Sunday, December 20, 2009

Indo: MUI Haramkan Pembuatan Patung Sultan Banten... Malaysia?

Patung Obama di Jakarta..
Keterangan sila lihat ini..
Cubaan Masukkan Pemikiran Penjajah Melalui Patung Obama...

Tugu begini memang banyak didirikan di bandar-bandar di Iran..

Di belakang Ibnu Hasyim dan kawan-kawan ini, bukan ayatullah sedang sembahyang, tetapi tugu.. biasa begini di Iran..

Di tempat-tempat ramai pelancung, yang ramainya pelancung tempatan, patung-patung kecil begini agak laris di jual di Iran.

TANGERANG--Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kota Tangerang Selatan (Tangsel), Banten, mengharamkan pembangunan patung Sultan Maulana Hasanudin Banten di bundaran Pamulang, Tangsel, karena khawatir dijadikan tempat pemujaan. Ketua MUI Kota Tangsel, KH Saidi, Ahad, menyatakan, hasil musyawarah MUI Tangsel dan pemerintah daerah setempat menyepakati bahwa pembangunan patung Sultan Maulana Hasanuddin tidak sesuai dengan hadis.

"MUI Tangsel mengharamkan pembangunan patung Sultan Maulana Hasanuddin Banten di bundaran Pamulang," kata Saidi di Tangerang. MUI menilai jika patung Sultan Maulana Hasanuddin dibangun, bundaran Pamulang akan dijadikan tempat berhala bagi mereka yang memuja Sultan Banten itu.

Saidi menegaskan, bila patung itu berdiri sebagai tokoh sejarah untuk pendidikan akan disalahgunakan oleh masyarakat. "Jika tidak dipantau akan lebih banyak kerusakannya, seperti persembahan berhala dan kemaslahatan," tandas Saidi. Rencana pembangunan patung Sultan Maulana Hasanuddin yang bekerja sama dengan pihak swasta mengeluarkan anggaran tidak sedikit, sehingga menurut dia, lebih baik dananya dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat.

Sebaiknya, kata dia, di bundaran Pamulang dibangun monumen tiang Masjid Banten, Asmaul Husna ketimbang patung Sultan Maulana Hasanuddin. "Bila perlu membangun logo Kota Tangsel di bundaran Pamulang, agar tidak terjadi salah presepsi," ungkapnya. MUI Kota Tangsel, sambung Saidi, telah mengajukan sejumlah usulan kepada Pemkot Tangsel untuk menganti patung Sultan Maulana Hasanuddin.

Sementara itu, Penjabat Wali Kota Tangsel M Shaleh menjelaskan, masukan dari MUI Kota Tangsel terkait penolakan pembangunan patung Sultan Maulana Hasanuddin akan dibahas lebih lanjut dengan perangkat daerah setempat. "Untuk memutuskan seperti apa nantinya kita akan melakukan pembahasan lebih dalam," ujar Shaleh (Republika Online)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan sahaja di Indonesia, di Malaysia pun ulama-ulama mengharamkan penbinaan patung berhala. Tapi di Iran yang mengaku republik Islam, agak lain. Negerinya banyak dibina patung-patung dan tugu-tugu peringatan ayatullah-ayatullah. bahkan patung-patung kecil banyak terjual bebas. Lihat gambar di atas.

Blogger: Fitnah, Ada Bohong Ada Benar -Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 20 Dis 09: "Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.. Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat besar terhadap masyarakat. Beliau juga mengingatkan para blogger supaya jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar. Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini,

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat. Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong. Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana Islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana Islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku. Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi. Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini. Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari. "Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya. Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya. Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik. "Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini. Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS. Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'. Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'. (MA)

Sekitar Konvensyen PR Pertama..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS



SHAH ALAM - Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan beberapa ‘gurauan sinis’ terhadap Umno dan Barisan Nasional telah menarik minat peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Pertama

Antaranya, ketika beliau membuat perbandingan segala tindak tanduk Firaun yang zalim melaksanakan projek-projek yang memperbodohkan rakyatnya, Ustaz Hadi menyebut projek-projek Firaun umpama ‘Inilah satu lagi projek Barisan Nasional’.

Beliau turut mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang sepatutnya bentindak sebagai ‘pengadil’ dalam sebarang pilihanraya, namun tindak-tanduk badan tersebut seumpama ‘Pengadil yang shoot goal’.

Diantara intipati ucapan Presiden PAS adalah;

1. Adalah penting kepada Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

2. Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.

3. Dalam aspek perpaduan pula, PAS mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.

4. Kerajaan-kerajaan negeri sedia ada dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh tauladan yang meyakinkan.

Ikuti video klip bersiri ..Ucapan Presiden di Buletin Online Channel



Sekitar Konvensyen PR Pertama..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

Saya Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz


SHAH ALAM, Dis 20 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang pemimpin yang menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam, menyifatkan beliau seolah-olah berada di dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan PKR.

Selepas pengalaman berada bersama Umno dan Barisan Nasional (BN) kira-kira empat dekad lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau kini merasai suasana yang berlainan.

"Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya," kata beliau yang muncul julung kali bersama Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di pentas yang sama di auditorium MBSA.

Karpal juga menyampaikan ucapan penutup.

Menurut Nik Aziz, sebelum ini PAS pernah bersama BN tetapi kemudian dikhianati oleh Umno.

Dalam ucapan ringkasnya Nik Aziz menambah beliau merasa jijik dengan Umno apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.

Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.

Nik Aziz merupakan antara pemimpin kanan menentang sebarang kerjasama antara PAS dan Umno-BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Beliau membangkitkan bantahannya itu di muktamar PAS dan juga baru-baru ini dengan menggesa agar diadakan muktamar agung khas bagi memilih semula barisan kepimpinan.

Pakatan Rakyat, ikatan DAP-PAS-PKR mengadakan konvensyen sulung di sini semalam dan meluluskan dasar yang berteraskan empat pegangan utama.

Empat pegangan teras itu ialah Demokrasi Telus dan Tulen, Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

PR dikatakan merangka dasar ini untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru dengan menggembleng rakyat pelbagai kaum menjelang pilihan raya umum akan datang.

Teras Demokrasi Telus dan Tulen memfokus pada soal negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil manakala teras Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial akan memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau, ekonomi demokratik dan telus, ekonomi kemahiran tinggi, dasar afirmatif berdasarkan keperluan, tenaga kerja, jaringan perlindungan sosial, perumahan, prasarana dan kemudahan awam dan alam sekitar.

Dalam pada itu, teras Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan pula menyentuh aspek perpaduan, agama, pendidikan, wanita, belia, keselamatan, kesihatan dan kebudayaan. Teras keempat Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara akan menyentuh sistem persekutuan, Sabah dan Sarawak dan dasar luar negara.

Ia diluluskan oleh 1,500 perwakilan dengan mengangkat tangan.

Dasar tersebut kemudian ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Lim Kit Siang (Pengerusi DAP).

Ikuti video klip bersiri ..Ucapan Presiden, dll.. di Buletin Online Channel

Sekitar Konvensyen PR Pertama..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng


By Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

DIS 20 — Hari ini adalah hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanahair, satu gagasan yang kukuh, mantap, penuh berkobar-kobar dengan idealisma, prinsip dan menwakili aspirasi rakyat berbilang kaum, berbilang usia dan kedua-dua jantina ditubuhkan untuk menawar diri sebagai alternatif kepada pemerintahan negara.

Bukan senang kita sampai ke perjalanan ini yang penuh berliku-liku. Sepanjang 52 tahun ini, kita telah dikaburi mata dengan permainan politik pecah dan perintah, tipu dan temberang malah tindas dan tangkap. Rakyat terpaksa tunggu 52 tahun tetapi lebih baik sampai sungguhpun terlewat.

Tsunami politik 8 Mac 2008 mengubah lanskap politik negara tetapi kita sebenarnya dirompak. Kalau tidak kerana ketidakbebasan dan ketidakadilan SPR, kita sudah menjadi kerajaan bukan sahaja di 5 negeri malah di Putrajaya juga. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya dirompak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Lihatlah bagaimana SPRM diperalatkan untuk menganiayai PR sehingga kerajaan negeri Perak dijatuhkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin seorang Menteri Besar Perak dipilih rakyat diguling dan aktivis demokrasi Teoh Beng Hock dibunuh dengan kejam sekali. Saya ingin meningatkan pihak bertanggungjawab kita tidak akan lupakan kamu kerana tiada maaf bagimu. Kita perlu tabah hati menghadapi cabaran yang begitu pahit sekali.

Kita berkumpul di sini kerana mahukan janakan perubahan dan reformasi untuk mendirikan sebuah Negara milikan semua anak Malaysia yang cintai 5K keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Rakyat mesti percaya perjuangan kita adalah tulen bukan celup, benar bukan palsu, hak bukan batil, maaruf bukan mungkar. Perjuangan yang sebenar adalah yang dapat dilihat, didengar dan dirasai. Saya percaya rakyat dapatlah lihat pengorbanan kami, dengar pendirian kami dan rasai komitmen kami demi mengorak reformasi.

Yang kita hendak sembahkan pagi ini adalah satu Dasar PR yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen PAS, DAP dan PKR. Ia adalah satu dokumen penting yang merangkumi semua titik perjuangan kita bersama. Oleh kerana itu ia tidak akan memuaskan hati semua orang seperti DAP yang mahu dinyatakan dengan jelas istilah “pilihanraya kerajaan tempatan” tetapi bersedia menerima istilah “mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan” sebagai pengganti yang tentunya mencakupi pilihanraya kerajaan tempatan.

Kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam PR adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak. Sungguhpun tidak memenuhi keperluan masing-masing, maka ia adalah satu batu asas yang boleh menjalinkan kerjasama erat dalam PR, hubungan baik antara kaum serta integrasi dan perpaduan kaum di seluruh Malaysia.

Sebagai meraikan Konvensyen PR yang penuh bersejarah ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:

Negara Malaysia, anak berharga
Adil ditegak rakyat dijaga,
Integriti Bernyala Harapan Bersinar
Amar Maaruf Nahi Mungkar

Dengan kata lain, amalan pentadbiran amar maaruf nahi mungkar boleh menyatupadukan rakyat kerana semua sokongkan kebaikan dan bencikan kejahatan seperti amalan rasuah. Itulah sebabnya Kerajaan PR selalu tekankan ketuanan rakyat dan menganggap semua warga sebagai insane bermaruah bukannya berdiskriminasi atas warna kulit. Dengarlah komitmen kami — Bahawa kerajaan PR akan memberikan bantuan sama kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama, jantina dan latarbelakang.

Komitmen perpaduan rakyat inilah yang melahirkan kerajaan berjiwa rakyat yang bermaksud 3P —

• Perkasakan (Enables) rakyat dengan kepakaran, ilmu dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran. Contohonya adalah inisiatif wifi yang diberikan percuma kepada semua rakyat dengan tujuan menguasai aplikasi computer yang merupakan bidang paling penting dalam pendidikan masakini. Dan pemberian bantuan wang kepada sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat ataupun menubuhkan satu Hab Pendidikan agar mempertingkatkan mutu pendidikan. Di sini perlu diingatkan bahawa kita bukan mahu melihat Pulau Pinang mempunyai pakar profesional paling baik tetapi jga para ustaz dan ustazah serta huffaz. Malah buat kali pertama Pulau Pinang telah memberi penghormatan dengan memberikan pengiktirafan kepada 100 penghafal Quran atas pencapaian cemerlang mereka.

• Perkuasakan (Empowers) rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri dan bukannya hubungan iaitu technical know-how dan bukannya technical know-who. Contohnya pinjaman mikrokredit kepada ibu tunggal dan peniaga kecil dan projek pusat CAT sebanyak RM10 juta untuk membantu pekerja kehilangan kerja mencari kerja;

• Perkayakan (Enrich) rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi seperti menjadi negeri pertama di Malaysia basmi miskin tegar, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan, wang penghargaan RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada ahli keluarga bila meninggal.

Tied in with a people-centric government is the concept of a good government. A good government means a government as good as its people. As Malaysians are good we should have a good government. If we do not have a good government then it is not the fault of the people, it the fault of a lousy government. And a lousy government deserves to be overthrown, which is what happened last year during the political tsunami on 8 March 2008. That is why we believe the good people of Malaysia deserve a good government in Malaysia.

Malaysia perlu menaiktarafkan diri ke tahap ekonomi berpendatan tinggi. Mekanisme yang dipakai menekankan 4 pendekatan iaitu selain daripada kerjaan berjiwa rakyat:

i) Pendidikan dan pembentukan modal insan yang cemerlang, berdaya kreatif dan inovatif. Seperti yang kerap kali disebut, minda yang kecil membincangkan insan, minda yang sederhana membincangkan peristiwa dan minda yang unggul membincangkan idea. Kita hendaklah melahirkan minda yang unggul agar dapat menjadikan mimpi anda satu realiti;

ii) Menegakkan keluhuran undang-undang dan menjamin keadilan dan keamanan rakyat;

iii) Mengamalkan prinsip urus tadbir CAT (cekap, akauntable dan telus) berteraskan pemimpin berintegriti agar melahirkan perkhidmatan awam yang berkebolehan, bersih dan cekap. Dalam konteks ini, kita bangga bahawa Pulau Pinang adalah negeri pertama di dalam sejarah Malaysia yang mendapat pengiktirafan Transparency International, sebuah badan unggul di dunia yang membanteras rasuah; dan iv)Komitmen ke atas pertumbuhan ekonomi di mana pembangunan yang seimbang dan mapan diberikan.

Konsep 1 Malaysia hanya mengaburi mata. Konsep 1 Malaysia boleh diibaratkan macam seketul ais yang hanya akan cair dalam Negara tropika. Apa yang lebih bermakna ialah konsep anak Malaysia 5K keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Izinkan saya membawakan sebuah kisah di mana Khalifah Syaidina Umar Abdul Aziz menjawab sepucuk surat yang diterima daripada salah seorang pembesarnya:

“Sesungguhnya kota kami telah roboh, jika Tuan perkenankan hendaknya mengirimkan sejumlah wang untuk mengubahsuai dan membaikinya untuk membina semula..”

Khalifah Umar menjawab surat tersebut dengan berkata:

“Saya telah memahami isi kandungan surat tuan, dan tuan mengatakan bahawa kota tuan telah roboh, jika tuan membaca suratku ini, maka bentengilah atau jagalah kota kalian dengan keadilan, dan bersihkan jalannya daripada kezaliman, itulah sebaik-baik tembok yang selamat bagi kota tuan dan rakyat negeri tuan.”

Maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh Khalifah Umar adalah bahawa jadikan prinsip 5K keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan sebagai benteng dan tembok kami dan pasti kota perpaduan rakyat akan berjaya dibangunkan.

Personally I feel moved by the PR Convention that epitomises the new Malaysian spirit and ethos of treating each other not as Malays, Chinese, Indians, Ibans or Kadazans but as a father, mother, brother, sister and children. I remember when I was imprisoned 11 years ago for defending a Malay family whose granddaughter was raped, I was asked whether it was worthwhile to lose everything for defending another race.

I replied do Malays not deserve justice too? Then there were only one or two who looked at a Malaysian perspective. It is a tremendous experience today to see thousands and millions looking at each other as Anak Malaysia. Enough for us to transform and change Malaysia.

Saya anak Malaysia. No one will accept that we are second- or third-class citizens by virtue of the colour of our skin when we are third-, fourth- or fifth-generation Malaysians. We seek equal political freedoms, equal economic opportunity and socio-economic justice.

We are different. Not only do we fight for public interest when the other side fight for private sectional interests, we fight for voters when the other do not. But we are much more different than that. We fight for not only for our voters but for those who do not vote. We fight for our children and grandchildren who do not vote; we fight not only for you in present Malaysia but for your children and grandchildren in a future Malaysia.

Saya berasa bangga kita ada pemimpin berintegriti, perjuangan berprinsip dan jentera PR yang boleh bekerja sebagai suatu pasukan yang dapat menyatupadukan rakyat secara berkesan demi mengakhiri perjalanan ke Putra Jaya.

Hidup Malaysia!

Ucapan LimGuan Eng, Setiausaha Agung DAP semasa memberikan Ucapan Perdana semasa konvensyen pertama Pakatan Rakyat pada Dis 19.

Sekitar Konvensyen PR Pertama..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim

By Anwar Ibrahim

DIS 20 — Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.

Apakah yang rakyat mahu?

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V.K. Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan PAS. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-BN, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung.

Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut. Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.

Maka kita mengadakan konvensyen ini bukan untuk mencerca dan mengkritik BN dan Umno. Pemerintahan yang ada sekarang sudah kehilangan keabsahan moral, legitimasi moral mereka sudah terhapus. Kita berada di sini untuk mengungkapkan dasar dan kebijakan Pakatan Rakyat, bukan sekadar sebagai gabungan parti-parti politik, tetapi juga sebagai gerakan politik. Pakatan Rakyat is not merely a political alliance, it is first and foremost a political movement.

Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.

Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi kita kini berada di persimpangan zaman. Kita tidak berjuang sekadar untuk mengganti satu kekuasaan dengan kekuasaan yang lain. Kita tidak berjuang untuk membuat perubahan runcit-runcitan. Kita berjuang untuk membuat perubahan besar, big change, fundamental change. Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. Maka kita perlu ada keberanian kebenaran, the courage of truth, keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people.

II. FALSAFAH KEBANGSAAN

Apa yang hendak kita lakukan adalah tidak lain dari membina semula sebuah bangsa dan sebuah Malaysia yang berteraskan kekuatan moral rakyat. Dan kekuatan moral rakyat adalah berteraskan prinsip karamah insaniah, kemuliaan darjat insaninya “walakad karamna bani Adam.”

Prinsip ini turut diungkapkan oleh seorang pejuang kemanusiaan dan rakyat; Martin Luther King, “A nation where its people will not be measured by the colour of their skin but by the content of their character." Rakyat sudah merdeka 50 tahun, dan rakyat mahu keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit.

Maka yang mendasari segala dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi. Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita meninggalkan perkauman sempit ini:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan Bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras. Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga.

Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai moral resources, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah. Inilah yang dituntut oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah apabila ditanya mengenai persaudaraan sesama insan:

Akhukum fil Insaniah (Persaudaraan sesama insan) yang mana turut bergema dalam tradisi Tamil: ontre kulam oruvane thevan (satu jiwa kerana kemanusiaan) dan juga dalam tradisi Cina yang diungkapkan oleh mahaguru Kung dalam kitab Lun Yu,“si hai zhi nie jie xiong di” yang membawa maksud (empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara).

III. MENJANA MUAFAKAT

Saya menghargai keringat dan buah fikiran rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang sanggup berbincang secara terbuka dan ikhlas. Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Maka hari ini kita mencipta sejarah. Bukan mudah untuk sampai kepada suatu muafakat yang boleh disebut sebagai overlapping consensus sepertimana yang diungkapkan oleh filasuf John Rawls.

Proses perbincangan yang intense dan rancak dari kalangan yang berbeza latar, fahaman dan kepercayaan. Kita menghormati falsafah perjuangan parti-parti masing, yang punya sejarah gemilang dan getir melawan kerakusan kuasa dan mengalami pelbagai bentuk penindasan. Kita berbincang secara terbuka dan ikhlas. Perkara-perkara yang selama ini dianggap sensitif kepada parti masing-masing dan kaum-kaum tertentu.

Kerana ada kejujuran maka kita berjaya mencapai muafakat.

Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh berrgerak ke hadapan mengharungi abad ke 21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan. Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat.

IV. EKONOMI

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara adalah dalam sektor ekonomi. Jika ekonomi lembap, kesejahteraan rakyat akan terhakis, ramai rakyat akan hilang pekerjaan. Dasar-dasar yang ada sekarang menyebabkan negara kita jauh ketinggalan dengan negara-negara di rantau ini seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Pakatan Rakyat ingin merangka satu dasar yang akan mengembalikan Malaysia di barisan pertama dengan negara-negara termaju di rantau ini.

Kita mesti melakukan satu reformasi ekonomi yang mampu meransang daya saing, kecekapan dan produktiviti. Dan unsur bersepadu daam reformasi tersebut adalah menjaga kepentingan rakyat melalui satu kerangka keadilan sosial. Kita perlu memastikan pengagihan yang saksama dan menumpukan pertolongan kepada anggota masayarakat yang paling lemah, tanpa mengira kaum atau kumpulan. Kita akan mengadakan kerangka-kerangka dan kebijakan-kebijakan untuk menarik pelabur asing demi meransang pelaburan tempatan. Kita akan mesra dengan usahawan dan memastikan penyertaan bumiputera di dalam ekonomi.

Saya menegaskan di sini sebagai satu Pakatan Rakyat, hati nurani tidak boleh membiarkan sesiapapun di kalangan rakyat tidak memperolehi taraf kehidupan yang manusiawi, seperti rumah, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain perkara asas. Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya, usahawan kita berdaya saing dan produktif. Pekerja-pekerja rajin dan tekun dan kita mempunyai penjawat-penjawat awam yang berdisiplin. Dengan gabungan kesemua ini tidak mustahil dalam masa 15 tahun, Malaysia akan kembali ke barisan pertama negara-negara maju di rantau ini.

V. WANITA

September yang lalu telah terbit kajian yang berjudul The Female Economy dalam makalah Harvard Business Review. Menurut kajian makalah tersebut, ketakjuban ekonomi terkini bukanlah ekonomi China ataupun India, ataupun ekonomi kedua-duanya digabungkan. Ketakjuban ekonomi itu ialah ekonomi kaum hawa. Pendapatan kaum hawa seluruh dunia untuk tahun 2009 sahaja berjumlah US$13 trillion, lebih besar dari gabungan KDNK China dan India untuk tahun ini; masing-masing sekitar US$4.4 trillion dan US$1.2 trillion.

Pada masa 5 tahun akan datang jumlah pendapatan kaum hawa dijangka mencecah US$18 trillion, manakala gabungan KDNK India dan China hanya pada angka sekitar US$8.4 trillion. Maka seperti gejala globalisasi, kebangkitan ekonomi hawa adalah satu gejala yang tidak boleh dihentikan atau diterbalikkan(unstoppable dan irreversible). Oleh itu dalam dokumen Dasar Pakatan Rakyat, terdapat khusus satu bab mengenai wanita.

VI. GOLONGAN MUDA

Golongan muda seharusnya mempunyai serta memperlihatkan keyakinan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Pakatan Rakyat sedar bahawa golongan muda memainkan peranan penting demi memastikan kejayaan pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat menyedari untuk mengeratkan lagi hubungan antara generasi dan demi merapatkan jurang tersebut, perlu ada satu keputusan berani, bertanggungjawab dan meyakinkan. Kini kita lihat ramai pemimpin muda yang muncul, samada sebagai ahli parlimen mahupun sebagai ADUN.

Namun ini tidak seharusnya menjadikan anak-anak muda khususnya yang bersama Pakatan Rakyat cepat berpuas hati. Kita mempunyai agenda yang lebih penting, iaitu menterjemahkan janji-janji serta dasar-dasar yang kita ungkapkan. Oleh demikian pemimpin muda Pakatan, di semua peringkat, perteguhkan tekad, kefahaman serta gerak kerja berdasarkan garis besar perjuangan Pakatan Rakyat. Kita mesti meyakinkan golongan muda betapa Perubahan merupakan perkara asasi, fundamental, bukan sahaja untuk generasi sekarang, juga untuk generasi masa depan.

VII. ALAM SEKITAR

Tatkala kita merumuskan dasar Pakatan Rakyat ini, sedang berlangsung Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen. Persidangan yang lebih dikenali sebagai COP 15 itu sungguh mustahak bagi mendapatkan persetujuan serta kesanggupan masyarakat antarabangsa untuk memastikan kelangsungan bumi yang kita diami ini.

Kita akui pembangunan sememangnya penting namun ini tidak bermakna kerusakan yang berlaku terhadap alam harus diiyakan sahaja. Makanya kebelakangan ini, laporan seumpama Stern Review, berupaya menjadi garis panduan melakar dasar nasional yang mengembalikan hala tuju pembangunan ke landasan yang tepat di samping memastikan agenda alam sekitar dan kelangsungan bumi tidak terabai. Pakatan Rakyat bersama dengan masyarakat antarabangsa yang prihatin menyatakan iltizam serta tekad untuk menangani isu perubahan iklim dan berusaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

VIII. KEBUDAYAAN

Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi — one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar bangsa ekonomi, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan. Justeru itu antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah Muafakat Kebudayaan Baru. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap lanjutan dari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

IX. PENUTUP

Hari ini kita mencipta sejarah. Tetapi ini hanyalah titik permulaan. Dasar Pakatan yang akan dimeterai sebentar lagi adalah garis besar perjuangan rakyat. Dasar-dasar ini adalah moral compass dalam perjungan politik kita. Pakatan Rakyat akan berlayar jauh, maka kita perlu ada kesatuan fikrah, kesatuan pemikiran dan sentiasa berada di garis tengah. Kita perlu mematuhi ethics of coalition, Etika Pakatan.

Setiap kumpulan punya tuntutannya sendiri dan mempunyai legitimasi dan keabsahannya. Tetapi kita juga perlu melihat urutan keutamaan kerana tidak semua tuntutan boleh ditangani dengan sekaligus. Maka kita tidak boleh melihat tuntutan political constituency masing-masing tanpa melihat dan mempertimbangkan political constituency rakan-rakan kita. Perlu ada sikap empathy, keprihatinan terhadap pelbagai sektor dan constituency rakan-rakan kita.

Justeru menjayakan agenda Pakatan Rakyat adalah menjadi prasyarat untuk mendapat dokongan penuh dan keyakinan rakyat. Hanya dengan keyakinan rakyat , bahawa rakyat yakin kita bersatu hati, kita akan memperolehi kemenangan. InsyaAllah.

Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membuka Konvensyen Pakatan Rakyat pada Dis 19.

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksamaan

Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen



PAKATAN Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak, di mana pengaruh Pakatan tidak kuat, dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan. Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana. Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah. Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Agihan ekonomi negeri.

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara. Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri. Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara. (AK)

Lihat sekitar Konvensyen PR & DHPP..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Rasa Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Dewan Himpunan Penyokong PAS Lulus -Dr Mujahid
#Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails