Sunday, August 08, 2010

Universiti Islam AS, 'Bola Di Tangan Kita' -Imam Shakir

CALIFORNIA OGOS 4 10: 'WHERE Islam Meets America'. Itulah motto Universiti Islam pertama di California, AS dimiliki orang Islam, Zaytuna College di Berkeley, California yang akan memulai perkuliahan perdana bagi mahasiswanya muslim panas ini.

Berasaskan Islam, situasi Zaytuna Colloge tidak jauh berbeda dengan suasana kampus di California pada umumnya. Cuma, tempat duduk untuk mahasiswi dan mahasiswanya dalam satu ruangan tidak bercampur baur, tetapi dipisah dengan posisi saling berhadapan. Majoriti mahasiswi mengenakan jilbab, mahasiswa berjanggut dan pakai kopiah. Kuliah guna bahasa Arab.

Zaytuna College menyelenggarakan kelas bahasa Arab selama muslim panas, sebagai persiapan sebelum pembukaan resmi. Di universiti ini, mahasiswa akan menerima beragam mata kuliah umum yang ada di AS, seperti sejarah, antroplogi, filsafat, sastera dan ilmu politik. Tetapi kurikulum utama adalah studi Islam dan Al-Quran.

"Kami ingin persembahkan Islam sesuai dengan yang berlaku di Amerika," kata Imam Zaid Shakir, pendiri Zaytuna bergelar profesor. Menurutnya, meski di AS terdapat banyak komuniti Muslim, masyarakat AS umumnya masih merasa asing dengan ajaran Islam.

"Mereka akan dilatih dan dididik di sini, memahami nuansa dan komplek masyarakat kami. Mereka merasa tenang dengan ke'Amerika'an dan keIslaman mereka," lanjut Imam Shakir.

Guru yang mengajarkan studi Islam, kata Shakir, berasal dari negara seperti Pakistan, Yaman dan Mesir. Dalam pengelolaannya, Zaytuna mencontohi universiti berasaskan agama lebih dulu, dan yang berjaya di AS, seperti Harvard dan Yale. Walaupun begitu, masih ada kebimbangan kehadiran Zaytuna College akan memicu ketakutan di kalangan warga AS.

Dr. Michael Higgins yang mempelajari hubungan agama dengan pendidikan tinggi mengatakan, kebimbangan itu disebabkan ada persepsi makin meningkat di tengah masyarakat di AS terutama pasaca serangan 11 September 2001, bahawa Islam kononnya adalah agama yang mengajar dan membenarkan tindakan kekerasan serta tidak bertimbang rasa.

Tetapi Imam Shakir yakin hanya segelintir orang sahaja di AS yang bimbang dengan kehadiran Zaytuna. "Jika kita dapat buktikan kemampuan kita, mereka yang mengkritik akan diam. Bola ada di tangan kita," ujar Imam Shakir.

Salah seorang mahasiswa di Zaytuna. Dustin Craun mengatakan, sudah tiba masanya komuniti Muslim melakukan sesuatu kerana Islamofobia makin menguat di kalangan masyarakat AS.

Craun, seorang mualaf menambah, ia melanjutkan pendidikannya ke Zaytuna kerana pendidikan yang ia lalui di universiti tradisional di AS tidak memberi sesuatu yang asas bagi kehidupannya. "Keindahan ajaran Islam adalah agama ini mengajarkan keseimbangan antara fikiran, hati dan jiwa kita," kata Craun yang masih berusia 30 tahun. (Era Muslim/2MA)

Ada Perkara Wajib Bersatu, Ada Perkara Haram -Presiden PAS

KL OGOS 8 10: Islam mengajar ada perkara yang wajib bersatu dan ada perkara haram untuk kita bersatu. Demikian penjelasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai soalan kepadanya bahawa beliau dikatakan telah memberi signal yang PAS menolak ajakan Umno untuk bersatu atau bekerjasama.

Katanya lagi, wajib bagi PAS menolong mencegah masalah tetapi haram jika menyokong ke arah kemungkaran.

“Waktu PAS hendak melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kita diberikan surat amaran, jika buat kerajaan pusat akan bertindak.

“Jika begitu bagaimana hendak bekerjasama dengan parti macam ini?” katanya.

Abdul Hadi menambah, PAS juga mengambil kira tanda keikhlasan dalam soal ini.

“Kita pernah memerintah dua buah kerajaan negeri sebelum ini iaitu Kelantan dan Terengganu. Apa yang Umno-BN tak buat pada PAS?

“Boleh disenaraikan. Apa yang Umno buat pada kerajaan Sabah sewaktu PBS menang?” kata beliau sambil menambah, “pemimpin-pemimpin Umno perlu muhasabah balik.”

“Anak-anak kita di universiti dinafikan biasiswa, pensyarah pula ada yang ditukar, dibuang daerah. Saya guna istilah buang daerah kerana Umno memang begitu. Hal ini amat menyentuh ahli biasa PAS,” katanya.

Sebelumnya, Presiden PAS itu berkata, berkata parti Islam itu tidak ego dalam soal perbincangan ke arah penyatuan orang Melayu tetapi tidak mahu Umno menggunakan pihaknya untuk “meringankan beban” akibat pentadbirannya selama ini. Umno juga perlu muhasabah dalam memperlihatkan keikhlasannya jika mahu menjalin kerjasama dengan PAS.

Abdul Hadi juga menjelaskan, PAS bersedia untuk menjalin kerjasama dalam soal-soal kebajikan, antara memerangi dan menghapuskan gejala sosial dan jenayah. “Tetapi kerjasama untuk memikul beban dengan masalah mereka (Umno) dengan penyakit yang memarakkan rakyat seperti rasuah, dia (Umno) ajak kita (PAS) berkawan semata-mata untuk meringankan beban dia, ini kita minta maaf.

“Kita bukan ego, tapi kita pertahan prinsip yang dianjurkan Islam dalam bersatu dan bekerjasama,” kata beliau dalam temu bual terbaru disiarkan edisi baru Harakah. Isu penyatuan Umno-PAS menjadi tumpuan sekali lagi sepanjang bulan bulan lalu, antara lain Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan sedia menjadi orang tengah ekoran permintaan beberapa pemimpin dari Umno dan PAS. (2MA)

Israel: Siap Pelatihan Untuk 'Perang Masa Depan'


TEL AVIV OGOS 5 10: Negara-negara Eropah tidak pernah tahu apa yang bersembunyi di balik sesi pelatihan yang diselenggarakan di wilayah mereka. Hungry, Rumania, Yunani, Italy dan Jerman adalah salah satu lokasi di mana Angkatan Udara Israel telah mengadakan latihan tentera sehinga kini. Demikian, tulis sebuah artikel yang dipublisitikan di media Ynet Israel pada Khamis 5 Ogos lalu.

Kemalangan helikopter tentera Israel di Rumania mengorbankan 6 tentara Israel dan satu petugas Rumania Julai lalu, membuktikan Tel Aviv telah beroperasi di udara sebagai tempat latihan di negara-negara Eropah untuk persiapkan diri menghadapi 'perang masa depan' atau perang akan datang.

"Pada umumnya, sesi-sesi pelatihan tidak termasuk latihan bersama antara angkatan udara Israel dan Angkatan Udara tempatan, melainkan negara tuan rumah menyediakan angkatan udara Israel dengan platform pelatihan selama dua minggu atau lebih," menurut artikel itu lagi.

Media Israel menggambarkan operasi bulan Julai itu sebahagian dari latihan rutin angkatan udara Israel, namun tujuan pelatihan tersebut tidak dijelaskan. Artikel itu menyimpulkan bahawa helikopter Israel sedang memantau melalui ribuan kilometer atas segala kemungkinan, isi bahan bakar di udara dan dan lain-lain. Tel Aviv sedang bersiap-siap untuk memulai lagi konflik tentera dalam waktu terdekat. (AK)

Haramkah Makan Daging Lembu India?

PENGGUNA

KL.OGOS 8 10: Import daging sebanyak 4,000 ton dari India telah memicu adanya kontroversi, pada saat dikeluarkan fatwa melarang mengkonsumsi daging tersebut atas alasan daging itu berasal dari 'orang musyrik'.

Syaikh Syamsuddin Bouroubi, ulama berpandangan kontroversi Rabu lalu telah menerbitkan fatwa peringatan kepada rakyat Aljazair mengharamkan daging sapi atau lembu-kerbau asal India. Kerana menurutnya haiwan itu 'kemungkinan besar' tidak disembelih sesuai dengan ajaran Islam.

"Mengkonsumsi daging yang metod penyembelihannya tidak diketahui, adalah 'Haram'." ujar fatwa tersebut. Penyembelihan haiwan secara Islam, juga disebut 'daging halal', perlu disembelih dengan berdarah dan nama Allah, disebutkan sebelum memulai proses penyembelihan.

Walaupun terbukti disembelih cara Islam, fatwa itu menambahkan, daging tersebut masih tetap haram kerana pemilik haiwan sembelihan itu adalah non-Muslim dan mereka juga ikut menyembelih.

"Daging tersebut berasal dari kaum musyrik yang menyembah sesuatu selain Allah seperti lembu atau burung atau tikus," tulis Bouroubi dalam fatwanya. "Mereka bukan penganut monoteis. Itulah sebabnya daging mereka 'Haram' bahkan jika disembelih menurut cara Islam sekalipun."

Pada konteks yang sama, harian independen Aljazair al-Fadjr menerbitkan sebuah laporan Rabu lalu dari Organisasi Pemuda Muslim Dunia (WAMY), sebuah organisasi pendidikan Islam yang berbasis di Great Britain, mengenai daging India yang dieksport ke negara-negara Muslim.

Laporan ini mendedahkan peranan sekte Ahmadiyah atau Qadiani, dalam bisnis daging. Menurut laporan tersebut, komunitiha ini, sebagian besar dari anak benua India, menggunakan label halal palsu untuk menipu negara-negara Islam agar percaya bahawa haiwan itu disembelih menurut cara Islam. Lebih dari 500 pekerja dari seluruh dunia terlibat, sebahagian besar transaksinya dibuat di London.

Djahid Zefzef, General Manager dari Perusahaan Daging Aljazair, mengatakan bahawa kontroversi tentang daging India tiada hubungan dengan soal penyembelihan sesuai sesuai Islam, tetapi lebih banyak kerana adanya perang antara pengimport-pengimport daging.

"Sebelumnya, kami telah mengimport daging dari negara-negara non-Muslim dan tidak ada masalah pun," katanya kepada Al Arabiya. "4,000 ton daging asal India semuanya sesuai dengan standart internasional." Mengenai daging India, katanya pemerintah Aljazair mengimport terus dari rumah pemotongan haiwan Muslim, khususnya di negara bahagian barat Maharashtra dan sebelah utara negara bahagian Uttar Pradesh.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kira-kira setahun lalu, dikatakan Negeri Aceh membuat persetujuan mengimport daging lembu dari India, tapi terhalang 'kerana import daging ke Indonesia dimonopoli oleh daging Australia'. Benarkah? Bagaimana di Malaysia? Ini suatu contoh. Perkara ini perlu diselesaikan oleh negara-negara umat Islam demi membantu perusahaan ekonomi orang Islam di negara bukan Islam. (2MA)

Rabbi Arthur Waskow Sokong Bina Masjid, Hentikan Asobiah..

Rabbi Arthur Waskow dalam sebuah rapat umum

Philadelphia Ogos8 10: SEKELOMPOK aktivis Yahudi dan tokoh masyarakat menyuarakan Sokongan mereka bagi membangun sebuah masjid yang dirancang dibina di Ground Zero.

Rabbi Arthur Waskow, dari Shalom Center yang berpusat di Philadelphia, bergabung dengan sekitar 30 pemimpin agama dan aktivis Yahudi lain pada Khamis lalu (5/8) di lokasi di mana Cordoba Initiative berharap tempat itu akan dapat dibina sebuah Islamic Center yang akan mencakup sebuah masjid, pusat olahraga, sebuah sekolah kuliner dan studio seni.

Waskow mengatakan pembangunan masjid akan membantu orang belajar lebih banyak tentang Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Suatu contoh baik untuk rakyat Malayisa, hentikan perkauman asobiah, cari titik pertemuan. Elak perselisihan agama yang memang berbeda dari dulu lagi, namun keadilan tetap ditegakkan. Biar yang bertarung ialah kebenaran menentang kezaliman. (Era Muslim/AK)

Pasangan Homo Masuk Buku Pelajaran Belanda.


Kegilaan menyambut Parade Kapal, merupakan puncak perayaan Gay Pride yang diadakan setiap tahunnya di Belanda. Sekitar 80 kapal berhias dengan penumpang gay, lesbian, biseksual, transeksual, dan transgender menjadi sajian yang ditunggu-tunggu.


NEDERLAND: OGOS7 10
: Penerbit buku terbesar Belanda akan memasukkan pasangan homoseksual dalam sukatan pelajaran buku-buku sekolah. Direktur Noordhoff Frans Grijzenhout berpendapat sudah masanya buku-buku sekolah disesuaikan dengan kenyataan yang ada di masyarakat sekarang.

Homoseksual sudah dibahas dalam pelajaran biologi dan sejarah. Dalam berbagai buku pelajaran hingga kini belum ada contoh yang menggunakan pasangan homoseksual. Dalam contoh-contoh yang ada selalu dipakai ayah dan ibu. Nanti pelajar boleh dapatkan contoh pasangan sejenis, lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita. Masih perlu waktu beberapa tahun sebelum buku-buku pelajaran disesuaikan. Dalam material pelajaran digital perubahan yang lebih cepat dapat dilakukan.

Sekolah Kristian

Frans Grijzenhout menduga, sekolah-sekolah Kristen akan keberatan menerima kerana terdapat gambar pasangan homoseksual dalam buku-buku pelajaran. Menurutnya, sekolah-sekolah tersebut masih belum boleh menerima homoseksual. Apapun yang terjadi, penerbit tetap tidak akan menerbitkan buku tersebut tanpa pasangan homoseksual.

"Kita juga tidak membuat buku yang tidak ada anak-anak imigran. Buku itu perlu dipakai untuk belajar. Yang penting, kita memakai contoh-contoh yang terjadi dalam kehidupan harian untuk perkenal atau perjelaskan sebuah topik. Kita perlu mencerminkan keadaan realiti masyarakat," jelas Grijzenhout.

Teks pendahulu

Grijzenhout berkata, dalam buku pelajaran itu juga akan diberi penjelasan bahawa ada pendapat lain tentang homoseksual. Memang boleh, kalau beberapa sekolah tidak mahu guna buku-buku tertentu.. biasanya buku-buku tentang evolusi. "Sekolah yang tidak setuju dengan beberapa tema boleh pilih buku lain." kata Grijzenhout.

Pelajar sekolah Belanda di luar negara juga boleh dapatkan buku-buku model baru ini. Ini biasanya untuk mata pelajaran Bahasa Belanda. Selain memberi perhatian khusus untuk masalah homoseksual, Penerbit Noordhoff juga akan merubah ilustrasi pembahagian tugas antara lelaki dan wanita. Wanita menyetir, lelaki duduk di kursi penumpang. Atau contoh lain untuk pelajaran matematik perempuan berpedapatan lebih tinggi dari suaminya. (RNW/AK)

Komen Blog Ibnu Hasim: Kerja gila, ikut perangai sesat kaum Nabi Lut AS...

Persetujuan RIM-BlackBerry: Saudi Gugur Larangan

LONDON, 7 Ogos 10: Arab Saudi dilaporkan telah memutuskan untuk menggugurkan rancangan melarang komponen mesej segera telefon BlackBerry ekoran persetujuan dicapai oleh kerajaan itu dan pengeluarnya Research In Motion hari ini.

Laporan Telegraph menyebut, persetujuan itu melibatkan langkah menempatkan server BlackBerry di Arab Saudi — membolehkan kerajaan memantau mesej para pengguna, sekali gus menghilangkan kebimbangan pihak berkuasa bahawa perkhidmatan itu akan digunakan untuk tujuan-tujuan “jenayah”.

Seorang pegawai kawal sedia Arab Saudi berkata, ujian sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana server BlackBerry akan ditempatkan di negara itu. Bagaimanapun penganalisis melihat keputusan itu akan membawa implikasi besar ke atas beberapa negara lain termasuk India dan Emiriah Arab Bersatu yang turut mempertimbangkan langkah yang sama.

Beberapa negara lain juga mempertimbangkan kemungkinan itu. Pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi mengarahkan perkhidmatan BlackBerry digantung mulai semalam kerana pengeluar peranti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.

Bagaimanapun itu disambung selepas empat jam terganggu sementara perbincangan diadakan membabitkan kedua-dua kerajaan dan syarikat pengeluar BlackBerry. Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) dalam kenyataannya kelmarin berkata, penyediaan perkhidmatan BlackBerry tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.

CITC mengarahkan ketiga-tiga penyedia perkhidmatan di Arab Saudi supaya menggantung perkhidmatan BlackBerry mulai semalam selepas memberi tempoh kepada mereka untuk menggesa Research In Motion supaya 'memenuhi tuntutan pengawal selia'.

CITC berkata, pihaknya telah memberi amaran kepada syarikat-syarikat tersebut lebih setahun yang lalu mengenai keperluan untuk menangani isu yang dibangkitkan. Negara-negara terbabit bimbang dengan cara pengeluar BlackBerry, Research in Motion mengendalikan pergerakan data pengguna telefon itu.

Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi “Messenger”, e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram. Awal minggu ini Research in Motion menekankan bahawa perkhidmatan BlackBerry Messenger tidak akan menjejaskan keselamatan.

Dalam kenyataannya, Research in Motion mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi. BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.

Research in Motion cuba menyakinkan pelanggan perniagaan bahawa rahsia syarikat yang dikawal rapi ketika dihantar melalui e-mel atau Messenger tidak berdepan sebarang risiko.

“Keselamatan BlackBerry direka khas untuk membekalkan pelanggan korporat dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar selain memberikan keyakinan bahawa tiada sesiapa termasuk Research in Motion sendiri boleh mengakses data mereka,” demikian kata syarikat itu sebelum ini.

Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry walaupun beberapa pihak menafikannya. (AK)

Sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails