Saturday, August 07, 2010

Soi Lek Kritik Negara Islam, Guan Eng Jawab

KL OGOS7 10: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”. Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya. Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya. Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

MenNONEurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun. Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. (Malaysiakini.com)

2 Bangkai Pesawat Malaysia Dijumpai Di Aceh?

Aceh pandangan dari atas pesawat..

JAKARTA OGOS 7 10:
Pasukan Polis dari Aceh Besar sudah memasuki hutan sejak empat hari lalu bagi mencari bangkai pesawat yang dikatakan dikesan di kawasan pergunungan Aceh Besar baru-baru ini, yang dikaitkan dengan pesawat dari Malaysia yang hilang di Aceh lebih 20 tahun lepas.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Aceh, Pesuruhjaya Kanan Farid Ahmad Saleh berkata, pasukan mencari itu kini sedang menuju ke lokasi di Pergunungan Bukit Barisan, namun pihaknya belum dapat memberi kepastian sama ada pesawat itu sememangnya dari Malaysia atau tidak dan sama ada terdapat kerangka manusia di dalamnya.

Maklumat yang diterima berhubung penemuan bangkai pesawat itu bercanggah daripada data yang ada, termasuk lokasi ia ditemui, yang sebelum ini dikatakan di Pergunungan Leuser di wilayah Aceh Tenggara.

Ada maklumat juga bahawa ia bangkai pesawat kecil pengangkut logistik, yang mungkin terhempas pada tahun 2006, namun semua maklumat itu belum dapat dipastikan sehingga pasukan mencari memberi laporannya.

"Perjalanan ke sana memakan waktu sekitar tiga hari perjalanan darat dan sampai saat ini belum kembali lagi. Kawasan itu juga sukar mendapat signal telekomunikasi sehingga kami tak ada komunikasi apapun dengan pasukan di lapangan," katanya.

Polis melancarkan usaha mencari lokasi itu setelah ada laporan bahawa penduduk tempatan yang mencari kayu di hutan berkenaan dikatakan menemui sebuah bangkai pesawat beserta kerangka manusia di dalamnya.

Polis sehingga ini belum dapat menentukan kebenaran laporan oleh penduduk tempatan itu.

Keterangan Farid hari ini turut menyangkal laporan sebelum ini yang mengatakan bangkai pesawat itu dikesan dari udara oleh polis tempatan. Pegawai perhubungan awam itu berkata keadaan hutan yang tebal tidak memungkinkan bangkai pesawat itu boleh dikesan dari udara, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang agak buruk di kawasan itu pada masa ini.

Beliau juga menafikan bahawa Ketua Polis Aceh Besar Agus Susanto telah memberi maklumat seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan dua hari lalu, yang turut mengaitkan pesawat dari Malaysia dengan penemuan bangkai pesawat itu.

"Saya sudah memberitahu Ketua Polis Aceh Besar, beliau membantah telah memberi kenyataan dan data seperti dalam akhbar itu, dan sampai saat ini Ketua Polis Aceh Besar belum bersedia memberikan kenyataan kerana memang belum ada kejelasannya," kata beliau.

Akhbar tempatan itu sebelum ini melaporkan bahawa bangkai pesawat itu ditemui oleh polis beserta kerangka manusia di dalamnya.

Ia turut memetik kenyataan seorang pegawai lapangan terbang Polonia Medan mengenai beberapa pesawat dari Malaysia yang dilaporkan hilang di Aceh pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Di KUALA LUMPUR, Jabatan Penerbangan Awam sedia bekerjasama dengan Polis Indonesia sekiranya bangkai pesawat yang ditemui di pergunungan Aceh Besar Selasa lepas disahkan pesawat Malaysia yang dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu.

Timbalan Pengarahnya Idros Abdul Rahman berkata kerjasama itu meliputi penyediaan dokumen berkaitan seperti rekod pesawat serta menghantar pegawainya ke sana bagi membantu siasatan.

"Status mengenai pesawat tersebut masih samar-samar dan kami belum lagi dapat apa-apa laporan daripada pihak berkuasa sana, tetapi jabatan akan cuba bantu dan bekerjasama dengan mereka sekiranya bangkai pesawat itu adalah sah milik Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berdasarkan rekod, dua pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Aceh iaitu sebuah pesawat kecil Twin Otter pada tahun 1989 dan sebuah pesawat Skyvan pada tahun 1993, yang dikatakan belum ditemui kerana pesawat berkenaan dipercayai terhempas dalam hutan tebal.-BERNAMA

Hitler & Amin Husaini: Islam Terlibat Dlm Perang Dunia Ke 2?

DIKATAKAN gambar-gambar di bawah ini dipercayai bukti penglibatan Islam di dalam peperang dunia ke 2 . Seorang ulama' dari Bekas Empayar Uthmaniyah bekerjasama dengan Hitler dalam menghancurkan Eropah. Ulama itu dikenali sebagai Muhammad Amin Husaini. Mengapa beliau berbuat begitu?






UMNO-PAS Dalam Konteks Perlembagaan -Prof Dr Abd Aziz Bari

Kanan sekali Prof Dr Abdul Aziz Bari

TULISAN Profesor Undang-undang UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari dalam akhbar Sinar, Isnin 2 Ogos, 2010 bertajuk Umno-PAS dalam konteks perlemabagaan menarik minat saya dalam membentuk sistem dua parti yang kukuh dan dominan di negara ini.

Beliau menyebut, “Sistem dua parti ini penting kerana ketiadaan struktur inilah yang menyebabkan perlembagaan kita wujud hanya pada nama sahaja. Seperti yang kita maklum perlembagaan hanyalah sekadar sebuah dokumen yang tidak bermakna jika kita gagal melaksanakannya. Dan pelaksanaan ini tidak akan berlaku di dalam sebuah sistem di mana kerajaan yang memerintah tidak rasa takut dihumban keluar oleh rakyat. Rasa tidak takut ini wujud apabila kerajaan berkenaan berasa ia boleh melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa”.

Dalam konteks perlembagaan, saya nampak beliau begitu arif mengenainya. Tetapi bila menyentuh soal politik, beliau menjadi sedikit emosi, kalau pun tidak berdendam dengan PAS.

Sebagai contoh, kenyataan beliau, “PAS akan terus jadi parti Melayu yang sempit dan kampungan sekiranya ia termakan pujukan UMNO yang penuh dengan muslihat itu. Dan seperti mana yang disebut tadi PAS akan tersungkur dalam pilihan raya kerana rakyat berasa ragu siapa dan apakah sebenarnya wawasan politiknya”.

Sudah lama saya tidak mendengar komen beliau tentang PAS secara terbuka di media massa. Jika tidak silap ingatan saya, semasa beliau hadir dan menjadi selebriti dan diaju dengan berbagai pertanyaan bertubi-tubi dari ahli PAS dalam ‘Seminar Pemerasaan Parti PAS’ pada tahun lepas, beliau ada menyebut tidak akan mengulas lagi tentang PAS.

Tanpa memihak kepada pro dan kontra terhadap Pakatan Rakyat, PAS kena berpolitik di atas realiti politik semasa dan juga kehendak perjuangan Islam dan keadilan sejagat yang didukungnya.

Realitinya, PAS bertanding di kawasan yang majoritinya orang Melayu. Bagi saya, PAS perlu mengadakan satu Seminar Khas bagi membincangkan secara terperinci, kemampuan PAS dalam menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Orang Melayu begitu takut untuk menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana bimbangkan kemampuan mereka untuk terus menikmati apa yang mereka ada pada hari ini. Kenyataan pemimpin DAP seperti Tony Pua, untuk menghapuskan diskaun 7% untuk bumiputera membeli rumah mewah amat mencurigakan orang Melayu.

Di sini PAS perlu bijak memainkan peranannya. Jika PAS gagal menyakinkan orang Melayu bahawa PAS mampu menggantikan UMNO dalam mempertahankan apa yang orang melayu ada pada hari ini, tidak mustahil PAS tidak diterima oleh orang-orang Melayu selain dari bumi Kelantan.

Mahu tidak mahu, orang Melayu akan terus bergantung kepada UMNO. Bila bukan Melayu berpindah kepada Pakatan Rakyat dan orang Melayu terus bersama UMNO, maka pada masa itu berlaku kerajaan camporan UMNO (Melayu) dan DAP+PKR (bukan Melayu).

Perhitungan seperti ini perlu diambil kira, dalam menentukan halatuju PAS dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti. Disebabkan PAS sekarang ini sudah menjadi parti multi-racial seperti juga DAP dan PKR setelah adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), maka sudah tentu PAS berhak untuk bertanding dikawasan-kawasan camporan secara sama rata ataupun berdasarkan kepada merit tertentu.

Lebih banyak kerusi-kerusi seperti Kota Raja yang majorinya bukan Melayu perlu diserahkan kepada PAS untuk ditandingi oleh parti tersebut supaya tidak dilihat menjadi parti Melayu yang sempit dan kekampungan seperti yang dinukilkan oleh Professor Dr. Aziz Bari dan lain-lain pihak yang sependapat dengan beliau. (Sedutan dari Harakah)

Lagi Ditipu Skim Cepat Kaya..

PENGGUNA

JOHOR BAHRU OGOS7 10: – Sewa mesin penapis air mineral bernilai RM1,400 sebulan dan dijanjikan keuntungan sehingga RM3,000 setiap bulan.

Demikian janji kosong sebuah syarikat skim cepat kaya yang berselindung di sebalik syarikat penapis air mineral di Taman Molek di sini sehingga menyebabkan dua jurutera berputih mata selepas mendakwa ditipu lebih RM21,000 setiap seorang.

Mangsa, Lee Poh Keong, 39, berkata, pada mulanya dia didatangi seorang ejen syarikat berkenaan yang menawarkannya peluang mendapat keuntungan mudah dengan menyewa mesin penapisan air mineral sekitar September tahun lalu.

Selepas tertarik dengan tawaran tersebut, Poh Keong kemudian mengajak rakan sejawatannya, K. Thorajoo, 32, untuk turut serta.

Walaupun terpaksa menandatangani kontrak yang mahukan mereka berdua menyediakan RM21,000 seorang, kedua-dua mereka yang yakin akan mendapat untung segera bertindak memohon sembilan kad kredit dari bank berlainan bagi menampung kos pelaburan itu.

“Siapa yang tidak mahu RM3,000 sebulan, selain boleh membayar balik ansuran kad kredit, kami juga boleh dapat duit lebih.

“Namun tanpa diduga, saya hanya memperoleh RM200 sahaja sebulan pada tiga bulan pertama sebelum mengambil keputusan untuk berhenti daripada skim tersebut,” katanya kepada pemberita di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay di sini semalam.

Poh Keong berkata, dia kini buntu memikirkan bagaimana untuk membayar balik hutang kad kredit, tambahan pula syarikat tersebut dakwanya kini diambil alih oleh pengurusan baru.

“Lebih teruk saya turut dibebankan dengan hutang pinjaman kereta dan rumah,” ceritanya lagi.

Dalam pada itu, Thorajoo berkata, nasibnya lebih malang apabila syarikat terbabit langsung tidak memberikannya mesin penapisan air mineral tersebut meskipun telah menandatangani perjanjian kontrak yang memaksanya mengeluarkan pelaburan lebih RM21,000.

“Nak cari mereka sudah tidak tahu di mana, kini kami terpaksa menanggung hutang. Saya menyesal tidak sudah dan saya harap pihak bank dapat bertolak ansur berhubung ansuran kad kredit,” katanya yang telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Tay berkata, pihaknya akan membantu kedua-dua mangsa mendapatkan peguam bagi membela nasib mereka berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan sedang menyiasat lanjut. (Kosmo Online/AK)

Iran, AS Tak Boleh Buat Apa-apa -Khatami


TEHRAN OGOS 6 10: Khatib Jumaat Tehran, Ayatollah Ahmad Khatami menyatakan bahawa AS tidak boleh buat apa-apa terhadap Republik Islam Iran. Menyentuh kenyataan terbaru Ketua Tentera AS, Michael Mullen yang mengungkapkan keinginannya menyerang Iran, Ayatollah Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat hari ini di Universiti Tehran mengatakan,

"Dalam 31 tahun terakhir ini, AS tidak dapat berbuat apa-apa kepada Repuiblik Islam Iran. Hingga kini, AS sama sekali tidak dapat melakukan pencerobohan apapun terhadap Iran."

Lebih lanjut Ayatollah Khatami menyebut intimidasi AS ialah sebagai perang saraf. Menurutnya, serangan terhadap Iran akan membahayakan seluruh kepentingan AS di dunia. Ia menambahkan, "Jika AS menggunakan Rejim Zionis Israel untuk menyerang Iran, rejim itu akan musnah."

Menyentuh helah dualisme AS terhadap Iran, Ayatollah Khatami mengatakan, "AS adalah negara pembohong dan tidak patuh kepada hukum internasional." Ayatollah Khatami dalam khutbahnya juga menegaskan, "Jika penghuni dunia bimbang tentang perdamaian dunia, maka ketahuilah bahawa bahaya utama adalah Rejim Zionis Israel. Selama rejim ini eksis, dunia ini tidak akan damai."

Ditegaskannya pula, menghadapi Zionis Israel adalah suatu kewajipan untuk dapatkan perdamaian. Dalam kesempatan tersebut, Ayatollah Khatami menyebut mengenai pengkhianatan sebahagian ahli politik pada awal revolusi Islam Iran hingga kini, "Dalam membela tanah air, kelompok agama berada di depan. Ada pihak yang mengaku sebagai nasionalis, tetapi terjebak dalam pengkhianatan terhadap bangsa sendiri." (IRIB)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails