Monday, December 21, 2009

Blog: Dakwah Bukan Medan Fitnah - Abd Ghani Samsudin

Oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin

Blog Sebagai arena dakwah & Bukan Medan Memfitnah

ALLAH SWT berfirman dalam Surah al Nur ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersibarnya kebejatan dan kelucahan di kalangan orang yang beriman untuk mereka siksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat. Allah Maha tahu, tapi kamu yang tidak tahu.”

Pendahuluan

Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media social yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger.

Melalui blog dan laman peribadi seperti ini seseorang atau malah kumpulan; baik parti mahupun organisasi dapat diruntuhkan pengaruh dan nama baik mereka. Lebih-lebih lagi apabila diangkat dan dihebohkan oleh media perdana dan dijadikan tajuk utama dalam pemberitaan mereka.

Memandangkan besarnya pengaruh media baru ini sehingga dia memungkin banyak peristiwa besar boleh berlaku apabila diarah dan dimanfaatkan secara jitu dan sistemetik maka wajar kita membicarakan tajuk ini dengan mengenal pasti apakah yang dimaksudkan dengan blog, apakah kebaikan menggunakan blog, apakah ciri-ciri blog yang baik, etika penulisan blog dari perspektif syara’ dan umum untuk meningkatkan kebijaksanaan masyarakat umum ; khasnya khalayak blogger sehingga kebaikkan dan manfaatnya dapat diraih semaksima mungkin demi kepentingan masyarakat dan Negara.

Pengertian Blog

Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah ini pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok laman-laman web (websites) peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan berisi pautan-pautan (hyperlinks) ke laman web lain yang di anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka sendiri.

Umumnya dalam weblog ia menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah, seperti karya tulis, kumpulan pautan internet, dokumen-dokumen pelbagai format (e.g. Word, PDF, dll), gambar ataupun multimedia dan malah klip video melalui YouTube dan sebagainya

Sebenanya blog memuat tulisan tentang apa yang seorang penulis blog atau blogger fikirkan, rasakan, hingga apa yang dia lakukan sehari-hari. Namun blog akhirnya kini menjadi diari atas talian yang dicapai melalui Internet. Apa yang membedakan Blog dari Diari atau Jurnal yang biasa kita miliki adalah bahawa Blog dibuat untuk dibaca oleh orang lain.

Kebaikan menggunakan Blog

Sebagai sebahagian daripada laman internet yang kini mencapai angka trillion, blog mempunyai banyak faedah. Antara lain ialah:

  1. Melalui weblog, kita dapat memperluas hubungan teman/ kenalan hingga dapat membentuk suatu jaringan komuniti yang besar.
  2. Weblog melebihi surat elektronik (Email), kerana satu hantaran blog yang anda bahas, dapat dibaca oleh pengunjung blog yang tak terbatas. Beda dengan email yang hanya dapa dibaca oleh orang yang kita kirimkan. Selain itu, pengunjung blog juga dengan cepat dapat memberikan respon terhadap hantaran blog melalui komen yang secara langsung dituliskan di laman blog tersebut.
  3. Blog juga boleh memaparkan klip-klip video ceramah, forum, perbahasan atau perdebatan, pengetahuan dan sebagainya; terlepas daripada halangan seperti tauliah, tangkapan , kekangan ruang kuliah oleh JKKK atau ajk masjid dan surau.
  4. Bahkan ada blog yang memuatkan permohonan bantuan kewangan berbagai bentuk, bahkan juga iklan-iklan perniagaan yang memberi pulangan lumayan hasil dari jumlah pengunjungnya yang ramai.

Ciri-ciri blog yang baik

Blog yang dibangunkan dengan baik dan menarik berupaya menarik lebih ramai pelawat dan pembaca. Blog yang baik perlulah memenuhi kriteria berikut (http://www.bestbloglist.com/criteria.php):

Estatik Visual – ”Content is King, but Design is Queen”, itulah ungkapan popular dalam menilai sesebuah laman web termasuk blog. Kandungan yang menarik di baca tidak akan dapat menarik pembaca jika ianya dipersembahkan secara tidak terurus dan caca merba. Estatik Visual adalah keupayaan pemilik blog merekacipta dan menyusun struktur kandungan, berserta pilihan warna yang diadunkan secara harmoni dan menarik. Apa yang penting, pembaca merasa selesa dengan keaslian, warna, rekacipta dan cara persembahan kandungan.

Mesra Pembaca – Blog yang cantik rekacipta sahaja tidak mencukupi. Ianya juga perlulah Mesra Pembaca. Pertama, pemilihan bentuk fon, saiz fon, perbezaan warna latar dan warna fon hendaklah memudahkan pembacaan tanpa meletihkan mata. Struktur yang baik memudahkan pembaca mencari maklumat, membuat cetakan, menghantar emel, kurang klik, kurang tetingkap iklan popup, dan laju muat turun kandungannya.

Seronok Membaca – Blog yang cantik estatik visual, mesra pembaca, seterusnya perlu menyeronokkan pembaca untuk datang selalu ke blog tersebut. Samada kandungan blog itu terlalu santai membincangkan tentang selipar, atau serius membincangkan isu politik, kandungan yang menarik berupaya melekatkan pembaca setia dan baru untuk datang kembali. Blog yang baik perlu ada ruangan feedback, kerana pembaca yang seronok, selalunya mahu memberi maklum balas yang positif mahupun negatif. Blog yang seronok di baca juga adalah blog yang mempunyai nada dan intonasi penulis yang menceriakan apabila di baca. Nada tidak perlu sejuk, kaku atau garang.

Maklumat & Fakta yang Berfaedah – Kini, ada puluhan juta blog di internet. Malangnya, kebanyakannya hanya mengulangi atau ”cut & paste” dari blog-blog lain. Blog yang menarik dan menyeronokkan ialah blog yang asli kandungannya, dan memaparkan maklumat dan fakta yang berfaedah walaupun sumbernya dari laman atau blog lain. Kandungan yang asli dan disokong pula dengan maklumat dan fakta menarik dari sumber lain akan memberi kelainan dan keunikan pemilik blog tersebut.

Pengalaman Keseluruhan di Blog Tersebut – Blog yang berjaya ialah blog yang ada sinergi yang didefinisikan ” the whole is greater than the sum of the parts”, yang mengadunkan dengan baik estatik visual, mesra pembaca, keseronokan membaca dan memaparkan maklumat & fakta yang berfaedah. Kesemuanya ini menhasilkan satu pengalaman keseluruhan oleh para pembaca di blog tersebut.

Etika Blogger

Persatuan Wartawan Profesional “Society of Professional Journalists” pernah menggariskan etika blogger secara khusus. Etika ini telah di tokok tambah dan di ubahsuai oleh CyberJournalist.net dan di ketengahkan sebagai berikut:

Be Honest and Fair

Bloggers should be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information. Bloggers should:

Never plagiarize.

  • Identify and link to sources whenever feasible. The public is entitled to as much information as possible on sources’ reliability.
  • Make certain that Weblog entries, quotations, headlines, photos and all other content do not misrepresent. They should not oversimplify or highlight incidents out of context.
  • Never distort the content of photos without disclosing what has been changed. Image enhancement is only acceptable for for technical clarity. Label montages and photo illustrations.
  • Never publish information they know is inaccurate — and if publishing questionable information, make it clear it’s in doubt.
  • Distinguish between advocacy, commentary and factual information. Even advocacy writing and commentary should not misrepresent fact or context.
  • Distinguish factual information and commentary from advertising and shun hybrids that blur the lines between the two.

Minimize Harm

  • Ethical bloggers treat sources and subjects as human beings deserving of respect.
    Bloggers should:
  • Show compassion for those who may be affected adversely by Weblog content. Use special sensitivity when dealing with children and inexperienced sources or subjects.
  • Be sensitive when seeking or using interviews or photographs of those affected by tragedy or grief.
  • Recognize that gathering and reporting information may cause harm or discomfort. Pursuit of information is not a license for arrogance.
  • Recognize that private people have a greater right to control information about themselves than do public officials and others who seek power, influence or attention. Only an overriding public need can justify intrusion into anyone’s privacy.
  • Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity.
  • Be cautious about identifying juvenile suspects, victims of sex crimes and criminal suspects before the formal filing of charges.

Be Accountable

Bloggers should:

  • Admit mistakes and correct them promptly.
  • Explain each Weblog’s mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers’ conduct.
  • Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas.
  • Deny favored treatment to advertisers and special interests and resist their pressure to influence content. When
  • exceptions are made, disclose them fully to readers.
  • Be wary of sources offering information for favors. When accepting such information, disclose the favors.
  • Expose unethical practices of other bloggers.
  • Abide by the same high standards to which they hold others.

Etika blogger ini jika dikaitkan dengan sumber-sumber dalil nas maka kita akan dapati betapa Islam menghargai penulisan dan tanggungjawab menulis atau menuturkan sesuatu samada dengan lisan, tulisan atau imej dan sebagainya. Allah berfirman dalam Surah al Qalam ayat 1:

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nun demi pena dan catitannya.”

Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa ;

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” .

Dalam Surah Yasin ayat 65 Allah menegaskan:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.

Ini bermakna penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya. Seorang penulis blog umpamanya mestilah:

  1. Mengikhlaskan niat menulis kerana Allah. Tulisan kerana Allah menghalakan kandungannya kepada suatu yang benar, betul dan berfaedah. Niat berkenaan mengangkat martabat penulisan itu sebagai ibadah yang diganjari oleh Allah dengan pahala dan kebaikan.
  2. Penulisan itu mestilah menyebarkan nilai-nilai kebenaran dan kandungan ayat dan wahyu agama. Ia wajar menampilkan saranan yang berguna dan tidak bersifat munkar dan fahsya’.
  3. Penulis blog perlu memainkan peranan sebagai penyeru ke arah kebaikan atau al Aamir bil ma’ruf dengan kepintaran berbahasa, mengadun warna atau imej grafik yang bernilai tinggi, menampilkan blog yang mesra pembaca dan sebagainya.
  4. Penulis blog juga perlu melaksanakan tugas nahy ’anil munkar. Mencegah kecenderungan ke arah kejahatan serta meminggirkan pautan-pautan buruk yang boleh menyeret muda mudi serta pengunjung blog ke laman-laman web lucah dan porno.
  5. Sebagai pemangkin kepada reformasi pemikiran, sosial, politik , ekonomi dan budaya maka bloger perlu mempersiapkan diri dengan ilmu serta keupayaan kepimpinan setakat yang terluang oleh persekitaran.
    Tidak menggunakan blog untuk memfitnah dan menganiayakan orang lain, mencerca dan sebagainya.

Video Mengenai ”Ethical Blogging” di YouTube

Pengetahuan mengenai menulis blog secara beretika adalah masih kurang dikalangan penulis-penulis blog di Malaysia. Beberapa video mengenai Menulis Blog Secara Beretika boleh dicapai melalui portal YouTube dari alamat-alamat berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=iaztftmd-pM
http://www.youtube.com/watch?v=zEpcy3DtPKo
http://www.youtube.com/watch?v=joBN3SbD2L0
http://www.youtube.com/watch?v=IEfaKzujCxA
http://www.youtube.com/watch?v=rO0FyudvYK0

Beberapa Saranan

Penerimaan Blog dan media baru yang dapat menyalurkan maklumat kepada ratusan ribu atau jutaan orang dalam masa yang amat singkat, menimbulkan cabaran dan ancaman baru kepada ahli dan pimpinan PAS. PAS tidak boleh lagi memantang enteng kesan dan impak dalaman dan luaran ekoran dari kepantasan komunikasi dan maklumat yang disalurkan portal media sosial di kalangan ahli dan pimpinan PAS yang kian meningkat.

Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) yang diamanahkan untuk memantau perkembangan dunia siber ini telah menyarankan tiga (3) langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan dalam memanfaatkan komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas dengan lebih bertanggung jawab dan berhikmah dalam konteks Parti Islam Semalaysia (PAS):

Tanggung Jawab Kepimpinan dalam Memanfaatkan ICT dan Media Baru – Kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan pertanggung jawaban dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka. Kepimpinan terutamanya, akan tetap memikul tanggung jawab kepimpinan walaupun penulisan peribadi mereka, samada di tulis sendiri atau melalui wakil, telah dipapar dan disebarkan melalui media baru seperti blog dan Facebook. Masyarakat melihat dan menerima penulisan kepimpinan sebagai mewakili organisasi walaupun ditulis atas kapasiti peribadi.

Memanfaatkan Laman Web Rasmi PAS untuk Sebaran Maklumat Rasmi Organisasi – LICTPP telah sekian lama mewujudkan platform dan laman web rasmi parti di alamat web ”pas.org.my”. Namun, platform dan laman web rasmi PAS ini telah tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS di semua peringkat. Penyebaran maklumat melalui laman web rasmi ini boleh disebarkan dengan lebih bertanggung jawab dan terurus, melalui proses penyebaran yang selamat.

Memantau Saluran Media Baru demi Mengurangkan Mafsadah dan Fitnah – LICTPP meyakini ungkapan berikut, ”Miscommunications Breed Wrong Perceptions”, boleh menimbulkan pelbagai mafsadah dan fitnah sebagai sebahagian mehnah perjuangan di era maklumat ini. Maka, sudah tiba masanya untuk diwujudkan satu badan ”New Media Watch” yang memantau saluran-saluran media baru (seperti blog dan media sosial) agar kandungannya dipastikan menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri.

Penutup

Sebenarnya untuk merumuskan satu etika blogger muslim yang baik satu seminar atau bengkel khusus para blogger perlu dianjurkan untuk diperincikan dengan menyeluruh etika berkenaan serta dibahas dan dirumuskan secara jama’i sehingga dapat diguna pakai oleh khalayak blogger muslim yang multazim dan berbudi mulia.

Keperluan mengadakan kod etika penulisan blog sangat penting demi meningkatkan kewarasan dan kebijaksanaan umat dalam berinteraksi dengan wahana informasi global yang berpengaruh ini. Meskipun kita tidak memiliki kuasa bertaraf dunia untuk mengawal selia kandungan wahana ini secara global namun kita boleh menjadi pengguna yang proaktif dan resfonsiv sehingga kebaikannya dapat diserlahkan demi kepentingan orang ramai.

Dalam masa yang sama harus disedari bahawa teknologi informasi dan komunikasi terus berkembang dengan pesat dalam pelbagai bidang. Para bloger muslim perlu mengikuti serta menguasai teknologi terkini dengan keupayaan pembalajaran secara gigih dan berterusan. Kaedah kaedah baru dari sudut video editing serta kaedah menyematkan klip video dalam laman blog mungkin akan menyebabkan blog seseorang lebih diminati pengunjung.Ini harus seiring dengan usaha mereka mencorakkan hasil usaha mereka dengan ciri dan nilai-nilai keislaman.

Dengan pembaharuan yang berterusan kita mungkin dapat menghalakan salah satu jalur globalisasi ke arah yang menguntungkan Islam dan menyemarakkan dakwah. Pertarungan sekarang ialah bagaimana kita boleh memenuhkan sebanyak mungkin ruang siber dengan bahan-bahan yang berguna, mulia dan lohor demi membangun jati diri umat dan memperkasa sahsiah Islamiah, bahkan manusia seluruhnya agar mereka tidak tenggelam dan hanyut dalam arus pemodenan negatif serta globalisasi yang tidak menguntungkan diri, umat dan negara dalam jangka panjang.

Wallahu a’lam

Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Meru 13 Dec.09

Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor.

Kes Ragut, Perlu Fikir Semula Perundangan Islam

Kes ragut melanda negara ini, perlukan penyelesaian yang lebih berkesan..
KUALA LUMPUR: Dis 21. Tertarik pihak kami melihat paparan myMetro hari ini mengenai banyak kes ragut, malah membabitkan kematian dilaporkan kebelakangan ini. Walaupun tinjauan mereka sekitar wanita yang seolah-olah memandang ringan keselamatan mereka dengan masih ‘mempamerkan’ barangan berharga termasuk beg tangan dan barang kemas secara sewenang-wenangnya..


Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan termasuk di Bangsar dan Puchong mendapati, masih ramai wanita yang membawa beg tangan sambil lewa dan tidak mengikut cara yang betul dan selamat. Malah, ada yang memakai barang kemas berlebihan dan mampu mengundang padah jika diragut.

Mangsa ragut, Intan Shahrizza, 24, mendakwa pernah diragut ketika sedang menunggang motosikal yang menyebabkan dia kehilangan beberapa dokumen penting dan peristiwa terbabit menyebabkan dia lebih berhati-hati. Dia berkata lagi, bagi mereka yang tidak pernah terbabit dalam kejadian ragut mungkin tidak akan sedar risiko yang bakal ditanggung dan mereka akan terus lalai mengenai keselamatan diri sendiri.

“Saya sentiasa lebih berhati-hati selepas kejadian terbabit dan semua orang terutama wanita perlu berwaspada kerana trauma menjadi mangsa ragut memang sukar digambarkan,” katanya.

Pendapat sama dikongsi Rogayah Baharin, 42, yang mahu polis meningkatkan rondaan, tetapi pada masa yang sama orang ramai perlu menjaga harta dan keselamatan diri sendiri. “Sukar untuk mengharapkan bantuan polis dan setiap masa dan sepatutnya kita sama-sama membantu daripada menjadi mangsa ragut dengan sentiasa bersikap hati-hati,” katanya.

Bagi Hisham Harun, 46, kejadian ragut yang disaksikannya walaupun terdapat pondok polis berhampiran menunjukkan peragut seperti tidak takut pada undang-undang. “Pernah suatu ketika satu kejadian ragut berlaku di depan mata saya, mereka seolah-olah tidak bimbang walaupun ada pondok polis berhampiran,” katanya.

Dia berharap semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan menyangka bahawa kes begini hanya akan berlaku kepada orang lain, tetapi tidak diri mereka sendiri. “Kelalaian memang boleh membawa kecelakaan dan kerana itu kita kena sentiasa beringat bagi memastikan semua itu tidak terjadi kepada kita,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebenarnya, pihak bertanggung jawab perlu memikirkan bersungguh-sungguh mengenai undang-undang mencegah ragut yang lebih berkesan. Perlu difikirkan kembali undang-undang Islam dalam kes ragut. Kita sebagai orang Islam yakin, bahawa Islam adalah penyelamat manusia. Mustahil ulama-ulama atau ilmuan Malaysia tidak mampu memikirkan jalan penyelesaian sesudah undang-undang yang ada seolah-olah menemui jalan buntu. Allahu Aklam.

Kemboja & Pelarian Uighur, Malaysia Perlu Tangani?

About 200 people were killed in riots involving ethnic Uighurs and Han Chinese in July [Reuters]

Kemboja dikecam usir pelarian Uighur

PHNOM PENH 20 Dis. - Aktivis hak asasi manusia hari ini menyuarakan kemarahan terhadap keputusan Kemboja untuk menghantar pulang sekumpulan 20 orang Islam Uighur ke China selepas mereka memohon perlindungan di negara ini berikutan kekacauan di wilayah Xinjiang.

Mereka dihantar pulang dengan menaiki sebuah pesawat China lewat semalam, sekalipun tindakan itu mendapat bantahan daripada Amerika Syarikat (AS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia.

"Kerajaan Kemboja mengabaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian (PBB) 1951," kata Presiden Pusat Hak Asasi Manusia Kemboja, Ou Virak kepada AFP hari ini.

Beliau menyatakan kebimbangan 20 orang Uighur itu akan diseksa atau dibunuh apabila mereka kembali ke China.

Kehadiran pelarian Uighur di Phnom Penh didedahkan dua minggu lalu, apabila mereka memohon status pelarian PBB di Kemboja, dengan berkata, mereka menghadapi risiko diseksa di China.

Ketegangan meletus di Xinjiang, barat laut China pada Julai lalu apabila hampir 200 orang terbunuh dan 1,600 lagi cedera dalam pertempuran antara kaum Uighur dengan etnik majoriti Han.

Kementerian Luar Kemboja berkata, undang-undang negara ini menetapkan kumpulan Uighur di Phnom Penh itu terpaksa dihantar pulang.

"Mereka pendatang tanpa izin dan mengikut undang-undang imigresen Kemboja, mereka perlu diusir dari negara ini, kerana itu kami terpaksa mengusir mereka," kata jurucakap Kementerian Luar, Koy Kuong.

Namun Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) turut berasa kesal dengan penghantaran pulang kumpulan itu dan menyifatkannya sebagai melanggar konvensyen antarabangsa mengenai pelarian, kata jurucakap, Kitty McKinsey.

Kemboja mengambil keputusan tersebut ketika Naib Presiden China, Xi Jinping dijadual memulakan lawatan tiga hari ke negara ini hari ini. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa negara umat Islam membisu 1,000 bahasa? Wajarkah Malaysia membantu pelarian Cina dari Uighur itu? Membantu, termasuk mengambil sebagai tenaga kerja atau kepakaran demi kestabilan politik Islam Cina masa mendatang? Fikir-fikirlah!
(AK)

Sunday, December 20, 2009

Hijrah: Ceramah Yusuf Al-Qardhawi Di Shah Alam.


KIRA-KIRA 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi. Dr Yusuf yang baru sahaja dianugerahkan tokoh Ma'al Hijrah pada tahun ini kelmarin, menyampaikan syarahan perdana yang menyentuh tentang pengajaran yang diperolehi oleh umat Islam dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Syarahan beliau memakan masa selama dua jam, bermula kira-kira 7.35 malam termasuk terjemahan syarahannya yang dipimpin oleh Abdul Ghani. Kami sedut sebahagian dari Malaysiakini. com..

'Hijrah satu kemenangan'


Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.

'Harus atur strategi'

Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid


Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.

Dr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.

Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir. (AK)

Love is everything...

Love is everything...

lanjutnya sila lawati..
Dan banyak lagi berita menarik..
Terima kasih Cikgu Wan Salmah.


Tahniah Kepada Waheeda Yang Berpurdah.

HALAMAN HIBURAN

waheeda berpurdah

KAGUM sebentar kami melihat gambar Waheeda yang kini berpurdah. Tahniah kami ucapkan kepada Waheeda yang maju setapak lagi. Mungkin azam tahun baru, Awal Muharram.

Bukan mudah untuk Waheeda memakai purdah lagi-lagi di Malaysia ini. Apa-apa pun semoga terus kekal memakai purdah. Tahniah jugak kami ucapkan kepada Akhil Hayy yang nampaknya terus membimbing isterinya. Semoga perkahwinan anda berdua kekal dan dirahmati. (beautifulnara.com)

waheeda berpurdah

Gambar diangkat dari ZonArtis.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.Tahniah Waheeda!

Klik juga yang ini Warta Shubhi ... dengan berita-berita terbaru & terkini. Contohnya..
Dari Purdah ke Purkini - Eropah

Pengaruh Blog Akan Turun Diganti Video Klip... Dr Abu Hassan Abdullah

Gambar Dr Abu Hassan (atas) & peserta (bawah)

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang. Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki. Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog. Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing. Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengongkong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet. "Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'. Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails