Monday, April 12, 2010

Pelajar Pamer Pesawat Buatan Sendiri. M'sia Boleh?

JOM KREATIF

Sebuah pesawat buatan pelajar, terbang di bandar Krasnoyarsk, Rusia semalam

KRASNOYARSK, RUSIA, APRIL 12, 10: Pelajar-pelajar sebuah sekolah penerbangan angkasa di sini telah menunjukkan kemahiran mereka dengan mempamerkan pesawat dan juga roket buatan sendiri.

Mereka mempamerkan kemahiran yang telah dipelajari di sekolah tersebut sehari sebelum sambutan Hari Penerbangan dan Angkasa Lepas yang diraikan pada hari ini. - Reuters

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ini yang sepatutnya dicontohi.. Takkan Malaysia tak boleh? (AK)

Lihat Jom Kreatif..

Dan banyak lagi. Sila taipkan 'jom kreatif' di bahagian atas kanan.. 'Taipkan Perkataan Yang Anda Cari'

Buka Tutup, Buka Tutup, Jaja Daging Hidup Diserkup

TAHAN...empat wanita warga China yang ditahan dalam serbuan,  semalam.
Empat wanita warga China yang ditahan dalam serbuan, semalam

KLANG. April 12, 10: Sebuah kedai makan di kawasan ternakan ayam daging di Ladang Kelapa Sawit, Telok Gong, Pandamaran di sini disifatkan ‘unik’ kerana selain menjual makanan dan minuman, ia turut menyediakan perkhidmatan sampingan dengan menyediakan gadis warga China sebagai teman istimewa.

Perkhidmatan itu bagaimanapun terhad kepada beberapa ketika, malah pengusaha terbabit akan menutup sementara premis terbabit sekiranya mengetahui kehadiran pihak berkuasa. Bagaimanapun, kegiatan peniaga terbabit dihidu pihak berkuasa sebelum serbuan dibuat bermula jam 12 malam semalam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, Deputi Superintendan Roslan Ibrahim bersama 18 anggota hasil maklumat orang ramai. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menahan empat wanita warga China ketika sibuk melayan lapan pelanggan.

Turut ditahan seorang lelaki dan wanita tempatan dipercayai penjaga mereka dan semua mereka dibawa ke IPD Klang untuk tindakan lanjut. Menurutnya, pihaknya menerima maklumat terdapat 10 wanita warga asing menjalankan kegiatan tidak bermoral di kawasan itu sebelum polis mengatur strategi bagi memberkasnya.

"Kami percaya premis terbabit mula beroperasi sejak setahun lalu dengan membuka dan menutup perniagaan mengikut kesesuaian masa bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.

“Namun, kami dapat menahan empat wanita warga China berusia dalam 20-an manakala selebihnya dipercayai sudah dibawa keluar pelanggan lebih awal untuk berhibur di lokasi lain,” katanya di sini, semalam.

Kedudukan kawasan terbabit agak tersorok jauh dalam hutan berhampiran kawasan menternak ayam daging dan hanya boleh dimasuki melalui jalan tidak berturap. Mohamad berkata, semua wanita warga asing itu kini ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana bekerja tanpa permit manakala penjaga mereka pula ditahan mengikut akta sama kerana melindungi warga asing.

“Kami akan meminta kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mengenal pasti sama ada premis itu beroperasi secara sah kerana kami tidak menjumpai lesen atau sebarang permit,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas dan tahniah pihak polis Klang. Penahanan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana bekerja tanpa permit manakala penjaga mereka pula ditahan mengikut akta sama kerana melindungi warga asing. Bahkan perlu juga kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Cuma teringat kepada kata-kata yang menyebutkan, kalau seseorang pelacur meletakkan tulisan 'aku seorang pelacur' di dahinya, tiada undang-undang di Malaysia boleh menahannya. Pihak polis pun tidak boleh bertindak kalau tidak terbabit dengan akta-akta lain seperti di atas. Jadi peratuaran mengenai hubungan seks bebas masih boleh. Di situlah cacatnya sistem perundangan di Malaysia menurut Islam. (AK)

Sunday, April 11, 2010

Israel Sarang Mafia Terbesar Di Dunia -Dieudonné

HALAMAN HIBURAN
Dieudonné M, aktor dan aktivis politik Perancis

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

AHAD April 11, 2010: Israel adalah sebuah sarang mafia atau penjenayah terbesar di dunia kerana masuknya dana kriminal yang sangat besar ke sana, seorang aktor Perancis menyatakan hal tersebut.

"Israel telah berubah menjadi tempat gangster, penyamun dan pencuri yang merompak dunia," kata Dieudonné M'bala M'bala, aktor dan aktivis politik Perancis, kepada Press TV. "Saya fikir Israel telah membawa mereka secara bersamaan," katanya. "Para mafia terbesar dalam sejarah umat manusia telah ditemui di sana."

Dia juga menyebutkan investor Wall Street dan multi-miliar dolar, juga seorang penipu, Bernard Madof, berjaya menghasilkan banyak wang.. ramai yang pergi ke Israel."

Dieudonné, tidak berjaya sertai pilihan raya parlimen dan Kesatuan Eropah pada banyak kesempatan dan selama dua pemilihan presiden Perancis. Dia telah berulang kali dijatuhi hukuman oleh pengadilan Perancis dan Kanada kerana membuat pernyataannya yang anti-Semit. Begitu kuatnya cengkaman mafia Israel. (AK)

Ada kaitan..

40 Ke Bawah Tiada Rumah, Cari Punca & Atasi

TEMERLOH, 11 April — Kebanyakan belia berusia 40 tahun ke bawah di negara ini didapati tidak memiliki rumah, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini. Justeru kata beliau, satu kajian komprehensif perlu dilakukan bagi mengenal pasti puncanya agar kerajaan boleh merangka strategi untuk mengubah keadaan itu.

“Kajian itu harus meneliti maklumat seperti bilangan sebenar golongan terbabit yang berusia antara 24 dan 40 tahun yang bekerja dan tidak bekerja serta tidak memiliki rumah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang meminta Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melaksanakan kajian itu berkata ianya harus dilakukan pada kadar segera bagi membantu kerajaan mengatasi masalah perumahan pada kalangan muda. Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Temerloh turut menggesa semua pihak yang terlibat dalam sektor itu agar memainkan peranan masing-masing bagi menangai masalah tersebut.

“Setiap entiti ini perlu ada pemikiran baru tentang konsep perumahan untuk semua dan tidak hanya memoptimumkan keuntungan sahaja,” katanya yang sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan golongan belia dan beliawanis daerah Temerloh di sini. — Bernama.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Masih ada ke, keluarga yang tidak ada rumah sendiri? Dalam Islam, sara hidup, termasuk makan minum, tempat tinggal, pembelanjaran dan lain-lain adalah keperluan yang wajib. Kalau individu tak mampu selesaikan, tugas tersebut termasuk dalam tugas kerajaan Islam dan masyarakat.

Sup Janin, Beza Dgn Buang & Sekat Lahir Bayi?

SILA lihat gambar-gambar di bawah ini... Foto-foto Sup Janin.. Keterangnnya..


Agak ngeri dan zalim, apa bezanyanya dengan kisah buang bayi ini? Klik berita ini..

Dibawah ini merupakan koleksi gambar buang bayi yang terdapat di internet.

Apa bezanya pula, dengan menyekat kelahiran bayi kerana takut miskin, walaupun tidak membunuh secara zahir? (2MA)

Sudden Death, N9 Juarai Piala FA

SUKAN

Pasukan Negeri Sembilan meraikan bersama Piala FA selepas mengalahkan Kedah agregat 5-4 pada perlawan akhir Piala FA di Stadium Nasonal Bukit Jalil di sini, malam tadi. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan



Para penyokong Kedah dan Negeri Sembilan memeriahkan suasana perkarangan Stadium Bukit Jalil di sini hari ini dengan memakai jersi dan mengecat muka pasukan yang disokong sebelum perlawanan akhir Piala FA berlangsung malam ini. fotoBERNAMA

KL, 10 April — Negeri Sembilan, skuad Rusa, menjuarai Piala FA — kali kedua sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1990. Pasukan pimpinan Wan Jamak Wan Hassan ini menewaskan Kedah menerusi tendangan penalti ‘sudden death’ 5-4.

Negeri Sembilan dua kali memasuki final Piala FA dan memenangi kedua-dua saingan. Keputusan terpaksa ditentukan menerusi tendangan ‘sudden death’ selepas terikat 4-4 dalam pusingan pertama sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas bermain 120 mini (AK)

Somalia: BBC & VOA Propaganda Negatif Terhadap Islam

Asy-Syabaab Larang BBC dan VOA Siaran di Somalia



Kumpulan penentang bersenjata Somalia Asy-Syabaab telah melarang transmisi radio BBC dan VOA berbahasa Somalia di dalam negeri.

MOGADISHU Sabtu, 10/04/2010. Kumpulan penentaqng bersenjata Somalia Asy-Syabaab mngisytiharkan bahawa badan penyiaran BBC (British Broadcasting Corporation) atau VOA yang berbasis di Washington AS telah melakukan propaganda negatif terhadap umat Islam Somalia dan lebih menyokong pemerintahan transisi.

Dalam siaran Jumaat kelmarin (9/4), pimpinan Asy-Syabaab memerintahkan radio tempatan Mogadishu dan organisasi media lainnya yang bertransmisi dengan BBC atau VOA supaya menghentikan kontrak dengan mereka serta-merta. Seorang koresponden Press TV melaporkan dari Mogadishu Jumaat malam.

Asy-Syabasb juga mengatakan bahawa BBC telah menyiarkan agenda tentara salib dan kolonialis terhadap umat Islam.

"Dalam reaksi terhadap larangan tersebut, VOA mengeluarkan pernyataan hari Jumaat petang, mengatakan bahawa "VOA menyesali keputusan ini. Kami percaya penyiaran berita dan informasi pada stasiun radio FM bertujuan untuk melayani rakyat Somalia."

BBC, dalam pembelaannya juga mengatakan bahawa siaran radio mereka tidak memihak, dan bercakap atas nama semua pihak yang terlibat dalam konflik.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Oleh itu kita perlu berhati-hati, dan kalau perlu membuat penapisan dengan berita dari sumber yang bukan Islam (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails