Friday, July 16, 2010

3 Sebab UMNO Sesat: Hujah, Menang, Mukjizat -Nik Abduh


KL, 16 Julai 10: Anak lelaki Menteri Besar Kelantan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tuduhan Umno bahawa PAS sesat “amat berat”. Lapoiran The Malaysian Insider.

Sehubungan itu Nik Abduh turut mempertahankan pendirian PAS bahawa Umno adalah parti sesat kerana tiga faktor.

Pertama, Umno sesat dari sudut dasar. PAS konsisten berhujah bahawa dasar kebangsaan atau nasionalisme adalah sesat, salah dan terseleweng daripada agama. “Oleh kerana Umno secara jelas menjadikan kebangsaan sebagai dasarnya, maka Umno sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia.

“Bagi PAS, dasar parti hendaklah Islam. Islam tulen sebagaimana dibawa Rasulullah,” katanya.

Kedua: Selain itu tegas beliau, Umno sesat dari sudut matlamat manakala PAS konsisten berhujah bahawa membina negara demokrasi sekular yang menjadi matlamat Umno adalah sesat, salah dan menyeleweng daripada agama.

“Maka, Umno sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, matlamat hendaklah Islam juga dan matlamat Islam adalah menegakkan khilafah dengan membina sebuah negara Islam,” kata Nik Abduh.

“Ketiga, Umno sesat dari sudut wasilah dan cara membangunkan negara. Menghalalkan riba, arak, judi, pergaulan bebas dan mengharamkan hukum hudud misalnya adalah gambaran cara dan wasilah Umno menyusun, membentuk dan menyelesaikan masalah negara yang jelas keluar daripada pengajaran agama dan sunah nabi.

Justeru jelas beliau, kesediaan PAS memuzakarahkannya adalah bukti pertanggungjawaban PAS atau tuduhannya itu. “Itu adalah persaksian yang sungguh gagah dan berani. Hujah adalah kemenangan dan mukjizat,” katanya. (AK)

Omar Osama: Otak Dijajah Untuk Melawan Bapa

Omar dan isterinya, Zaina semasa mereka belum berpisah.

Media Agensi: Anak dakwa Osama masih hidup

LONDON: Omar bin Laden yang merupakan anak pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden menyatakan bapanya masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.

"Bapa saya berada di bumi tetapi saya tidak mengetahui di mana dia berada. Dia masih hidup. Jika orang seperti itu (Osama) meninggal dunia, anda tidak boleh merahsiakannya. Dunia akan berubah jika dia meninggal dunia," lapor akhbar The Sun.

Omar, 29, bersetuju untuk diwawancara oleh akhbar itu bagi menceritakan kehidupannya selepas dia berpisah dengan isterinya, Jane Felix-Browne berumur 53 tahun yang merupakan seorang rakyat Britain.

Jane yang memeluk agama Islam selepas mereka mendirikan rumah tangga pada September 2006 di Mesir mengumumkan perpisahan dengan Omar pada awal bulan ini.

Wanita itu yang menggunakan nama Zaina selepas memeluk Islam menyatakan Omar menghidap penyakit skizofrenia dan kerap mendengar suara Osama di dalam kepalanya sebagai alasan perpisahan mereka.

Menyentuh mengenai bapanya, Omar berkata: "Saya masih meyayanginya, pastinya saya sayang padanya. Dia adalah bapa saya.

"Saya merinduinya sebagai bapa tetapi kami saling berlainan. Saya mahukan keamanan."

Tempat persembunyian Osama tidak diketahui dengan tepat sehingga kini menyebabkan terdapat dakwaan bahawa dia telah meninggal dunia.

Namun, Osama kerap dikatakan bersembunyi di kawasan pergunungan di Afghanistan dan Pakistan.

Omar turut menyatakan bahawa dia mahu memberi nama Osama kepada bayi yang dikandung oleh seorang ibu tumpang dari Britain sempena nama bapanya.

"Jika bayi itu seorang lelaki, saya akan memanggilnya Osama. Namun, saya berharap dia (anaknya) akan mempunyai sikap pentingkan keamanan.

"Adalah sesuatu yang tradisi untuk menamakan anak dengan nama datuk," katanya.

Namun, Zaina yang tidak boleh melahirkan anak mahu memberikan nama Elizabeth jika ibu tumpang tersebut melahirkan anak perempuan sempena nama pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.

Wanita itu juga mahu memberi nama William jika anak yang dilahirkan itu lelaki.

Menurut Omar, dia akan menjaga anaknya itu dengan baik termasuk wanita yang bersetuju menjadi ibu tumpang untuk anak mereka, Louise Pollard dari Britain.


Pelakon Hollywood idola Omar

Pollard hamil dengan menggunakan teknik persenyawaan tabung uji.

Menyentuh mengenai perpisahannya dengan isterinya, dia berkata: "Saya telah berkahwin selama empat tahun dan kami amat gembira.

"Namun, saya memberitahu dia (isterinya) saya tidak boleh meneruskan lagi. Saya mahu berpisah, saya tidak mahu kembali semula ke alam perkahwinan."

Omar melarikan diri dari Afghanistan pada April 2001 sebelum bapanya menjadi lelaki yang paling dikehendaki di dunia kerana didakwa menaja keganasan.

Pada Mei 1996, Osama meninggalkan kawasan pergunungan Tora Bora di Afghanistan dan memilih Omar untuk menemaninya dan mewujudkan kem latihan pengganas.

Omar menjadi tukang pembuat teh peribadi bapanya dan tinggal dalam pondok yang sejuk.

Semasa itu, dia yang masih remaja diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan raifal Kalashnikov dan belajar memandu kereta kebal Rusia.

Omar dilahirkan di Arab Saudi oleh isteri pertama Osama, Najwa.

Dalam wawancara itu, Omar menyatakan bahawa dia meminati penyanyi Madonna dan pemain bola sepak Piala Dunia Argentina, Lionel Messi.

Omar menyatakan impiannya untuk keluar bersama pelakon terkenal Hollywood, Drew Barrymore.

"Saya bujang sekarang dan dia (Barrymore) merupakan wanita paling cantik di Hollywood," katanya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Itu contoh anak yang dijajah pemikiran untuk melawan ayahnya, kalau betul berita ini. Lihat juga Era Muslim 'Anak Usamah Bin Ladin: Ayah Saya Telah Menang Melawan Amerika'

Begitu juga anak ketua Hamas seperti artikel di bawah ini...

Harga 5 Dlm 1 Naik, PM Takut M'sia Bangkrap?


KL: 15 JULAI 10: Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Harga 5 dalam 1 terus naik.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini. Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok. Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat. Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman. Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau rakyat tak mahu negara bankrap, tolak saja BN, bagi PR pula perintah.

Muhyiddin Mahu Jumpa Nik Aziz, Atas Perpaduan PAS-UMNO

JELI, 15 Julai 10 – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal minggu ini.

“Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini,” kata Timbalan Presiden Umno ini selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini hari ini.

Beliau berkata perkara yang penting ialah perpaduan antara PAS dan Umno itu terjalin kerana ia merupakan perkara yang baik. Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali.

Beliau menafikan dakwaan yang Umno lemah kerana cuba menjalinkan kerjasama dengan PAS. “Umno ada kekuatan tersendiri dan merupakan sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam serta orang Melayu,” katanya.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai “apa juga perkara”. Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

Muhyiddin mengadakan lawatan kerja ke Kelantan hari ini. Sebelum ini beliau dilaporkan berkata Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. (AK)

(Sila lihat sebelum ini, Muhyiddin Masuk K'tan Tanpa Beritahu Nik Aziz, Biadap?)

Thursday, July 15, 2010

Sarimah: Muslimah N/China, Nak Jodoh Orang M'sia?

CATATAN PERJALANAN CHINA 6

GADIS dalam gambar ini bernama Sarimah. Dia berkerja di sebuah Pertubuhan Islam di bandar Chengdu, distinasi terakhir, rombongan kami yang di ketuai oleh YB Dato Haji Husam Musa bagi mempromosikan, Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober tahun ini.

Maaf, gambar ini diambil dengan tidak minta izin darinya, depan pejabatnya secara kebetulan sahaja. Tinggi tubuhnya, lebih kurang 5 kaki lebih, mungkin dekat-dekat 5 kaki setengah. Berumur 30 tahun, belum pernah kahwin lagi, mungkin sedang menunggu-nunggu jodoh yang sesuai agaknya. Kami dapat peluang bersembang dengannya selepas mesyuarat dengan pertubuhan Islam yang menjadi majikannya.

Semasa mesyuarat di ibupejabat masjid tersebut, kiri sekali YB Datuk Husam, di belakang kanan hujung sekali, Sarimah.

Selepas mesyuarat kami bergambar beramai-ramai di dalam kawasan masjid yang sebumbung dengan pejabat persatuan tersebut.

Sempat saya bergambar dengan pemimpin persatuan dam imam di situ.

Dia ikut dalam van rombongan kami menjadi pemandu pelancong membawa kami ke masjid-masjid dan tempat-tempat berkaitan dengan Islam di Chengdu. Kami dapat mengenalinya secara dekat. Antara salah satu lawatan kami ialah di sebuah masjid, pinggir kota. Se sampainya kami di depan masjid itu, terpampang kain rentang menyambut rombongan kami dari kerajaan Kelantan dalam bahasa China.
Kain rentang menyambut delegasi Kerajaan Kelantan.

Jamuan ringan sebelum solat Jumaat.

Sempat juga kami dijamu minuman ringan, dan terus bersolat Jumaat. Seperti biasa, YB-YB rombongan kami, pantang jumpa masjid terus sahaja solat sunat dulu sebelum apa-apa hal.

YB Zulkifli Mamat, sentiasa mendahului solat sunat tahyatal masjid.

YB Husam, bukan sahaja sholat sunat, bahkan baca Quran lagi, bila ada ruang..

Juga ada kuliah sebelum Jumaat oleh imam masjid itu.

Begitu rapatnya YB Husam dengan imam tersebut.

Seorang tua yang uzur, tetap berJumaat dengan apa cara sekalipun, walaupun tidak mampu berdiri.

Bergambar dengan sebahagian dari jamaah muslimat yang bersolat Jumaat.

Akhirnya lepas solat Jumaat kami pun pergi.. Assalamu alaikum!

YB Zulkifli, bergambar kenangan dengan ahli jamaah..

"Saya lihat Sarimah itu nampaknya gadis baik. Seolah-olah mempelawa kita tolong mencari jodoh untuknya, dari lelaki yang sesuai." Kata saya dalam bahasa Malaysia, kepada YB Zulkifli semasa di dalam van kami yang bertolak keluar dari masjid. Sarimah ada bersama, tapi mungkin tidak faham bahasa Malaysia.

"Dalam mencari jodoh.. kita perlu kepada baka yang baik. Itu sebab dalam Islam perlu pilih 'keturunan'. Kadang-kadang perlu kahwin campur antara kaum dan negara.., di samping kekayaan, kecantikan dan lain-lain." Kata YB Tuan Haji Zulkifli yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri Kelantan, dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa China oleh teman setugasnya.

"Pernah semasa saya menjadi pimpinan PAS Kawasan Balik Pulau (kira-kira 1985-1995), saya telah kemukakan draf cadangan bertajuk ‘Operasi Hijrah’. Sebuah perancangan berkahwin beramai-ramai dengan wanita-wanita Islam atau yang baru masuk Islam di Thailand, membawa balik ke Malaysia atau berulang-alik dengan meninggalkan isteri di sana di bawah seliaan pusat-pusat pengajian Islam tradisional atau ‘pondok-pondok’... Begitu juga saya pernah mengahwinkan lelaki Malaysia dengan wanita Kemboja, Indonesia, Bidayuh Sarawak dan ada seorang dari negara China.. " Saya jelaskan, tapi dalam bahasa Malaysia.

"Oo, kalau begitu, mu uruslah gadis di depan kita ini, atau gadis lain dari kawasan Islam seperti Uighur dan lain-lain.." Kata YB Zulkifli lagi..

Apakah ini juga termasuk dalam usaha menyambung ekspedisi Laksamana Cheng Ho?

Gambar di bawah ini diambil semasa kami melawat di muzium Arumqi. Ibnu Hasyim bergambar dengan dua pekerja Islam bangsa Uighur. Bangsa yang berkulit putih, hidung mancung dan tinggi-tinggi beragama Islam.


Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 6
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 15, 2010

Lihat srtikel sebelum ini ada kaitan...
Siri ini...

Xinjiang, Melihat Titik Hitam Dari Langit

CATATAN PERJALANAN CHINA 5
Depan sekali, YB Abdul Latif Abd Rahman Timb Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Negeri Kelantan, dalam penerbangan dari Beijing ke Urumqi.

Memasuki negeri Xinjiang, dari udara..

BURUNG besi China Airline berlepas terbang dari Bandar Beijing menuju ke Bandar Urumqi. Kami rombongan delegasi Kerajaan Negeri Kelantan berada di dalam perutnya.

Rombongan di ketuai oleh YB Dato Haji Husam Musa bagi mempromosikan suatu acara besar. Iaitu, Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober tahun ini. Turut bersama rombongan ini ialah YB Tuan Haji Zulkifli Mamat yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri dan YB Abdul Latif Abd Rahman Timb Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Negeri Kelantan.

Kebetulan saya duduk di sebelah YB Abdul Latif. Teringat sewaktu mula bertemu dengannya di airport KLIA semasa diperkenalkan. "Oh, Ibnu Hasyim. Saya kenal lama, baru saya bertemu penulisnya sekarang, sudah banyak kali khatam buku sejarah PAS yang kamu tulis ('1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' -Terbitan GG Edar 1993), sejak saya di universiti lagi!"

Lepas itu bila ada kesempatan, kami berbincang beberapa perkara dalam politik tanah air, terutamanya mengenai PAS. Kini penerbangan menuju Urumqi.

Urumqi adalah ibukota Xinjiang. Xinjiang (Tionghoa: 新疆; pinyin: Xīnjiāng; Wade-Giles: Hsin1-chiang1; Uighur: شىنجاڭ), adalah nama lengkap 'Daerah Otonomi Uighur Xinjiang'. Yakni sebuah daerah otonomi di Republik Rakyat Cina. Xinjiang bersempadan dengan Daerah Otonomi Tibet di sebelah selatan, dan Qinghai serta Gansu di tenggara. Juga bersempadan dengan Mongolia di sebelah timur. Rusia di utara, serta Kazakhstan, Kirgizia, Tajikistan, Afganistan, dan Kashmir di barat. Xinjiang juga mencakup sebagian besar wilayah Aksai Chin — dituntut oleh India sebagai sebahagian dari Negara Jammu dan Kashmir.

"Xinjiang" secara harfiah bermakna 'Sempadan Baru' atau 'Daerah Baru'. Nama yang diberikan semasa Dinasti Mancu. Nama perli, atau dianggap sebutan sinis menyakitkan hati pejuang kemerdekaan Xinjiang yang lebih condong guna nama lokal bersejarah dan beretnik seperti Turkestan Cina, Turkestan Timur atau Uighuristan. Kerana tiga nama itu oleh suku Han menganggapnya sebagai penentang.

Saya terus merenung, melihatnya melalui jendela pesawat, tanah gersang, kering kontang melintasi padang pasir dan memandang gambaran yang jauh.. tapi dengan ilustrasi yang lebih dekat.

Kehidupan padang pasir di bumi China..

"Bersempadan dengan sebelah barat laut Cina, dan seperti halnya wilayah Tibet, Xinjiang menjadi hal mutlak yang sangat penting bagi keamanan negara," kata Wenran Jiang, seorang pakar asal Cina dari Universitas Alberta, kepada AFP kira-kira setahun lalu selepas berlaku rusuhan kaum di Arumqi. "Beijing tidak akan berkompromi dengan cara apapun terhadap wilayah ini."

Mencakup lebih dari 1.6 juta km persegi, Xinjiang mengambil 1/6 dari seluruh wilayah Cina. Daerah bergurun pasir dan bergunung serta sedikit penduduknya menjadi daya tarik tersendiri bagi wilayah tersebut kerana perlombongan, pertanian serta energi. Negeri Xinjiang menjadi wilayah kaya dengan sumber daya dan menjadi pengeluar minyak kedua terbesar di China menghasilkan minyak 24.7 juta tan.

"Dengan penurunan cadangan di Heilong Jiang dan Shandong, Xinjiang menjadi wilayah dengan pertumbuhan yang sangat strategik setiap tahun," kata Ren Xianfang seorang penganalisis di IHS Global Insight.

Xinjiang menjadi wilayah bergolak sejak pasukan keamanan pemerintah komunis Cina diturunkan ke wilayah tersebut secara besar-besaran untuk bertindak keras terhadap Muslim Uighur yang melakukan demonstrasi menentang penindasan dan diskriminasi di wilayah itu. Dikatakan, sedikitnya 184 orang menurut versi pemerintah, terbunuh dan ribuan lainnya ditahan dalam rangka pengamanan yang dilakukan pasukan keamanan Cina.

Penduduk asli Xinjiang berasal dari ras-ras Turki yang beragama Islam, terutama suku Uighur (45.21%) dan suku Kazakh (6.74%). Selain itu, di Xinjiang juga terdapat suku Cina Han, yang berjumlah sekitar 40.58%. Peratus suku Han di Xinjiang meningkat secara drastis dari 6% sejak tertubuh Republik Rakyat Cina (1949) hingga lebih dari 40% pada masa ini.

Xinjiang telah berkembang pesat sejak tahun 80an, yang akhirnya menarik gelombang imigran dari etnik Han ke wilayah tersebut, hidup berdampingan dengan etnik Muslim Uighur. "Sangat sedikit etnik Uighur yang bekerja di industri minyak disana," kata Jean Fran Ois Huchet, pengarah dari pusat kajian Prancis pada Cina kontemporer di Hongkong.

"Penduduk Muslim Uighur telah terjebak dan terkurung di daerah desa dalam sistem pertanian yang sangat sedikit memiliki nilai tambah," kata Jean lagi. Namun ada beberapa wilayah yang menghasilkan kapas, mereka berjuang untuk memperoleh kemajuan dalam bidang ekonomi.

Suasana tenang damai di perkampungan Xinjiang, walaupun berada dicelah-celah pergunungan pasir dan batu pejal. Bayangkan bagaimana padang pasir dihijaukan.

Daerah ini dikuasai oleh kelompok tentera Bingtuan, menguasai wilayah pertanian yang sangat luas. Mempekerjakan lebih dari 2.2 juta pekerja yang ramainya etnik Han. Menyebabkan Etnik Uighur yang minoriti, berbahasa Turki lebih dari 8 juta penduduk, telah menganggap pemerintah mengerahkan, memindahkan jutaan etnik Han di wilayah mereka dengan tujuan akhir memusnahkan identiti dan kebudayaan mereka.

Mereka juga menyebut projek baru pemerintah mahu menerapkan pengajaran bahasa Mandarin di sekolah-sekolah Xinjiang, menggantikan dialek lokal mereka. Bukan itu sahaja, Xinjiang juga menjadi wilayah tempat kerajaan Cina melaksanakan uji-coba nuklier bawah tanah selama beberapa dekad. Menjadikan wilayah itu sebagai tempat strategik, apa lagi bila dilihat dari segi geopolitik Cina, kerana berbatasan dengan 8 negara, termasuk Afghanistan dan Pakistan, yang Cina anggap sebagai ancaman utama mereka.

Ku renung-renung lagi..

Masih terungkap kisah, walaupun sudah setahun berlalu.. (Lihat Urumqi, Kota Istimewa Di China?). Diberitakan, rasa sangsi dan curiga masih menebal di kalangan penduduk Islam Uighur dengan penduduk kaum Han di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang. Bukan seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia, yang sudah ditelan zaman.

"Kawalan keselamatan bagus sekarang tetapi dalam hati saya tetap bimbang. Perasaan itu masih belum luput." kata seorang penduduk kaum Han, Encik You Jia.

Menurut satu sumber lagi, Urumqi, ibu negeri wilayah Xinjiang, menyaksikan keganasan pada 5 Julai tahun lalu apabila etnik minoriti Uighur meluahkan rasa marah mereka selama berdekad-dekad berhubung pemerintahan China di wilayah itu dengan bertindak menyerang etnik majoriti Han. Beberapa hari kemudian, kumpulan penunjuk perasaan Han yang berang membalas dendam keluar ke jalan-jalan mencetuskan kekacauan etnik terburuk di China bagi tempoh beberapa dekad.

Pergolakan itu meragut hampir 200 nyawa dan mengakibatkan 1,700 yang lain cedera. Sejauh ini, 26 orang telah dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam rusuhan itu. Apa yang lebih ketara ialah insiden itu menonjolkan keretakan dalam hubungan etnik di wilayah itu. Kerana itu, selepas rusuhan tahun lalu, China telah melancarkan beberapa dasar yang diharap dapat membantu wilayah Xinjiang, yang kaya dengan sumber gas dan minyak, mencapai stabiliti dan pembangunan.

Pemerintah memaklumkan akan menghantar bantuan pembangunan berjumlah 10 bilion yuan ($1.02 bilion) ke wilayah itu bermula 2011 sebagai cubaan untuk menaik taraf kehidupan etnik Uighur dan menghapuskan perasaan tidak puas hati. Para pemimpin China juga menekankan semua kumpulan etnik dilayan dengan sama rata.

Dasar pemerintah memindahkan penduduk Han ke wilayah Xinjiang telah menyebabkan jumlah golongan itu meningkat daripada lima peratus dalam 1940 an kepada lebih 40 peratus sekarang. Awal tahun ini, pemerintah wilayah malah mengumumkan langkah untuk merancakkan pengambilan pekerja di Xinjiang. Ini termasuk menetapkan semua perniagaan dan projek menggajikan lebih ramai pekerja daripada etnik minoriti. Meskipun demikian, penduduk setempat Uighur berkata undang-undang ini tidak selalu dipatuhi.

Di sebalik usaha pemerintah untuk meredakan rasa tidak puas hati kaum etnik Uighur, penduduk etnik Han pula yang marah. Mereka mendakwa penduduk Uighur diberi keistimewaan yang tidak adil, semata-mata ekoran status minoriti mereka. Antara lain, penduduk Uighur dikatakan diberi kelonggaran bagi dasar perancangan keluarga yang membenarkan setiap pasangan mempunyai hanya seorang anak.

Selang setahun rusuhan keganasan etnik terburuk dalam tempoh beberapa dekad di negara itu, pemerintah China telah memasang 40,000 kamera pemantau definisi tinggi di Urumqi. Kamera keselamatan 'tahan rusuhan' dipantau polis di lebih 4,000 lokasi umum termasuk di jalanan, bas, sekolah dan pusat beli-belah. Itulah yang terjadi.

Tiba-tiba YB Ustaz Abdul Latif yang disebelahku bangun berdiri menjenguk ke tingkap, "Masya Allah. Lihat awan bagaikan salji yang memutih, beriringan dengan pesawat.. Hebatnya keagungan Allah.. Allahu Akbar!"

Ada yang menyambut, "Allahu akbar!"

Subhanallah, semuanya dalam penglihatan Allah, walaupun seekor semut hitam, merayap di atas batu hitam, di malam gelap pekat yang hitam... Apalagi dalam usaha membersihkan titik hitam di negeri Xinjiang, dalam negara 'tirai bambu' yang mempopularkan Laksamana Cheng Ho, hingga berkesinambungan ke Negeri Cek Siti Wan Kembang.

Titik hitam yang dilihat dari langit.. dari agama langit, menjemput anda, pendakwah dan mujahidin-mujahidin ke sana. Allahu 'aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 5
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL
Julai 14, 2010.

Sila lihat..

Produk Terbaru: Periuk, Tukar Beras Jadi Roti.

JOM KREATIF

GAMBAR menunjukkan periuk elektronik yang menukarkan beras menjadi roti di sebuah hotel di Tokyo semalam.

TOKYO, JULAI 15, 10 -Syarikat pengeluar elektronik, Sanyo semalam melancarkan produk terbarunya iaitu 'periuk' yang boleh menukarkan beras menjadi roti.

Mesin itu boleh mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian diadunkan dengan air, gluten, ragi dan bahan lain untuk membakar sebuku roti selama empat jam.

Nama yang diberikan untuk 'periuk' itu ialah GOPAN iaitu campuran perkataan gohan dalam bahasa Jepun bermaksud memasak nasi dan pan yang bermakna roti dalam bahasa Sepanyol.

Periuk itu akan dijual pada harga antara AS$560 (RM1,793) hingga RM670 (RM2,146). - AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails