Thursday, April 08, 2010

'Ekstremis' Digugurkan, Istilah 'Pengganas' Bila Lagi?

Bukan bom bunuh diri tetapi bom syahid.

Istilah Ekstremis Islam digugurkan

WASHINGTON 7 April - Para penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan menggugurkan istilah keagamaan seperti 'Ekstremis Islam' dari dokumen utama yang menggariskan strategi keselamatan kebangsaan negara itu.

Sebaliknya ia akan menggunakan dokumen yang ditulis semula bertujuan menekankan pendekatan AS tidak melihat negara-negara Islam dari sudut keganasan, kata para pegawai anti-keganasan.

Langkah tersebut merupakan perubahan besar dalam Strategi Keselamatan Kebangsaan, sebuah dokumen yang menggariskan Doktrin Bush bagi mencegah perang. Dokumen berkenaan ketika ini mempunyai catatan: 'Usaha menangani militan radikal Islam merupakan konflik ideologi besar pada tahun-tahun awal abad ke-21'.

Para pegawai berkenaan mendedahkan perubahan tersebut dengan syarat nama mereka tidak disiarkan kerana dokumen berkenaan masih dalam proses ditulis semula dan White House tidak mahu membincangkannya. Bagaimanapun penulisan semula dokumen strategi berkenaan merupakan contoh terkini tindakan Obama dalam menyusun semula dasar luar AS seperti janjinya untuk meleraikan senjata nuklear dan mengehadkan situasi ia boleh digunakan.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha lebih besar yang dibincangkan secara terbuka oleh White House yang menekankan perubahan bukan sahaja cara AS berdialog dengan negara-negara Islam malahan juga tentang apa dibincangkan dengan mereka.

Selain itu, ia juga berkaitan perubahan yang merangkumi penjagaan kesihatan, sains, keusahawanan dan pendidikan termasuk di negara-negara Islam. Usaha untuk menjauhkan diri daripada 'keganasan' dimulakan sejak setahun lalu ketika Obama melawat Kaherah dan berjanji memulakan era baru hubungan antara AS dengan dunia Islam.

White House percaya pentadbiran sebelum ini mengasaskan hubungan tersebut semata-mata berdasarkan kepada langkah melawan keganasan. Tinjauan pendapat awam menunjukkan peningkatan berterusan sentimen positif terhadap AS di kalangan negara Islam pada tahun lalu walaupun secara keseluruhan ia kekal negatif dalam julat yang besar.

Obama bukan pengasas kepada usaha memenangi hati orang Islam. Bekas Presiden George W. Bush memberikan White House al-Quran pertamanya dan merupakan yang pertama menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan Ramadan. Bush juga menyokong penuh demokrasi di negara Islam seperti Turki.

Bagaimanapun pentadbiran Bush dibelenggu masalah retorik. Orang Islam mengkritik beliau kerana menakrifkan usaha memerangi keganasan sebagai perang salib dan melabelkan penaklukan Afghanistan sebagai 'Operasi Keadilan Infiniti'. Semua perkataan sedemikian dilihat sebagai ada unsur keagamaan. Beliau kerap menakrifkan musuh AS sebagai 'ekstremis Islam' dan 'jihad radikal'.

Karen Hughes, seorang diplomat kanan yang kerap ditugaskan berurusan dengan negara Islam semasa era Bush menggesa penggunaan istilah sedemikian dihentikan.

''Saya mengesyorkan ia dihentikan. Pada penilaian saya ia tidak kena pada tempatnya disebabkan cara ia diterima. Kita perlu mengelak daripada menggunakan bahasa keagamaan.

''Setiap kali mereka mendengar ungkapan seperti 'ekstremis Islam, jihad Islam, fundamental Islam', mereka berpendapat ia merupakan satu serangan terhadap kepercayaan mereka. Inilah persepsi yang dimahukan oleh Osama bin Laden,'' katanya. - AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tak cukup tu. Yang penting istilah pengganas atau teroris itu perlu ditukar... Dari tuduhan kepada puak-puak mujahidin Islam dialihkan kepada AS dan kuncu-kuncunya yang mengganas hampir di seluruh negara di dunia. Hampir tiada negara yang tiada camput tangan pengganas AS, samada secara terang atau bersembunyi.

Istilah 'bom bunuh diri' pun perlu ditukar. Kalau pelakunya adalah mujahidin Islam perlu diubah kepada istilah 'bom syahid', seperti di Irak, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain. Kerana dalam perjuangan Islam, bila meletakkan dasar perjuangannya di tempat yang betul, maka tiada istilah kalah. Samada menang atau syahid. Syahid adalah mati mulia, yang menjadi rahsia kekuatan Islam. Ini yang puak-puak AS pura-pura tidak faham, termasuk anak buahnya, UMNO di Malaysia!

Sila lihat...

Lagi, Dasar Pelajaran Gagal. Buli.Tunjuk Punggung..


Wednesday, April 07, 2010

APCO UMNO, UMNO APCO, Hangat Di Parlimen!!


Gambar bawah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, speaker dewan..

KL April 07, 10: PARLIMEN petang tadi memperdebatkan perkataan 'APCO UMNO'. UMNO begitu takut dengan perkataan 'APCO UMNO'. Riuh rendah!

Ahli Parlimen beramai-ramai menyebutnya...

APCO UMNO!
APCO UMNO!
APCO UMNO!!

Beritanya..
Kedua-dua BN dan pembangkang hari ini berusaha sedaya upaya masing-masing untuk merujuk wakil seteru mereka ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.
Seorang lagi wakil pembangkang Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dirujuk ke jawatankuasa bekenaan. Keputusan timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu dibuat mengikut peraturan 26(1)(p).

Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil pembangkang, termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan. Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali. Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan secara belah bahagi petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan persidangan Dewan Rakyat panas apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Menurut Lim, Tajuddin dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009) semalam dikatakan tuduhan tidak berasas antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang yang bererti daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.

Selain itu, Lim berkata, anggota Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa beliau adalah bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kiri). Sehubungan itu, Lim meminta agar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan. Berdasarkan hujah yang dikemukakan Lim, Pandikar Amin (kanan) memberi peluang kepada Tajuddin untuk membuat penjelasan berhubung kenyataannya semalam, bagaimanapun beliau memilih untuk tidak menarik balik kenyataannya itu dan bertegas bersedia menerima sebarang tindakan.

Berikutan itu, barisan pembangkang menggesa supaya diadakan undi belah bahagian yang dipersetujui Speaker Dewan. Bagaimanapun, berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.(AK)

MIC Tanding Ulu Selaqngor -Najib Razak



APRIL 07, 10:Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor. Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno. Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata: "Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan. Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.(AK)

3 Kuil Sikh, K'tan Tak Pinggir Minoriti -Anuar Tan Abdullah.


KOTA BHARU. 7 April: Biar pun masyarakat keturunan Sikh tidak ramai di Kelantan, namun kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mereka, sama seperti kaum-kaum minoriti lain.

Di Kelantan ada tiga kuil iaitu di Kota Bharu, Kuala Krai dan Tumpat.

Anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kaum minoriti di bawah kepemimpinan ulama.

“Ini terbukti apabila penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang masalah,” katanya ketika melawat Temple Gurdwara Sahib di Jalan Bayam, baru-baru ini.

Sempena kunjungan tersebut, pengurusan kuil berkenaan memohon mendapat geran tahunan daripada kerajaan negeri bagi menyelenggara tiga rumah ibadat mereka. Oleh itu, Anuar Tan yang juga Adun Kota Lama berkata, kerajaan negeri akan berusaha membantu masyarakat Sikh di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Sikh Temple Jalan Bayam, Gurmok Singh, 64 berkata, kehadiran anggota Exco terbabit amat dihargai sempena menyambut ‘Hari Kelahiran Khalsa’. Gurmok berkata, kuil tersebut sehingga kini belum menjadi milik kekal mereka sehingga ada sesetengah pihak cuba mengambil sebahagian dari kawasan tersebut.

“Kami amat berbesar hati sekiranya pihak kerajaan dapat mengambil berat hal pemilikan tanah ini. Kini kami seolah-olah tersepit dan bimbang suatu hari nanti temple ini akan diroboh.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka yang cuba mengambil sebahagian tanah ini kerana ia masih milik kerajaan,” ujar beliau.

Kuil berkenaan, kata Gurmok dibina pada 1948 kini digunakan sebahagian penganut Sikh di sekitar Kota Bharu. Manakala kuil di Kuala Krai dan Tumpat digunakan sejak awal 1920-an dan masih tiada pemilikan kekal. Difahamkan masyarakat Sikh di negeri ini hanya sekitar 100 orang dan hubungan sesama mereka begitu erat.

"Kami amat gembira berada di Kelantan yang mempunyai Menteri Besar seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang memahami masalah kaum minoriti," katanya. (AK)

Karpal Diarah Keluar Dewan, Gantung 10 hari. Mengapa?



APRIL7 10
:Karpal Singh (DAP-Gelugor) hari ini digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari berikutan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.

Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau memutuskan untuk menolak notis berkenaan, yang mengundang Tian untuk bangun dan terus meminta penjelasan. Pandikar kemudiannya mengarahkan Tian supaya duduk, namun Karpal pula menghidupkan mikrofonnya dan berkata speaker telah melanggar keputusan yang pernah dibuatnya sendiri sebelum ini.

Karpal mengulangi kata-katanya itu sebanyak enam kali dan juga menggelarkan speaker dengan sebagai 'diktator'. Pandikar memintanya mengulangi gelaran itu yang dipatuhi Karpal. Tindakan itu membawa padah apabila Pandikar mengarahkannya keluar dewan.

"Saya menggunakan kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong keluarkan Bukit Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara menolak kerusi roda Karpal keluar dari Dewan.

Pandikar juga memutuskan Karpal digantung daripada parlimen bagi tempoh 10 hari. Tindakan itu kemudiannya menerima bantahan daripada wakil-wakil pembangkang. Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudiannya bangkit dan berkata keputusan speaker itu tidak adil.

Pandikar kemudiannya berkata, beliau akan berlaku adil dan memutuskan untuk membuka undian secara belah bahagi ke atas usul yang dibawa oleh Tian. Usul itu bagaimanapun ditolak apabila hanya 56 ahli parlimen menyokong usul berkenaan, berbanding 82 yang menentang.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada orang tanya, mengapa? Ada pula yang jawab, tentu kerana dia pembangkan? (AK)

Fasebook, Ulama Mesir, Indonesia Fatwa Haram, Mengapa?



DIBERITAKAN di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang, melelui facebook. Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.

Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook. Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook. Betulkah?

Mantan Ketua komite fatwa Al-Azhar, Syaikh Abdul Hamid Al-Atrash, pada hari rabu kemarin (3 Feb 2010) mengeluarkan kenyataan mengharamkan situs jejaring sosial terkenal Facebook, setelah meningkatnya angka perceraian dan semakin tersebarnya perzinahan yang merupakan efek dari situs tersebut. Fasebook telah menjadi sebagai instrumen penghancuran, dan merusak pasangan keluarga, kerana masing-masing pasangan baik suami mahupun isteri akan mencari kegiatan lain di Fasebook di waktu lapang.

Sebuah kajian dilakukan, hasilnya sungguh mengejutkan, bahawa setiap lima kes penceraian terjadi khususnya di Mesir, disebabkan oleh pasangan suami atau isteri menemuikan 'idaman lain' di Facebook. Studi itu juga menunjukkan situs jejaring sosial facebook, sangat mudah membuat pasangan suami isteri saling berkhianat.

Studi juga menyarankan agar pasangan suami-isteri tidak bergabung dan aktif di situs jejaring sosial Fasebook. Syaikh Al-Atrash akhirnya mengeluarkan fatwa, HARAM untuk aktif dalam situs jejaring sosial Fasebook. Syaikh Ahmad Husam, imam masjid Abu Bakr di daerah Faisal Giza, juga sepakat fatwa Haram dari Syaikh Al-Atrash tersebut.

Merujuk kepada berita dari hasil Bahtsul Masail XI Forum Musyawarah Pondok Pesantren Putri se – Jawa Timur di Pesantren Putri Hidayatul Mubtadi-Aat Lirboyo, Kediri pada 20-21 Mei 2009 (Jawapos ? 23 Mei 2009)....

Setelah dibaca betul-betul, sedikit lega juga, kerana yang diharamkan adalah bukan facebooknya, tetapi menggunakan 'facebook untuk Gosip dan PDKT'. Jadi haram hukumnya bagi Facebook jika digunakan untuk gunjingkan orang lain.

Jadi, boleh dibuat kesimpulan, bukan facebook yang diharamkan tetapi caraguna facebook itu sendiri. Positifnya.. Penggunanya boleh..

  • Bertemu dan mempererat silaturahmi dengan keluarga jauh serta kawan-kawan khususnya yang dulu satu kelompok perkawanan semasa aktif baik di sekolah, di kampus atau organisasi lainnya yang sekarang antaranya sudah berjauhan.
  • Media yang murah untuk melakukan komunikasi dengan mereka kerana dengan satu jendela internet saya boleh berkomunikasi dengan kawan, sambil menambah informasi dari browsing serta dari beragam sumber dengan tanpa ada biaya tambahan apapun ke seluruh dunia.
  • Untuk bisnes, dakwah, belajar dan lain-lain.

Fenomena Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot. Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook. (AK)

Lihat ini, ada kaitan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails