Tuesday, May 18, 2010

Kaji Semula Peraturan Poligami. Syabas Bung, Halalan Thayyibah!

Bung Mokhtar dan isteri mudanya..

Tuntut Bung Mokhtar letak jawatan...

Maria Chin

KUMPULAN bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) yang mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Seorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.

"Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi. "Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.

Tambahnya, Bung Mokhtar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat. Bung Mokhtar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menjatuhkan hukuman ke atas ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abdul Samad esok kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Kesalahan tersebut membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sebelum itu, mahkamah mendengar hujahan daripada peguam kepada dua tertuduh utama Bung Moktar Radin dan Zizie Ezette Abd Samad. Rayuan bagi lima lagi tertuduh yang merupakan jurunikah dan saksi bagi kes poligami tanpa kebenaran mahkamah itu juga dikemukakan bersama oleh peguam syarie Amli Embong.

Hujahan penggulungan bagi pertuduhan ke atas lima orang tersebut dijalankan oleh pegawai pendakwa Shafezan Rusli.Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad tetapkan keputusan esok jam 9 pagi bagi kesemua tujuh orang tertuduh.

Ketika beredar dari bangunan mahkamah, Bung Moktar melambai ke arah kumpulan yang memegang poster yang mendesaknya supaya meletak jawatan seperti gambar di atas. Manakala isterinya pula mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana hadir hari ini. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di no 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada jam 8.50 malam 16 Disember tahun lalu. Hakim membebaskan mereka dengan masing-masing jaminan lisan RM500 dan seorang penjamin.

Hujahan penggulungan bagi pertuduhan ke atas lima orang tersebut dijalankan oleh pegawai pendakwa Shafezan Rusli. Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad tetapkan keputusan esok jam 9 pagi bagi kesemua tujuh orang tertuduh. Ketika beredar dari bangunan mahkamah, Bung Moktar melambai ke arah kumpulan yang memegang poster yang mendesaknya supaya meletak jawatan.

Manakala isterinya pula mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana hadir hari ini. Pasangan tersebut mengaku bersalah pada 20 April terhadap tuduhan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di no 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada jam 8.50 malam 16 Disember tahun lalu. Hakim membebaskan mereka dengan masing-masing jaminan lisan RM500 dan seorang penjamin.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebelum desak Bung Mokhtar letak jawatan, perlu dilihat balik, salahkah Bung Mokhtar poligami? Perlu dilihat apakah syarat-syarat mahkamah untuk dapatkan kebenaran? Kalau dilihat dalam sejarah Islam di zaman Nabi Muhammad SAW, kerajaan sepatututnya menggalakkan dan mempercepatkan proses perkahwinan. Lebih-lebih lagi dalam masalah poligami.

Bukan perlambatkan, dengan mencari pelbagai alasan. Sedangkan berlakunya perzinahan di dalam masyarakat, tidak diperketatkan peraturannya. Dicari pelbagai alasan supaya perundangan Islam tentang zina tidak dilaksanakan menurut Islam. Ramai yang berzina kerana tidak mahu berpoligami. Syarat-syarat berpoligami perlu dikaji semula, mungkin sudah tidak sesuai lagi dalam suasana masa kini!

Syabas Bung! Ada pemimpin yang kononnya pernah ditangkap di Port Dickson dan lain-lain, sedangkan mereka mampu berpoligami. Tapi Bung sanggup menghadapi cabaran, demi halalan thaiyyibah!

Ada kaitan...

Islam UMNO: Ada Pusat Hiburan Haram, Ada Halal..


Seramai 31 wanita warga Vietnam dipercayai pelacur berpakaian seksi dan tidak memakai coli di sebuah pusat hiburan di Batu 3 1/2, Jalan Ipoh.. Agak-agak haram ke halal, di sudut pentadbiran kerajaan UMNO?

Pusat hiburan haram baru diserbu

KUALA LUMPUR MEI 18, 10: Sebuah pusat hiburan haram di Jalan Kuchai Lama di sini, yang dipercayai baru dua hari beroperasi diserbu, awal pagi kelmarin.

Ketika diserbu kira-kira jam 2.30 pagi itu, hampir 80 pengunjung berada dalam premis yang masih dipenuhi jambangan bunga tanda ucapan tahniah pembukaannya.


Serbuan dilakukan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) selepas menerima maklumat awam. Jurucakap polis berkata, premis berkenaan baru dua hari dibuka dan dipercayai mendapat sambutan hangat berdasarkan jumlah pengunjung yang memenuhi pusat hiburan itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tahniah IPPKL. Bila lagi akta peraturan pusat hiburan mahu diIslamkan? Masih ada pusat hiburan halal & pusat hiburan haram? Itulah Islam UMNO.

Hina Islam.. Tiada Ratu Cantik Saperti Ini Dalam Islam

Sila baca berita ini, jodol...

Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA


RIMA memberikan senyuman semasa dia dimahkotakan sebagai pemenang Ratu Cantik USA 2010 di Las Vegas semalam.

LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan berita di atas menghina Islam?

Pertama: Masa kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SWT, tidak ada model ratu cantik begini disebut sebagai 'wanita Islam'. Yang ada di zaman jahiliah, iaitu yang digelar 'Ummul Jamil' (maknanya juga macam ratu cantik), terdiri dari isteri seorang pemimpin pejuang kebangsaan Arab Quraisy.

Begitu juga di zaman pemerintahan sahabat-sahabat beliau, iaitu Khalifah Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali, tidak ada benda-benda mengarut saperti itu. Jadi mengaitkan wanita bermaksiat ini dengan 'wanita Islam' adalah suatu perbuatan biadap yang menghina.

Kedua: Yang ada ialah ketika umat Islam di zaman keruntuhan dan kehancuran, selepas zaman kegemilangan tersebut. Macam-macam timbul. Di Tanah Melayu selepas merdeka budaya ratu cantik ini di import dari negara penjajah barat, bahkan menjadi kebanggaan negara ini suatu masa dulu. Bahkan ada majlis-majlis kerajaan ditonjolkan majlis ratu cantik.

Itulah kerja-kerja pemimpin UNMO pada masa itu. Sehingga terakhirnya di Selangor seorang Mufti Negeri telah diberhentikan tugasnya, antara sebabnya adalah kerana gara-gara mempertahankan pengharaman ratu cantik di negara yang Islam menjadi agama persekutuan ini. Bahkan sekarang pun masih ada tetapi tidaklah dikaitkan dengan wanita Islam. Bahkan media di Malaysia pun masih menonjolkan perdedahan auarat wanita seperti tersebut cuma bertopengkan di balik pertandinagn fensyen, lagu dan lain-lain.

Arab-American wins Miss USA May 17, 2010

Loading player
This video will automatically play after a 5 second delay.


Ada kaitan...

Internet Thoyyibah Mampu Rapatkan Jurang Digital... -Nik Aziz


Bolehkan internet berfungsi ke arah ini...
Pengisian kaedah Internet Thoyyibah ini, pelayar aplikasi laman web dikawal melalui dua konsep iaitu.....

BERNAMA: Hanya 10 Peratus Penduduk Kelantan Guna Internet - Nik Aziz

KOTA BHARU MEI 17, 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap aplikasi pelayar web Internet Thoyyibah mampu merapatkan jurang digital di negeri itu.

Katanya ketika ini hanya 10 peratus daripada 1.5 juta penduduk Kelantan menggunakan kemudahan internet dan bilangan itu paling rendah berbanding penduduk negeri lain.

"Gerbang Internet Thoyyibah dapat merapatkan jurang digital antara Kelantan dengan negeri lain di negara ini," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran kemudahan baru itu di Balai Islam, dekat sini, hari ini.

Projek tersebut adalah usahasama antara kerajaan negeri dengan Jaring Communications Sdn Bhd.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Jaring Communications Dr Mohamed Awang Lah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Maklumat Negeri, Datuk Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan.

Nik Aziz berkata walaupun kerajaan mengamalkan dasar membangun bersama Islam, namun ia juga menggalakkan rakyatnya menggunakan ilmu teknoloji komunikasi maklumat (ICT).

Sebab itu, kerajaan negeri menggalakkan rakyat menggunakan peralatan teknologi moden yang ada tetapi mengikut kaedah yang halal melalui pengguna internet secara berhemah, katanya.

Sementara itu, Mohamed Awang Kelantan merupakan negeri pertama yang mengadakan usahasama mewujudkan program Internet Thoyyibah di negara ini.

Menurutnya, pihaknya bercadang untuk memperluaskan projek tersebut ke seluruh negara bagi meningkatkan penggunaan internet mengikut cara yang berhemah.

Beliau berkata, menerusi pengisian kaedah Internet Thoyyibah ini, pelayar aplikasi laman web dikawal melalui dua konsep iaitu menyekat mana-mana aplikasi yang disenaraihitamkan atau memberi laluan kepada aplikasi yang disenarai putih atau internet berhemah.

"Penggunaan program ini membolehkan ibu bapa dan ketua-ketua pejabat membuat pemantauan dari jauh bagi menentukan anak-anak atau petugas mereka mengaplikasikan internet secara sihat atau berhemah," katanya. - BERNAMA (AK)

Monday, May 17, 2010

P'raya Sibu: DAP, Undi Melayu Tambah, Iban Kurang

KL, 17 Mei 10: "Walaupun dalam pilihan raya kecil ini DAP menang 398 undi sahaja tetapi memandangkan BN menang 3,200 lebih dalam pilihan raya umum lalu, ia satu swing yang besar," kata seorang penganalisis politik dari UKM dalam program Analisis di Astro Awani malam tadi.

Yang menarik dalam pilihan raya ini, peningkatan besar sokongan pengundi Melayu kepada calon DAP kali ini. Ia memberikan satu indikasi baru bahawa Melayu tidak lari dari Pakatan bahkan sokongan mereka meningkat terhadap Pakatan hatta DAP sekalipun.

Di Kampung Hilir Nangka, Sibu, tempat majoriti Melayu Melanau, DAP berjaya menaikkan undinya sebanyak 34% berbanding undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008 lalu. Calon BN juga berjaya menaikkan undinya tetapi sedikit sahaja iaitu 12%.

Dalam pilihan raya lalu, calon DAP hanya mendapat 256 undi tetapi kali ini calonnya, Wong Ho Leng menambahkan undinya kepada 344 undi. Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh BN lebih besar tetapi peningkatan ini amat ketara memandangkan serangan perkauman yang dimainkan oleh Umno melalui NGOnya terhadap Pakatan.

Terbukti pilihan raya kecil ini memberikan pengajaran besar kepada Umno bahawa sentimen perkauman tidak boleh menyelamatkan BN. Ia hanya untuk kepentingan peribadi Umno sahaja. Ini kerana, ketika Umno memainkan sentimen perkauman, parti-parti komponen BN yang mengalami masalahnya.

Selain peningkatan sokongan Melayu, pengundi Cina juga menambahkan sokongan mereka kepada DAP. Kalau diambil sampel di kawasan pilihan raya Rejang Park iaitu kawasan pengundi Cina, undi untuk DAP meningkat sebanyak 25%.

DAP hanya kurang undi mereka di kawasan majoriti Iban namun penurunannya tidaklah ketara sangat iaitu 12% sahaja. Mungkin ini adalah kesan dari kongkongan yang dibuat oleh petugas BN di kawasan pilihan raya ini. Para pemimpin DAP sejak beberapa hari lalu membuat laporan petugas mereka disekat dari memasuki rumah-rumah panjang tempat tinggal pengundi Iban.

Mengulas keputusan itu juga, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri itu.

Menjelang pilihan raya kecil Sibu ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, PKR bermakna Parti Kian Runtuh. Namun, belum sempat keputusan pilihan raya Sibu diumumkan secara rasmi, Muhyidin sudah 'lari malam' terbang pulang ke Kuala Lumpur selepas sedar pengundi Sibu menolak BN. Calon BN, Robert Lau Hui Yew kalah dalam pilihan raya kecil ini. BN kalah 398 undi walaupun dalam pilihan raya lalu calon BN, Robet Lau menang dengan majoriti lebih 3200 undi.

by ASYOK KUMAR

Sibu: Najib Cuba 'Beli Undi' Boleh Ke Penjara -Karpal


KL MEI 17 10: Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya kecil parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris
Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

Asy-Syabaab Serang Bangunan Parlimen Somalia.


MEI 17, 10: KUMPULAN pembangkang Islam Somalia menyerang bangunan parlimen di Mogadishu, yang menyebabkan 11 orqng awam terkorban. Kumpulan Asy-Syabaab menyerang bangunan parlimen yang baru dibuat dengan mortir berat sewaktu ahli parlimen Somalia sedang membuat persiapan akhir untuk adakan sidang parlemen pertama kalinya dalam 20 tahun.

"Para pengganas berusaha menyerang bangunan parlimen tetapi tentera pemerintah mengalahkan mereka dan banyak dari pejuang mereka terkorban.." kata Ali Hassan, seorang kakitangan pegawai keamanan pemerintah kepada AFP.

Parlimen Somalia dilanda kekacauan setelah 320 dari 550 anggotanya bertemu di hotel, mendesak jurucakap parlimen Sheik Adan Mohamed Nur, yang telah meminta Presiden Sheikh Sharif Ahmed untuk memilih perdana menteri Somalia yang baru.

"Beberapa serangan tembakan dan mortir menghentam pasar Bakara. Sebelas rakyat awam terkorban dan 52 luka-luka," kata Ali Muse, ketua layanan ambulans Mogadishu, seperti yang dikutip dalam laporan AFP.

Pemerintah dan tentera Kesatuan Afrika (AU), pasukan penjaga perdamaian membalas serangan Asy-Syabaab di wilayah selatan Mogadishu Bakara, yang sebahagian besarnya dianggap sebagai salah satu benteng utama kumpulan penentang, menurut jurucakap pejabat dan petugas perubatan di situ. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails