Sunday, December 13, 2009

Vedio Ini, Ada Yang Cuba Ugut Jangan Siarkan?

Seseorang menelefon mengugut mengenai penyaiaran klip vedio ini di web Ibnu Hasyim..

klip di sini...

Video Ini.. Wajarkah Israel Biadab Di Ajar Begit...

Kes Monahara: Ke Peringkat Antarabangsa


Kemaskini
Manohara akan bawa kes ke peringkat antarabangsa

KOTA BHARU 13 Dis. – Manohara Odelio Pinot tetap menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini yang memerintahnya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1.112 juta kepada suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Bagaimanapun ibunya, Daisy Fajarina ketika dihubungi di Jakarta memberitahu Utusan Malaysia, pihaknya tidak dapat memenuhi perintah tersebut.

Katanya, Manohara pernah memberitahu, keselamatannya tidak dijamin apabila datang ke negara ini apatah lagi kembali semula ke Kelantan.

‘‘Sebagai manusia, Manohara berhak mempunyai rasa takut dan selesa, berhak untuk memilih teman hidup, mencintai keluarga dan ibu kandungnya sendiri mengikut hak-hak asasi kemanusiaan.

‘‘Dalam kes ini, kami menghormati keputusan pihak mahkamah tetapi terus terang, selepas apa terjadi terhadapnya selama tinggal di sana, dia takut untuk kembali ke Kelantan,’’ ujarnya.

Manohara Diperintah Taat, Bayar Hutang RM1 Juta

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini memerintahkan Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Hakim Syarie Mohd Yusof Awang berkata perintah itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry (kanan) melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.

Ketika membacakan penghujahan penghakiman lebih sejam itu, Mohd Yusof memerintahkan hukuman kembali taat terhadap Manohara itu berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut.

Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan.

"Saya berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif termasuk keterangan saksi sebelum ini dan setelah mengambil kira semuanya, pihak defendan perlu kembali taat dan membayar hutang kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan," kata Mohd Yusof.

Pada prosiding ini, Tengku Temenggong turut hadir mendengar keputusan tersebut tanpa kehadiran isterinya itu.

Manohara juga tidak diwakili mana-mana peguam selepas peguamnya sebelum ini Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November lepas.

Sewaktu membacakan penghakimannya, Mohd Yusof berkata tindakan Manohara (kiri) yang melarikan diri ke Indonesia dan membuat kenyataan berbaur fitnah di media massa negara itu adalah suatu tindakan yang salah di sisi Islam sedangkan beliau telah
dilayan dengan sebaik mungkin semasa tinggal bersama suaminya di Istana Mahkota di Kota Bharu.

"Apa yang dinikmati defendan itu tidak dapat diperoleh wanita lain dan sepatutnya berterima kasih kepada plaintif dan keluarga diraja tanpa membuat fitnah di media massa yang juga tersiar di Internet.

"Plaintif telah menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan sempurna dan tidak wujud soal penderaan semasa berada di sini dan jika kesemua telah dilakukan dengan sempurna oleh plaintif, tidak ada sebab bagi defendan melakukan tindakan sedemikian," katanya.

Mohd Yusof berkata jika Manohara, yang juga seorang model di Indonesia, enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari itu nanti, beliau mengikut undang-undang Islam merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya.

Mengenai tuntutan hutang, Mohd Yusof berkata disebabkan Manohara gagal hadir ke mahkamah untuk memberi kenyataan, mahkamah menyifatkan penafian Manohara bahawa wang itu merupakan pemberian oleh suaminya sebagai tidak relevan.

"Saya telah teliti dokumen dan wujud transaksi pemindahan wang kepada defendan dan mahkamah bersetuju dengan keterangan pihak plaintif yang boleh diterima pakai dan direkodkan," katanya.

Ketika di luar mahkamah, Tengku Temenggong melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan tersebut dan meminta semua pihak menerima baik keputusan berkenaan.

"Semua pihak perlu menghormati keputusan ini," katanya.

Sewaktu ditanya apakah beliau masih mengharapkan Manohara agar kembali taat kepadanya, Tengku Temenggong berkata: "Ya, sudah tentu". - Bernama

Ekonomi , Jika PAS Perintah Pahang -Tuan Ibrahim Tuan Man



KUANTAN: Dis 09. Membasmi ketidakcekapan dan penyelewengan, memperkukuh peranan pemantauan dalam pengurusan ekonomi dan pentadbiran kewangan serta pada masa yang sama berusaha meningkatkan hasil negeri merupakan komitmen PAS Pahang jika diberi peluang mentadbir, kata Pesuruhjayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada penutupan Seminar Ekonomi anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang, 6 Disember lalu itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kebolehan dan daya saing rakyat juga akan dipertingkat selain mengenalpasti sumber dan kegiatan baru ekonomi negeri bagi mengurangkan pergantungan dana kepada kerajaan pusat.

Seminar sehari bertema ‘Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat’ di Hotel Sri Malaysia, Kuantan itu bertujuan mencari alternatif kepada prestasi buruk ekonomi negeri Pahang berikutan kedudukan kewangannya yang defisit sejak 12 tahun lalu.

”Setelah menyemak beberapa instrumen ekonomi yang dibentangkan oleh beberapa agensi kerajaan dan maklumat bukan kerajaan, PAS negeri Pahang melahirkan kekecewaan terhadap prestasi buruk ekonomi negeri yang berpanjangan hasil daripada kelemahan urus tadbir dan amalan rasuah yang berterusan yang menyebabkan kedudukan ekonomi negeri hilang daya tahan dan daya saing”.

“Kedudukan kewangan yang defisit selama 12 tahun berturut-turut merupakan petunjuk jelas bahawa kerajaan gagal merencana pertumbuhan ekonomi yang mampu mengimbangi keperluan sebenar ekonomi negeri yang mana ekonomi Pahang kini masih bergantung sumber-sumber tradisional”.

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan insiden-insiden yang membabitkan salah laku pengurusan sama ada berbentuk rasuah atau pun pembaziran dalam melaksanakan projek akibat kesilapan perancangan dan pengurusan berkualiti”.

Menurut Tuan Ibrahim, menyedari hal ini maka menjadi tanggungjawab sosial bagi PAS Negeri Pahang menganjurkan seminar Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat bagi menawarkan idea, cadangan dan perancangan alternatif yang lebih baik sebagaimana yang ditunjukkan semua negeri Pakatan Rakyat yang telah diiktiraf dalam laporan Ketua Audit Negara.

“Jika PAS memerintah, kita akan membasmi kegiatan pembalakan haram, meningkatkan hasil negeri dan menjamin aktiviti pemuliharaan hutan dilakukan secara berterusan. PAS juga akan meningkatkan kecekapan sistem pengutipan cukai hasil negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan yang telus, amanah, bersistematik dan pendekatan yang fleksibel serta kreatif’.

”Selain itu, usaha jangka panjang seperti mengekal dan meningkat komitmen dalam memajukan industri asas tani dan kegiatan ekonomi hilirannya bagi meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri supaya sentiasa berdaya saing turut dilaksanakan”.

Menurutnya, PAS akan memperkukuh peranan pemantauan pengurusan ekonomi dan pentadbiran kewangan kerajaan melalui pengukuhan penyertaan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pembuat keputusan dan pelaksanaan dasar ekonomi negeri. Seiring dengan itu, penghayatan K-Ekonomi akan diberi perhatian serius dalam meningkat kebolehan dan daya saing rakyat melalui penyediaan prasarana dan iklim pengurusan berasaskan bakat dan meritokrasi.

“Sebagai contoh, pelantikan pegawai mengikut kebolehan dan sumbangan, juga memperluas aktiviti dan ruang diskusi perdebatan dan pemupukan budaya ilmu dalam kalangan rakyat,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS akan terus komited kepada usaha membasmi ketidakcekapan, penyelewengan, pembaziran dan ketirisan dalam perancangan, pengurusan dan pelaksanaan dasar serta pentadbiran kewangan dan ekonomi negeri.

Beliau berkata, usaha meneroka dan mengenal pasti sumber dan kegiatan baru ekonomi negeri akan mengurangkan pergantungan pada dana dan pinjaman daripada Kerajaan Pusat.

“Kita tidak mahu lagi berterusan menjadi sebuah negeri miskin, meminjam wang daripada Kerajaan Pusat, sebaliknya berusaha menjadi sebuah negeri yang menyumbang kepada pembangunan negara,” kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. (AK)

Royalti Minyak: Tuntutan ADUN BN Pahang Rasional -Husam Musa

Apa MB Pahang buat tu?

KUANTAN DIS 09. KERAJAAN Negeri Pahang boleh mendapatkan royalti petroleum daripada kerajaan Persekutuan jika sempadan laut dengan negeri Terengganu yang digunapakai Petronas sekarang diukur dan diperbetulkan semula.

Exco Kanan Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, jika ukur semula sempadan tersebut dilakukan beliau yakin tiga telaga minyak diusahakan Petronas yang terletak dalam perairan Terengganu sekarang sebenarnya dalam kawasan Pahang.

Mengulas gesaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Pahang dalam persidangan dewan baru-baru ini yang menuntut royalti minyak daripada kerajaan persekutuan, beliau berkata tuntutan tersebut ada rasionalnya kerana sempadan laut antara negeri-negeri yang digunapakai oleh Petronas pada masa ini belum pernah disahkan.

“Pahang berhak dapat royalti minyak tetapi kena menuntut dilakukan pengesahan semula sempadan laut antara Pahang dengan Terengganu kerana sempadan yang digunapakai sekarang tidak sah dan tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana peruntukan undang-undang dan ia hanya satu imiginasi Petronas semata-mata”.

“Sebab itu (kita lihat dalam peta) sempadan laut Terengganu begitu menyerong naik ke atas sehingga semua telaga minyak terletak dalam Terengganu dan bergaris lurus terus ke Sabah. Ukur dan betulkan semula sempadan Pahang dan Terengganu iaitu naikkan sedikit dalam lima darjah”.

“Jika pembetulan ini dilakukan ada tiga telaga automatik terletak dalam negeri Pahang iaitu Telaga Malong, Telaga Sotong dan Telaga Tanding. Dengan itu secara automatik Pahang akan dapat royalti. Kini Perdana Menteri kita dari Pahang jadi inilah masanya untuk perbetulkan semula sempadan laut di antara Pahang dan Terengganu”.

“Sempadan laut ini masih boleh dirundingkan kerana sempadan ini tidak pernah disahkan mana-mana undang-undang. Sebab itu jangan anggap isu tuntut royalti ini isu Kelantan semata-mata malah Pahang juga mestilah bersuara ke atas haknya,” katanya.

Tambah Husam lagi, jika sempadan laut Pahang-Terengganu sudah diperbetulkan, sempadan Kelantan juga akan dibetulkan semula dan tiga telaga minyak iaitu Telaga Bintang, Telaga Lowit dan Telaga Jasmin akan masuk ke dalam perairan Kelantan.

Husam memberitahu demikian semasa berucap merasmikan Seminar Ekonomi anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang, 6 Disember lalu di Hotel Sri Malaysia, Kuantan. Seminar sehari itu bertema ‘Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat’ dan dihadiri kira-kira 150 peserta dari kalangan pimpinan PAS, PKR, DAP, NGO dan profesional serta pelbagai latar belakang.

Mengenai keingkaran Kerajaan Persekutuan yang enggan menjelaskan royalti kepada Kelantan, Husam berkata kesannya memburukkan ekonomi negara sendiri kerana pelabur luar takut dengan tindakan kerajaan sendiri yang melanggar undang-undang.

“Pengasas Petronas sendiri Tengku Razaleigh Hamzah telah menulis dalam blognya mengatakan Kerajaan Malaysia melanggari perjanjian Akta Petroleum 1974 dan 1975 dengan menafikan agihan royalti. Pandangan beliau telah dipetik oleh majalah-majalah ekonomi dunia sehingga memburukkan reputasi Petronas sendiri pada pandangan dunia kerana dilihat membelakangkan rule of law”.

“Hanya semata-mata untuk menghalang Kelantan dapat royalti… pada hal kalau diberikan hak itu kepada Kelantan pelabur (akan lebih yakin dan) akan datang sekali gus FDI negara meningkat akan datang. Tetapi mereka melupakan FDI ini dan mereka lebih mementingkan hasad dengki politik”.

Husam selanjutnya menyatakan sistem yang korup telah menyebabkan kegagalan kerajaan BN membela nasib rakyat walaupun memiliki banyak wang royalti.

“Royalti Terengganu dari 1990 hingga 2008 berjumlah kira-kira RM18 bilion. Tetapi jumlah sebesar itu masih tak boleh ubah nasib rakyat Terengganu hanya berjumlah 600 ribu. Kedudukan mereka masih di tempat kedua miskin lebih miskin daripada rakyat Kelantan. Ini membuktikan BN tak mampu tadbir negara. Sampai hari ini kita lihat nelayan Terengganu masih menggunakan bot-bot kecil”.

“Nilai royalti Kelantan kurang lebih RM800 juta setahun, kalau tunggakan selama lima tahun beerti RM4 bilion. Jika Negeri kelantan mendapat RM2 bilion sahaja kita yakin kerajaan negeri melalui segala programnya mampu membuatkan rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat”.

Kata Husam, mereka tidak mahu memberi royalti kerana kekuatan Pakatan rakyat ialah gabungan spiritual dan fizikal untuk menyusun masyarakat yang sejahtera dalam negara dan membebaskan rakyat dan ini dianggap mengancam hegemoni mereka selama ini.

Bagi terus mendesak tuntutan royalti, Husam berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan road-show di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur dan Kuching dengan Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz dan Tengku Razaleigh akan duduk sepentas dan berharap ratusan ribu rakyat dapat hadir mendapatkan maklumat sebenar. (AK)

Pengacara Berpurdah Menarik Perhatian. Tiada Solek Pun.

Berpurdah tidak menghalang kerjaya..

RIYADH, Sebuah stesen televisyen keagamaan di Arab Saudi membenarkan wanita menjadi pengacara tetapi mengenakan syarat iaitu mereka perlu memakai purdah, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang penyampai rancangan bual bicara pagi di stesen televisyen Awtan TV, Ola al-Barqi muncul dengan memakai purdah berwarna hitam yang menutup muka namun berjaya menarik minat ramai penonton.

“Kami tidak menampilkan diri sebagai seorang wanita yang cantik dan penuh dengan solekan di muka.

“Penonton kami menumpukan terhadap apa yang kami persembahkan kepada mereka iaitu idea dan topik perbincangan.

“Kami menerima panggilan daripada penonton di beberapa negara yang menggalakkan kami meneruskan penampilan kami,” katanya.

Terdapat lebih 60 saluran keagamaan di Asia Barat tetapi kebanyakannya memaparkan pengacara tidak memakai tudung atau memakai gaun hitam. Stesen itu turut membenarkan wanita menjadi wartawan penyiaran di luar studio.

“Kami turut membuat laporan dari tempat kejadian dengan memakai purdah dan ia tidak menyekat kami daripada membuat tugasan,” kata Ola.

Juruteknik lelaki tidak memasuki studio semasa pengacara wanita itu bertugas mengendalikan program tersebut.

Ola yang juga menjadi hos rancangan kuiz tidak kecewa jika dia tidak dikenali oleh orang ramai di jalanan.

“Kami tidak perlukan kemasyhuran,” katanya. – Agensi

Lihat sebelum ini..

Indo Larang Filem Pembunuhan 5 Wartawan Australia.

HALAMAN HIBURAN
Lima wartawan Australia terbunuh di Balibo.

Indonesia larang film Balibo

INDONESIA melarang pemutaran film Balibo yang mengangkat kasus tewasnya lima wartawan Australia dalam sebuah serangan pasukan Indonesia Timor Timur tahun 1975. Sampai hari Rabu Lembaga Sensor Film belum menjelaskan alasan pelarangan film yang akan diputar di pembukaan Jakarta International Film Festival (Jiffest).

Kepala LSF Muchlis Paeni seperti dikutip kantor berita Associated Press mengatakan, keputusan itu dibuat secara independen dari campur tangan pemerintah namun tidak menjelaskan alasannya. "Tidak ada intervensi dari pemerintah karena kami adalah lembaga yang independen," kata Muchlis Paeni kepada AP.

Kantor berita AP mengutip salah seorang anggota LSF yang tidak mau disebut namanya yang mengatakan film itu dilarang karena dianggap mendiskreditkan Indonesia. Hari Selasa, LSF telah menyaksikan film yang rencananya akan diputar di Jakarta International Film Festival pada hari Minggu.

Akan banding

Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa mengatakan pihaknya yakin lembaga yang mengeluarkan putusan itu dengan berbagai pertimbangan. "Yang akan dilakukan Deplu adalah menjelaskan latar belakang keputusan itu dan jangan sampai menciptakan permasalahan di luar negeri," tuturnya di sela-sela pertemuan dengan DPR.

Direktur Jakarta International Film Festival Lalu Roisamri mengatakan, badan sensor film tidak memberikan alasan larangan itu dan berencana untuk mengajukan banding. Kematian lima wartawan yang dikenal dengan nama Balibo Five itu telah lama menjadi duri dalam hubungan Indonesia-Australia.

Menurut kantor berita AP, bulan September, Australia meluncurkan penyelidikan kejahatan perang di Timor Leste. Keputusan itu diambil dua tahun setelah ahli forensik Australia yang menyelidiki kematian lima orang itu menyimpulkan lima wartawan itu diduga dibunuh tentara Indonesia.

Namun Indonesia menegaskan bahwa kelima wartawan itu tewas di tengah baku tembak di Timor Leste. Kelima wartawan itu adalah Malcolm Rennie, Greg Shackleton, Gary Cunningham, Brian Peters dan Tony Stewart. (BBC Indonesia)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Memang kuasa politik menggunakan hiburan untuk menyeludup kempen kepolitikannya ke negara lain. Hatta filem Hollywood sekalipun. Tetapi amat malang bagi hiburan dari negara-negara bekas jajahan yang tiada matlamat, sehingga ditunggangi oleh musuh-musuh agama, bangsa dan negaranya.

Apa lagi bagi umat Islam, rata-rata filemnya menjadi racun halus berbisa yang membunuh bibit-bibit agama dan budaya negaranya sendiri. Marilah kita sama-sama menginsafi, terutama kepada pengusaha-pengusaha yang tiada matlamat jelas sehingga menjadi alat musuh, tidak kira dari bangsa Arab, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Wallahu 'aklam.

Dedah Syarikat K/Pahang Yang Rugi -Tuan Ibrahim Tuan Man

KUANTAN, 12 Dis 09 Kerajaan negeri Pahang dicabar supaya mendedahkan kepada umum ahli lembaga pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang didakwa mengalami kerugian sehingga menyebabkan krisis ekonomi di negeri itu. Cabaran itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, beberapa anak syarikat kerajaan negeri termasuk Mentega Corporation, ASPA, PASDEC dan banyak lagi tidak menunjukkan prestasi yang baik malahan membebankan kerajaan kewangan negeri. Kecewa dengan keadaan itu, beliau mahu kerajaan negeri melantik ahli lembaga berlatar belakang pengurusan ekonomi terbaik, berkelayakan dan bukannya meneruskan amalan melantik mereka yang terdiri dari ahli politik Umno semata-mata.

"Kita amat kecewa dengan prestasi syarikat kerajaan negeri yang kebanyakannya mengalami kerugian seterusnya membebankan kerajaan negeri .

"Sebab itu kita mencabar kerajaan negeri mendedahkan kepada umum ahli lembaga syarikat kerajaan Pahang supaya rakyat dapat menilai kedudukan mereka.

"Sebab itu kita mahu ahli lembaga berwibawa yang boleh membawa kemajuan. Bukan pilih dikalangan ahli politik yang kalah pilihanraya,” katanya pada sidang media di pejabatnya, disini, baru-baru ini.

Tambah Tuan Ibrahim kerajaan Pahang tidak sepatutnya mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku sekarang kerana negeri Pahang mempunyai sumber ekonomi yang banyak tetapi telah disalah urus oleh pemerintah yang ada.

“Negeri Pahang kaya dengan sumber balak, bijih besi, pasir , air, tiba-tiba kerajaan Pahang mengalami krisis ekonomi yang berpanjangan. Ini menunjukkan kegagalan dan kelemahan kerajaan Pahang pimpinan Umno mengurus dan merencana ekonomi.

“Kita percaya jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negeri ini kita akan dapat mengurus ekonomi jauh lebih baik dan rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dari sekarang,” katanya. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails