Wednesday, June 16, 2010

Video - Majlis Pengkebumian Ustaz Hassan Shukri



Keganasan Artis Lucah, FPI Beri Tempoh 3 Hari.

Aktivis Front Pembela Islam mengadakan protes di pekarangan ibu pejabat polis di Jakarta. — Gambar The Jakarta Globe

Rakaman siaran televisyen menyiarkan temu bual pertama bersama Ariel dan Luna Maya (kanan) semalam. — Gambar The Jakarta Globe

JAKARTA, 15 Jun 10: Pertubuhan bukan kerajaan Indonesia, Front Pembela Islam (FPI) menyifatkan klip video klip skandal seks penyanyi muda Nazril Irham atau Ariel dan teman wanita Luna Maya dan bekas kekasihnya Cut Tari itu sebagai satu bentuk “keganasan”.

Mereka mengancam mahu mengambil undang-undang di tangan mereka jika polis gagal mengawal pengedaran rakaman membabitkan artis berkenaan. “Jika polis tidak boleh menahan Ariel, Luna, dan Cut Tari dalam tempoh tiga hari, kami akan menyerbu tempat-tempat yang menjual video lucah di Jakarta,” kata Habib Salim, ketua pertubuhan kontroversi itu yang turut dikenali sebagai FPI.

Habib memberitahu Jakarta Globe semalam bahawa “kami masih menunggu siasatan polis.”

“Tetapi jika mereka gagal, kami akan bertindak,” kata Habib selepas mengetuai protes di hadapan ibu pejabat polis di sini.

“Artis lucah adalah satu lagi bentuk keganasan. Ini adalah keganasan moral. Kita perlu menyelamatkan rakyat kita daripada apa juga bentuk kemudaratan yang akan menjejaskan moral,” kata beliau.

Habib juga mendesak ketiga-tiga mereka tidak muncul di khalayak demi kepentingan ramai. “Saya menggesa umat Islam menjauhi mereka,” katanya.

Cut Tari hadir di ibu pejabat polis bersama suaminya Johanes Jusuf Subrata, yang dia kahwin ketika video itu dirakamkan. Sebelum ini Cut Tari telah menafikan wanita dalam video itu adalah dia. Klip skandal seks tersebut bukan sahaja mengejutkan Indonesia, malah menjadi bahan perbualan seluruh dunia.

Bagaimanapun Ariel dan Maya, seorang model dan pengacara program televisyen melahirkan rasa terkejut dengan klip video, yang kini diedarkan dengan meluas menerusi internet. Setakat ini tiga klip video membanjiri ruang siber. Ia mula muncul sejak awal bulan ini.

Video yang kurang jelas itu kelihatan dirakamkan oleh Ariel ketika mereka mengadakan hubungan seks. Rakaman itu menunjukkan Ariel, penyanyi berusia 28 dari kumpulan Peterpan juga mengadakan hubungan seks dengan Cut Tari, yang kini sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam temu bual bersama dengan TVOne, Ariel dan Maya berkata, mereka kini menjadi mangsa fitnah dan oleh itu, meminta peminat-peminatnya tidak membuat rumusan tidak berasas sebelum siasatan polis selesai. Bagaimanapun Ariel dan Maya tidak menafikan dengan tegas yang individu dalam rakaman itu adalah mereka.

Maya, 26, pula mendakwa media sengaja membesar-besarkan perkara itu. Polis telah menyoal siasat ketiga-tiga selebriti berkenaan, yang kemungkinan boleh menghadapi hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan menghasilkan atau mengedarkan bahan lucah di bawah undang-undang antibahan lucah yang diguna pakai di Indonesia sejak dua tahun lalu.

Semalam, di Jawa Timur polis menyerbu sekolah-sekolah tinggi dan memeriksa telefon bimbit pelajar bagi memastikan mereka tidak memuat turun klip video itu. Penaja korporat termasuk Unilever dan Sharp telah menggugurkan Maya daripada penerbitan promosi, di mana dia tidak lagi menjadi hos program muzik popular televisyen.

Golongan konservatif dalam Kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dikatakan menimbulkan persoalan mengenai keperluan undnag-undang yang ketat ke atas akses internet di negara yang mempunyai 240 juta orang.

Video pertama yang terdedah membabitkan klip enam minit, menunjukkan Ariel berada di atas katil bersama Maya, model sabun Lux. Media tempatan menyebut klip video muncul di ruang siber awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan beberapa rakaman yang serupa, dengan selebriti-selebriti lain juga dikatakan diperoleh.

Video kedua lapan minit juga muncul. Kali ini menunjukkan hubungan intim dengan bekas teman wanitanya. Jurucakap timbalan polis nasional Brig. Zainuri Lubis berkata siasatan masih dikendalikan. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Aksi artis lucah itulah yang ganas, bukan kumpulan perjuangan Islam.

Lihat sebelum ini..

RM3.2 Trillion Alasan AS Jajah Afghanistan?


Gambar menunjukkan bandar Kabul di Afghanistan pada waktu senja semalam

Afghanistan ada simpanan galian RM3.2 trilion

WASHINGTON - Ahli-ahli geologi Amerika Syarikat (AS) telah menemui sejumlah mineral galian di Afghanistan yang mampu menukar negara yang sedang berperang itu menjadi kaya-raya, kata jurucakap Presiden Afghanistan, Hamid Karzai kelmarin.

Jurucakap itu, Waheed Omar berkata, mineral yang masih belum terusik itu meliputi sejumlah besar emas, besi, tembaga, kobalt dan logam-logam industri penting seperti lithium yang kesemuanya bernilai lebih AS$1 trilion (RM3.2 trilion).

Pakar-pakar dari AS juga percaya penemuan tersebut akan menjadikan Afghanistan sebagai antara pusat pelombongan paling penting di dunia. Satu memo dalaman Jabatan Pertahanan AS atau lebih dikenali sebagai Pentagon menyatakan Afghanistan boleh menjadi 'lithium Arab Saudi'.

Lithium merupakan logam utama yang digunakan untuk menghasilkan bateri komputer dan telefon bimbit BlackBerry. Pada kebiasaannya ia digunakan di dalam bateri kerana ketahanannya yang boleh menjangkau 15 tahun. Apabila digabungkan dengan logam-logam lain seperti aluminium dan kadminium, aloi lithium digunakan untuk membuat alat ganti pesawat berprestasi tinggi.

Kadang-kala, lithium juga digunakan sebagai penyejuk di dalam reaktor-reaktor nuklear. "Wujud potensi yang sangat besar di sini. Sudah pasti akan timbul banyak kemungkinan, tetapi saya fikir potensinya amat signifikan," jelas seorang pegawai tinggi AS di rantau itu, Jeneral David Petraeus.

Logam-logam tersebut dikatakan berada di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan yang merupakan lokasi pertempuran sengit antara pejuang-pejuang Taliban dengan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta lokasi persembunyian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden.

Maklumat penemuan itu bocor kerana pentadbiran AS dikatakan terdesak untuk memperoleh berita baik ketika usaha ketenteraannya menentang Taliban hanya mencapai kejayaan kecil. "Logam-logam ini akan menjadi tulang belakang ekonomi Afghanistan," kata penasihat Menteri Perlombongan Afghanistan, Jalil Jumriany.

Namun begitu, para penganalisis bimbang penemuan itu akan mencetuskan keganasan serta perebutan kuasa antara pemerintah di Kabul dengan pemimpin-pemimpin puak di kawasan yang memiliki banyak bahan mineral. Ia juga boleh menimbulkan ketegangan antara AS yang sudah banyak melabur di Afghanistan dengan China dan Rusia yang mahu berkongsi kekayaan tersebut.

Pada tahun 2001, tentera AS menceroboh Afghanistan dalam misi untuk menangkap Osama dan melumpuhkan pejuang-pejuang Taliban. Negara itu juga dipenuhi dengan sejumlah askar pengaman antarabangsa termasuk NATO yang turut disertai oleh AS. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah itu alasan sebenar Amerika Syarikat menjajah Afghanistan, atau mencari alasan baru mengekalkan penjajahan tersebut? (AK)

Reman Saiful Apek Kes ganja Tamat Hari Ini

HALAMAN HIBURAN

PJ- JUN 16 10: Tempoh reman pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang kini masih dalam tahanan polis kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan tamat hari ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa solusi persatuan-persatuan seniman untuk atasi masalah dadah ini?

Lihat sebelum ini..

Tuesday, June 15, 2010

Video2 Kyrgyzstan Berdarah





ADUN Malim Nawar: Bersih dan Sapu Bersih, Siapa Dalang?


KL, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Tetapi hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh. Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi. Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu. Bersih dan sapu bersih? Kemelut politik Perak makin menarik, siapa dalang, siapa penghalang?

ADUN Perak Umum Akan Lompat Hari Ini?


SUBANG JAYA JUN 15 10: Seorang ADUN Perak dari Pakatan Rakyat dijangka akan meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas. ADUN DAP dari kawasan Perak Tengah itu dijadual akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Subang Jaya, dalam masa terdekat hari ini. Laporan Malaysiakini.com sebentar tadi.

Sementara itu di KL, Harakah hari ini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Perak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir disaran mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, Pakatan Rakyat (PR) Perak mengalu-alukan tindakan mereka meninggalkan Umno/BN dan menyertai PR negeri itu.

"Pakatan Rakyat Perak alu-alukan Adun BN yang tidak puas hati dengan Umno/BN untuk meninggalkan dan mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Zambry bagi membolehkan pembubaran Dun," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Rupanya yang akan berlaku sebaliknya, Adun PR yang akan lompat. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails