Monday, May 17, 2010

'Gadis Tiruan' Sekitar B/Polis Pudu & M/Jamek?

Kegiatan pelacuran secara terbuka tidak disenangi ibu bapa kerana bimbang mempengaruhi remaja. Jalan Chochrane jadi tumpuan mak nyah sejak lima bulan lalu.

SEBAHAGIAN pelacur tua duduk  di tepi  bangunan untuk mencari  pelanggan pada waktu tengah hari   di Lorong Wong Ah Jang, Kuantan.
Ini lain, pelacur tua duduk di tepi bangunan untuk mencari pelanggan pada waktu tengah hari di Lorong Wong Ah Jang, Kuantan. Diberitakan, kerana sukar untuk bersaing mencari pelanggan pada waktu malam, menyebabkan segelintir pelacur berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun dikesan menjadikan beberapa lorong di Jalan Wong Ah Jang di sini sebagai tempat mencari rezeki dengan menjual tubuh pada siang hari. Mengapa biarkan?

CHERAS MAC17 10: Jika sebelum ini mereka berpeleseran sambil menawarkan khidmat seks di Lorong Haji Taib dan Brickfields, kini mereka menukar lubuk baru lebih terbuka di Jalan Chochrane di sini.

Kegiatan yang mula beroperasi sejak lima bulan lalu itu bukan saja membabitkan wanita termasuk warga asing, malah ‘gadis tiruan’ atau pondan turut bertumpu di lubuk baru berkenaan sehingga menjejaskan imej kawasan sekitar.

Tinjauan Sentral selepas menerima maklumat awam mendapati sekumpulan pelacur dan mak nyah berlegar di kawasan berkenaan dengan menggoda orang ramai khususnya lelaki yang menggunakan jalan terbabit.

Kawasan itu khususnya Jalan Chochrane menjadi tumpuan pelacur dan mak nyah dipercayai kerana menjadi laluan utama orang ramai untuk ke Jalan Pudu dan Jalan Pasar yang menempatkan dua pasar raya besar, selain menjadi transit pengangkutan awam.

Tinjauan menjelang lewat malam juga mendapati aktiviti menjadi semakin rancak selepas kedai makan di kawasan itu menghentikan operasi masing-masing, sekali gus suasana menjadi gelap.

Penyamaran rakan setugas mendapati pelacur terbabit mengenakan bayaran serendah RM60 kepada pelanggan yang ingin membawa mereka ‘makan angin’ di sekitar bandar raya ini atau terus menyewa rumah tumpangan murah berdekatan.

Yang menghairankan kenapa masalah itu dibiarkan, sedangkan Balai Polis Pudu dan Masjid Jamek Alam Shah hanya sepelaung saja dari lokasi panas itu tetapi pihak terbabit seakan menutup sebelah mata.

Seorang wanita yang enggan namanya disiarkan berkata, kawasan itu menjadi lokasi pilihan keluarga dan sudah tentu senario begini membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada remaja serta kanak-kanak.

“Apa yang membimbangkan saya, wanita dan mak nyah terbabit yang berpakaian seksi dan mencolok mata sering dilihat remaja atau kanak-kanak yang mengikuti ibu bapa mereka membeli-belah di dua pasar raya berkenaan terutama selepas jam 6 petang.

“Saya hanya mampu menjelaskan kepada anak saya, ‘mereka itu adalah orang jahat’ dan tidak boleh dicontohi,” katanya kepada Sentral di sini, malam tadi.

Seorang lagi pengunjung yang enggan namanya disiarkan berkata, kegiatan pelacuran di kawasan itu bertumpu di lorong belakang dan kaki lima rumah kedai berhampiran sebuah bank.

“Ia boleh dikesan dengan mudah menerusi kehadiran beberapa wanita berpakaian seksi dan mencolok mata duduk atau berdiri di lorong gelap serta kaki lima.

“Mereka akan menunjukkan aksi memikat dengan tidak segan silu untuk mencuba menjerat lelaki yang memberhentikan kereta di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran mereka boleh menjejaskan imej kawasan itu, lebih-lebih lagi kegiatan ini dikesan berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu dan tempat. (Sumber Berita Harian/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Setuju dengan pandangan orang ramai, mengapa masih biarkan?

Sunday, May 16, 2010

'1 M'sia' Tidak Boleh Dibawa Ke Akhirat -Nik Aziz

KOTA BHARU, 16 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya fahaman Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah SWT dan bukannya fahaman-fahaman lain termasuk ‘1Malaysia’, dan fahaman ‘1Malaysia’ tidak boleh dibawa ke akhirat serta tidak boleh menyelesaikan permasalahan manusia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘mengetam’ padi di Taman Organik, sawah padi Tunjung, dekat sini pagi tadi. Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi, serta kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menurut Tuan Guru lagi, hanya aqidah Islam yang diiktiraf oleh Allah serta mampu menyelesaikan urusan hidup sama ada politik, ekonomi, bidang pertanian dan sebagainya. “Kita seharusnya menggunakan kaedah Islam yang dibawa oleh Rasulullah dalam dalam semua urusan hidup termasuk mentadbir negara dan bukannya hanya 1Malaysia,”ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau mengucapkan tahniah pada pengusaha tanaman padi cara organik di bendang padi Tunjung hingga ianya berjaya dikenali sebagai tempat pelancongan ilmiah. “Saya dapat tahu kawasan tanaman ini telah dikunjungi ramai pihak termasuk pelajar universiti untuk membuat kajian, tahniah,”ujarnya.

Sambungnya, pihak perancang penanaman padi di sini telah menggunakan akal fikirannya untuk memajukan negeri ini dengan pertanian. “Kita tidak seharusnya bergantung pada pihak luar khususnya barat yang hanya mencipta sesuatu perkara untuk memusnahkan alam bukan sahaja pemikiran manusia,”ujarnya lagi.

Tuan Guru memberitahu, biarpun mengetam padi hanya secara simbolik dilakukan olehnya, namun beliau begitu seronok kerana ianya telah mengembalikan zaman kegemilangan masyarakat kampung yang segar menuai hasil tanaman padi masing-masing.

Sementara itu di Kota Bharu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin.bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE). NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan.

"Kerajaan negeri menyokong usaha ngo ini khususnya bagi mendapatkan tandatangan 1 juta rakyat di negara ini untuk dihantar pada Perdana Menteri bagi membolehkan ianya dilaksanakan di negara ini,"ujar Ubaidah lagi. Kelantan sebelum ini menjadi negeri perintis memperkenalkan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya turut dipakai di peringkat pusat. (AK)

Di mana salahnya 1 Malaysia?

Muktamat DAP/PR Menang Majoriti Tipis 398 Undi


DAP berjaya rampas parlimen Sibu, tandanya tsunami politik lebih besar dan hebat dalam PRU 13

10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi. Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos. Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu. Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah. "SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut. "Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira. Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos. Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos. "Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam." Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tandanya akan berlaku tsunami politik yang hebat dalam PRU 13 akan datanag. Padan muka BN/UMNO!

DAP Menang Majoriti 300 Undi,Tapi...


Kemenangan DAP bergantung pada keputusan undi pos

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya. Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang. "Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira. Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus. Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP. Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201
Majoriti 2,590
Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya. Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138
Majoriti 3,944
Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137
Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136
Majoriti 3,130

7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136
Majoriti 3,048


7.40malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134
Majoriti 3,022

7.35malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134
Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132
Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129
Majoriti 2,236

NONE7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99
Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97
Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89
Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.
DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87
Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52
Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira. "Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41
Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008. Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa
peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang:
Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu. Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33

5.00 petang: Proses pengundian selesai.

Undi Selesai DAP Kalah. Dijangka Ketinggalan 1,930

Mereka tetap menang walau kira undi kalah?

MALAYSIAKINI membuat liputan langsung proses pengundian yang berlangsung daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang ini. Keputusannya dijangka diketahui pada jam 9 malam ini. Pengundian selesai, DAP ketinggalan 1,930 undi.

5.00 petang: Proses pengundian selesai. 4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi. 4.30 petang:

Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi.

Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira. BN - 2,959 DAP - 1,029 Bebas - 18 Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.

4.20 petang: Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi. DAP 1,024 BN 2,808 Bebas 18 Terdapat 110 saluran di Sibu.

3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN. DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi. Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.

3.15 petang: Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN. Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.

"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter. "Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."

2.50 petang: Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik". "Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter. Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.


2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan. "Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor. "Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari: Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup. DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya. Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang. Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.


12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi. - Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari. - Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang. - Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang. - Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang. - Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang. 12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah

hari: Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh] Shafie bagaimanapun menafikannya.

12.10 tengahari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini. Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan. Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."

12.00 tengahari: Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan. Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas. Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih. Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN. Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi: Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu. Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan. Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok. Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu. Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah. Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah. "Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN). "Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.


9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua. Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi. "Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya. Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa. Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari. Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai. "Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi. Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.(AK)

Ke mana Pergi Wang Simpanan Pusat Tahfiz Amy Search?

HALAMAN HIBURAN

Amy Search bersama Nik Aziz.

“SAYA juga mangsa dan bukan penipu seperti tuduhan segelintir pelabur…nama saya digunakan individu tertentu untuk meraih keuntungan mudah,” kata legenda rock, Suhaimi A Rahman, 51, atau lebih dikenali sebagai Amy Search.

Penyanyi itu mengulas mengenai tuduhan kononnya dia melesapkan lebih RM1.5 juta milik seorang ahli perniagaan dan lebih RM10 juta milik puluhan mangsa lain yang melabur dalam satu skim dikelolakannya, namun statusnya tidak diketahui sehingga kini.

Difahamkan, kebanyakan mangsa berdiam diri bagi membolehkan Amy menjelaskan semula wang mereka selain bimbang dia melarikan diri jika terus didesak.

Menurut Amy, dia juga ditipu penganjur skim pelaburan yang didakwanya didalangi beberapa tokoh korporat membabitkan wang RM450,000 dan menegaskan dia bukanlah individu yang mengasaskan skim pelaburan berkenaan.

“Selepas terpengaruh dengan penerangan tokoh korporat itu, saya melabur wang simpanan yang bakal digunakan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Johor.

“Sekarang cita-cita dan niat murni saya itu tergendala. Namun, saya masih berusaha menunaikannya.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu beberapa bulan lalu dan difahamkan, siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Terdahulu, seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 33, mendakwa dia diperdaya Amy menyertai satu pelaburan ala skim cepat kaya.

“Saya menyertai pelaburan itu sejak 2008 dan sehingga kini tiada perkembangan mengenai pelaburan itu.

“Bukan sikit wang saya laburkan, sebaliknya lebih RM1.5 juta,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Menurutnya, selepas beberapa kali mendesak, Amy membayar RM272,000 dan berjanji membayar baki seterusnya selepas selesai mengadakan beberapa konsert.

“Namun, dia (Amy) lesap begitu saja, malah panggilan telefon dan SMS yang dihantar tidak dijawab,” katanya.

Menceritakan semula bagaimana dia terjebak dalam pelaburan berkenaan, Roslan mendakwa dia diperkenalkan kepada skim terbabit oleh seorang rakan.

Roslan mendakwa, dia yakin untuk menyertai pelaburan berkenaan selepas rakannya itu menyatakan Amy adalah pengasasnya sebelum melakukan transaksi ke akaun syarikat terbabit.

“Namun, selepas tempoh matang disyaratkan selama 30 hingga 60 hari tiba, keuntungan dijanjikan tidak kunjung tiba sebelum Amy membuat satu mesyuarat menerangkan situasi sebenar,” katanya. Katanya, pada mesyuarat itu, Amy menerangkan masalah dihadapi skim pelaburan itu sebelum enam mangsa yang hadir mendapati kaedah yang diuar-uarkan tidak sama seperti diberitahu kepada mereka sebelum melabur dulu.

“Perbincangan itu berlangsung selama lebih tiga jam sebelum Amy berjanji melunaskan semua bayaran tertunggak dan memohon sedikit masa.

“Namun, Amy tidak mengotakan janjinya sehingga kini. Selepas didesak berulang kali Amy membayar RM272,000 secara berperingkat.

“Selepas itu dia terus mengelak dan memberi pelbagai alasan setiap kali soal bayaran dipersoalkan,” katanya.

Sehubungan itu, Roslan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, semalam untuk siasatan dan tindakan lanjut.(AK)

Nik Aziz Sifatkan DAP Sebagai Yahudi Di Madinah


KOTA BHARU, 15 Mei 10: Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mensifatkan situasi yang berlaku kini adalah sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah (semasa pemerintahannya).

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu. Demikian seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.net hari ini.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam. Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya. Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

Sebelum itu, beliau mengingatkan lebih 54,000 pengundi di Sibu yang akan membuang undi, supaya jangan lupa mengundi calon DAP, biar pun tinggal beberapa jam lagi.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau. Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu. Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual. Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.(AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails