Monday, August 16, 2010

Masalah Buang Bayi: Kerana Diset Menjadi Kera..

CATATAN SANTAI

RAMADHAN, bulan turunnya Al-Quran. Umat Islam digalakkan membaca Al-Quran. Sedang saya baca-baca sampal kepada Surah Al-Baqarah (2) Ayat 65, yang ertinya..

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, "Jadilah kamu kera yang hina".

Ayat ini mengimbas kembali kisah kaum Yahudi, Allah uji iman mereka dengan mengadakan peraturan dan larangan saperti yang disebut dalam ayat lain lagi, supaya jangan menangkap ikan pada hari Sabtu. Tetapi mereka langgar juga, akhirnya disumpah Allah Taala menjadi 'kera yang hina'.

Saya fikir-fikir, hal ini ada kena-mengena dengan kes buang bayi seperti yang dihebuhkan sekarang. Kebetulan semalam kelab kami (Grup Universiti Ulu Klang) bermesyuarat mengenai isu semasa antaranya, masalah buang bayi yang terjadi melampau-lampau di kalangan remaja Malaysia sekarang ini. Melibatkan orang Melayu beragama Islam. Mengapa terjadi, dan bagaimana mengatasinya?

Seorang kawan kami bercerita dalam mesyuarat ..

"Semasa saya keluar pejabat petang tadi, saya melintasi seorang staf saya sedang mencetak keluar surat yang ditaip di komputernya. Melihat saya dia sambil-sambil kerja bertanya, "Bos, apa pandangan bos mengenai masalah buang bayi?".

Setelah saya hampir dengannya belum sempat jawab, tba-tiba dia terkejut menjerit, "Allah!".

"Kenapa?" Saya tanya.

"Tulisan ini salah.. salah taip!" Jawabnya sambil membelek surat yang sudah dicetak.


"Takpa. Padam dan betulkan dengan tulisan. Sikit saja!" Saya beri cadangan dengan tenang.

"Memang boleh, tapi.. tak cantik, tak sempurna. Kita nak pakai banyak. Kita kena betulkan tulisan di komputer itu dulu. " Katanya tercengang. Mungkin kotak otaknya berfikir, apa dah jadi dengan bos aku ni, selalunya tak macam tu.

Saya terus mengarah, "Kau cetak juga! Lihat, apa yang keluar?"


"Tentulah keluar macam yang salah tadi??" Jawabnya lembut tapi membantah.

"Ha!" Saya jelaskan. "Itulah jawapan kepada masalah buang bayi yang kamu tanya tadi! Apabila setting awalnya salah, bagaimana boleh lahirkan cetakan yang betul? Itulah sebabnya masalah buang bayi tidak boleh diselesaikan. Kerana asas awalnya tidak betul. Bagaimana acaun begitulah kuehnya."

Hari ini keluar kenyaaan pelajar-pelajar mengandung pun boleh masuk kelas. Nak buka pula sekolah anak haram. Kuatkan undang hingga hukuman bunuh.


"Boleh ke, kalau asasnya belum dirancang pancang betu-betul. Perlukan perundangan Islam. Sistem pelajaran, media dalam segala macam lagi yang berasaskan Islam. Tak usah risau dengan orang bukan Islam, mereka diberi kebebasan, walaupunpun hendak pilih peraturan agama mereka sendiri." Saya jelaskan jalan penyelesaian.


Jadi saya fikir-fikir lagi. Pikir-pikir begini juga adalah zikir. Saya lihat dan baca ayat Quran di atas. Saya buka beberapa tafsir. Saya tertarik dengan 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran' terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Islam Malaysia, KL. Kerajaan Malaysia keluarkan.

Huraiannya begini...

[Satu: Kaum Yahudi telah dilarang oleh Allah Taala menangkap ikan pada hari Sabtu untuk menguji iman mereka, tetapi kerana tamak, mereka telah melaggar perintah Allah itu.

Kedua
:

(i) ..Menurut kebanyakan alim ulama, ahli tafsir, bahawa sesungguhnya dari kaum Yahudi Bani Israel yang menderhaka itu telah berubah rupa mereka menjadi kera.

(ii) Dalam pada itu ada setengah ahli tafsir yang berpendapat bahawa hanya hati dan perangai mereka yang berubah seperti kera.


Kejadian ini memberi pengajaran bahawa sesiapa yang melanggar hukum Allah dan tidak menurut aturan yang telah diperundang-undangkannya, nescaya Allah mengubah keadaan orang itu dengan menurunkan darjatnya ke peringkat yang se hina-hinaya. ]
-Cabutan dari 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran'.

Jadi, orang yang disumpah menjadi kera tadi adalah yang 'melanggar hukum Allah dan tidak menurut aturan yang telah diperundang-undangkan'. Kalau kita beli kereta, mesti ikut peraturan guna kereta yang ditentukan pembuatnya. Kalau tidak ikut, rosak program atau gagal projeknya. Manusia ini adalah barangan produk Allah mesti ikut peraturan Allah. Apa dia peraturan Allah? Itulah Islam, 'tunduk patuh' atau 'selamat'. Tidak ikut Islam, ertinya tidak pilih jalan selamat.

Berbalik masalah buang bayi, mengapa jadi begitu? Kerana tidak ikut peraturan Islam. Tidak ikut peraturan' larangan berzina' seperti yang ditentukan Islam melalui hudud dan sebagainya. Untuk laksanakan larangan zina, kena ada terlebih dulu larangan 'dekati zina'. Seperti kawal pergaulan bebas lelaki perempuan, kawal media, lagu, vcd, aurat, pendidikan, tarbiah dan lain-lain. Bukan remaja sahaja, orang tua dan pemimpin pun kena juga. Perkara begitu yang kena set dalam komputer perundangan kerajaan Malaysia.

Kalau peraturan Islam tidak dimasukkan dalam program, bagaimana boleh lahir atau hasil cetakan Muslimin yang baik dari program tersebut? Kalau tidak diprogramkan larangan berzina dan segala yang berkaitan dengannya, bagaimana boleh melahir remaja yang tidak berzina, secara keseluruhannya. Bagaimana boleh melahirkan anak manusia kalau ibubapanya adalah kera atau beruk? Anak kera atau beruk, walau di make up bagaimana sekali pun ia takkan jadi manusia.

Menubuhkan sekolah anak-anak haram, membenarkan pelajar mengandung bersekolah dan subsidi berkahwin, contohnya sama dengan make up anak kera menjadi manusia. Tidak akan berjaya kalau tidak dibetulkan asasnya. Iaitu kembali kepada Islam sebagai asas pentadbiran negara. Al-Quran ayat di atas mengatakan orang yang tidak melaksanakan hukum Allah akan menjadi kera. Samada manusia itu tumbuh bulu, lompat jadi betul-betul kera.. Atau hati dan perangainya telah berubah macam kera, tetapinya masih dengan rupa manusia. Ertinya manusia itu sudah jatuh ke peringkat yang paling hina, kalau tidak mengikut perturan Allah SWT.

Bolehkah dikatakan masalah buang bayi ini timbul, apabila manusia itu sudah tidak diset atau diprogramkan mengikut peraturan Allah? Yakni telah diset untuk menjadi kera dalam kontek ayat Al-Quran surah Al-Baqarah (2) Ayat 65, seperti di atas.

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 15, 2010

Ada kaitan..

Abu Bakar Ba'asyir: Tahan 180 Hari Lagi.. Sholat & Baca Quran


Inikah ulama Radikal?
JAKARTA, 16 Ogos 10: Polis kebangsaan Indonesia telah mela
njutkan tahanan terhadap ulama radikal negara itu, Abu Bakar Bashir selama 40 hari lagi, tindakan yang turut mencetuskan bantahan di kalangan barisan peguam beliau.

Abu Bakar ditahan oleh polis Indonesia Isnin lalu di Banjar, Jawa Barat atas dakwaan terlibat dalam kem latihan kumpulan militan di Aceh. Polis Indonesia mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Abu Bakar berhubung aktiviti pengganas, yang boleh membawa hukuman mati.

Penahanan tokoh agama berusia 71 tahun itu, yang menurut polis Indonesia merupakan ketua rangkaian Al-Qaeda di Indonesia, dibuat susulan siri serbuan dan penangkapan beberapa anggota kumpulan militan berpangkalan di Aceh, yang merancang untuk menggulingkan kerajaan bagi membentuk negara Islam.

Polis mendakwa Abu Bakar memainkan peranan penting dalam kerja-kerja perancangan kem latihan militan di Aceh Barat yang dikesan awal tahun ini. Undang-undang Indonesia memberi peruntukan untuk menahan seseorang sehingga 40 hari jika polis tidak mendakwa suspek pada hari ketujuh selepas ditahan.

Sekiranya pihak polis masih tidak mendakwa menjelang hari ke-40, mereka boleh mendapatkan kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk melanjutkan tahanan sehingga maksimum 180 hari.

“Kami mempersoalkan keperluan polis untuk melanjutkan tahanan beliau memandangkan kami kekal dengan pendirian dari awal bahawa polis telah mereka kes ini,” kata Mahendradatta, penyelaras Pasukan Peguam Muslim yang membantu Abu Bakar.

Pembantu peribadi Abu Bakar, Hasyim Abdullah memberitahu Jakarta Globe bahawa ulama yang ditahan di ibu pejabat polis kebangsaan di sini menghabiskan masanya dengan bersolat dan membaca al-Quran. Hasyim membawa makanan dan bekalan lain untuk kegunaan Abu Bakar setiap hari, sebagaimana dia lakukan ketika ulama itu ditahan dari 2003 hingga 2006.

Katanya, Abu Bakar juga memutuskan untuk tidak mengambil makanan disediakan oleh pihak polis.

“Beliau mengambil berat soal keselamatan dan tidak mahu diracuni,” kata Hasyim sambil menambah, Abu Bakar mengambil minuman yang disediakan polis tetapi dipanaskan agar tidak dicemari.

“Ia juga berkaitan dengan kesihatannya dan lebih suka berbuat demikian,” katanya lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Masih ada peluang peguam beliau membantah. Kalau ISA di Malaysia lebih zalim lagi, tidak boleh peguam campur tangan.

Ulasan Buku: Perjuangan Muslim Patani


Perjuangan Muslim Patani Antara sejarah penindasan dan cita-cita perdamaian di Patani Darussalam
Karya: Herry Nurdi
Tebal: 186
Penerbit: Sabili Publishing

Membicarakan penindasan yang dialami oleh kaum Muslimin, kita selalu mengingat negeri-negeri yang jauh. Seperti bangsa Palestina, atau Afghanistan, bisa jadi Irak, Chechnya, Pakistan, Darfur atau Sudan. Tapi rupanya, saudara sendiri yang tak jauh, bahkan hampir di pelupuk mata dekatnya, nyaris terlupakan.

Muslim Patani, lebih dari 200 tahun mengalami penindasan. Tanah mereka direbut oleh penjajah Siam, dan kini mereka hidup penuh konflik di wilayah selatan Thailand. Tak boleh menggunakan nama Islam, bahasa Melayu pun dilarang. Mereka dicabut dari akar budayanya dan dijauhkan dari agamanya. Mengalami pembunuhan, diancam dengan penculikan, dibatasi semua hak manusianya. Tapi tak banyak yang berbuat dan membantu mereka.

Buku ini bisa jadi buku pertama yang terbit di Indonesia, mengupas perjuangan Muslim Patani mewujudkan perdamaian dan kehidupan yang berdaulat atas nasibnya sendiri. Meski kecil, buku ini cukup berhasil menggambarkan betapa pedih penderitaan yang yang dialami kaum Muslimin di Patani. (2MA)

Filem Iran 'Langit Selatan' 33 Hari Kisah Benar Perang Lubnan

HALAMAN HIBURAN
Kompleks Sukan Enqelab turut menyediakan kemudahan untuk bermain boling bagi wanita Iran.
Apa rahsia di balik cadur wanita Iran?

KL 16 ogos 10
: Filem "Langit Selatan" yang menceritakan perang 33 hari di Lubnan garapan ‎Pengarah Iran, Jamal Shurje telah dimulai pengambilan gambarnya di Lubnan.‎

IRNA dari Beirut melaporkan, Filem "Langit Selatan" yang pembuatannya dikelola ‎oleh produser Mahdi Homayunfar dengan team 50 orang, sedang ‎dimulai pengambilan gambarnya. Pengambilan gambar filem ini juga dihadiri Duta ‎Besar Republik Islam Iran di Lubnan Ghadanfar Rokne-Abadi dan Wakil menteri ‎budaya Iran bidang perfileman, Javad Shamaghdari.‎

Shooting pertama filem ini berlokasi di desa Burj Al-Rahal dengan pelakon dari ‎Lubnan, Mesir, Syria dan Iran. Filem ini digarap berdasarkan kisah benar ‎perang 33 hari antara Israel dan Lubnan. Jalan cerita filem difokuskan pada ‎kegagalan Israel menguasai desa Ita al-Sha'ab di perbatasan Lebanon selatan. ‎

Filem pesanan Yayasan Perfileman Farabi ini digarap bersama antara Iran dan ‎Lubnan. Lokasi filem mulai dari bangunan dan bilik adalah sisa-sisa keganasan ‎Israel pada perang 33 hari. Dengan bukti kongkret sebagai lokasi syutingnya ‎diharapkan filem ini mampu menceritakan secara nyata peristiwa yang terjadi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hiburan yang baik ialah hiburan yang bermatlamat untuk pembangunan insan dan negara, dunia dan akhirat. ‎‎(IRIB/IRNA/MF/LV/AK)‎

Sunday, August 15, 2010

Mengapa Cheng Ho, 4 Kali Melawat Palembang?

CATATAN PERJALANAN CHINA 15

GAMBAR ini di dalam sebuah masjid di kampung kecil di sekitar bandar Turfan yang penduduknya 70% Uighur Islam dalam negeri Xinjiang seperti yang disebutkan sebelum ini. Ini bukan gambar mullah-mullah China, tetapi dari kiri, YB Ustaz Abdul Latif, Saudara Wan, YB Datuk Husam Musa ketua rambongan kami, YB Zulkifli Mamat, Saudara Shah dan Ibnu Hasyim.

Gambar masjid tadi dari luar

Bawah, Ibnu Hashim melawat kampung sekitar masjid itu.

Sebelumnya, kami hendak sembahyang di sebuah masjid yang agak besar dan menarik tetapi tiada air. Lihat catatan perjalanan sebelum ini. Ini masjid yang kami jumpa lepas itu. Rupanya masalahnya sama, tiada air, ditambah pula dengan masjid ini sedang diperbaiki. Mujurlah kami ada membawa air untuk minum. Cukuplah dengan seorang sebotol untuk berwuduk. Dapatlah rombongan bersembahyang di situ.

Walaupun negara ini adalah negara kelahiran seorang pemimpin besar Laksamana Cheng Ho, tetapi masih ramai rakyatnya yang tidak tahu bahawa beliau adalah seorang Islam. Bahkan kami di sini pun dalam misi memperkenalkan kepimpinan beliau yang disegani oleh umat Islam dan Buddha, dahulu dan sekarang.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan nama Cheng Ho sudah tidak asing lagi bagi sebahagian masyarakat Indonesia, terutama masyarakat yang tinggal di daerah pesisir Sumatra dan Jawa. Kerana populernya, namanya digunakan sebagai nama wihara (kelenteng) atau rumah ibadat di Semarang, di sebut Kelenteng San Po Kong, walaupun mereka beragama Buddha. Yang Islam menamakannya dengan nama masjid, seperti yang disebutkan.

Bawah, seorang muslimah di kampung tersebut.

Siapa Cheng Ho?

Cheng Ho nama aslinya Ma Ho, hidup dengan keluarganya di bahagian K'un terletak di ujung baratdaya danau Tien-chih di negeri Yün-nan. Cheng Ho dilahirkan sekitar tahun 1371 di daerah Kunjang sebagai putera kedua dari Ma Hazhi (Haji Ma) yang beragama Islam. Ia bersaudara lima orang, dengan seorang saudara lelaki dan empat perempuan. Dalam pertumbuhan kehidupannya menunjukkan perilaku yang 'aneh' dan tidak meragukan, kerana pengaruh kehidupan keluarga Muslim.

Pada tahun kelahirannya, kaisar Ming Satu sedang mengerahkan seluruh daya usaha untuk mempersatukan kembali China di bawah kekuasaan Ming, setelah Dinasti Yüan atau Mongol (1279-1368 Masehi) runtuh. Walaupun Ming telah menguasai keadaan, tetapi belum seluruh daratan China dapat ditaklukkan. Yün-nan termasuk salah satu daerah yang terus mempertahankan kebebasannya dan tidak tunduk pada pemerintahan Ming.

Baru pada 1382 Masehi ketika Cheng Ho berusia 11 tahun tentara Ming berjaya menaklukkan Yün-nan. Pada tahun itu juga ayah Cheng Ho jatuh sakit dan meninggal dunia. Keluarga itu kemudian menghadapi masa-masa yang sangat sulit pahit. Pada 1383 Masehi Cheng Ho melarikan diri ke ibukota Beijing yang pada masa itu masih bernama Peiping. Dalam usia 20 (1391), ia mengabdi diri pada putera mahkota Yen iaitu Chu Ti (putera ke4 Kaisar Hung-wu) sebagai seorang kasim (orang kebiri).

Pada tahun 1403 Chu Ti menjadi Kaisar Ch'eng-tsu. Ma Ho termasuk orang berpendidikan, dan terlibatkan dalam menumpas pemberontakan di Yün-nan. Tahun 1404 ia diberi gelar kehormatan 'Cheng', dan diangkat sebagai ketua Laksamana. Cheng Ho sangat setia kepada tuannya. Ketika Raja Yen mengibarkan panji-panji peperangan, ia turut dalam berbagai pertempuran. Menyebabkan dia dihadiah lagi pangkat 'Taijian' (San-pao T’ai-chien = Kasim Agung San-pao). Raja Yen berhasil mengalahkan musuh-musuhnya dan naik tahta di Kekaisaran Ming dengan menggunakan gelar Zhu Di.

Beberapa tahun setelah bertahta, ia memutuskan untuk mengirim ekspedisi laut terbesar. Maka dia memilih Cheng Ho. Ternyata, ekspedisi pertama berjaya. Hasilnya, utusan dari luar negeri berduyun-duyun mengunjungi China. Mereka berasal dari negara-negara yang pernah dikunjungi Cheng Ho dan armadanya. Maka kaisar pun menyerah lagi 6 pelayaran berikutnya kepada Cheng Ho.

Ekspedisi Cheng Ho...

Ekspedisi Kaisar Tiongkok atau Maharaja China yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho, dilakukan sejak pemerintahan Dinasti Ming di bawah Kaisar Ch'eng-tsu (1403-1424), setelah pendahulunya iaitu Hwui-ti yang telah diusir dari tahta. Ekspedisi Laksamana Cheng Ho bertujuan untuk meyakinkan kerajaan-kerajaan di wilayah Lautan Selatan dan Barat untuk tetap mengakui Kekaisaran China, kirim upeti dan utusannya ke China.

[Lengkapnya lihat laporan Ma Huan, Ying-yai Shêng-lan. Dibahaskan secara lengkap tentang kehidupan Cheng Ho, garis besar ekspedisinya dari yang pertama sampai ketujuh (1405-1407, 1407-1409, 1409-1411, 1413-1415, 1417-1419, 1421-1422, 1431-1433), tempat-tempat yang disinggahi, rute pelayaran, kapal-kapal, dan hamba-hambanya].

Jadual pelayaran Cheng Ho...

Pelayaran 1 (1405-1407M) Mengunjungi Champa, Melaka, Jawa, Samudra Pasai, Lambri (Banda Aceh), dan Palembang.
Pelayaran 2 (1407-1409M) Mengunjungi Champa, Melaka, Siam, Kalimantan, Jawa, dan Lambri.
Pelayaran 3 (1409-1411M) Mengunjungi Champa, Melaka, Jawa, Samudra Pasai, dan Lambri.
Pelayaran 4 (1413-1415M) Mengunjungi Champa, Melaka, Pahang, Kelantan, Jawa, Palembang, Nakur, Lambri, dan Aru.
Pelayaran 5 (1417-1419M) Mengunjungi Champa, Melaka, Sulu, Pahang, Jawa, Palembang, Samudra Pasai, dan Lambri.
Perjalanan 6 (1421-1422M) Mengunjungi Champa, Siam, Melaka, Samudra Pasai, Lambri, dan Aru.
Perjalanan 7 Mengunjungi (1431-1433M) Champa, Melaka, Siam, Jawa, Palembang, Samudra Pasai, Lide, Nakur, Aru, dan Lambri.
(Sumber: Prof. Kong Yuanzhi 2000: 268)

(Sila rujuk juga Peta Mao Kun yang dibuat oleh MA Huan ketka kunjungi Palembang. Sumber: Wolters 1979).

Tiga dari ketujuh pelayarannya itu, Cheng Ho didampingi oleh Ma Huan. Ma Huan bertugas sebagai penterjemah dalam komunikasi antara Cheng Ho dengan penguasa tempatan, seorang pemberita dan penulis. Ma Huan yang juga seorang Muslim mencatat semua yang disaksikan dan dibukukan, berjudul 'Ying-yai Shêng-lan' (Survei Menyeluruh Wilayah-wilayah Pesisir).

Buku itu merupakan deskripsi berdasar pada observasi peribadi mengenai wilayah-wilayah yang terbentang mulai dari Asia Tenggara daratan di Timur, sampai ke Mekah di Barat. Cuma dalam buku ini agak sukar untuk menyesuaikan nama-nama wilayah dalam ejaan bahasa China kuno dengan nama sebenarnya. Bagi Palembang nama-nama yang berhasil diungkapkan adalah San Fo Ji (mengacu ke Sriwijaya), Pa Lin Fong, Po Lin Bang atau Jiu Jiang (secara harfiah berarti “Pelabuhan Lama” atau “Sungai Lama”).

Ekspedisi pertama tahun 1405-1407 yang dimulai 11 Julai 1405, Cheng Ho disertai kawan-kawan sejawatnya antara lain Ching-huang melawat ke San Fo Ji atau Sriwijaya/ Palembang. Dalam ekpedisi itu, Cheng-Ho berjaya menangkap lanun pimpinan Ch’en Zuyi dan membunuh 5,000 orang serta merampas 17 kapalnya. Kemudian pimpinan lanun itu diserahkan pada Kaisar di Nanking. Kerana itu beliau kembali ke Nanking lambat 3 bulan, iaitu tiba di ibukota Nanking pada 2 Oktober 1407.

Menurut penuturan Ma Huan, Cheng Ho singgah di Palembang pertama kali dalam pelayaran pertama (1405-1407). Tujuan utama, untuk menangkap seorang lanun Ch’en Zuyi beserta pengikutnya yang keluar dari Wilayah Fujian. Perintah Maharaja Ming pertama itu, berdasarkan laporan dari seorang Tionghoa lain, yang tinggal di Palembang bernama Shi Jinqing. Ch’en Zuyi sangat kaya.

Hasil dari me'lanun', menyerang kapal-kapal pembawa harta yang melalui perairan Palembang... Pemerintahannya sangat kejam, menjadi penguasa tempatan, walaupun secara de facto wilayah Palembang berada di bawah kekuasaan Majapahit di Jawa. Cheng Ho beserta pasukannya menangkap Ch’en Zuyi, membawa balik ke China dan dihukum mati di hadapan kaisar. Shi Jinqing pemberi maklumat itu diangkat sebagai penguasa Palembang.

Ekspedisi kedua tahun 1407-1409. Cheng Ho disertai oleh Wang Ching-hung dan Hu-Hsien. Pada ekspedisi kedua ini jelas disebut nama-nama tempat atau negeri yang dilawati, tetapi Palembang tidak disebut.

Ekspedisi ketiga tahun 1409-1411. Pun tidak disebut mengunjungi Palembang.
Ekspedisi keempat tahun 1413-1415, baru disebut mengunjungi Palembang. Cheng Ho melawat lagi Palembang setelah mengunjungi Champa, Kelantan, Pahang, Jawa, kemudian San Fo Ji (Palembang) dan terus ke Melaka, Aru, Samudra, Lambri, Ceylon, Kayal, Kepulauan Maladeva, Cochin, Calicut dan Hormuz. Pada ekspedisi keempat inilah Ma Huan pertama kali turut serta. Tugasnya sebagai juru bicara, penterjemah dan pembuat laporan. Ma Huan boleh berbahasa Arab dan ia benar-benar sebagai orang Muslim.

Ekspedisi kelima 1417-1419, Cheng Ho yang disertai Ma Huan sempat juga melawat Palembang setelah Champa, Pahang, Jawa dan seterusnya.

Ekspedisi keenam (1421-1422), armada-armada Cheng Ho tidak mengunjungi Palembang.

Ekspedisi ketujuh 1431-1433, di mana berita Ma-Huan dilengkapi oleh sumber Hsia Hsi yang ditulis oleh Chu-yun-ming juga termasuk buku berjudul 'Ch'ien wen chi'. Dalam ekspedisi terbesar ini disebutkan jumlah orang dari berbagai pekerjaan meliputi 27,800 dan lebih dari 100 kapal besar. Waktu itu yang mengikuti ekspedisi bukan hanya Ma Huan tetapi juga Fei-Hsin dan Kung Ch’en. Pada ekspedisi ketujuh itu Cheng Ho melawat pula ke Palembang.

Yang menarik, dalam ekspedisi ketujuh ini Ma Huan menceritakan pelayarannya ke Mekkah. Dalam daftar tempat-tempat dikunjungi Cheng Ho, pelabuhan Palembang disebut Jiu Jiang. Menarik lagi, nama yang diidentifikasikan Palembang adalah San Fo Ji (dalam 'Hikayat Dinasti Song', 960-1279), Ku-kang dalam 'Ming shih' dan dalam 'Ying-yai Shêng-lan sendiri'. Cheng Ho juga terkadang disebut dengan nama Laksamana Sam-pau yang dalam bahasa Mandarin Fukien disebut Sam-po.

Bila disebut pada tahun 1405 Palembang di bawah kekuasaan Jawa (Majapahit) maka dalam tahun 1416 dijelaskan lagi dalam Ying-yai Shêng-lan, dari tujuh ekspedisi Cheng Ho ke Palembang dilakukan sebanyak empat kali. Iaitu pada ekspedisi pertama, keempat, kelima, dan ketujuh. Mungkin Palembang dianggap sebagai tempat penting, dan ramai penghuni China. Berita Tionghoa abad ke-7 Masehi sudah menyebutkan adanya hubungan dagang, politik dan agama dengan kaisar China, antaranya dari Kuang Tung, Chuang Chou dan dari daratan China Selatan seperti daerah sekitar Yün-nan tempat asal Laksamana Cheng Ho dan Ma Huan yang sudah ramai pemeluk Islam.

Dianalogikan tempatnya di Tuban, Sedayu, dan Gresik yang dikunjungi Laksamana Cheng Ho yang diberitakan Ying-yai Shêng-lan. Juga di Semarang serta di Cirebon berdasarkan dari sumber-sumber dari Klenteng Sam Po Kong Semarang dan Talang di Cirebon. Sehingga didirikan sebuah lagi Masjid Al-Islam Cheng Ho, Sriwijaya, di jalan Jakabaring, Palembang, selain Masjid Muhammad Cheng Ho di Jl. Gading No. 8, Surabaya saperti yang diceritakan sebelumnya.

foto
Sebuah lagi Masjid Muhammad Cheng Ho didirikan di Jl. Gading No. 8, Surabaya

Rumah ibadat Sam Po Kong, Gedung Batu

Anehnya kota-kota ini secara resmi tidak dimasukkan dalam laporan Ma Huan. Kelenteng atau rumah badat Sam Po Kong, Gedung Batu, Semarang, dipercaya sebagai tempat yang pernah disinggahi Cheng Ho (Sumber: www.indonesianambassy.org.ar). Memang Semarang tidak disebutkan dalam catatan perjalanan Ma Huan. Padahal sebahagian orang Tionghoa percaya bahawa Cheng Ho pernah singgah di Semarang. Entah apa sumbernya, diceritakan Cheng Ho singgah di Semarang kerana salah seorang anggotanya bernama Wang Jinghong sakit teruk.

Ketika itu armada Cheng Ho sedang berada di perairan Laut Jawa sebelah utara Semarang. Untuk menyembuhkan Wang Junghong, kapalnya kemudian merapat di pelabuhan Simongan, Semarang. Di darat Cheng Ho dan anak buahnya bertemu sebuah gua batu. Gua itu dijadikan tempat tinggal sementara. Di muka gua itulah dibangunka sebuah pondok kecil untuk tempat beristirahat sambil berubat. Konon kabarnya, yang mengubati Wang adalah Cheng Ho sendiri. Singkat cerita, beberapa hari kemudian Wang sembuh tetapi masih perlu istirahat.

Cheng Ho tetap meneruskan pelayarannya, sedangkan Wang diberi 10 orang untuk menjaganya dan sebuah kapal serta perbekalan untuk menyusul armada induk. Tetapi Wang merasa betah dan sedap tinggal di Semarang. Di situ ia dan anakbuahnya membuka ladang dan perumahan. Lama kelamaan permukiman itu menjadi ramai pendatang. Anakbuahnya berkahwin dengan penduduk di situ. Tempat yang dibuka Wang Jinghong itulah yang sekarang menjadi kelenteng Sam Po Kong di Gedung Batu, Semarang.

Begitulah lebih dari 600 tahun lalu Cheng Ho bermuhibah ke Nusantara. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, juga menyebarkan agama Islam. Begitulah juga ekspedisi kami, dari nusantara ke negara kelahiran Cheng Ho. Walaupun ekspedisi kami kecil kerdil, tetapi cita-cita kami sangat besar, ingin membalas balik jasa hasil lawatan ke nusantara sesuai dengan masa abad ini.

Langkah awal kami ialah memperkenalkan..

Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober 2010

Anda dijemput datanglah beramai-ramai, walaupun di mana anda berada. Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 15
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 15, 2010

Siri ini...

Pelajar Hamil Boleh Hadir Sekolah, Berita Gembirakah?

KL Ogos15 10: Pelajar-pelajar yang hamil masih boleh mengikuti persekolahan di sekolah kerajaan seperti normal sebagaimana dilalui pelajar lain, malah mereka mempunyai segala hak untuk akses kepada sistem pendidikan.

Seorang pegawai Kementerian Pelajaran mengesahkan, pelajar hamil masih boleh ke sekolah kebangsaan sekali gus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian atau dihalang. “Remaja yang hamil masih boleh ke sekolah,” kata pegawai itu.

Tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripada menghadiri sekolah seperti biasa jika mereka mengandung atau telah berkahwin, kata pegawai itu lagi. “Dalam peraturan kita, kami tidak mengatakan bahawa mereka tidak boleh hamil, tetapi mereka hanya tidak boleh ponteng,” katanya lagi.

Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik, katanya. “Hakikatnya mereka boleh ke sekolah. Persepsi itu adalah silap. Itu hak mereka mendapatkan pendidikan,” katanya.

Isu itu menjadi perhatian ekoran keputusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membenarkan remaja lelaki termasuk pelajar, di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun bagi pelajar perempuan di negeri ini untuk bernikah. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata keputusan itu diambil bertujuan mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri ini, sekali gus membendung kes zina, semakin menular kebelakangan ini.

Malah, sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin bulan depan. Beberapa kumpulan termasuk Puteri Umno telah melahirkan sokongan kepada idea itu dan mahu Putrajaya menubuhkan kemudahan yang sama di peringkat nasional.

Sehubungan itu, pegawai Kementerian Pendidikan menambah usaha diambil oleh Melaka tanpa melibatkan kementerian itu memandnagkan ia akan dianggap sebagai sekolah swasta. Malah menurutnya, langkah mengadakan sekolah sedemikian akan membazirkan sumber persekutuan memandangkan kerajaan tidak pernah menghalang sesiapa daripada mengikuti persekolahan atasa alasan mereka mengandung.

Bagaimanapun beberapa pertubuhan bukan kerajaan wanita dan ahli politik lain membidas keputusan kerajaan negeri Melaka yang “menggalakkan” ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin awal walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah yang semakin berleluasa di negeri itu.

Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah berkata kebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

Beliau berkata berkata mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita gembirakah ini?(AK)

Mengapa Lubnan Larang Filem Iran & Kaitan Dg M'sia.

CATATAN SANTAI

Filem Iran 'Jesus, the Spirit of God' di larang di Lubnan.

BILA saya lihat berita hari ini, "Dua stasyen tv Syi'ah di Lubnan membatalkan program kontroversi tv tentang Jesus, pada Jumaat semalam supaya tidak timbul konflik di negara tersebut." Iaitu, program tv 17-episode, yang diproduk di Iran itu, menggambarkan Jesus dari sudut pandang Islam. Umat Islam percaya bahawa Jesus adalah seorang nabi dan guru, tetapi bukan anak Tuhan.

Teringat saya sewaktu berada di Iran tahun lepas, kami sedang menonton tv Iran. Ada sebuah filem ditayangkan di dunia luar Iran yang menyalahi dari sudut pandang agama Islam, terutama dari barat, maka pihak di Iran akan cepat-cepat buat balik filem tersebut dari kaca mata Islam. Itu yang pada saya tidak berlaku kepada negara orang Islam lain di dunia. Itu hebatnya Iran, filem lawan filem.

Itu sebabnya, sewaktu saya berjalan-jalan di kota Tehran, panggung-panggung wayang hidup begitu banyak, dan kedai-kedai vcd berkembang pesat. Saya lihat filem-filemnya agak canggih dan pengluarannya agak cepat berlawan dengan filem-filem barat yang merosakkan pemikiran masyarakat Iran. Walaupun banyak filem-filem luar dilarang, tetapi pengisian kekosongan penonton-penontonya dapat di atasi segera. Begitu juga di tv-tv mereka.

Contohnya seperti filem yang akan dieksport ke Lubnan di atas. Saya kira, itulah filem yang saya tonton hari itu di rumah kawan saya di Tehran. Filem “Jesus, the Spirit of God” atau Jesus, Roh Tuhan. Misi filem ini adalah menjawab gambaran tentang Jesus sebagaimana ditampilkan dalam filem blockbuster keluaran Hollywood 'The Passion of the Christ' yang diarahkan oleh aktor Mel Gibson pada 2004.

Menurut Nader Talebadzeh pengarah filem Iran itu, filem Gibson memang mengagumkan tetapi terdapat kesalahan di dalamnya. "..Tapi, cerita yang terkandung di dalamnya salah. Ceritanya tidak seperti itu," ujarnya.

Nader menyatakan dia sempat berkunjung ke rumah mewah Gibson di Malibu, Negari California AS, untuk tunjuk filem garapannya, berdiskusi dengan Gibson. Tetapi gagal. "Saya ingin menghubungkan perbedaan antara dua agama besar itu. Saya terbuka untuk berdialog mengenai filem tersebut, persamaan dasar antara Islam dengan Kristian" lanjut Nader yang terkenal sebagai pengarah filem-filem dokumenteri, mengangkat tema perang Iran-Iraq pada 1980-1988.

Filem-filem begitu sangat berpengaruh pada masa pasca cinema revolusioner. Dia juga gemar membuat filem bergenre thriller dan romantis. Filem-filemnya pun berjaya merebut perhatian penonton di negara republik Islam tersebut. Di Iran, penganut Nasrani 10% dari jumlah penduduk. Sebahagian besar di antara mereka adalah etnik Armenia. Pernah Ahmadinejad Presiden Iran pada hari Natal beberapa tahun lepas berpesan, "Perdamaian, persahabatan, dan keadilan akan wujud dengan ajaran Jesus yang tersebar di seluruh dunia."

Baik. Berbalik kita kepada dua stasyen tv Syi'ah di Lubnan yang membatalkan program kontroversi tv tentang Jesus pada bulan Ramadhan itu. Lubnan, sebuah negara bangsa Arab, dari 4 juta penduduk mempunyai sejarah suram tentang perselisihan kaum, lebih kurang Malaysia juga. Cuma populasi negara dibahagi ke dalam 18 sekte, termasuk Sunni dan Syi'ah, Kristen dan Druze.

Stasiun TV Al-Manar, dan National Broadcasting Network (NBN), keduanya dikelola oleh Hizbullah pro Iran, mulai menayangkan program minggu ini di awal bulan suci Ramadhan. Pendeta Kristian dan ahli politiknya membantah kerana menurut mereka boleh membahayakan hidup berdampingan secara nasional.

"Acara ini tidak menunjukkan rasa hormat kepada Jesus, gereja dan Kristian," kata Pendita Agung Katolik Maronit Bechara al-Rai kepada wartawan Jumaat semalam. Al-Rai meminta siri tv itu dilarang kerana "menolak keyakinan dasar agama Kristian." Umat Kristian percaya bahawa Jesus adalah anak Tuhan, mati disalib sebelum bangkit dan naik ke syurga.

Umat Muslim pula percaya Jesud Kristus, atau 'Nabi Isa' diangkat ke langit semasa masih hidup, sebuah pengertian yang dijelaskan dalam siri tersebut. "Dalam Quran itu banyakdisebut tentang Jesus, berkali-kali, dan tentang Maria beberapa kali lebih banyak," kata direktur Nader Nader dalam sebuah wawancara CNN pada tahun 2008, semasa filem itu dipromosikan.

"Tapi dia tidak pernah mengaku sebagai anakTuhan, dia adalah seorang nabi, dan juga dia tidak mati disalib, orang lain disalibkan di tempatnya," tambahnya. Nader juga menunjukkan bahawa Judas Iskariot yang disalibkan bukan Jesus.

NBN dan Al-Manar, melalui jurucakap Syi'ah Nabih Berri membuat laporan mengatakan filem ini tidak ditayangkan kepada sekte-sekte lain di Lubnan. Pernyataan itu juga menambahkan bahawa program ini "menunjukkan keperibadian yang besar nabi Allah Isa putera Maryam."

Namun Menteri Informasi Tarek Mitri mengatakan walaupun ia menentang sensor, dia setuju dengan pembatalan itu kerana keragaman agama di Lubnan. "Ada kes khas di Lubnan megenai pertemuan dialog orang Kristen dan Muslim." kata Mitri.

Setelah Lubnan memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1943, umat Kristian telah mendominasi negara itu, sedangkan di negara-negara orang Islam lain, filem-filem yang mengelirukan pegangan Islam masih terus dibiarkan berleluasa. Itulah toleransi umat Islam, yang orang lain masih tidak mahu faham, dan masih menyalahkan pemerintah orang Islam. Sepatutnya, di negara bukan Islam pun perkara-perkara yang mengelirukan perlu dijelaskan dengan perundingan bersama.

Di Malaysia sepatutnya, filem-filem yang akan ditayangkan perlu dipantau oleh bahagian pelbagai agama-agama, supaya dapat menjamin tidak menimbulkan masalah sosial yang merosakkan masyarakat, perpaduan, merencatkan pembangunan insan dan negara. Filem-filem tempatan juga perlu dipantau supaya tidak menjadi musuh dalam selimut yang menikam agama dan negara dari dalam, seperti filem-filem tahyul, seks dan sebagainya.

Sekian. As-salamu 'alaikum.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos14, 10

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails