Monday, December 14, 2009

Ucapan '1 M'sia' Bidaah, 'Rakyat Didahulu... & Syirik Nasional -Ulama


KOTA BHARU, 14 Dis 09: Kini rakyat Malaysia digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’, selepas sebelum ini semnboyan Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas PM dulu.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam. Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'. Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita. Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS. Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957. “Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt, tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America. Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid. (2MA)

YDP Yadim: Rosmah Berdosa Tidak Tutup Aurat. Najib Tak Ajar Ke?

(Gambar: Nakhaie berkata Rosmah berdosa dan bakal dapat siksa di akhirat)

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.

Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama. Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan. Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof. Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: PM tak pernah nasihat ke isterinya suruh tutup aurat? Atau guru kencing berdiri, macam mana murid tak kencing berlari? Atau kerana virus B1N1? Moga-moga perutusan Nakhaie itu sampai kepada Rosmah. Ulama-ulama UMNO dan dalam kerajaan pun kerana berani begitu. Bukan macam ketam tumpul, bila kena tempat keras sikit, angkat!!

Lanjutnya.. klik di sini..

Saudi Serang Kampung Yemeni, 70 Terbunuh..

SANAA, 14 Dis. - Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam satu serangan udara di perkampungan Yemeni berdekatan sempadan Arab Saudi hari ini, menurut puak pemberontak Huthi yang mendakwa insiden itu sebagai satu pembunuhan.

Seorang jurucakap tentera Yemen, Askar Zuail mengesahkan bahawa berlaku serangan udara di daerah itu serta ia dilakukan oleh pesawat-pesawat Yemen yang mensasarkan kawasan puak pemberontak dan bukannya terhadap orang awam.

Menurut satu kenyataan di internet, serangan itu dilakukan pada waktu awal pagi semalam ke atas perkampungan Bani Maan di daerah Razeh di utara wilayah Sadaa, iaitu kubu terkuat pemberontak.

“Pesawat-pesawat Saudi telah melakukan satu pembunuhan terhadap penduduk Bani Maan yang tidak bersalah,” menurut kenyataan pemberontak itu.

Berdasarkan jumlah kiraan awal, katanya, serangan itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh selain mencederakan lebih 100 orang. - AFP

Perdana Menteri Itali Ditumbuk

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meninggalkan dataran Duomo dengan muka berdarah akibat ditumbuk oleh seorang lelaki dalam satu perhimpunan parti politik di Milan, hari ini. - Reuters

ROME 14 Dis. - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi telah ditumbuk di muka oleh seorang lelaki dalam satu perhimpunan di Milan, lapor media Itali. Pemimpin itu kemudiannya segera dibawa menaiki sebuah kereta selepas rebah.

Siaran televisyen tempatan memaparkan bibir Berlusconi yang berdarah ketika beliau diangkat oleh pasukan bantuan. Seorang jurucakap Berlusconi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat segera mengenai kejadian itu, yang berlaku selepas perdana menteri tersebut menyampaikan ucapan panjang dan memberangsangkan kepada penyokong konservatifnya. -AP

Miss Palestin Yang Lawak... Lagi Bejatnya 'UMNO Palestin'

PALESTIN: Dis 13, 09. ADALAH satu perkara 'lawak' dan pasti tidak akan dizinkan oleh Kementerian Hal Ehwal Wanita dari pemerintahan Hamas yang mengecam sebuah pertandingan ratu cantik "Miss Palestin" yang akan diadakan di Palestin, khususnya Jalur Gaza dalam kawasan pimpinan Hamas.

Perusahaan swasta Palestin 'Fashion Trip' mengumumkan pertandingan tersebut, dan Salwa Youssef direktur dari perusahaan yang bepusat di Ramallah (dalam kawasan pimpinan Mahmud Abbas) menyatakan, "Pertandingan akan diadakan pada 26 Disember ini dengan penyertaan dari 58 peserta, di antaranya 26 dari dalam wilayah Israel dan 32 peserta berasal dari Tebing Barat (bawah pimpinan Mahmud Abbas)."

Salwa mengatakan dalam sidang medianya, "200 gadis telah mengajukan diri untuk ikutserta dalam pertandingan'Miss Palestin', namun hanya 58 di antara mereka yang diterima," dan mereka telahpun menjalani ujian oleh ahli pakar dibidangnya.

"Kami menghadapi beberapa kesulitan selama persiapannya, sukar untuk yakinkan orang ramai tentang idea ini.. dan pertanyaan yang selalu diajukan, ialah apakah peserta perlu memakai pakaian renang atau tidak?" Jelas Salwa Youssef "Tentu saja tidak, penampilan dengan pakaian renang benar-benar bertentangan dengan sifat masyarakat Palestin yang tradisional!".

'Miss Palestin' yang akan dihakimi oleh perwakilan dari Kementerian Penerangan dan Kementerian Kebudayaan Palestin itu, mengharapkan kehadiran lebih 1.000 orang yang telah diundang. Pemenangnya, akan menjadi model di sebuah pameran kereta di Ramallah, dengan hadiah melancong ke Turki dan wang berjumlah 2700 dolar AS.

Sedangkan, Kementrian Hal Ehwal Wanita dari Pemerintah Gaza (di bawah pimpinan puak Islam Hamas) pula menyatakan, "Pengumuman ini adalah sebahagian dari strategi barat untuk menjatuhkan moral rakyat Palestin di depan mata dan telinga pemerintah autoriti Palestin (di bawah pimpinan puak kebangsaan Mahmud Abbas) di Ramallah, Tebing Barat."

Hamas melalui kementerian itu, bereru kepada rakyat Palestin di Tebing Barat supaya menghentikan kerja 'lawak' yang membahayakan reputasi dan budaya rakyat Palestin. "Kami sepenuhnya sedar bahawa di sebalik penyelenggaraan acara pemerintah Ramallah (Tebing Barat) yang ingin kaburkan semangat Jihad rakyat Palestin yang sudah dikenal dunia.. seperti yang dibuktikan oleh Kementerian Penerangan dan Kementerian Kebudayaan pemerintah Palestina di Tebing Barat ini."

Kementerian Hal Ehwal Wanita Hamas menuntut pemerintah Ramallah mesti berhenti bekerjasama dengan perusahaan 'Fashion Trip' tersebut. Juga merayu kepada ibubapa yang memiliki anak gadis supaya melarang anak-anak mereka turutserta dalam pertandingan ini, kerana bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar rakyat Palestin.

'Kesatuan Cendekiawan Palestin' juga mengecam keras pengumuman pemilihan ratu cantik 'Miss Palestin', kerana ianya merupakan langkah mensia-siakan martabat perempuan, dan mendorong ke arah tindakan tidak bermoral dalam masyarakat Palestin. Menggalakkan wanita pamerkan tubuh adalah langkah mencipta generasi yang jauh dari nilai-nilai moral dan kesopanan, serta kerendahan hati dalam konteks pemeliharaan martabat perempuan Palestin.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah bejat dan jahatnya puak perjuangan nasionalis sempit ini di negara-negara umat Islam, sehingga mereka sanggup menghancurkan moral, akhlak dan semangat jihad Islam anak-anak bangsanya sendiri, dengan mengimport budaya maksiat yang bertentangan dengan agamanya seperti ratu cantik, arak, pusat hiburan dan lain-lain.

Itulah yang dilakukan oleh Presiden Palestin Mahmud Abbas, demi memenangkan parti kebangsaan atau 'UMNO Palestin' nya, dan menentang Hamas atau 'PAS Palestin', sehingga sanggup diperalatkan oleh musuh Allah, Yahudi bangsat itu! Allahu 'aklam. (2MA)

Militan Islam Serang Penjara Di Isabela, Abu Sayyap Terlepas?

Penyerang melobangi dinding penjara..

Basilan: Dis 13, 09 SEKUMPULAN saspek anggota militan berhaluan Islam di Filipina selatan telah menyerang penjara dan membebaskan sekurang-kurangnya 31 tahanan, kata pejabat ketenteraan tersebut. Wakil Gubernur Basilan Al Rasheed Sakalahul mengatakan orang-orang bersenjata itu ingin membebaskan gerilawan Muslim yang ditahan di penjara.

Lebih 30 tahanan sempat melarikan diri termasuk beberapa anggota militan dari Kumpulan Front Pembebasan Islam Moro, MILF. Menurut seorang pejabat militer setempat, Benjamin Dolorfino, dua pemberontak MILF yang dituduh membunuh puluhan tentara di Pulau Basilan tahun 2007 turut melarikan diri.

Selain itu, sejumlah anggota kelompok pemberontak yang lain, Abu Sayyaf, mungkin juga melarikan diri. Serangan terhadap penjara itu dilakukan oleh sekitar 70 orang bersenjata yang melobangi dinding batu penjara di Isabela. Mereka kemudian memotongnya dengan alat pemotong besi.

Ketua Polis Daerah Abubakar Tulawie mengatakan ramai yang mengalami luka dalam serangan tersebut. Ini merupakan insiden besar ketiga yang terjadi di kawasan itu dalam waktu satu bulan. Penyelidikan sedang berlangsung untuk mengetahui mengapa penjagaan keamanan di penjara itu begitu mudah ditembusi. Namun beberapa pejabat daerah menganggap MILF berada di balik serangan itu. (Sumbar: BBC sebentar tadi)

Sunday, December 13, 2009

Jangan Cabar Tok Guru Nik Aziz -Anwar Ibrahim


KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails