Sunday, December 27, 2009

S'ngor: Besok Pula Serah Memo Keluar Pakatan?

Penyokong PAS Selangor gesa PAS keluar Pakatan

SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.

“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

“Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.

Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS ketika wujud spekulasi Umno-BN akan mengambil alih negeri itu bulan depan.

Sementara itu, Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia dan Exco Kerajaan Negeri Selangor semalam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya sama sekal tidak akan keluar PR Selangor.

Perkembangan ini berlaku ketika Hasan sedang disiasat oleh jawatankuasa disiplin PAS.

Dalam pada itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi tadi mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang memorandum sehingga malam tadi.

“Pagi semalam kami ada majlis di Ampang yang turut dihadiri Datuk Hasan... Jika pun Datuk Hasan ada menerima memorandum sudah pasti saya tahu... hari ini pejabat PAS Selangor tutup dan kami tidak terlibat dalam perhimpunan itu,” katanya.

Ketika pelbagai versi dikemukakan sejak awal semalam, maklumat pagi tadi pula menyebut memorandum sudah pun diserahkan kepada Hasan pagi semalam.

(Sumbar: The Malaysian Insider)

Sementara itu, PAS Pusat telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi. (AK)

Enjin Hilang: Mengapa Jadi Begitu? -Nik Aziz


KOTA BHARU, 27 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengelak daripada persoalan membawa ke arah perbincangan dakwaan bahawa kemenangan tipis pihak Kerajaan ketika membentangkan Bajet 2010 yang baru lalu itu, menggambarkan kelemahan pimpinan paling ketara dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia.

Beliau melihat dalam sudut lain, katanya, "Saya tidak hendak pergi ke situ (persoalan itu), tetapi perasaan wakil rakyat Umno-BN ni mereka tidak berasa serupa kita (pemimpin PAS), di mana kita memahami bahawa sembahyang yang ditunaikan dengan tidak sempurna itu adalah berdosa, maka begitu juga dengan berpolitik.

"Sekiranya tidak sempurna politik Islam, maka berdosa termasuk menghadiri sidang Dewan Negeri atau Parlimen. Semasa berkempen, kita berkempen, demikian juga ketika mengundi, kita mengundi.

"Namun Umno dengan sebab mereka tolak Islam, dan mengambil 'kebangsaan' (sebagai dasar parti mereka), mana ada dosa pahala, menyebabkan manusia kini mencuri, (bahkan) mencuri enjin jet pejuang. Perbuatan (tergamak) mencuri enjin itu adalah kerana mereka dididik dengan kemewahan dan hidup berseronok.

"Oleh itu untuk mencapai tahap kemewahan dan keseronokan itu, perlukan wang walau pun (terpaksa) mencuri dan menjual harta kerajaan, sanggup dilakukan asalkan dapat wang," katanya.

Beliau juga menegaskan, akibat didikan politik Umno terhadap rakyat di negara sejak lebih 52 tahun lalu dengan ajaran 'politik suku, agama suku' menyebabkan pimpinan parti sekular itu mengenepikan aspek dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam pemerintahannya sehingga ada yang sanggup mencuri enjin jet pejuang milik megara, seperti yang dihebuhkan.

Beliau berkata, sama ada wujud dakwaan yang menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab atau tidak terhadap peristiwa kecurian enjin jet pejuang Malaysia itu, sememangnya Najib bertanggungjawab.

"Sama ada kita suruh dia (Najib) bertanggungjawab atau tidak, dia memang bertanggungjawab, dunia dan akhirat. Itu benda (kedudukannya).

"Saya sebagai Menteri Besar yang menjaga negeri (Kelantan) ini pun, saya bertanggungjawab (terhadap pemerintahan negeri ini), sekadar mana yang termampu, kecuali Allah swt tahu (bahawa) saya tidak mampu, itu apa boleh buat.

"Jadi masalah Perdana Menteri kita ni, dia mengertikah atau tidak tanggungjawab dunia dan akhirat itu atau dia tidak faham, itu saya tidak tahu, tetapi dengan sebab parti dia (Umno adalah) parti sekular, yang tidak mempedulikan dosa pahala, syurga dan neraka, maka terjadilah (seperti peristiwa kecurian enjin jet pejuang itu).

"Dan banyak lagi pada masa hadapan benda (kejadian) yang 'karut maruk' begini berlaku (insya Allah adalah) hasil daripada didikan kerajaan (diterajui Umno-BN) terhadap rakyat dengan ajaran 'agama lain, politik lain'. Itulah penyakit besarnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini semalam. (2MA)

Enjin Hilang: Kenapa Tidak Bangkit Dlm Lapuran Tahunan K/Audit Negara?


KL Dis 27, 09: KENAPA kehilangan dan kecurian harta pertahanan negara itu tidak dibangkitkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 atau 2008, di mana ianya selaras dengan Seksyen 6 Akta Audit 1957? Sedangkan penguditan Ketua Audit Negara adalah termasuk dalam menentukan sama ada perhatian sewajar telah diambil atau tidak, bagi memberi penjelasan mempastikan, penggunaan, pengawalan, penyenggaraan dan pelupusan yang sepatutnya segala harta awam berada di bawah auditnya.

Demikian yang dipertikaikan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengenai dua buah enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang berharga RM50 juta setiap satunya di mana enjin pertama hilang pada 2007 dan enjin keduanya hilang dua tahun lalu yang disedari pihak berkenaan pada Mei 2008.

Menurut Tan, Seksyen 9(5) akta tersebut memperuntukkan bahawa Ketua Audit Negara boleh 'dalam apa-apa laporan yang dikemukakan mengikut Perkara 107(1) Perlembagan Persekutuan (lebih dikenali sebagai Laporan Tahunan Ketua Audit Negara)' membuat syor dan boleh secara umum memberikan ulasan tentang semua perkara yang berhubungan dengan akaun, wang dan harta awam.

Mengenai kehilangan enjin jet pejuang itu, beliau berkata Ketua Audit Negara seharusnya membangkitkan penyelewengan itu dalam laporan tahunannya kerana ia membabitkan kepentingan awam. Ketua Audit Negara perlu memberi penjelasan kenapa penyelewengan tersebut tidak dibangkitkan dalam laporan tahunannya hingga kini?

Selain dari itu, kata Tan, Kerajaan juga harus mengambil tindakan untuk memastikan Ketua Audit Negara akan membangkitkan dalam laporan tahunannya semua penyelewengan yang membabitkan harta kerajaan pada masa hadapan. (AK)

Harga Rokok Naik, Larang Tapi Jual, Bodohkan Rakyat?

PENGGUNA



KL Dis 27: AGAK pelek sikap pemerintah di mana-mana negara sekular di dunia termasuk Malaysia melarang rakyatnya menghisap rokok kerana ianya suatu sikap buruk, sedangkan menjual kepada kepada rakyat, atau mengaut keuntungan ekonomi di atas keburukan rakyat itu adalah sikap yang lebih buruk dan tidak bermoral lagi, dilakukan oleh pemerintah tersebut.

Cara mendidik rakyat begitu iaitu memerah keuntungan ekonomi di atas belakang penderitaan rakyat dan bersubahat dengan kapitalis-kapitalis syarikat rokok antarabangsa, itulah yang menyebabkan kegagalan menghapuskan tabiat merokok di kalangan orang ramai. Presiden Grup Universiti Ulu Klang Dr Hj Mohd Hasyim mengatakan pendapatnya se waktu dihubungi sebentar tadi.

Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang, atau RM0.32 sen bagi setiap batang rokok, apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu. Datuk Seri Liow berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Lain-lain harga minimum bagi paket 21 batang rokok ialah RM6.70, 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan 25 batang rokok (RM8).

Sementara itu di Petaling Jaya, persatuan pengguna menyambut baik langkah kerajaan menguatkuasakan harga minimum rokok yang ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang mulai Jumaat ini. Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, langkah itu dapat menghindari golongan muda terutama para pelajar daripada membeli rokok. Menurut Sha'ani, dari segi kawalan tembakau mengikut kerangka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara-negara ahli lain memang mengamalkan langkah penetapan harga minimum bagi mengurangkan bilangan perokok muda, dan memang diguna pakai di seluruh dunia tetapi hanya betul-betul berkesan bila disertai dengan penguatkuasaan yang ketat.

"Kerajaan hanya berpura-pura hendak menghapus tabiat merokok, kalau betul-betul nak hapuskan fasal apa masih benarkan jual lagi? Kerana ekomomi kapitalis sanggup menggadai kesihatan rakyat? Masih nak bodohkan rakyat? " Kata Dr Hj Mohd yang juga editor Blog Ibnu Hasyim lagi. "Porrah!'

by Asyok Kumar

Mengapa dengan rokok ini? Bagaimana kerajaan Sri Langka mengurangkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya?

Ikutilah Catatan Perjalanan di Sri Lanka...

Filem Porno Tayang Umum, Majlis Agama Samarinda Tolak!

HALAMAN HIBURAN
MUI Samarinda Tolak Film Suster Keramas

SAMARINDA, Dis 27, 09: KOMPAS.com--Majelis Ulama Indonesia (MUI) Samarinda menolak pemutaran film "Suter Kramas" yang rencananya akan ditayangkan secara serentak di berbagai daerah menjelang pergantian tahun pada 31 Desember mendatang.

"Kami menolak pemutaran film Suster Kramas yang akan diputar di Samarinda," kata Ketua MUI Samarinda KH. Zaini Naim kepada ANTARA di Samarinda, Sabtu.

Film yang dibintangi bintang porno Jepang, Rin Sakuragi, pengganti Miyabi tersebut direncanakan akan diputar serentak di bioskop di seluruh Indonesia pada malam tahun baru.

"Tidak ada nuansa pendidikan pada film itu tetapi justru dapat merusak moral generasi muda. Sudah bisa dipastikan bahwa jika film itu diputar, penontonya didominasi oleh kalangan remaja," kata Zaini Naim.

Film garapan Maxima Picture tersebut menggambarkan kedatangan seorang gadis Jepang ke Indonesia untuk mencari saudaranya yang bekerja sebagai perawat.

Persoalan yang kemudian banyak menuai kecaman adalah film horor yang dibintangi gadis kelahiran Hyogo, Jepang, pada 03 Maret 1989 itu tidak terlepas dari adegan porno yang diperankan Rin Sakuragi.

Pada salah satu adeganya, pengganti Miyabi itu terlihat memamerkan kemolekan tubuhnya pada dua pemuda.

"Film ini tidak layak ditonton, pasalahnya hanya memamerkan aurat wanita sehingga MUI meminta pihak terkait di Samarinda melarang pemutaran film itu" katanya.

Ia menambahkan selain menghimbau agar mmasyarakat agar tidak menonton film itu, juga pihaknya akan meminta pihak terkait yang memiliki kewenangan agar melarang pemutaran film itu di Samarinda.

Manajer Studio 21 Samarinda Central Plasa, Bono mengatakan bahwa belum menerima pemberitahuan tentang rencana pemutaran film Suster Keramas tersebut.

"Hingga saat ini (Sabtu) saya belum mendengar rencana pemutaran film itu di Studio 21 SCP," ungkap Bono.

Salah seorang warga Samarinda, Rzal, mengaku belum mengetahui adanya film porno yang dibintangi Rin Sakuragi.

"Setahu saya, yang selama ini digembar-gemborkan film itu akan dibintangi Miyabi dan katanya batal dibuat. Kami berharap film itu bisa diputar di Samarinda persis dimalam tahun baru agar warga tidak berkumpul di satu tempat saja," ujar Rizal.

Warga lainnya, Sari mengaku, dirinya tidak tertarik dengan film berbau porno.

"Saya sudah membaca di koran kalau film merupakan film porno dan akan di putar di berbagai bioskop pada 31 Desember 2009. Saya tidak berminat menonton karena film itu bukan tontonan yang dapat memberi manfaat. Leih baik merayakan tahun baru di rumah bersama keluarga," ujar Sari.


Kenyataan Ratu Dangdut 'Goyang Ngebor' Hina Islam

HALAMAN HIBURAN

RATU Dangdut, produser dan tauke kelab karaoke Inul Daratista menjadi orang pertama yang menentang fatwa Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) yang mengharamkan program tayangan infotainment. Kata Inul, infotainment itu berita "main-main"

"Kalau infotainment dilarang, mahu jadi apa negara kita?" tegas penyanyi yang popular dengan lagu "Goyang Ngebor" itu, seperti dilaporkan kompas.com.

Jelasnya lagi, "Seperti saya, goyang saja sudah tak boleh. Saya mati gaya di Jakarta, terus mahu jadi apa kalau ini-itu dilarang. Kita tidak boleh berekspresi dalam explore diri," kata Inul.

Bagi Inul, program tayangan infotainment perlu dipertimbangkan secukupnya. "Infotainment bukan hanya dinikmati orang-orang muslim saja. Masyarakat tidak lepas dari infotainment, walau jelik atau bagus tetap dinikmati," kata ibu muda itu.

Inul kesal fatwa PBNU itu keluar sedangkan, katanya, "Selebriti dan infotainment saling memerlukan," tegas Inul.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah komen-komen macam tahi lembu jatuh, keluar dari bontot lembu. "Kalau infotainment dilarang, mahu jadi apa negara kita?" kenyataan yang menghina agama sendiri. Artis goyang pungkok busuk pun dihormati. Di Malaysia, artis-artis di sini nampak baik sikit, diharap jangan ada artis model begitu..

Kisah Cinta, Antara Datuk & Nenek, Walaupun Berusia 80 Tahun.


KALSUM Arslan, seorang janda dan nenek berusia 80 tahun, tiba-tiba dikhabarkan hilang dan lenyap dari rumahnya. Hal ini berlaku setelah anak-anak, cucu-cucunya menolak kisah cintanya mengiringi rancangan perkahwinan dengan kekasihnya, juga seorang duda atau datuk (kakek) yang seumur dan sebaya dengannya.

Ooh, kisah cinta ini benar-benar menggetar dan menggeletek perasaan. Ianya bukan kisah novel atau sinetron, tetapi kisah nyata. Berlaku sebuah kota Konya yang eksotik dan menawan, di wilayah tengah Turki. Sebagaimana yang dipaparkan warta Turki 'Dunya Bulteni' Dis 25 09, Kaltum tinggal di salah satu desa berbukit yang hijau dan indah di daerah tersebut. Dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Kazim Yildiz yang akhiranya terpaut menjadi kekasihnya itu.

Kalsum dan Yildiz bertemu sekitar dua bulanlalu semasa mereka sama-sama mengambil wang kebajikan warga emas dari pemerintah. Memang dasar cinta itu tidak mengenal usia. Perasaan abstrak itu pun bersemi di hati kedua kakek-nenek itu. Hingga akhirnya, keduanya pun sepakat menjadi sehati dan sejiwa untuk terus merencanakan perkahwinan. Begitulah lumrah cinta yang biasanya ada halangan dan cubaan.

Amat malang baginya kerana penghalang itu adalah anak-anak dan cucu-cucu Kaltum sendiri yang menolak cinta dan rancangan perkahwinannya. Maka pada 10 Desember kelmarin, Kaltum keluar rumah. Ia akan berangkat ke sebuah klinik hendak cek kesehatan, katanya. Tetapi tak pulang-pulang. Dia dikatakan hilang lenyap.

Salah seorang cucu Kaltum pun menyusul ke klinik itu dan mencarinya tetapi tiada. Diperiksa melalui kakitangan klinik pun tiada, bahkan daftar pun tidak. Keluarganya membuat laporan polis. Setelah 3 hari membuat pencarian, rupanya dia berada di rumah kekasihnya, Kazim Yildiz. Kalsum memberitahu, dia tidak akan kembali ke rumahnya jika tidak dapat berkahwin dengan kekasih idamannya itu.

Melihat kepejalan cinta sedemikian, anak-cucunya tidak dapat menghalang lagi dan berfikir semula. Mereka terpaksa berlembut dan mengalah. Akhirnya berubah dan bersetuju, maka perkahwinan akan dilangsungkan pada awal tahun depan beberapa hari lagi. Al-hamdulillah! (2MA)

Sebuah lagi kisah cinta.. klik di sini!

Love Story from China..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails