Wednesday, March 03, 2010

Pemimpin HAMAS Tidak Akui 'Musab' Anaknya. Wajarkah?

Buku"Son of Hamas" ditulis oleh anak Syeikh Hassan yang murtad.. akan terbit di AS minggu ini

Si murtad itu dikenal dengan kod nama "Pangeran Hijau".

ISNIN Mac1, 2010: "Saya, Syaikh Hassan Yussuf ... isteri saya, putera dan puteri saya mengumumkan bahawa kami benar-benar tidak mengakui ada seorang lelaki yang mengaku putera sulung kami dan dipanggil dengan nama Musab," katanya dalam sebuah pernyataan.

Itu, kenyataan dari seorang pemimpin senior Hamas yang sedang di dalam penjara Israel. Dia tidak mengakui anaknya, setelah seorang pemuda mengakui telah mengintip kelompok Islam khususnya Hamas untuk Israel dan memainkan peranan penting dalam penangkapan beberapa pejuang militan senior.

Keputusan ini diambil setelah orang yang disebut-sebut bernama Musab yang telah murtad terhadap Allah dan para nabi ... Melakukan pengkhianatannya terhadap kaum Muslimin, dengan bekerjasama dengan musuh-musuh Allah.. dan menimbulkan kerusakan terhadap bangsa ini dan tujuan bangsa kita."

Minggu lalu, harian Haaretz Israel melaporkan, Musab Hassan Yussuf (32 tahun) adalah seorang informer Israel dan bekerja untuk Internal Israel Shin Bet, dikenal dengan kod nama "Pangeran Hijau".

Artikel itu didasarkan pada ringkasan dari sebuah buku, "Son of Hamas", ditulis oleh Yussuf, yang murtad masuk Kristian pada 10 tahun lalu dan sekarang tinggal di California. Buku karangannya itu akan diterbitkan di Amerika Syarikat dalam minggu ini.

Artikel dalam surat khabar itu mengatakan, Yusuf (Musab) mempunyai peranan penting dalam penangkapan Ibrahim Hamid, salah seorang pimpinan militer di Tebing Barat, dan Abdullah Barghuti, pembuat bom terkenal yang berada di balik serangan bom syahid pada tahun 2001 di sebuah restoran di Jerusalem.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mereka yang murtad dan belot dari perjuangan Islam memang wajar dihapuskan... (2MA)

Lihat sebelum ini...

Isteri ‘jutawan’ Lebanon Dipaksa Lakukan Seks Depan ...

Dr. Elie Yousef Najem

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Isteri ‘jutawan’ rakyat Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem mendakwa dia pernah dipaksa ‘beraksi’ melakukan hubungan kelamin di hadapan kamera web bersama suaminya untuk dipertontonkan kepada rakan internet lelaki itu.

Farinnie Mohd. Farid, 24, turut memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, dia diliwat oleh Elie, 50, sebanyak dua atau tiga kali dalam seminggu selama mereka tinggal bersama dari Mei 2005 hingga Julai 2007.

Pada 2006, Elie menggemparkan negara apabila melahirkan hasratnya untuk menderma RM1 bilion kepada Majlis Kanser Negara bagi mendirikan Pusat Rawatan dan Penyelidikan Kanser Kanak-kanak Farinnie Ellie dan Makna.

Pada Januari lalu, Elie ditahan di sebuah hotel di ibu negara selepas dia dipercayai memiliki wang palsu dolar Amerika Syarikat AS$66M2 juta (RM225 juta).

Wanita itu selaku plaintif hadir memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes tuntutan cerai fasakh yang difailkan olehnya pada September tahun lalu terhadap Elie yang dinamakan sebagai defendan.

Dia yang kini bekerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah kolej mendakwa, dimaki hamun hampir setiap hari dengan pelbagai kata-kata kesat oleh suaminya selain menuduh kedua-dua anak mereka bukan anaknya.

Dipetik Utusan Malaysia, Farinnie, Elie juga pernah bertindak kasar dengan menarik rambutnya di khalayak ramai selepas kalah judi di Genting Highlands pada awal 2007.

Suaminya juga didakwa pernah menolak meja ke perut Farinnie ketika dia sedang hamil enam bulan anak sulung mereka.

Ditanya mengenai penganiayaan lain, Farinnie mendakwa didera secara seksual termasuk dipaksa melakukan hubungan kelamin dan diliwat ketika datang haid serta selepas pantang bersalin.

Menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan mengenai tindakan yang diambil selepas berlaku kejadian tersebut, Farinnie memberitahu dia tidak pernah membuat sebarang laporan polis.

Alasannya, kata Farinnie, ketika tinggal bersama Elie di sebuah apartmen di Jalan Yap Kwan Seng, dia langsung tidak dibenarkan keluar dari rumah mereka kerana hanya lelaki itu yang memegang kunci rumah tersebut.

Bagaimanapun, ibu beranak dua itu berkata, dia pernah melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Ditanya mengenai perasaannya terhadap suami, Farinnie berkata, dia sangat takut dan tidak pernah tenteram apabila berhadapan dengan Elie.

Menurutnya, dia nekad melarikan diri dari rumah tersebut pada 30 Ogos 2007 ketika Elie sedang tidur dan tertinggal kunci di atas meja.

‘‘Sebenarnya saya dah banyak kali lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikapnya, tetapi saya kembali kepadanya apabila dia pujuk dan janji akan berubah sikap.

“Sebelum ini, saya menganggap perceraian adalah perkara terakhir yang akan saya pilih. Saya sentiasa berharap dia akan berubah,” katanya.

Ditanya mengenai sikap lelaki itu sebagai seorang Muslim, Farinnie mendakwa Elie bukan sahaja tidak pernah solat dan berpuasa malah turut menghalangnya mengerjakan ibadat berkenaan.

Katanya, Elie yang gemar berjudi dan minum arak pernah memanggil seorang Pastor Kristian ke rumah mereka untuk menjalankan upacara sembahyang sempena Hari Easter.

Farinnie juga mendakwa, Elie secara terbuka pernah memberitahunya bahawa dia kini bukan seorang Muslim tetapi beragama Kristian.

Elie yang sebelum ini disiasat kerana didakwa memiliki wang palsu RM220.6 juta (AS$66.02 juta) tidak hadir di mahkamah. Dia tidak diwakili peguam syarie.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mamat Haizan Salleh bersambung 7 dan 19 April ini. (The Malaysian Insider/AK)

Perogol Kambing Ini Di Bawa Ke Mahkamah..

http://photoserver.ws/images/miGo4b8d08262ef87.jpg
Dia sedang merogol kambing..
MBUCUTA, MOZAMBIK 2Mac 2010- "Salah seorang pemuda ditemui dalam keadaan telanjang dan sedang memegang kepala kambing. Sementara seorang lainnya sedang melakukan hubungan seks dengan binatang tersebut," menurut laporan Radio Mozambik, seperti dikutip News.com.au, Selasa (2/3/2010).

Hakim wilayah yang menangani kes unik ini, Leonides Mapasse menyatakan, kedua pemuda kemungkinan besar akan menghadapi pengadilan atas tuduhan perlakuan tidak senonoh. Sementara pemilik kambing sendiri ingin menuntut secara rasmi mengenai kes ini.

Bukan itu sahaja, pemilik kambing itu juga menuntut kedua pemuda itu membayar kerugian sekaligus melakukan tradisi pengganti pernikahan yang disebut "Lobolo". Tradisi membayar sejumlah wang atas tindakan perkosaan yang telah mereka lakukan.

Sementara itu, seorang peternak mengeluh apabila kambing miliknya telah dirogol oleh dua orang pemuda di dikampungnya. Insiden yang terjadi di wilayah pinggiran kota Mbucuta, Mozambik membuat heboh berita di kota tersebut. (AK)

Ikan Hidup Terjun Dari Langit Australia. Tidak Aneh..


Gambar yang dirakamkan oleh Christine Balmer dan disiarkan oleh sebuah akhbar menunjukkan sejumlah ikan yang gugur dari langit di Lajamanu, Australia.

LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini.

"Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari ke sana sini untuk mengutipnya. Semua ikan masih hidup semasa jatuh ke tanah.

"Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara. Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek.

"Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer.

Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung.

Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya.

"Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut 'dilepaskan'," kata Mark Kersemakers dari Biro Meteorologi Australia.

Lajamanu terletak di antara Darwin dan Alice Springs di hujung Gurun Tanami.

Ini bukanlah kali pertama bandar kecil itu mengalami kejadian ikan gugur dari langit.

Menurut seorang penduduk, Les Dillon yang berusia 48 tahun, pada awal tahun 1980-an dia berada di Hotel Alice Springs Tavern.

Apabila keluar dari biliknya, dia melihat ikan-ikan kecil jatuh dari langit.

"Ya, memang saya ada minum beberapa gelas bir. Jadi tiada seorang pun rakan yang mempercayai saya.

"Saya terpaksa menelefon ramai orang untuk memberitahu bahawa saya tidak mabuk. Ia (ikan gugur dari langit) benar-benar berlaku," kata Dillon. - Agensi

Royalti Minyak K'tan: Tidak Wajar Ke Mahkamah -Hishamuddin Hussein



Mac 03, 2010 MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

"Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pambangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

"Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini," tambahnya. Demikian menurut BERNAMA hari ini.

Tuesday, March 02, 2010

Pejuang Kulit Hitam AS, Jadi Pendakwah.. Jihad Daud

Atas: Gambar Jihad Daud. Gambar bawah: dirakam di suatu pergunungan di Colorado AS diangkat dari blog best1of4!!!

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

"SAYA melihat kebebasan dengan cara pandang yang berbeda." Kata seorang yang dipilih nama untuk Jihad Daud Abdulmumit. Sambungnya, bila mengulas makna kebebasan, baginya "Adalah sesuatu yang sangat berharga memiliki kemampuan bebas untuk mengekespresikan diri sendiri dengan cara sehat dan bermanfaat.. Serta memberikan inspirasi tentang kebesaran dan kemampuan diri seseorang, tanpa adanya hambatan, diskriminasi, penindasan dan rasa dendam."

Dia menyatakan dengan pengalamannya. Pengalaman menghabiskan hampir separuh hidupnya di dalam penjara. Tempat dimana ia mengalami tindakan perkauman dan diskriminasi yang pemicu atau penggeraknyanya cuma dua. Kalau pemicunya bukan kerana ia warga kulit hitam, tentu kerana ia seorang Muslim.

Pengalaman itu membuat Jihad Daud sangat menghargai erti kebebasan, sehingga ia selalu berusaha memanfaatkan setiap detik waktunya dengan melakukan hal-hal yang bermanfaat. Beliau mendapatkan hidayah Islam ketika ia masih berada dalam tahanan. Tahun 1979, Jihad Abdulmumit yang ketika itu masih bernama David Bryant ditangkap, diadili dan dihukum penjara selama lebih dari 23 tahun.

Dia terlibat dalam organisasi 'Black Liberation Army' dan 'Black Panther Party', dua organisasi yang mengangkat senjata untuk pertahanan diri dan perjuangan pembebasan warga kulit hitam di AS.

"FBI tidak menganggap orang kulit hitam sebagai teroris, tetapi melihat mereka sebagai penjahat," kata Jihad, meski ia menjalani hukuman dengan status tahanan politik.

Empat bulan menjalani tahanan dan isolasi, Jihad Daud menemui cahaya Islam. "Saya sangat terinspirasi dan termotivasi untuk belajar bahawa Tuhan ialah Allah SWT, bukan seorang manusia, tetapi Maha Pencipta atas segala sesuatu." Katanya mengungkap dan menyingkap perasaan cinta pertamanya masa menunaikan Solat Jumaat berjamaah sebagai seorang muallaf.

Oleh komuniti tahanan Muslim di penjara, beliau diberi nama Jihad Daud Abdulmumit setelah ia mengucapkan dua kalimat syahadat. Teman-teman Muslimnya memilih nama itu keana ia adalah anggota Black Liberation Army. "Saya kira mereka berfikir nama 'Jihad' memang sesuai untuk saya," ujarnya.

Jihad mengungkapkan, salah satu dari hal-hal paling buruk di penjara adalah berada di sel isolasi selama berhari-hari. Jihad juga mengatakan bahawa ia banyak mengalami tindakan ras atau perkauman kerana ia warga kulit hitam. "Meski petugas penjara atau petugas konsultan memperlakukan anda sama seperti tahanan lainnya, tetapi tindakan ras dan kaum tetap masih terlihat jelas," ungkap Jihad.

Tetapi ketika Jihad memeluk Islam, ia bertemu "tempat berlindung" yang membantunya melalui masa-masa terberat dalam hidupnya. "Islam mengajarkan saya bahawa segala sesuatu terjadi atas kehendak Allah. Maka, saya menerima pengalaman saya di penjara dengan sikap tenang dan sabar." jelas beliau lagi.

Ia mengatakan, banyak tahanan Muslim menghadapi tindakan perkauman dengan cara yang boleh membuat mereka akhirnya dihormati oleh tahanan-tahanan lain. "Tahanan Muslim mendapat rasa hormat dari otoritas-otoritas penjara kerana kematangan jiwa para tahanan Muslim dan kedisiplinan mereka, serta sikap moral yang kami tunjukan. Otoritas penjara mengakui hal itu," tukas Jihad Daud.

Sejak bebas dari penjara, Jihad memanfaatkan hari-harinya dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat dan tetap menjadi seorang Muslim. Kini ia menjadi seorang motivator, penulis buku dan aktif dengan berbagai kegiatan kemasyarakatan. Untuk itu Jihad Daud mengaku bahawa beliau kini menjadi seorang yang beruntung dan mampu meneruskan jihad Islami..(MRD)

Gay & Lesbian, Bogel Tuntut Bebas, Ada Puak Islam Sokong.







Sydney, Australia
"KAUM gay dan lesbian ramai-ramai berbogel dan menyampaikan pesan nyaring kepada dunia bahawa Australia menerima masyarakat yang bebas dan sama rata.." kata Spencer Tunick artis asal AS.

Lebih 5,000 orang akhir minggu lalu, telah melondehkan pakaian mereka di tangga panggung Sydney Opera House, Australia. Mereka ambil gambar bogel beramai-ramai untuk Tunick.
Pengambilan pfoto tersebut diselenggarakan Sydney Gay dan Lesbian Mardi Gras, seperti dillapor oleh BBC. Tunick memang terkenal dengan pfoto bogel massal di kawasan terbuka untuk umum.

Hal tersebut menyebabkan lalu lintas di bangunan itu terhenti kerana ramai yang memusatkan perhatian kepada mereka.
Yang menarik dan aneh, ialah sesi ambil gambar itu dilakukan di tengah udara sejuk pagi hari pertama musim gugur di daerah selatan. Bahkan, ada di antaranya perempuan yang hamil tua ikut serta dan terpaksa terus pergi ke hospital untuk bersalin segera.

Lebih aneh bin ajaib lagi, ada persatuan sesat yang mengaku memperjuang hak sama rata wanita Islam dan liberalisasi, bertopengkan persatuan Islam, turut menyokong salakan kaum gay dan lasbian tersebut. Hal ini pula wujud dalam negara umat Islam, bahkan kadang-kadang terdiri dari kaum keluarga pemimpin-pemimpin negara umat Islam itu sendiri. Malang sungguh!.

(Pelbagai sumber: 2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails