Tuesday, April 13, 2010

Berbogel Untuk PETA, Virus Ini Menyerang M'sia..

HALAMAN HIBURAN

Selasa April 13, 2010: Joss Stone Berbogel Untuk PETA

Gambar atas, artis Jose Stone dari UK

Gambar bawah, Amber Chin seakan-akan berbogel dengan dihiasi lukisan belang seperti harimau terkurung di dalam sebuah sangkar dan mesej ‘Biarkan Haiwan Liar Bebas’. Poster itu juga sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Harimau tahun ini.


ARTIS dari United Kingdom, Joss Stone sanggup berbogel demi menjayakan kempen mempertahankan hak haiwan yang dianjurkan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).

Pemenang anugerah Grammy bersama aktivis PETA berusaha menghentikan pembuatan topi daripada bulu beruang Kanada. Askar dan pegawai memakai topi tersebut.

"Joss berbogel dan berbaring di atas bendera Union Jack. Tindakannya itu menghantar mesej jelas kepada pihak istana. Foto-foto bogel itu amat menarik. Dia sangat selesa berbogel," menurut sumber. Iklan itu akan ke udara pada tahun ini. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Awas, virus merbahaya ini sedang melanda Malaysia. Pihak berwajib perlu bersiap sedia menghadapinya. Lihat keterangannya sebelum ini.. Sila klik..

Monday, April 12, 2010

RM2.5 Juta Kasut Wanita, Belian Luar Biasa -Tony Pua


by Christine Chan Apr 12, 10

TONY Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) terus mendedahkan lebih banyak kesilapan dan kontrak-kontrak yang dipertikaikan di portal MyProcurement yang menyenaraikan projek-projek kerajaan.

Antara yang menjadi fokus kali ini ialah kontrak RM27.5 juta yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada Syarikat Visi Footwear Sdn Bhd. Kontrak berkenaan ialah untuk 'membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di Kementerian Pertahanan.

Sambil menjadikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan gurauannya, Pua berkata “kita tahu Wanita Pertama bercita-cita menjadikan Malaysia 'pusat kasut di Timur' tetapi pembelian RM27.5 juta kasut wanita untuk kakitangan awam bukan cara mencapai hasrat itu.” Beliau menggesa kementerian terbabit menjelaskan pembelian luar biasa bagi kasut wanita unuk kegunaan mereka.

Pua juga mendedahkan data yang baru dikemaskinikan Khamis lalu di portal itu yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Ia adalah data pertama yang dimuatkan oleh kementerian itu dalam MyProcurement dan juga merupakan kontrak tunggalnya.

"Apa yang dipertikaikan ialah kementerian itu hanya memberi satu kontrak sejak Jun 2009 dan lebih memeranjatkan Business Information Technology Sdn Bhd diberikan kontrak RM 3.6 bilion bagi projek 'menaik-taraf keselamatan Maklumat, Komunikasi dan Teknologi (ICT) untuk kementerian itu,” kata Pua.

Menurut Pua jika kesilapan kali ini juga berpunca daripada kesalahan meletakkan titik perpuluhan seperti yang dijangkakan, ia membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dengan portal MyProcurement yang dilaksanakan bagi mewujudkan ketelusan dan keterbukaan dalam memberi projek. (AK)

Lihat sebelum ini..

Parlimen Alat Lobi Amerika -Dr Hatta.



KL, 12 April, 10: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, Parlimen minggu lalu dijadikan medan melobi Amerika Syarikat apabila tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 dengan merujuk kepada kenyataan Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini mendakwa Malaysia telah menyediakan asas hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat apabila meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik minggu lalu.

Rais didakwa berkata demikian sebagai mengulas mesyuarat dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dijadual hari ini.

"Rupa-rupanya minggu lepas, rang undang-undang diluluskan dengan begitu segera semata-mata untuk memberi lonjakan dan keyakinan kepada Amerika, bahawa kita ini bersama dengan mereka.

"Saya nampak parlimen ini telah dipergunakan untuk menjadi pelobi pertemuan perdana menteri dengan presiden Amerika. Jika benar kita rasa kecewa," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau juga meminta kerajaan menyatakan status pencapaian Stevens Technical Institute, di mana Najib akan menandatangani perjanjian persefahaman MoU, mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan institut terbabit dalam rangka lawatannya ke Amerika. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Parlimen jadi alat lobi Amerika, samalah dengan Malaysia jadi alat Amerika. Patutlah ada yang menganggap ada 2 ajen Israel di Bukit Aman.

2 Ajen Israel Di Bukit Aman. Siasat, Tapi.. -Lim Kit Siang

KL. APR 12, 10: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang akan mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat esok bagi membincangkan isu kemasukan ejen perisikan Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.


Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini beliau berkata, notis kepada Yang Di Pertua Speaker akan dihantar Selasa, 13 April mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (2). Kemasukan dua ejen perisik Israel di Bukit Aman menurutnya adalah perkara serius, berkepentingan umum dan perlu disegerakan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu memberitahu, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Dua agen risikan Israel itu berada di tingkat tiga dan empat Bukit Aman. Ekoran itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien mengumumkan empat langkah akan diambil untuk menyiasat dakwaan Ketua Pembangkang itu.

Bagaimanapun Kit Siang berkata, dakwaan tersebut perlu disiasat tetapi bukan melalui empat badan yang pernah dipertikai integritinya sebelum ini. Sehubungan itu beliau yang juga penasihat DAP akan mengemukakan usul meminta kerajaan membentuk Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat tuduhan tersebut. (AK)

Tipu Menyanyi, Hanya Gerak Bibir.. 2 Ditangkap

HALAMAN HIBURAN
BEIJING APRIL12, 10: Dua penyanyi menjadi orang pertama di China didapati bersalah melanggar undang-undang yang mengharamkan menyanyi dengan menggerakkan bibir saja.

Kedua-dua penyanyi wanita muda itu dikesan memimikkan bibir mereka ketika membuat persembahan di satu konsert di bandar Chengdu, barat daya China tahun lalu.

“Tidak ada isyarat diterima daripada pembesar suara mereka ketika pertunjukan itu berlangsung,” kata seorang pegawai Pejabat Hal Ehwal Kebudayaan kerajaan tempatan kepada mahkamah. Kedua-duanya didenda 50,000 yuan (RM25,000) setiap seorang.

Undang-undang mengharamkan menyanyi seperti itu dikuatkuasakan selepas kecaman meluas berhubung persembahan penyanyi China yang hanya membuat mimikan bibir pada majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing.

Keputusan semalam bagaimanapun mencetuskan tanda tanya, mengapa hukuman itu dijatuhkan terhadap kedua-dua penyanyi yang tidak dikenali, tidak terhadap bintang yang lebih terkenal. Pengguna Internet di negara itu sering menuduh penyanyi terkenal menipu peminat mereka dengan memimik di pentas. “Mengapa mereka tidak dikenakan tindakan,” tanya seorang pembaca akhbar Beijing Daily. - AFP

Catatan perjalanan Ibnu Hasyim ke China..

Blogger Kecewa, Ada Bukti Lapor SPRM .. Pemuda K'tan


KOTA BARU, April12, 10: Seorang penulis blog yang mendedahkan dokumen melalui blognya kononnya wujud penyelewengan dalam pengurusan parti dan kerajaan dicabar membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika yakin ada bukti kukuh.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari memberi respons tersebut terhadap beberapa siri tulisan salah seorang blogger sejak kebelakangan ini.

“Saya mencabar beliau jika beliau yakin terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Dato Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar.

“Menteri Besar seringkali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat jika terdapat mana-mana anggota pentadbiran yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama blogger tersebut. Difahamkan blogger tersebut adalah Kickdefella yang baru-baru ini mendedahkan penyelewengan kerajaan negeri berhubung urusan pelaksanaan projek pembalakan.

Ahmad Fadhli menyifatkan blogger berkenaan sebagai ‘seorang yang kecewa’ kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan. Beliau merujuk dakwaan terkini blogger berkenaan yang kononnya telah banyak membantu kerajaan PAS dalam pilihan raya.

“Beliau (blogger berkenaan) membuat pengakuan kononnya banyak membantu PAS dalam pilihan raya tetapi pengakuan tersebut langsung tidak disertakan dengan bukti dan fakta yang jelas.

Sinar Harian menyiarkan dakwaan blogger berkenaan mengenai perkara tersebut semalam.

“Saya penuh meyakini bahawa dakwaannya yang banyak membantu kempen PAS di Kelantan adalah merupakan satu pembohongan semata-mata.

“Hakikatnya, beliau lah yang mencari makan dengan kerajaan PAS selama ini.

“Kemungkinan apa yang beliau lakukan hanyalah semata-mata untuk memperagakan kebolehan di dalam mecari maklumat agar dibeli dengan harga yang mahal oleh pihak yang lain” ujarnya. (AK)

Bangunan Terbiar, Cadangan Dr Mujahid Diterima Kerajaan?


KUALA LUMPUR, 12 April: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) supaya bangunan-bangunan yang terbiar dimanfaatkan sebagai pusat komuniti.

Dr Mujahid (gambar) sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini mencadangkan agar bangunan-bangunan yang terbiar dan tiada pemilik dimanfaatkan sebagai pusat komuniti untuk tujuan aktiviti sosial melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Katanya, untuk tujuan itu kerajaan harus mengadakan satu data bagi membolehkan bangunan-bangunan terbiar ini dikategorikan supaya kebolehgunaan bangunan ini dapat dimaksimumkan.

"Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar diadakan satu data di mana data ini membolehkan kita mengkategorikan bangunan-bangunan terbiar ini supaya strategi guna pakai atau kebolehan gunaan bangunan ini boleh kita usahakan.

"Saya mencadangkan bangunan yang terbiar ini atau bangunan yang tidak ada tuan ini, apakah mungkin pihak kementerian mengambil langkah-langkah supaya bangunan ini boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti sosial dan boleh dipakai sebagai pusat komuniti dan aktiviti-aktiviti NGO," katanya.

Beliau juga ingin tahu sama ada bangunan itu dinilai semula untuk pembangunan. "Apakah mungkin bangunan ini dinilai semula untuk mungkin menjadi satu hartanah atau dijual untuk pembangunan," soalnya.

M. Saravanan berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan itu untuk diambil tindakan.

Mujahid dalam soalan asalnya meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan jumlah bangunan yang terbiar dan tidak digunakan di sekitar Kuala Lumpur dan tindakan yang diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

Timbalan menteri itu memberitahu, semenjak tahun 2003, sebanyak 318 buah bangunan usang dan terbiar telah dikenal pasti oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sejak 2003 juga, katanya, 301 notis telah dikeluarkan kepada pemilik premis terbiar yang memerintahkan mereka supaya melakukan kerja-kerja pengindahan atau mengecat premis masing-masing.

Dalam soal menangani isu bangunan terbiar, masalah yang dihadapi oleh DBKL adalah pemilik sebenar premis gagal dikenal pasti, notis tidak dapat diserahkan kepada pemilik, dan kes masih di mahkamah bagi menentukan pemilik sebenar premis. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails