Monday, September 06, 2010

Istimewa Melayu Tak Boleh Dipadam -Prof Kay Kim.


KUALA LUMPUR, 6 Sept 10: Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

“Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

“Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘‘hak orang Melayu’’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti keailan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

“Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita Nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

“Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.

Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman. — Bernama

Kegiatan Lanun Laut China Selatan Meningkat 2 Hari Sekali.

KL 6 September 2010: Biro Maritim Internasional di Kuala Lumpur mengumumkan, sebuah kapal tangki Jepun diserang lanun laut di Pulau Mangkai di wilayah perairan Indonesia. Mereka merompak dengan senjata pisau dan linggis, berjaya melarikan diri. Lapor berita RNW Belanda hari ini.

Tidak ada korban di kalangan awak kapal. Kawasan ini terletak dekat selat Melaka yang setiap tahun dilalui 50 ribu kapal dagang. Ini adalah perompakan serius pertama setelah bukan Jun. Setelah angkatan laut Indonesia melakukan patroli rutin jumlah perompakan di dekat pulau Mangkai, Anambas dan Natuna turun. Namun jumlah perompakan naik lagi akhir-akhir ini, setiap dua hari sekali terjadi kes rompak, demikian menurut jurucakap Biro Maritim Internasional, Noel Choong di Kuala Lumpur. (RNW/AK)

UMNO Guna Taktik & Cara Firaun -Guan Eng

KL 6 sept 10: Umno kini sudah hilang akal dan guna taktik dan cara Firaun sahaja. Demikian kata Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, semasa wawancara oleh wakil Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan kumpulannya, di Terminal Tambang Murah (LCCT) seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

Sewaktu ditanya mengenai serangan peribadi UMNO terhadap beliau, dengan memainkan isu agama dan perkauman, beliau menjawab,

"Sekarang ini bertubi-tubi mereka menghentam kita. Mereka hentam keromo sahaja isu-isu perkauman dan agama. Itu menunjukkan keterdesakan dan mereka sudah bercelaru tidak ada isu mereka nak mainkan. Saya rasa mereka (Umno) ini sudah hilang akal dan guna cara Firaun sahaja.

"Sekarang ini apabila mereka sudah tidak boleh beli keyakinan rakyat, mereka guna fitnah sahaja dan gunakan kuasa rakus mereka melalui media yang menjadi talibarut mereka.

Ketika ditanya mengenai Umno, yang sejak akhir-akhir ini semakin hebat memberikan tekanan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya kepada beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang,

"Pada saya, yang paling ketara ialah kajian Merdeka Centre di mana, di kalangan Melayu, hanya 44 peratus menyokong Umno dan selebihnya menentang Umno, kajian itu memperlihatkan Umno ini, lagi lama lagi teruk.

"Mereka hanya memainkan isu perkauman sahaja, rasuah di kalangan mereka semakin tinggi. Mereka tidak boleh kikis imej rasuah, rakyat lagi lama lagi jemu, mereka (Umno) pun tahu hakikat ini." Jelasnya.

Apakah UMNO kena buang imej rasuahnya?

"Ya. Kalau mereka tidak buang rasuah mereka akan mati, tetapi kalau kitapun tidak buang rasuah kita pun mati juga." Jelas beliau. (AK)

Tangguhkan Pembahagian Wang Royalti K'tan -Husam

KOTA BHARU, 6 Sept 10: Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan seperti yang diagihkan sekarang sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah ataupuh tidak. Ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, dalam satu kenyataan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.

“... Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.

Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu. Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

“Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

Sebelum itu beliau menyebutkan, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975, boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan.

3 sebab-sebab salah guna kuasa dan penyelewengan yang digariskan beliau adalah seperti berikut:

Satu: Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar. Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar. Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun.

Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang. Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

Kedua: Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan? Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

Ketiga: Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.

Akhirnya, kata Datuk Husam, “Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya. (Sumber Harakah/AK)

Bandingkan Dengan Iklan Dari Selangor Pula....



Bandingkan dengan iklan dari Selangor pula....

Ada kaitan..

Tafsiran Iklan Raya Murtad, Siasat Disebaliknya?

Siapa di Sebalik Iklan Raya Ini?



Tulisan ini diambil dari blog Akrine. Kita cuba merungkai dan memahami segala isyarat, petunjuk dan isi-isi tersiratnya. Komen-komen saya berada dalam kurungan dan bertanda *.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible (*Yang dikenali sebagai The Book)

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis (*Pencerahan ialah 'petanda' kepada kongsi-kongsi gelap Yahudi khususnya Ilxxxxxxti dan Frxxxxxon)

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal).
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)(*Juga menggambarkan keselesaan keduniaan yang akan diperolehi sekiranya 'masuk ke dalam beca' itu.)

5. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light) (*Francis Light yang kononnya 'membuka' Pulau Pinang ialah seorang Yahudi tulen. Hari ini di Pulau Pinang masih ada kuburan orang Yahudi. Komuniti ini dipercayai sudah berhijrah ke Sixxxxxra)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. (*Maksudnya dari kampung hingga ke bandar semuanya sudah 'dikuasaimereka'. Masyarakat di bandar yang memang sudah sedia dipengaruh menerima baik masyarakat kampung yang baru terpengaruh)

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah. (*Kongsi-kongsi gelap Yahudi punya markas besar di rantau Asia Tenggara)

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. (*Masyarakat Islam sudah tidak mempedulikan agama. Agama bukan lagi ad-diin. Masjid-masjid hanya sebagai simbol kemegahan tetapi tidak dimanfaatkan umatnya lagi terasing jauh dari hati mereka)

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah masjid yang terletak jauh di sebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke arah masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) (*Maksud bangunan misteri ini masih kabur. Tentu ada sesuatu yang mahu disampaikan)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab (*Juga mungkin menunjukkan yang umat Islam sendiri sedang memperlekehkan dan mentertawakan agamanya sendiri)

Setakat itu sahaja yang ditulis oleh penulis asalnya. Kajian penulis itu sangat baik, tapi tidaklah bermaksud saya setuju 100% huraiannya. Terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.

Selain itu, ada beberapa petunjuk lagi yang saya fikirkan memang ada kaitan.

1. 'Pope' yang tertawa berdekah-dekah melihat anak-anak orang Islam (generasi umat hari ini) yang sudah berjaya 'dibawanya'. 'Pope' memandang ke atas seolah-olah bersyukur kepada Tuhannya.

2. Bunga teratai berkembang dan keluar pelita daripadanya - Bunga teratai ialah simbol kepada agama Buddha dan Hindu-Buddha. Pelita ialah simbol kepada agama Hindu. Perhatikan bentuk pelita-pelita yang macam pelita Aladdin itu.

3. Diakhiri dengan cogankata "Inspirasi Hidupmu".

Apakah ini salah satu produk 1 Maxxxxia? Macam ada sikit persamaan dengan Ajaran Ayah Pin dan Sai Baba...

Kenalilah musuh-musuh kita yang sebenar, bukan yang terpapar..

Tonton video ini untuk pengukuhan.



Diangkat dari: http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/09/siapa-di-sebalik-iklan-raya-ini.html
(AK)
Ada kaitan...

PAS Kempen Balik Kampung. Dapatkan Risalah Ini..

KL, 5 Sept 10: Lajnah Penerangan PAS Pusat semalam melancarkan "Kempen Balik Kampung" dalam usaha membekalkan maklumat kepada ahli PAS di Lembah Klang untuk dibawa pulang ke kampung.

Risalah maklumat tersebut juga diletakkan di laman rasmi PAS, http://www.pas.org.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails