai mereka.

Manakala jurugambar yang berada di belakang pula sama ada memanjat belakang rakan jurugambar yang lain atau berdiri di atas kerusi yang disediakan untuk tetamu-tetamu VIP di barisan hadapan sekali. Dari belakang, kami hanya dapat menyaksikan badan para jurugambar. Mereka yang akan menandatangani perjanjian damai itu sudah tidak kelihatan lagi.

Dalam suasana hiruk pikuk inilah wakil-wakil Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM menurunkan tandatangan mereka di atas kertas perjanjian damai yang bersejarah itu bagi menamatkan perjuangan bersenjata PKM ke atas Kerajaan Malaysia selama lebih 41 tahun.

****

Bila dikenang kembali, peristiwa bersejarah itu sesungguhnya melucukan terutama sekali apabila teringatkan suara juruacara yang terus menerus merayu dengan kata-kata “thank you for your corporation” dan kemudian diikuti dengan “thank your for everybody...”

Ramai di kalangan wartawan ketawa setiap kali mendengar juruacara itu mengulangi ayat “thank your for everybody...” dan tertanya-tanya perlukah dia mengakhiri kata-katanya itu dengan “thank your for everybody...”

Dari belakang, juruacara berkenaan seolah-olah tenggelam di tengah-tengah riuh rendah jurugambar yang menjerit-jerit nama Chin Peng dan Rashid Maidin supaya memberikan pos yang istimewa di hadapan lensa. Yang kelihatan hanyalah tangannya yang diangkat tinggi meminta semua orang bersabar dan duduk. Hakikatnya tidak ada siapapun yang memperdulikan rayuannya lagi.

Majlis itu bukan sahaja berlangsung dengan begitu pantas sekali dan singkat, malah kawalan keselamatan pihak penganjur di sepanjang berlangsungnya majlis itu juga sangat menghairankan.

Tidak ada seorang pun dikenakan pemeriksaan keselamatan untuk menuju ke tingkat 12 Hotel Lee Garden di mana majlis ini berlangsung. Malah pas masuk yang tertulis dalam bahasa Thai boleh diperolehi dengan mudah di lobi hotel berkenaan.

Di sekitar kawasan lobi dan di luar hotel juga, tidak ada kawalan keselamatan yang ketat dilakukan walaupun mereka yang berpakaian seragam berwarna coklat (polis) dan celoreng tentera memenuhi kawasan berkenaan.

Apabila melihat keadaan sudah tidak terkawal lagi, juruacara majlis itu dengan tergesa-gesa memulakan majlis dengan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu sebaik sahaja Chin Peng dan rombongannya yang sedang berdiri sambil melambai-lambai tangan ke arah para jurugambar melabuhkan punggung mereka ke atas kerusi.

Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand adalah yang pertama yang dijemput untuk menyampaikan ucapan. Beliau menyampaikan ucapannya yang ringkas dalam bahasa Thai yang kemudiannya diterjemahkan oleh juruacara itu.

“Apa yang anda saksikan hari ini akhirnya membuktikan bahawa perbezaan pendapat dan masalah tidak boleh diselesaikan dengan cara kekerasan,” kata Chavalit.

Selepas Chavalit, wakil Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman pula dijemput berucap.

Beliau berkata, perjanjian hari ini akan membuka jalan kepada pembangunan sosio-ekonomi yang lebih baik dan teratur untuk kemakmuran rakyat Malaysia.

“Dengan tamatnya kegiatan persenjataan komunis, lebih banyak rancangan pembangunan dapat dibawa ke kawasan-kawasan sempadan dan ini termasuklah kepada negara jiran, Thailand,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Thailand di atas kerjasama yang ia berikan sehingga terhasilnya perjanjian damai ini.

Lima minit kemudian, tibalah giliran Chin Peng. Beliau memulakan ucapannya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Cawangan Khas PDRM dan juga Komander Wilayah 4 Tentera Thai yang telah mengaturkan pertemuan dan rundingan dengan pihak PKM.

Chin Peng berkata, apa yang telah dipersetujui hari ini adalah selaras dengan dasar PKM untuk mewujudkan perdamaian.

“Ia juga adalah selaras dengan arus masa kini di mana rakyat di seluruh dunia memperjuangkan perdamaian dan demokrasi serta selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara Malaysia dan Thailand.

“Kami yakin bahawa penandatanganan persetujuan damai ini akan mencatat satu lembaran baru dalam sejarah tanahair kami dan akan memberikan sumbangan penting ke arah mewujudkan kemakmuran dan kestabilan di Malaysia serta di kawasan sempadan,” kata Chin Peng.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan melafazkan ikrar taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara dan juga ikrar taat setia kepada negara.

Sebaik sahaja Chin Peng selesai menyampaikan ucapannya yang penuh dramatik itu dan belum pun sempat beliau duduk semula, juruacara terus merampas semula mikrofon dan mengumumkan; “Yes Mr Chin Peng, you can now officially sign on the dotting line...” katanya dalam bahasa Inggeris yang sangat melucukan.

Mendengar kata-kata itu, Chin Peng pun sambil tersenyum dan tanpa melengahkan masa lagi terus menandatangani perjanjian itu dan kemudiannya diikuti serentak oleh Pengerusi CPM, Abdullah CD dan Rashid Maidin.

Sejurus selepas wakil-wakil Kerajaan Malaysia dan Thailand menurunkan tandatangan masing-masing, juruacara itu dengan selamba berkata; “All of you can continue to exchange the document if you wish to do so...”

Kata-katanya yang ringkas dan bersahaja pada satu majlis yang besar dan penuh bersejarah itu sekali lagi mencuit hati para wartawan dan tetamu yang hadir sehingga mengundang gelak ketawa.

****

Pada masa ketiga-tiga pihak yang menandatangani perjanjian damai itu menukar-nukar dokumen, kelihatan para wartawan dan jurugambar mundar-mandir ke sana kemari mengambil gambar di sekitar dewan itu sebagai kenang-kenangan. Malah ramai yang ingin bergambar dengan isteri Komander Regimen Ke-12 PKM, Ah Sek iaitu Zainon Chan dan isteri Abdullah CD, Suriani Abdullah.

Saya tidak mengambil walau sekeping foto pun. Mungkin kerana asyik memerhati apa yang sedang berlaku dan juga mungkin kerana terlalu teruja dengan peristiwa bersejarah ini.

Tetapi suasana yang relaks itu kembali menjadi kelam-kabut apabila para wartawan berpusu-pusu kembali ke meja hadapan sebaik sahaja juruacara mengumumkan bahawa Chin Peng akan memberikan sidang akhbarnya.

Dan keadaan kemudiannya menjadi seperti tidak terkawal lagi apabila beratus wartawan yang menduduki kerusi tetamu di barisan belakang menyerbu serentak ke meja hadapan sambil berlari merempuh tetamu-tetamu VIP setelah menyedari Chin Peng tanpa membuang masa terus memulakan sidang akhbarnya.

Yang menyulitkan keadaan ialah apabila para wartawan terpaksa berasak-asak untuk ke meja hadapan di mana Chin Peng berada bersama-sama beratus jurugambar yang tidak mahu berganjak langsung dari tempat di mana mereka berdiri.

Suasana yang penuh kelam kabut itu berterusan sebaik sahaja Chin Peng selesai mengadakan sidang akhbarnya kerana selepas itu para wartawan pula yang menyerbu Chin Peng untuk mendapatkan tandatangannya dan saya adalah salah seorang daripadanya.

Bila saya menghulurkan buku cenderamata majlis untuk beliau tandatangani, Chin Peng menoleh kearah saya dan bertanya; “Saudara dari mana?” Saya menjawab “Utusan Melayu”. Dan Chin Peng sambil tersenyum berkata; “Saya baca Utusan Melayu...”. Beliau kemudian menurunkan tandatangannya di atas buku cenderamata itu.

Tandatangannya bersih dan kemas membuatkan anda boleh mengeja namanya dengan jelas. Tetapi ada yang menghulur wang kertas Ringgit Malaysia dan Thai Bath untuk Chin Peng tandatangani. Beliau tersenyum dan turuti kehendak tuan yang punya wang.

Dan begitulah majlis yang disusun dan diatur rapi untuk menjadi satu majlis yang penuh bersejarah akhirnya berakhir dalam suasana yang sungguh melucukan. (Di angkat dari Mstar Online sambungan dari Ulang Tahun Ke-20 Janji Damai M'sia/PKM)

Ada kaitan..

Hidup Begini Pun Ada Dalam Negara Makmur, Kaya....

GAMBAR ini diambil dari MyMetro hari ini. Kisah di Johor Bahru. Disebabkan kedaifan hidup, sepasang suami isteri mualaf yang mempunyai 12 anak terpaksa bergantung pada sumber air parit dicemari sisa baja dan bangkai untuk kegunaan seharian, termasuk membancuh susu bayi mereka yang baru berusia sebulan. Akibatnya, 14 beranak itu kini digelar ‘keluarga jijik’ oleh segelintir penduduk di sekitar penempatan setinggan Kampung Sungai Plentong di sini.

Ketua keluarga berkenaan, Mohamad Jeeva Abdullah, 43, berkata meskipun menyedari penggunaan air parit boleh memudaratkan kesihatan dirinya dan anak-anak, keluarganya tidak mempunyai pilihan kerana tidak berkemampuan mendapatkan bekalan air bersih dari luar. Dia dan isterinya, Salmah Abdullah, 40, serta anak-anak sudah lali dengan keadaan ini kerana hanya air parit dan air hujan saja boleh diperoleh secara percuma.

Mohamad Jeeva memeluk Islam sembilan tahun lalu manakala hati Salmah terbuka untuk menerima agama Islam pada Oktober lalu. Menyingkap sejarah hidupnya memeluk Islam, Jeeva berkata, dia ingin mencari kebenaran dan petunjuk dalam hidupnya. Menurutnya, dia dan isterinya tabah menghadapi pelbagai dugaan termasuk bagi menyara kehidupan 12 cahaya mata termasuk anak ketiga mengalami masalah lembam.

Pasangan berkenaan dikurniakan tujuh anak perempuan dan lima lelaki termasuk Raju, 16, Shalini, 11, Sarla, 11, Sakti, 9, Visali, 9, Tavita, 8, Roja, 7, Deevankumar, 6, Uganindran, 4, Priya, 2, Selvakumar, berusia setahun dan Arvind, bayi berusia sebulan. Akibat kesempitan hidup, Jeeva berkata, dua daripada cahaya matanya terpaksa menumpang di kediaman saudara-mara bagi memudahkan mereka ke sekolah memandangkan dia tidak dapat menghantar mereka kerana tidak berkemampuan memperbaharui cukai jalan dan insurans motosikalnya.

Sementara itu, Salmah berkata, dia yang memeluk Islam sehari sebelum melahirkan anak bongsunya juga berhajat mengislamkan semua anaknya dengan secepat mungkin. Bagaimanapun, katanya dia sekeluarga menghadapi kesulitan hendak ke pejabat agama di pusat bandar raya bagi menyelesaikan urusan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk tambang pengangkutan awam ke sana.

“Saya boleh mengucap kalimah syahadah dan begitu juga dengan anak-anak yang tidak sabar menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

“Kami berharap pihak berkuasa menyediakan bimbingan dan panduan agama selain sayangi kami sebagai saudara Islam.

“Kami berharap mampu menjalani kehidupan yang lebih bermakna pada tahun depan di mana anak-anak turut menunjukkan minat bagi mengikuti kelas Fardu Ain secepat mungkin,” katanya sambil menunjukkan sijil perakuan Islamnya yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam negeri. Berita penuhnya boleh lihat di MyMetro.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam negeri yang kononnya kaya, makmur, membangun, dan mengaku negara Islam pun masih ada kehidupan rakyatnya begini. Tidak ingatkah kita kepada sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud "Bukanlah orang Mukmin yang tidur kekenyangan sedang jiran di sebelahnya tidur kelaparan".

Bukan Mukmin kalau ia tidur kenyang, mewah dalam istana dan singgahsana, bazir duit sana sini, sedang jiran se negeri atau se nagaranya masih dalam kemiskinan dan kelaparan. Bayangkan nilai jumlah perbelanjaan sebuah keluarga miskin, masih belum sama dengan perbelajaan makan se ekor anjing mainan milik orang kaya.. (2MA)

Ada kaitan...

'American Dream': Rakyat Jadi Pelarian Di Bumi Sendiri.

Exco K'tan Yang Tamak Jawatan MB Dicabar!


JIKA mahu dibandingkan dengan salaf soleh yang berjuang islam, amat jauh beda dengan orang sekarang yang berjuang Islam. Abu Bakar mati-matian menolak jawatan khalifah, waima beliau layak. Omar yang tersangat layak, tidak semena-mena menyokong cadangan Abu Ubaidah untuk dilantik Abu Bakar menjadi Khalifah.

“sekiranya ada nabi selepasku, sudah pasti nabi itu adalah Omar” ucapan Nabi SAW yang kedengaran ke telinga Abu Bakar, menyebabkan Abu Bakar agak berat menerima jawatan Khalifah setelah kewafatan Nabi. Pada Abu Bakar, selepas Nabi SAW, Omar amat layak untuk jawatan tersebut. jika tidak, masakan Nabi SAW mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Waima kenyataan sebegini menandakan kelayakan Omar untuk memegang jawatan Khalifah, ternyata Omar lebih mementingkan keuntungan umat Islam berbanding keseronokkan dalam memegang kuasa. Justeru, Omar menolak dari menerima jawatan tersebut, malahan memberi sokongan penuh terhadap cadangan untuk dilantik Abu Bakar sebagai Khalifah Islam pertama, selepas kewafatan Nabi SAW.

Kisah sebegini berlaku, dikala Nabi SAW sudah pun wafat. Pun begitu, ia berada dalam proses pengkebumian. Memandangkan urusan pentadbiran politik merupakan sesuatu yang penting, menyebabkan perbincangan tentang pengganti Nabi SAW semakin rumit yang melahirkan kelewatan dalam mengkebumikan jenazah nabi SAW.

JAWATAN MB

Cerita sebegini mustahil berlaku di kalangan manusia yang sedang berebut jawatan MB di Kelantan? Waima Tuan Guru masih sihat, sudah kedengaran suara-suara ‘bangsat’ kearah itu.

Apa yang dapat dilihat, di saat ini, rakyat kelantan sedang berhadapan dengan satu isu yang amat besar, iaitu mereka ‘dirogol hak’ dalam isu minyak, tiba-tiba seorang pimpinan PAS berjawatan exco, malahan bertitle ulama boleh mengeluarkan kenyataan yang berbau “tamak jawatan” untuk jawatan MB kelantan.

Bukankah, orang yang berbicara tersebut seorang exco? Justeru, kenapa tidak digunakan ruang dalaman kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan yang mahu dibangkitkan? Ini kerana, sebarang kenyataan yang dilontarkan oleh seseorang exco kerajaan menerusi media, sudah pasti ia akan melahirkan polimik. Jika mahu dilontarkan juga ke alam media, dicadangkan letak sahaja jawatan exco, kemudian buatlah sebanyak mungkin kenyataan media di luar kawalan kerajaan.

Ini kerana, kenyataan media seperti ini, akan melahirkan polimik kerajaan sepertimana keadaan yang agak sama berlaku dalam isu yang melibatkan Dato` DR. Hasan Ali yang dikatakan mahu jadi MB yang bersuara dalam isu selcat pada satu hari raya Aidil fitri baru-baru ini.

Apa sudah jadi dengan sebilangan besar ulama-ulama yang berada dalam PAS? kelihatan ”hub ar-riasah” sudah menjalar masuk dalam jiwa mereka. Mereka sudah tidak lagi tidak dilihat sebagai pejuang hak rakyat, tetapi dilihat sebagai manusia yang tidak sabar hendak memegang sesuatu jawatan penting.

Contohnya seperti Isu minyak. Dilihat, ia tidak disuarakan dengan serius oleh ulama-ulama ini, tetapi disuarakan oleh golongan bukan ulama.

Jika keadaan ini berlaku, tunggulah kejatuhan kepimpinan ulama di masa akan datang…

Bacalah pesanan Nabi SAW berikut;
يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا

Maksudnya;
”Wahai Abdur Rahman bin Samurah, jangan kamu meminta jawatan. Ini kerana, jika kamu diberinya dalam sesuatu masalah, akan diwakilkan kepada diri kamu (tanpa dapat pertolongan dari Allah)” (Al-Bukhari : 6132)

Juga satu pesanan penting dari Nabi SAW;
مَنْ طَلَبَ قَضَاء الْمُسْلِمِينَ حَتَّى يَنَالهُ ثُمَّ غَلَبَ عَدْله جَوْره فَلَهُ الْجَنَّة ، وَمَنْ غَلَبَ جَوْره عَدْله فَلَهُ النَّار

Maksudnya;
”Barangsiapa meminta sesuatu urusan orang islam, sehingga dia mendapatnya. Kamudian keadilannya melebihi kezalimannya, maka baginya syurga. Sebaliknya, jika kezalimannya melebihi keadilannya, maka baginya neraka” (Abu Daud : 3104)

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

(Diangkat dari Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang.)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails