Sunday, June 27, 2010

Umur 6 Tahun Pun Ancam Keselamatan AS..



JUN 27 10: Terkejut besar sebuah keluarga Amerika Syarikat bila tahu anak perempuannya berumur 6 tahun telah masuk daftar orang yang dilarang keluar dari AS kerana dituduh pengganas atau teroris.

Salah satu media AS, melaporkan, Alyssa Thomas (6 tahun) dari negara bahagian Ohio, ditemui namanya dalam daftar orang yang 'di curigai', ketika dia bersama orang tuanya akan melakukan penerbangan dari Cleveland menuju ke Minneapolis.

Ayahnya mengatakan "Kami memiliki anak perempuan dan saya kata, anak saya itu masih berumur 6 tahun dan biasa saja. Mungkin mereka menuduh kakaknya, namun saya fikir Alyssa dan kakaknya bukanlah sebagai ancaman keamanan nasional."

Laporan mengatakan, Alyssa tidak pernah menghadapi masalah dalam perjalanan sebelum ini dengan menggunakan penerbangan domestik. Seorang kakitangan Keselamatan Transport mengatakan, undang-undang yang ada memiliki tugas untuk mencegah orang-orang dicurigai berhubungan dengan 'pengganas' dan melakukan perjalanan. Mereka diminta hubungi jabatan tersebut. (Era Muslim/AK)

Selesai Desas-desus Konflik Azmin Ali-Khalid Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dengan diperhatikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

SHAH ALAM, 27 Jun — Di sebalik desas-desus mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini mengumumkan rombakan kepimpinan negeri dengan Azmin Ali mengambil alih jawatan pengerusi negeri Selangor berkuat kuasa hari ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim pula mengambil alih kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Azmin. Kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar tidak mengalami sebarang perubahan. Rombakan diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di sini petang ini.

Wan Azizah berkata, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan perhatian terhadap soal pentadbiran kerajaan negeri. “Khalid memohon untuk melepaskan jawatan bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan kepada pentadbiran negeri,” kata beliau pada sidang media.

Sementara itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan dimumkan tidak lama lagi. “Dua lagi negeri akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan tetapi ia masih belum muktamad,” katanya.

Beliau juga menafikan bahawa wujud pakatan yang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

“Perkara itu tidak bangkit sama sekali sebaliknya kita memberikan sokongan dan dokongan penuh kepada kepimpinannya.

“Kita tengok Khalid pun tidak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno,” katanya.

Sebelum ini wujud spekulasi bahawa 15 Ahli Parlimen PKR mahu mengemukakan petisyen meminta Khalid digantikan daripada kepimpinan negeri pada sesi pemukiman dua hari. Khalid tidak hadir sesi pemukiman semalam dan pagi ini.

Usaha untuk meminta Khalid melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor kedengaran selepas Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil April lalu. (AK)

Komen Blog Ibn Hasyim: Harap-harap selesai desas-desus konflik Azmin-Khalid.

Bakar & Saman Suara Keadilan Kerana 'Felda Bankrap'

SHAH ALAM, JUN 27 10: Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.

Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang. Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood. Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan Kota Raja berkata tuduhan akhbar PKR itu adalah "tidak berasas dan mengelirukan rakyat jelata".

"Sehubungan itu saya menyokong tindakan FELDA mengambil tindakan (saman) terhadap PKR dan kepada akhbar tersebut," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Mohd Ali berkata tindakan mereka membakar Suara Keadilan merupakan kemuncak rasa tidak puas hati ahli akar umbi Umno.

"Tindakan itu wajar. Tidak ada sebab Umno tidak boleh bakar akhbar dia.

"Dulu dia bakar surat khabar orang, sekarang orang lain bakar surat khabar dia pula," katanya.

Mohd Ali berkata tindakan kerajaan mengheret akhbar tersebut ke muka pengadilan adalah tindakan yang " tepat" berbanding tindakan lain seperti menghantar memorandum bantahan. Katanya, tarikh sesuai bagi mengambil tindakan undang-undang itu terpulanglah kepada pihak FELDA sendiri.

Sementara itu, kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas di bawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi Felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.

Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan dan Felda mahu menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa individu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, rakyat kususnya peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang Felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali.

Tambahnya, rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 Felda tidak menerima apa-apa bayaran ke dalam akaunnya. Rakyat juga, katanya hendak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang RM2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai Felda.

Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Felda memberitahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula sedangkan, kata beliau semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.

Rakyat dan peneroka, ujarnya menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian Menara Felda dari syarikat Naza.

“Sebaliknya kerajaan hanya mampu jawab ini fitnah, Felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak hendak menipu Melayu. Itulah sahaja yang diungkap oleh pemimpin kerajaan Umno BN,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. (AK)

Malaysian Cartoon- Felda Sex Video

Malaysian Cartoon- Felda Sex Video  by kertoon.
Cartoon making fun at the recent sex video shot in Gemas Felda.

Kejahatan Seksual Naik 20% Akibat Video Lucah.

HALAMAN HIBURAN

Cut Tari... mengaku pakai blaus hijau dan coli hitam.

JAKARTA. JUN 27: Kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video lucah tiga tertuduh Nazril Ariel, Luna Maya & Cut Tari.

Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu. “Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak,” kata aktivis badan itu, seperti yang dilaporkan oleh media Agensi.

Sementara itu, permohonan maaf Ariel kepada umum atas isu rakaman hubungan seksnya tidak membawa apa-apa makna, kata Ketua Muhammadiyah, Din Syamsuddin, semalam.

“Minta maaf kepada Dia.

“Jika minta maaf kepada orang ramai, ia tidak menyelesaikan masalah,” katanya, semalam.

Menurut Din, perbuatan Ariel merakam aksi itu meninggalkan kesan buruk meluas di kalangan masyarakat. “Jangan nafikan apa-apa lagi, kerana pornografi dalam bentuk apa pun membawa kesan buruk,” katanya.

Sedangkan polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel. “Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita,” katanya.

Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan. Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks. “Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan,” katanya.

Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini. Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya. Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.

Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya. Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan. “Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang,” katanya. (Sumber: Agensi Dll/AK)

Ada kaitan..

Pendapatan Dari Pakaian Menjolok Mata, Tarbiah BN.

HALAMAM HIBURAN

TERDEDAH... wanita dikatakan Baby Arin berpakaian seksi.
TERDEDAH... wanita dikatakan Baby Arin berpakaian seksi.

KL. JUN 27 10: Beberapa foto mirip bekas penyanyi kumpulan Res2, Baby Arin yang ‘bersosial’ dengan berpakaian menjolok mata, termasuk foto mendukung anak anjing dan bercium dengan seorang lelaki, dikesan tersebar di laman web termasuk ruangan forum dan gosip, sejak kebelakangan ini.

Dalam satu ruangan berasingan, sebuah laman forum turut memuatkan foto Baby Arin dikatakan mencium seorang lelaki. Baby Arin pernah melalui peristiwa hitam apabila dijatuhi hukuman denda kerana mengambil dadah methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu pada April, 2005.

Baby Arin atau nama sebenarnya Lily Zarina Khalil, 32, ketika berbalas mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan wartawan Metro Ahad enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi terbaru membabitkan dirinya, sebaliknya memilih untuk berdiam diri.

“Saya minta maaf, saya tidak mahu jadi kurang ajar. Saya pilih untuk berdiam diri. Saya harap awak faham,” katanya sebelum menamatkan kenyataannya melalui SMS itu.

Sebelum ini, kakaknya yang juga bekas penyanyi kumpulan Res2, Erin atau nama sebenarnya Edrina Khalil, 35, juga pernah mencetuskan kontroversi apabila fotonya berpakaian penari gelek tersebar di Internet.

Namun, Erin memilih untuk membuat kenyataan dengan mengakui dia memang bekerja sebagai penari gelek. Dia mengakui tarian itu keterlaluan tetapi dia suka dan itu sumber rezekinya. Erin bagaimanapun tersentak apabila mengetahui dicemuh masyarakat, namun dia pasrah kerana hasil pendapatan diperoleh hasil keringat sendiri, bukan menagih simpati orang lain, jauh sekali ditaja oleh seseorang.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan sahaja pendapatan diperoleh dari 'hasil keringat sendiri', tetapi yang penting sekali, hasil itu hendaklah 'halal'. Bukan hasil dari kerja haram, yakni haram dari segi hukum agama, bukan 'haram mengikut kerajaan BN' sahaja. Bagi kerajaan BN, mereka tak kira halal haram dari segi agama. Contohnya hasil dari judi, arak, pelacuran, dedah aurat dan projek-projek maksiat lain, BN landa dan ragut terus.

Inilah bentuk tarbiah masyarakat pimpinan kerajaan BN, asal dapat duit tak kira halal-haram! Banyak bukti-buktinya.. Hasil tarbiah sejak merdeka lebih dari setengah abad, di bawah pimpinan UMNO/Perikatan/BN. (AK)

Penari Bogel Lelaki, Shahrizat Jalil Tak Malukah?


Cerita penari bogel lelaki


MENURUT Reezman, anak-anak gadis orang kaya antara yang banyak menonton tarian bogel.

SEJAK di bangku sekolah lagi, Reezman (bukan nama sebenar) aktif menari. Merata tempat di Pulau Pinang dijelajahinya untuk mempamerkan aksi tarian kebudayaannya.

Namun, dia tidak menyangka ada mata yang mencuri pandang tubuh kekarnya dan menyimpan hasrat jahat untuk memesongkan langkah seni tari budayanya kepada dansa erotik tanpa seurat benang.

Pada suatu hari, seorang lelaki Cina datang menghampirinya dan menyuakan tawaran untuk menjadi penari bagi produksi mereka. Lelaki itu memberitahu Reezman bahawa dia akan menjadi penari tarian moden.

Sebagai seorang yang jiwa dansanya begitu menebal, Reezman yang ketika itu berusia 21 tahun menganggapnya satu peluang mengecapi pengalaman baru.

Tidak bercerita lanjut tentang tarian yang bakal dipamerkan, lelaki tersebut membawanya ke sebuah rumah besar yang dipercayai dimiliki oleh seorang orang kaya di Pulau Pinang. Di situ, satu majlis persendirian sedang diadakan. Kata Reezman, majlis itu dikunjungi bermacam keturunan. Ada orang Cina, India, Melayu dan mat saleh. Ada pengunjung lelaki dan ada perempuan. Beberapa lelaki sasa yang sedang menari dengan sekadar berseluar dalam menjadi pusat perhatian pengunjung.

Terkejut

Melihat penari-penari itu, Reezman sudah dapat membayangkan tarian jenis apa yang menantinya. Dia sangat terkejut dan takut. Reezman terfikir untuk menolak sahaja tawaran itu tetapi apabila dia melihat not-not wang yang dihamburkan ke arah penari-penari itu oleh pengunjung yang rata-ratanya orang berada, terdetik hatinya: “Lumayan.”

Lagipun, dia masih boleh memakai seluar dalam. “Itu yang saya fikir mula-mula. Wang juga menggelapkan mata saya. Sebagai penari sebegitu, saya dimaklumkan sebulan RM3,000 sudah dalam tangan iaitu duit yang dibayar bos. Itu belum lagi dicampur dengan ‘wang tip’ yang diberikan pengunjung,” kata Reezman, 30, kepada Jurnal tentang pengalamannya menjadi penari bogel kira-kira sedekad lalu.

Produksi tempat Reezman bekerja mempunyai 12 penari lelaki kesemuanya. Sepuluh merupakan penari Cina dan dua Melayu.

“Kemudian, saya dimaklumkan oleh penari-penari senior bahawa mereka beraksi secara berperingkat-peringkat.

“Pada awalnya mereka akan menari berpakaian namun nampak seksi, kemudian apabila sudah berpengalaman mereka berseluar dalam dan akhirnya pasti akan berbogel,” katanya.

Reezman mengambil masa selama enam bulan sebelum beraksi telanjang.

“Mula-mula menari bogel saya rasa malu dan tidak selesa. Tetapi, apabila irama dan cahaya bergabung ditambah dengan jerit pekik penonton-penonton, rasa malu mula menghilang. Namun, setiap kali lepas menari, saya akan bertanya diri sendiri, apa yang aku dah buat tadi?” ujarnya.

Reezman mendedahkan, lebih lama ereksi yang dipamerkan penari bogel atau lebih membonjol kemaluan di balik seluar dalam lagi banyak wang yang akan diterima kerana penonton akan lebih tertarik.

Ereksi

“Sebab itu, ada di kalangan penari bogel yang mengambil pil ereksi untuk memastikan mereka boleh kekal ereksi lebih lama. Ingat, kami di atas pentas dan disaksikan ramai orang bukannya di atas katil.

“Ada juga penari bogel yang buat pembedahan membesarkan zakar di Thailand,” katanya sambil memberitahu penari bogel lelaki hanyalah lelaki yang mempunyai tubuh badan menarik ala model dan sasa tetapi bukan pondan.

“Semasa menari, kemaluan kami dipegang atau punggung diraba penonton itu perkara biasa. Kalau hendak duit tambahan, yang meminta khidmat sehingga ke bilik tidur pun ada,” katanya sambil memberitahu anak-anak orang kaya, wanita-wanita berusia atau bekerjaya tinggi, datin-datin dan golongan gay adalah kelompok yang banyak membuat permintaan mengadakan tarian bogel untuk majlis-majlis mereka.

Pertunjukan tarian bogel juga ada dilangsungkan di disko-disko selepas pukul 12 malam. Tempat tarian boleh jadi pentas biasa dan mungkin juga di dalam sangkar yang digantung di mana penonton yang berada di bawah hanya boleh melihat kaki hingga paras pinggang penari. Hanya sanggup bergelar penari bogel selama dua tahun, Reezman berkata dia menerima banyak pelawaan ke bilik tidur namun dia tidak menerima satu pun.


PENARI bogel bagai sudah hilang perasaan malu.

Vitamin C

Bukan hanya wanita atau lelaki gay, bahkan pernah sekali seorang lelaki mat saleh yang sudah berumur mengajaknya tidur.

“Lelaki mat saleh itu mengajak saya ke bilik hotelnya. Saya tidak mahu tetapi akhirnya didesak dan pergi. Lelaki itu nampak berpengaruh. Ada empat pengawal yang menjaga biliknya. Kemudian saya mendapat tahu bahawa lelaki itu ialah seorang ahli parlimen dari sebuah negara Eropah.

“Saya akhirnya dilepaskan selepas memberitahu bahawa saya bukan gay. Tetapi dia terus memujuk supaya mengikutnya ke negara asalnya. Saya tolak pelawaannya tapi dia masih memberikan bayaran RM5,000.

“Apabila dia pulang, dia telefon saya tidak henti-henti. Dia beritahu kalau saya ikut dia, dia akan menukarkan hak milik semua rumah dan keretanya kepada nama saya sebab dia sudah sangat tua,” kata Reezman sambil memberitahu kadangkala mereka turut dijemput membuat persembahan di Kuala Lumpur, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Dia mendakwa lokasi paling banyak dia beraksi ialah di sekitar Georgetown serta pernah membuat tarian bogel di apartmen dan disko di sekitar Ampang. Reezman mendedahkan, penari-penari bogel ini dijaga oleh produksi yang menaunginya agar bentuk tubuh mereka terus menarik.

“Penari-penari bogel diberikan perkhidmatan gimnasium percuma, suntikan vitamin C dan suntikan oksigen percuma. Suntikan oksigen adalah untuk memastikan tubuh kami sentiasa segar, cerah dan lembab sentiasa.

“Saya cuma berkongsi apa yang telah saya tempuhi. Saya telah terlanjur dan saya tidak mahu penari-penari di luar sana jadi macam saya,” ujarnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cerita dan gambar ini diangkat dari 'Rencana Utama' sebuah akhbar tempatan hari ini. Jelas maksiat kelucahan ini sengaja dibiarkan berlaku di depan umum, seolah dibangga-banggakan, dan tiada kuasa pemerintah yang mampu menghalang. Atau sengaja digalakkan, walaupun ia menghina kedaulatan perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan.

Inikah corak remaja Malaysia yang akan dibentuk? Bahagian agama, dakwah atau pendidikan akhlak pun tidak boleh bertindak apa-apa? Kementerian ehwal wanita Shahrizat Jalil tak malukah?... (2MA)

MB S'ngor Tak Hadir Retreat PKR, Letak Jawatan?

SHAH ALAM, 26 Jun 10: Ketidakhadiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, yang menjadi perhatian banyak pihak dengan dakwaan wujudnya gesaan agar meletakkan jawatan, tidak kelihatan di retreat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung di sini.

Retreat dua hari itu bermula petang ini dan ketiadaan beliau menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin parti itu. Media The Malaysian Insider difahamkan sesi ini sepatutnya dihadiri oleh kesemua pemimpin tertinggi parti itu. Namun begitu Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor tidak kelihatan. Khalid juga ketua bahagian dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Salah seorang Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub ketika ditanya berkata, kemungkinan besar Khalid mempunyai komitmen lain sehingga menyebabkan beliau tidak hadir.

“Sebenarnya saya tidak tahu kenapa beliau (Khalid) tidak hadir, mungkin beliau ada komitmen lain. Mungkin ada program negeri,” kata beliau.

Difahamkan juga, pertemuan ini sudah lama diaturkan selepas Kongres Nasional PKR di Kota Baru akhir bulan lalu. Seorang lain Naib Presiden, Azmin Ali berkata, beliau sendiri tidak menyedari ketidakhadiran Khalid sejak petang tadi.

“Beliau tiada di sini? Sepatutnya kesemua pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Majlis Pimpinan Pusat perlu hadir.

“Jadi saya tidak tahu kenapa beliau tidak hadir,” kata Azmin, yang sebelum ini menafikan telah meminta Khalid agar berundur dari jawatan Menteri Besar.

Sesi pemukiman yang dihadiri kira-kira 80 orang pemimpin parti itu dipercayai membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR November ini. Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata sepatutnya Khalid perlu menghadiri pertemuan yang sedang berlangsung di ibu negeri Selangor ini.

“Saya tidak tahu kenapa beliau tidak hadir, mungkin ada komitmen lain.

“Sepatutnya selaku Pengerusi PKR Selangor beliau kena menghadirkan diri,” kata beliau yang juga ahli Parlimen.

Beberapa pemimpin PKR lain yang dihubungi juga mengesahkan Khalid tidak kelihatan setakat malam ini. Terdahulu laporan Bernama menyebut, Khalid tidak terfikir untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor walaupun terdapat khabar angin wujudnya pakatan dalam PKR yang ingin menyingkirkannya daripada jawatan tersebut.

“Saya tidak terfikir perkara itu,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-17 Majlis Belia India Malaysia Selangor di sini hari. Selain Khalid, dua lagi Adun dari Selangor juga tidak kelihatan pada pertemuan hari ini. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails