Thursday, August 19, 2010

60% Zina Kerana Menonton Bahan Lucah.

KL OGOS 19 10: Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."(Quran Surah Al-Israk: Ayat 32). Menonton bahan lucah itu termasuk 'mendekati zina'. Dilarang belajar ilmu zina, tetapi ilmu nikah dan perkahwinan memang digalakkan. (2MA)

Yusuf Qardhawi Sertai Konvoi Laut Ke Jalur Gaza.

Sheikh Yusuf Al-Qardhawi ketika menerima kunjungan tiga orang Rabai Yahudi Neturei Karta yang anti gerakan Zionisme.

RABU OGOS 18 10: Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Ketua Dewan Ulama Muslim se-Dunia (IUMS) akan mengambil bahagian dalam konvoi laut ke Jalur Gaza. Hal ini diungkapkan oleh Ihsan Hendrik, yang juga menjadi anggota Dewan Ulama Muslim se-Dunia di Cape Town (Afrika Selatan) mengatakan, bahawa Sheik Al-Qardhawi akan ikut mengambil bahagian dalam sebuah konvoi laut ke Jalur Gaza.

Hendricks, yang juga anggota IUMS, mengatakan bahawa sejumlah besar ulama lain dan tokoh-tokoh Arab dan Islam senior akan bergabung dengan konvoi laut yang diselenggarakan oleh Dewan Ulama Dunia (IUMS). Ihsan mengatakan hal itu pada masa berada perbatasan Rafah di Gaza, Sabtu lalu. Konvoi bantuan dibiayai oleh sejumlah aktivis di Afrika Selatan telah berada di Rafah, mereka pernah mengalami penindasan rejim apartheid.

Hendrik menegaskan bahawa konvoi bantuan ke Gaza akan terus berlangsung, baik itu melalui darat dan laut sampai pengepungan terhadap rakyat Palestin di Gaza dihentikan. Delegasi itu akan melihat penderitaan rakyat Gaza dan ketabahan mereka. Mereka akan mendesak terhadap pembebasan rakyat Gaza, kata Hendricks.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Spanyol Miguel Angel Moratinos mengatakan kepada media, "Sepanyol yang menjadi salah satu negara Kesatuan Eropah telah mengambil sikap yang jelas terhadap Israel, dan mengutuk penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap penduduk Jalur Gaza."

Perkembangan lainnya menyatakan bahawa perusahaan 'Canada Post Corporation' mengumumkan mereka telah berhenti menerima surat-surat dari Jalur Gaza yang diblok Israel. Layanan pos Kanada mencari cara baru untuk mengirim surat dari Kanada ke Jalur Gaza.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat pandangan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi mengenai Yahudi dan Zionis. Pada Jan 25, 2009, beliau menerima kunjungan tiga orang Rabai Yahudi 'Neturei Karta' yang anti gerakan Zionisme. Antara kata-kata beliau...

Satu: Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menegaskan, "..ummat Islam tidak memusuhi orang-orang Yahudi. Umat Islam hanya menentang gerakan orang-orang Zionis yang agresif dan menyebarkan permusuhan."

Dua: Menurut Qaradhawi, "Selama berabad-abad orang-orang Yahudi hidup aman damai di negara-negara ummat Islam. Orang-orang Yahudi adalah bangsa yang paling kaya di Mesir dan banyak negara ummat Islam yang lain. Tidak ada permusuhan antara Muslim dan Yahudi," tegas Qardhawi sewaktu menerima ketiga Rabai itu di rumahnya di Qatar.

Tiga: Kenyataan Qaradhawi dibenarkan oleh Rabai Aharon Cohen, yang mengatakan bahawa orang-orang Yahudi yang tinggal di negara-negara ummat Islam tidak mengalami banyak masalah. Para Rabai Yahudi Neturei Karta yang mengunjungi Qaradhawi, mengenakan lencana bertuliskan 'Saya orang Yahudi, bukan Zionis'.

Empat: Syeikh Qaradhawi turut mengatakan bahawa Muslim dan Yahudi adalah sama-sama pengikut dua agama Ibrahim. Mereka adalah kelompok Yahudi yang meyakini kitab suci Taurat yang asli dan sangat dekat dengan umat Islam.

"Pengikut dua agama ini memiliki ritual dan ajaran agama yang sama seperti, kewajipan berkhatan bagi lelaki, memotong haiwan dengan cara yang halal, mengharamkan daging babi dan melarang patung-patung diletakkan di dalam masjid", tegas Qaradhawi. Ummat Islam dan Yahudi, tambah Qaradhawi, sama-sama diburu ketika kekuasaan Islam di Andalusia jatuh.

Lima: Kini, kata Qaradhawi, umat Islam dan Yahudi yang sama-sama meyakini Tuhan Yang Maha Esa, seharusnya bekerjasama untuk memerangi ateisme, pornografi, lesbian dan homoseks serta ketidak-adilan.

Enam: Ia juga menekankan betapa pentingnya memperkuatkan hubungan antara Muslim dan Yahudi, untuk menghadapi ancaman Zionisme dan negara Israel yang didirikan di atas kehancuran bangsa Palestin. "Umat Islam menentang penjajahan dan gerakan Zionisme yang menindas, bukan orang-orang Yahudi."

Tujuh: Rabai Cohen menambahkan, "Yudaisme, yang berdasarkan pada ajaran Taurat yang benar, tidak mengakui Zionisme. Taurat dan Yudaisme tidak membenarkan penjajahan, pembunuhan dan pengusiran orang dari rumah-rumah mereka."
Zionisme adalah gerakan politik antarabangsa yang bergerak untuk mencipta tanah air bagi orang-orang Yahudi Zionis di Palestin. Gerakan ini berjaya mewujudkan negara Zionis Israel pada 15 Mei 1948 dengan merampas tanah dan mengusir bangsa Palestin
.

Lapan: Jurucakap Neturei Karta, Rabai Yisrael Weiss menyatakan, ajaran-ajaran yang diamalkan oleh Israel bertentangan dengan ajaran Yudaisme. Neturei Karta sendiri adalah organisasi yang mewakili ratusan ribu penganut Yahudi Ortodoks di seluruh dunia yang menentang gerakan Yahudi Zionis.

Neturei Karta meyakini, tegaknya negara Palestin dan dihapusnya negara Israel akan membawa perdamaian di Timur Tengah. "Taurat dan sejarah Yahudi mengatakan bahawa suatu hari negara Israel akan runtuh," tegas Rabbi Weiss. (Pelbagai sumber/AK)

Wednesday, August 18, 2010

Matawang Syariah, UMNO Terus Bangkang -Nik Aziz

Kisah Tok guru & Hutan Sokor Lubuk Emas Kelantan. Nak tahu, Klik di sini..
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 10:Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang “menghentam” kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu.

Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.

“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.

“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.

“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.

“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.

“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.

“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.

Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang menghalang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk membuat perubahan dalam pembangunan ekonomi negeri itu. “Saya ingin nyatakan, apa salahnya jika Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika kerajaan pusat atau pemimpin Umno enggan memulakannya, janganlah menidakkan usaha pihak lain,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan mata wang syariah bukan mata wang, tetapi hanya pengenalan kepada sistem pertukaran barang.

“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini.

“Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.

“Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” tegasnya.

Minggu lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam. Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata pelancaran mata wang syariah tersebut adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.

Namun Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini. (AK)

2 Berita Menarik Dari Tok Guru Nik Aziz.


KOTA BHARU, 18 Ogos 10: Terdapat 2 berita menarik hari ini, dari Tok guru Nik Aziz MB Kelantan. Mengenai buku kata hikmat dan mengenai pakaian Ramadhan yang akan dimulai pemakaiannya esok.

Pertama, Pemuda PAS Kelantan menerbitkan sebuah buku khas yang berupa petikan kata-kata hikmat dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lagi kuat musuh-musuhnya marah, lagi banyak mutiara kata yang terhambur dari mulut beliau.

Buku bertajuk 'Himpunan 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010' itu disusun sendiri oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. "Insya Allah ia akan dilancarkan Jumaat ini di Dataran Ilmu," kata Fadhli kepada Harakahdaily.

Jumaat ini sebagaimana biasa adalah hari kuliah mingguan yang diberikan oleh MB Kelantan itu. Ribuan umat Islam termasuk para peniaga kebiasaannya memenuhi perkarangan Pejabat PAS Kelantan yang dinamakan Dataran Ilmu pada setiap Jumaat untuk mendengar kuliah dari Nik Aziz.

Buku ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan (DPPNK) untuk sambutan 20 tahun kerajaan PAS Kelantan Oktober ini. Buku setebal 126 muka surat dijual dengan harga RM10. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Fadhli Shaari melalui ahmadfadhli80@yahoo.com atau di talian 019-9070868.

Kedua: Kelantan sekali lagi mencetus kelainan sempena Ramadan tahun ini apabila menggantikan baju batik kepada pakaian kebangsaan yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis. Kebiasaannya sebelum ini pada hari Khamis kakitangan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun mengenakan baju batik bagi kakitangan lelaki.

Namun 9 Ramadan ini atau 19 Ogos (esok) kakitangan lelaki diarah memakai baju kebangsaan. Baju kebangsaan dimaksudkan mempunyai lima butang dan (lengkap dengan songkok serta samping) dipakai setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan.

Pekeliling mengenai arahan terbaru itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Shafie Ismail bertarikh 12 Ogos 2010. Pekeliling yang diedar tersebut bertajuk ’Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil 2 /2010’.

Pekeliling terbabit dituju kepada semua ketua jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri. Difahamkan keputusan pemakaian baju kebangsaan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) 11 Ogos lalu.

Difahamkan juga pemakaian baju kebangsaan akan dipraktik secara tetap pada setiap bulan Ramadan. Sementara itu beberapa kakitangan kerajaan di Kota Darulnaim ketika ditemui menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha menghidupkan kembali identiti bangsa Melayu.

”Kalau sebelum ini kita hanya tengok orang pakai baju kebangsaan pada Hari Raya dan jarang-jarang pada hari Jumaat, namun langkah terbaru dibuat kerajaan negeri memakai pada hari bekerja sesuatu yang dialu-alukan,” katanya yang enggan dikenali.(AK)

Wajarkah Kristian Guna SACC?

CATATAN SANTAI

pray_at_synagogue

virginia_taraweh05a

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh September 18th, 2009, bulan puasa tahun lepas.

virginia_taraweh01a

PULUHAN tahun lalu, pernah Tok Guru Nik Aziz menumpang kereta saya, pusing-pusing di KL untuk melihat ladang kambing, seorang Cina Muslim di Sungai Buluh Selangor. Kerana urusan itu urusan peribadi, beliau cuma guna kereta saya, tidak guna kemudahan MB Kelantan waktu itu.

"Betulkah Ann Wan Seng itu wujud?" Tok Guru tanya saya. Kerana waktu itu, nama Ann Wan Seng begitu melonjak naik melalui tulisannya yang berpemikiran Islam, sedangkan masih belum masuk Islam. Mungkin Tok Guru sangka orang Islam yang menulis, tetapi menggunakan nama orang bukan Islam.

"Betul! Dia kawan saya, saya pernah sama-sama berceramah dengannya di Pulau Pinang." Saya jelaskan.

"Kalau begitu, boleh tolong uruskan panggil dia ceramah di masjid tepi rumah saya." pinta tok guru.

Saya setuju, akhirnya berlaku ceramah pertama di masjid tersebut oleh orang bukan Islam. Sesuatu yang agak mengejutkan pada masa itu. Begitu pemikiran hebat, teloransi, bebas dan terkehadapan Tok guru Nik aziz, sehingga akhirnya Saudara Ann Wan Seng sendiri memeluk Islam. Itu
satu...

Kedua. Ramadhan tahun lepas, setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.

Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan tersebut.

Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat (AS). Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme. Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman dan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah.

Ramadhan tahun ini umat Islam Canada bersholat di gereja pula. Lihat Muslim Canada Tarawih Di Gereja, Bukan Macam Si Be...

Ketiga. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab 'Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat Asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin solat.”

Jawab Patriach, “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau selesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds..

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach, sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Jelasnya, 3 kisah ini menjawab, apa salahnya membenarkan pihak Kristian menggunakan bangunan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)? Bukankah orang Kristian juga warga negara Malaysia kalau cukup syarat-syaratnya?

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 18, 2010

Kristian Juga Berhak Guna SACC -Khalid Samad


SHAH ALAM, 18 Ogos 10: Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk menggunakan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), yang terletak di tengah-tengah bandar raya Shah Alam. Demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Penganjuran program sedemikian (oleh golongan Kristian) di SACC tidak harus menjadi satu masalah selagi ia terhad kepada masyarakat bukan Islam, dan tidak dibuka kepada umat Islam, katanya lagi. Malah kata Khalid, umat Islam juga cukup matang dan berjiwa kental dalam mempertahankan iman dan sama sekali tidak akan terancam dengan program sedemikian. Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu terbesar, berusia dua tahun, kelihatan lantang dan ke hadapan dalam memberi amaran kepada mereka yang mempersoalkan dasar-dasar afirmatif Bumiputera. Kumpulan itu membuat laporan polis terhadap sebuah gereja di Shah Alam yang bercadang mengadakan pementasan di sebuah pusat serba guna ramai di ibu negeri Selangor. Bagaimanapun gereja itu telah membatalkan program mereka sebelum aduan polis Perkasa atas alasan cuti panjang awal bulan depan.

“Saya bimbang dengan keseluruhan strateginya, yang BN gunakan sekarang, menjelang pilihan raya umum akan datang dan (saya khuatir) ia mungkin akan mengadakan (semula) Operasi Lalang,” kata wakil rakyat PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Khalid mengulas langkah Perkasa yang membuat aduan polis terhadap Gereja Grace Shah Alam dan pastornya dengan membandingkan tindakan di bawah ISA pada 1987 yang membawa kepada penahanan 106 orang, kebanyakannya pemimpin pembangkang dan aktiviti sosial.

Perkasa mahu gereja itu dan Pastornya Joseph Marcose disiasat kerana merancang mengadakan pementasan Kristian di Shah Alam ketika bulan Ramadan. Pengerusi Perkasa Petaling Zainal Abidin Ahmad membuat laporan polis agar dijalankan siasatan di bawah peruntukan hasutan.

Sehubungan itu, Khalid percaya bahawa kerajaan BN mencari alasan untuk mengadakan pendekatan sedemikian dan meminta agar rakyat Malaysia mengabaikan “kapal yang sedang tenggelam itu.”

“Mereka sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka tidak berupaya untuk menyatukan negara, bertindak dengan matang dan penuh tanggungjawab,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini. Khalid berkata, Perkasa menggerakkan satu lagi paku ke atas keranda BN dengan mencetuskan isu agama dan kaum, yang secara tidak langsung memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Sedangkan, Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa mahukan gereja itu dan pastornya disiasat kerana menghasut dan menghina Sultan. Beliau menuduh gereja itu tidak sensitif dengan menganjurkan program sedemikian berjudul “Harapan” di premis SACC ketika bulan Ramadan yang bermula minggu lalu.

Katanya, meskipun program itu hanya untuk masyarakat Kristian tetapi Perkasa bimbang ia bertujuan mengembangkan agama itu di kalangan umat Islam. Zainal Abidin juga merujuk kepada bazar Ramadan diadakan sekitar SACC manakala kemudahan berbuka puasa pula diadakan dalam presmis itu.

Sehingga Joseph Marcose berkata, program 4 September itu yang akan diadakan sempena Hari Kebangsaan khusus untuk bukan Islam telah dibatalkan ekoran cuti panjang. Selain membuat laporan polis Perkasa juga telah menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Selangor dan SACC.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga khuatir Perkasa sengaja cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang dilihat boleh menyediakan ruang kepada Barisan Nasional (BN) menggunakan semula operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pembangkang. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di mana ada Kristian, di situ ada Islam. Begitu juga sebaliknya, sejarah telah membuktikan. Carilah pendekatan untuk bertemu dan berkerjasama, bukan berlawan dan berperang. Kerana masing-masing dengan kebebasan menurut agama masing-masing. tiada masalah.

Bukan seperti pendekatan yang dibawa oleh Perkasa. Kerana menurut Khalid..

(i) "kerajaan BN mencari alasan untuk mengadakan pendekatan sedemikian dan meminta agar rakyat Malaysia mengabaikan 'kapal yang sedang tenggelam itu'."

(ii) “Mereka sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka tidak berupaya untuk menyatukan negara, bertindak dengan matang dan penuh tanggungjawab,”

(iii) "Khuatir Perkasa sengaja cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang dilihat boleh menyediakan ruang kepada Barisan Nasional (BN) menggunakan semula operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pembangkang."

(AK)

Harga Ayam, Lagi Bukti Menteri BN Tak Pandai Tadbir .


Harga ayam masih didakwa mahal walaupun terdapat permintaan yang tinggi pada minggu pertama bulan Ramadan.

KL 18 OGOS 10: Berita yang disiarkan di bawah ini sebagai bukti bahawa Menteri BN tak pandai tadbir negara. Lhat lagi tulisan-tulisan di bawah ini..

Berita Kosmo! Online: Penternak ayam dituntut tunai janji.

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengguna menuntut Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga ayam selepas seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa.

Sehingga semalam, harga ayam di kebanyakan negeri masih tidak berubah dengan ada pembeli terpaksa membelanjakan RM7 sekilogram untuk membeli ayam.

Dalam reaksi segera terhadap isu harga ayam yang masih mahal, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa ia menjadi bukti sikap penternak ayam yang terus memanipulasi pembeli.

"Harga ayam masih lagi sama, tiada tanda-tanda hendak turun.

"Setiap tahun situasi ini berulang dengan persatuan penternak masih berdolak-dalik untuk turunkan harga sebab permintaan tinggi,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

(AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails