Tuesday, June 22, 2010

K'tan: Kempen Menutup Aurat & Skuad Cegah Maksiat.

BERNAMA: Adun PAS Kelantan dakwa wujud skuad cegah maksiat swasta

KOTA BARU, 22 Jun 10 — Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dimaklumkan wujudnya satu skuad cegah maksiat swasta yang mengintip dan merakam perlakuan maksiat pasangan bukan muhrim sebelum mengugut pasangan untukmenyiarkan gambar mereka.

Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) berkata skuad berkenaan dilihat cuba membayangi tugas dan tanggungjawab skuad Amru yang dilantik kerajaan negeri dengan menahan pasangan pelaku maksiat itu tetapi dengan cara melakukan ugutan untuk kepentingan dan tujuan tidak diketahui.

“Apakah kerajaan negeri sedar akhir-akhir ini wujud satu skuad swasta yang pergi tangkap pelaku maksiat, membuat rakaman dan mengugut pasangan itu?” soalnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menjawab soalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai kewujudan skuad swasta berkenaan.

Beliau berkata pihak berkuasa sentiasa melakukan rondaan di tempat awam yang dikunjungi ramai dan lokasi dikenal pasti sering berlaku maksiat seperti kawasan berkelah, tempat peranginan dan kawasan membeli belah dan pemeriksaan berkala di di rumah-rumah tumpangan bagi mencegah perlakuan mungkar.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Kelantan menerima baik cadangan supaya diwujudkan kempen “makanlah di kedai-kedai yang pelayannya menutup aurat” tetapi perlu mencari kaedah terbaik jika berhasrat melaksanakannya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning) mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi menangani pelanggaran syarat-syarat menutup aurat oleh penjual makanan dan minuman di premis yang begitu ketara sekarang ini.

Wan Ahmad Lutfi turut mencadangkan supaya satu kempen “makan di kedai-kedai yang pelayannya menutup aurat bagi menyelamatkan rakyat Kelantan daripada dosa kerana melihat pelayan yang tidak menutup aurat”. — Bernama (AK)

Penjara Pudu Dalam Kenangan


Kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu dijalankan bermula pukul 10 malam tadi. — Gambar (bawah) oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 22 Jun 10 — Walaupun hanya sebahagian sahaja dirobohkan namun bagi seorang bekas banduan Penjara Pudu, Suharto Abdul Wahab pengalaman sepanjang berada dalam penjara tersebut pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Lapor The Malaysian Insider hari ini.

Dia antara ratusan orang yang membanjiri kawasan Penjara Pudu di sini malam tadi. Katanya, sepanjang tiga tahun menjadi banduan banyak pengalaman dan pengajaran diperoleh dalam penjara tersebut.

“Saya ditahan kerana mengedar dadah dan saya dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan.

“Sepanjang berada dalam penjara banyak saya peroleh termasuk didikan agama. Selain itu saya juga ada melihat beberapa banduan yang bergaduh sesama sendiri kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui semasa kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu malam tadi.

Tembok Penjara Pudu berukuran 394 meter di sepanjang Jalan Pudu dirobohkan dan ia akan mengambil masa sehingga 23 Jun ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan. Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892.

Bagi bekas warden, Mohamad Simin, 54, berkata pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika berlaku penawanan dua orang doktor iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah pada tahun 1985.

“Saya masih ingat bagaimana dua orang doktor telah dijadikan tawanan oleh enam orang banduan yang mahu melepaskan diri daripada penjara.

“Mereka (banduan) menggunakan gunting dan peralatan doktor sebagai senjata. Kalau tidak silap saya kejadian itu terjadi di bilik rawatan tetapi akhirnya banduan tersebut menyerah diri selepas enam hari,” katanya.

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Siti Saffur Mansor berkata kerja-kerja perobohan tembok Penjara Pudu itu akan mengambil masa selama tiga hari.

“Kita sasarkan ia akan selesai dalam tempoh tiga hari bermula malam tadi dan kerja-kerja ini akan dijalankan dari pukul 10 malam hingga 5 pagi.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar di kawasan Penjara Pudu yang temboknya dirobohkan semalam. — Gambar oleh Choo Choy May
“Kita menjalankan kerja-kerja ini pada waktu malam kerana ketika itu jalan raya tidak sibuk jadi ia akan memudahkan perjalanan tugas kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lin meminta supaya kerajaan menimbang semula cadangan untuk merobohkan Penjara Pudu yang berusia 120 tahun kerana berpendapat bangunan tersebut merupakan sejarah yang perlu dikekalkan, bukannya dimusnahkan.

“Saya agak terkilan apabila kerajaan mahu merobohkan Penjara Pudu ini kerana bagi saya ia adalah satu sejarah negara yang harus dikekalkan dan dijaga dengan sebaik mungkin.

“Sebagai sebuah penjara yang lama ia perlu dijadikan sebagai warisan negara. Bagi saya ia bukan hanya penjara semata-mata tetapi ia mempunyai nilai sejarah yang penting kepada rakyat,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati ramai yang mahu Penjara Pudu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri dan mempunyai banyak nostalgia kepada rakyat.

“Bagi saya adalah lebih baik ia dikekalkan sebagai satu sejarah dan warisan negara yang boleh ditatapi generasi akan datang.

“Jika bangunan ini dibaik pulih dan dibuka kepada umum saya rasa ia boleh memberikan hasil kepada negara,” kata seorang pesara, Yusof Isa, 60.

Bagi Piroz Ahmad Zulkathar, 60, langkah kerajaan merobohkan Penjara Pudu akan menyebabkan generasi akan datang tidak dapat melihat wajah sebenar bangunan itu.

“Banyak nostalgia pernah berlaku jadi bukankah lebih baik jika ia dikekalkan sebagai warisan sejarah negara?” katanya.

Seorang kakitangan awam, Siti Zaleha Sheikh Mohamad, 45, berkata, kerja merobohkan ini amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

Orang ramai turut mengutip serpihan tembok Penjara Pudu yang dirobohkan. — Gambar oleh Choo Choy May
“Kalau di luar negara contohnya di China, England dan beberapa negara Eropah lain bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipulihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong,” katanya.

Menurut Mohd Ali Jalil, 55, walaupun bangunan tersebut pernah ‘menyimpan’ mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipulihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

“Penjara ini pernah menempatkan ramai penjenayah terkenal sejak dari dulu, jadi sehingga hari ini masih ramai yang datang untuk melihat dan mengambil gambar bangunan ini.

“Lagipun lukisan-lukisan yang terdapat di sepanjang tembok mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini ia sudah tidak bererti lagi,” katanya. (AK)

Pornografi Nazril: Indonesia Tak Mampu Menjerat..

Video Cut Tari Ariel Luna Maya

Video Porno Selebriti Jadi Ujian UU Pornografi

Indonesia gamang menyikapi beredarnya dua video di internet yang memperlihatkan hubungan sex, diduga, antara penyanyi terkenal Nazril Ariel dengan artis Luna Maya dan Cut Tari
.

Hukum negara berpenduduk mayoritas Muslim ini melarang keras pembuatan dan pengedaran produk pornografi. Perbuatan diancam maximal 12 tahun penjara. Namun, toh, kelihatannya, tak mampu menjerat 'para pemain'.

"Undang-Undang Pornografi belum memuat larangan penyebaran melalui internet," kata Eva Kusuma Sundari, anggota DPR. Ia dulu salah satu penyusun undang undang kontroversial tersebut. "Kemudian harus dibuktikan dulu apakah mereka merekam dengan tujuan sengaja mengedarkan."

Menurut politikus PDI Perjuangan, rekaman porno diri sendiri yang lalu untuk dinikmati sendiri tidak bisa dihukum. Walau begitu Eva merasa kelakuan para bintang terkenal itu sangat tidak bertanggung jawab.

"Saya bisa terima kalau mereka suami istri. Tapi ini kan bukan suami istri, sehingga, seolah-olah, sex di luar perkawinan bisa diterima."

Luna Maya merupakan duta dari Program Pangan Dunia PBB. Pemunculan video mesum dipandang bisa mencoreng citra sang lembaga internasional. Belum jelas apakah perempuan yang juga menjadi pembawa acara gossip di televisi swasta Indonesia tersebut masih bisa menjalankan fungsinya sebagai humas kemanusiaan.

Internet
Mesin pencari Google mencatat ada 19 ribu halaman muncul jika memasukkan kata kunci 'Video Cut Tari Ariel'. Topik sama juga masuk jajaran isu terhangat di Twitter. Berbagai situs konon masih memiliki video tersebut dan dapat dengan mudah diunduh.

"Sangat menyedihkan melihat anak SMP bisa donlud," ujar Eva. Ia ingin pemerintah membatasi penyebaran pornografi di Internet.

Upaya memerangi pornografi di internet dapat dilakukan lewat tiga cara: teknologi, hukum dan sosial budaya, ungkap Romi Satria Wibowo.

"Cara teknologi sulit dilakukan," tukas pakar internet ini. "Karena yang harus difilter URL-nya banyak sekali. Kalau mem-filter YouTube dan seterusnya, justru komplainnya akan banyak nanti."

Jumlah situs pornografi di dunia diperkirakan mencapai sekitar 500 juta, dan setiap harinya terus bertambah. Upaya pemblokiran dapat memperlambat kecepatan mesin pencari internet karena harus memeriksa apakah situs tersebut terlarang atau tidak.

Sementara pembatasan lewat penegakan hukum juga susah. Indonesia punya perangkat undang undang yang memungkinkan penyensoran isi internet berbau pornografi. Tapi pelaksanaannya rumit.

Romi merasa cara paling pas dan harus segera dilakukan adalah lewat sosial budaya.

"Saya dulu 10 tahun tinggal di Jepang, pornografi banyak, bahkan pornografi dilegalkan untuk usia dewasa. Kalau ada video mesum artis tidak seheboh Indonesia. Mungkin seperti di Belanda, masyarakatnya teredukasi dengan baik."

Pengguna internet di Indonesia tidak banyak, tetapi pelanggan seluler mencapai 151 juta. Konten pornografi menyebar di sana, dan dipicu oleh pemberitaan media televisi. "Peran televisi lebih dominan," ujar Romi. Penonton televisi jauh lebih tinggi dari pengguna internet.

Pejantan
Eva Kusuma Sundari nampak sepakat pendekatan sosial budaya penting. Video yang memperlihatkan vocalis Band Peterpan Ariel bisa 'mudah' berhubungan sex dengan dua artis terkenal, menunjukan rendahnya pemahaman kata kesetiaan.

"Ya bodohnya perempuan itu sendiri, kok tidak membina hubungan yang ekslusif untuk menghargai dirinya sendiri. Komitmen perlu, entah hubungan itu legal atau tidak legal. Ini pendidikan yang jelek bagi perempuan. Seolah-olah perempuan itu kelas jamak yang bisa dinomorduakan dan laki-lakinya pejantan seperti sapi. Apa bedanya kita sama hewan. Gitu lho." (AK)

Laporan BERNAMA, DUN Seri Serdang Kosong?


JUN 22, 10: Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohamed Satim Diman tidak hadir pada mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor malam ini.

Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata Mohamed Satim (kanan) ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.

Beliau berkata selain Mohamed Satim, bendahari Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Ketua Pemuda Suhaimi Ghazali juga tidak hadir pada mesyuarat malam semalam kerana mereka ada urusan di luar negara.

Sabtu lalu, Noh dilaporkan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada ohamed Satim berhubung khabar angin yang mengatakan Mohamed Satim akan elepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) Seri Serdang, pada mesyuarat malam semalam.

Noh berkata mesyuarat malam semalam membincangkan mengenai pengurusan mesyuarat bahagian Umno Selangor.

Sementara itu Mohamed Satim sehingga kini tidak dapat dihubungi bagi membuat sebarang ulasan mengenai khabar angin itu, yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai timbul apabila Mohamed Satim tidak hadir semasa mesyuarat ADUN Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

- Bernama

Piala Dunia Penyebar & Pencetus Kegiatan Pelacuran

SUKAN

Gambar menunjukkan sejumlah peminat berhimpun di sebuah taman Piala Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan semalam.

JOHANNESBURG JUN 22 10 - Pekerja-pekerja seks di Afrika Selatan menyalahkan serbuan polis yang menyebabkan perniagaan pelacuran merudum semasa musim bola sepak Piala Dunia sedang berlangsung di negara berkenaan.

Golongan tersebut berharap kebanjiran pelawat asing akan meningkatkan pendapatan mereka tetapi pelacur-pelacur di sini memberitahu, 'gangguan' polis itu menyebabkan peminat-peminat bola sepak takut untuk melanggan mereka.

"Kasihanilah kami. Kami perlu menyara anak-anak kami," kata dua pelacur di sini kepada wartawan saluran berita televisyen, Sky News.

Selain operasi polis, kebimbangan berhubung penularan jangkitan HIV turut menyebabkan perniagaan pelacuran merosot.

Kebanyakan pelacur yang ditemui oleh Sky News mendakwa mereka mengamalkan seks selamat tetapi beberapa pekerja seks sanggup mengadakan hubungan seks dengan pelanggan yang enggan memakai kondom.

Pelacur-pelacur jalanan di sini mengenakan caj sekitar AS$4.50 (RM14) untuk perkhidmatan seks manakala pendapatan pekerja seks di rumah pelacuran cuma beberapa dolar lebih tinggi daripada mereka.

Pekerja-pekerja seks itu mendakwa polis bertindak ganas terhadap mereka semasa melancarkan operasi membanteras pelacuran.

Seorang pekerja seks di sini, Thandi menyatakan dia pernah dikasari dan dirogol polis.

"Mereka (anggota-anggota polis) mahu rasuah. Jika kami tidak boleh bayar, mereka mahu seks percuma. Pada pandangan saya, seks percuma sama dengan merogol," katanya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita ini membuktikan Piala Dunia bukan sahaja menjadi sumber kepada sarang judi, bahkan menjadi penyebar dan pencetus kegiatan pelacuran se dunia. Bagaimana mengawasi dan atasi maksiat dunia berkembang melalui virus sukan itu, yang sudah tentu ada kaitan dengan dunia Islam itu?

Lihat sebelum ini..

Monday, June 21, 2010

Kisah Di Sekolah Gajah, Dia Curi Pisang Saya!

Catatan Perjalanan: Riau 2 -Dumai
INI bukan pertamakali saya pernah sampai di Dumai. Kira-kira hampir Asar, setelah bertolak naik feri kira-kira jam 9 pagi dari Pelabuhan Kelang, Malaysia. 

Di kawasan pelabuhan itu, di bawah pokok saya makan sate Padang dengan beberapa penumpang yang tadinya sama-sama dalam feri.
 
"Kira-kira 15 tahun lalu saya pernah ke sini.. Saya membawa pelancong-pelancong Malaysia melawat sekolah gajah berhampiran pekan Duri di sini.." Saya memulakan perbualan. 
 
"Sekolah gajah? Ai, gajah pun bersekolah juga?" tersentak ibu didepanku, terkejut. Hal ini membuat ingatanku terbang menghimbau kisah-kisah lama di sini. 

Di mana sebuah berita antarabanga WWF atau World Wide Fund For Nature telah membuat filem dokumentari mengenai konflik gajah dan manusia di Riau. Berita yang menyorot ingatan semasa saya bersama-sama Syarikat GG Edar melawat Pusat latihan Gajah yang saya namakan 'sekolah gajah' waktu itu. 

Dumai ialah sebuah bandar pelabuhan, kaya dengan minyak seperti Kelantan dan Terngganu kalau di Malaysia Barat. Dari Dumai ke pekan Duri, terus arah ke Pekan Baru kira-kira 2 jam perjalanan dengan Toyota Kijang, merentasi kampung, kawasan pembalakan dan hutan belantara. 

Masih terbayang, apabila pekerja-pekerja di situ kerumuni kami, seolah-olah kami orang luar pertama melawat pusat latihan yang baru dibina itu. 

Termasuk beberapa pemuda 'pawang gajah' jurulatih handal berpengalaman, yang diimport dari Thailand. Mereka terus buat pertunjukan, dipanggilnya 10 ekor gajah. 

"Pusat Latihan ini baru dibuka." kata salah seorang jurulatih atau pawang gajah itu, memberi taklimat. "Tapi yang 10 ini adalah terbaik dari 80 ekor yang ada." 

"Yang lain di mana?" Saya tanya, kerana saya tak nampak pun, di dalam kawasan yang kira-kira 4 ekar itu. 

"Di mana tempat tidur mereka?" 

"Oooo. Kalau bapak datang ke sini kira-kira jam 9 pagi atau 5 sore, saya akan bawa bapak ke tepi sungai belakang pusat latihan ini.." katanya, sambil jarinya menunjuk arah sebuah kawasan semak berlorong menuju sebuah sungai dibawah pohon-pohon besar. 

"Bapak bisa lihat, mereka mandi-manda ramai-ramai. Lepas itu mereka pulang. Mereka datang, bila kami panggil." 

"Eh. Bagaimana makan-tidurnya, tak diberi?" Antara kami bertanya. 

"Aah, itu urusan mereka sendiri! Rimba inilah kampung halaman mereka, tiada manusia yang terganggu di sini." Sambung jurulatih itu sambil terkekeh-kekeh tertawa. 

Pertunjukan pun bermula. 

"Siapkan barisan!!" Perintahnya dengan suara nyaring kepada gajah-gajah itu. 

Semua gajah-gajah itu mengikut, kecuali seekor anak gajah, yang tidak indahkan peraturan, nampaknya. Pawang jurulatih itu pun tidak ambil kisah. Sesudah berbaris, gajah itu disuruh duduk. 

"Ya, bapak. Sila hulurkan tanganmu, bersalaman degan gajah-gajah ini." 

Saya pun bersalaman dengan belalainya, satu persatu hingga selesai barisan itu. Diperintahkan gajah itu bermain bola. Tiap gajah, ada seorang gembala atau pawang jurulatih itu ditengkuk yang sentiasa mengawalnya. Gajah itu menyepak bola ke kiri ke kanan. 

Disuruh pula meniti jambatan diperbuat dari papan tebal. Lebarnya kira-kira 1-2 kaki, agak jauh puluhan kaki juga... susunannya bagai itek berbaris berlenggang pulang petang. 

Seterusnya, gajah-gajah itu disuruh berjalan melintasi beberapa anak muda yang bergelipangan berbaring di atas tanah. Gajah itupun berjalan, meletakkan kakinya di celah anak-anak muda yang berbaring itu, berhati-hati hindari dari terpijak pemuda itu. Beberapa gajah sudah lulus ujian. 

Tetapi, tiba-tiba seorang dari pemuda yang berbaring itu melompat bangun lari lintang pukang dari pembaringan itu. Pemuda-pemuda lain pun terus mengikut begitu satu persatu. Menyebabkan acara itu tidak jadi diteruskan. 

"Mengapa?" Saya tanya spontan. 

"Aku kenal gajah-gajah itu Pak. Yang hampiri aku tadi itu, antara yang paling degil. Aku nampak dia naik angin Pak. Aku yakin dia akan pijak aku betul-betul! Sebab itulah aku lari. Jangan sampai penyet tak bernapas!!" Jelasnya dalam kepenatan. 

Acara berikutnya, menunggang gajah ala cowboy, sehingga dua kaki depannya terangkat ke atas. Ini antara acara paling menarik, sehingga penonton-penonton bersorak-sorai gembira. Dan banyak lagi acara-acara lain seperti bergayut di belalinya beramai-ramai, semua gajah berbaring tidur macam manusia, atau bersalaman sesama sendiri belalai bertemu belalai bagaikan tanda perpisahan. 
 
Bila tahu kami akan pulang, gajah-gajah dan pekerja-pekerja sekolah tersebut berkumpul bersama-sama mengucapkan salam perpisahan dan bergambar beramai-ramai. Seolah-olah suasana sedih menyelubungi perasaan masing-masing. Mereka mengharapkan kami akan membawa lebih ramai lagi pengunjung-pengunjung menziarahi mereka. 

"Kalau bapak mahu beli gajah, atau ada syarikat-syarikat teman bapak mahu membeli atau menyewa gajah kami untuk pertunjukan dan sebagainya, sila datang ke sini, bisa pilih Pak!" Kata salah seorang pegawai pemasaranya. 

Gajah pun boleh ikut peraturan kalau betul cara didiknya, apa lagi manusia. Kanak-kanak yang dilahirkan bersih, cuma peranan ibubapanya, yang men'yahudi-nasrani'kan. Begitu juga bagi sesebuah kerajaan, maju mundurnya terletak kepada kemampuan peminpinnya. Bila negara menghadapi masalah buang anak, masalah seks remaja, dan sebagainya, siasatlah tentu ada cacat cela pemerintahnya. 

Sila betulkan. Kalau pemerintah masih degil juga, tukar pemimpin atau tukar kerajaan. Pilih parti yang mahukan kemajuan dunia akhirat menurut Islam. Tiba-tiba terdengar suara riuh orang ramai dari arah kedai makan dan buah-buahan di belakang kami. 

Tuan gerai itu menjerit.. "Dia curi piang saya! Dia curi pisang saya!" Sambil menunjukkan arah seekor anak gajah yang melarikan se sikat pisang. 

"Kami nggak bisa buat apa-apa, karena dia kuat!" 

Itu baru se sekor anak gajah yang sedang ditarbiah, apa lagi kalau anak seorang pemimpin negara. Teruk lagi kalau ianya seorang bapak kepada pemimpin-pemimpin, atau pemimpin no 1 negara yang tidak pernah ditarbiah secara Islam untuk memimpin umat majoriti Islam?? Jauh panggang dari api! 

Ibnu Hasyim 
Catatan Perjalanan Riau 2.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com 
Dumai Riau, Indonesia.
Jun 17, 10. 

Remaja & Seksual: Kembali Kepada Pokok..

KL.21 Jun 10: Berita Harian hari ini melaporkan 'Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM' Menurutnya, kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, lapor akhbar itu..

"kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

"Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi." Demikian Berita Harian.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Sebab-sebab berlaku, antaranya:

Satu: terdedah kepada ‘dunia seksual’. Menurut akhbar tersebut, Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata, "..ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.

Kedua: Berfikiran agama secara sesat & salah. Contohnya... menurut beliau lagi,

“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Ketiga: Tanpa tarbiah agama. Beliau berkata lagi, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

Keempat: Terpedaya dengan ideologi Barat.
Menurut beliau lagi, “Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kesimpulannya, bukan hanya sebab ranting 'Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala' menjadi sebab keterlibatan remaja dalam salah laku seksual, tetapi perlu kembali kepada pokok dan dasar negara. Iaitu perlu wujudkan sebuah 'kerajaan Islam' yang bebas melaksanakan dasar perundangan Islam, sistem pembelajaran Islam, hiburan menurut garis panduan Islam atau ikut Islam dari a sampai z (syumul).

Bukan tangan kiri membina masjid, sedangkan tangan kanan meruntuhkannya atau membina pusat maksiat baru. Tepatnya, hendaklah membina masjid atau pusat kehidupan di atas runtuhan pusat maksiat. Tiada timbul masalah masyarakat majmuk, kerana tiada paksaan dalam agama. Penekanan perlu kepada pembangunan rohani & jasmani, dan negara, masyarakat dan diri. Wallahu 'aklam. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails