Friday, October 08, 2010

Sesi ‘retreat’ Pemimpin Pelbagai Agama, Ikut PAS?

Sesi ‘retreat’ pemimpin pelbagai agama awal tahun depan

Najib (kiri) bertemu dengan ketua-ketua Kristian dari Asia pada 21 April lalu. — Gambar fail

KL, 8 Okt 10: Pemimpin-pemimpin pelbagai agama negara ini akan mengadakan sesi pemukiman awal tahun depan untuk merangka penyelesaian-penyelesaian praktikal berhubung isu-isu agama dan kepercayaan di sebalik debat hangat mengenai hak Islam dan bukan Islam sejak kebelakangan ini.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu diketengahkan pada pertemuan Jawatankuasa Antara Agama bagi menggalakkan keharmonian dan persefahaman, yang kini dipengerusikan oleh Datuk Ilani Isahak.

“Bengkel percambahan fikiran dua hari akan diadakan awal tahun depan untuk melihat bagaimana kita boleh menyelesaikan aspek-aspek yang menjadi perhatian,” kata Reverend Thomas Philips, presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois kepada The Malaysian Insider selepas mesyuarat satu setengah jam lewat semalam.

“Kita perlu bergerak ke depan,” kata beliau sambil menambah, tiada tarikh khusus ditetapkan setakat ini.

Philips menambah, ia kemungkinan akan diadakan pada suku pertama tahun depan.

Ilani enggan mengulas perkara tersebut apabila dihubungi, tetapi berkata akan menyediakan kenyataan media dalam waktu terdekat.

April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengesahkan kerajaan memutuskan untuk menubuhkan sebuah badan yang lama ditunggu — jawatankuasa antara agama untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan agama.

Jawatankuasa itu mempromosikan pemahaman bersama dan harmoni antara agama atau pemahaman dan harmoni antara agama.

“Dan, ia juga memutuskan bahawa sebuah jawatankuasa untuk mempromosikan pemahaman dan keharmonian antara agama dibentuk, dipengerusikan oleh Datuk Ilani dengan penyertaan wakil dan pegawai-pegawai dari Jakim, Ikim, dan juga dari Majlis Perundingan Bagi Buddha, Kritian, Taoisme dan Sikh Malaysia,” kata beliau.

“Kita tidak mahu memanggil ia sebagai panel antara agama. Kita panggil ia sebagai sebuah jawatankuasa, jawatankuasa khas untuk mempromosikan pemahaman dan keharmoniam antara agama ataupun pendeknya jawatankuasa pemahaman antara agama,” kata Koh.

Jawatankuasa ini akan memberikan kesemua kumpulan peluang untuk duduk bersama dan bertukar-tukar pandangan dan untuk membincangkan isu-isu bagi mengelakkan perselisihan faham dan tafsiran salah yang tidak perlu.

Ia berfungsi di bawah Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti.

Philips menjelaskan, usaha-usaha konkrit untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian antara agama kelihatan dingin disebabkan banyak lagi usaha perlu diambil.

Malah menurut beliau, usaha untuk membina kepercayaan dan ikatan persahabatan mengambil masa yang panjang selepas peristiwa Mei 1969.

Katanya, hubungan antara kumpulan Islam dan bukan Islam semakin baik buat masa sekarang dan pemimpin-pemimpin agama kelihatan kurang memperlihatkan “sikap bermusuhan” antara satu sama lain.

“Kita perlu membina hubungan yang pernah wujud sebelum 1969,” katanya lagi.

Bagaimanapun hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam kelihatan kurang menyenangkan sejak beberapa minggu lalu ekoran rakaman video yang disebarkan menerusi YouTube membabitkan tindakan pihak tertentu mencerca Islam dan juga Buddha.

Akhir bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan majlis muhibah makan tengah hari bersama pemimpin pelbagai agama sempena sambutan Hari Malaysia di Putrajaya dengan berkata bahawa perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah penting dalam menjayakan program transformasi termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini.

Najib menjelaskan antara aspek penting dalam memupuk perpaduan kaum dan agama di negara ini ialah menerusi kefahaman berasaskan kepada formula yang dibentuk oleh pemimpin dan pengasas negara ini pada masa lalu yang disifatkannya sebagai payung induk.

“Baru-baru ini, kita dengar mengenai Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya. Ingat, tidak akan ada transformasi tanpa perpaduan nasional,” katanya.

Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dan hak Bumiputera, tetapi pada masa sama bukan Bumiputera juga ada hak pada sisi Perlembagaan.

“Kalau itu prinsip induk dan dasar yang kita amalkan, untuk diterjemahkan kepada hidup seharian, kita perlu kepada penterjemahan yang boleh menjurus kepada keharmonian yang mewakili pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Macam Lajnah Perpaduan Nasional PAS, bagi kerajaan Malaysia. Apakah kerajaan pun ikut contoh PAS? Tak salah ikut yang baik. Agak-agak Dr Mujahid Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS dipanggil sertai tak?

Penjara Bawah Tanah Paling Angker Di Asia?

DIKATAKAN, konon penjara-penjara bawah tanah di Indonesia merupakan penjara bawah tanah terangker di Asia ... Benarkah? Ayuh lihat!

Berikut penjara2 bawah tanah yang ada di Indonesia...

1. Penjara bawah tanah Benteng Vastenburg, Solo.
Benteng megah di tengah Kota Bengawan ini, sekarang tinggal seonggok bangunan yang tak berharga dan ditumbuhi rumput ilalang yang lebat. Dalam konteks morfologi perkotaan, benteng itu memiliki peranan penting yakni pusat hubungan Solo-Semarang. Kota Solo dalam periode XVIII-XIX, sebagai pusat perdagangan dan ditandai perkembangan kota kolonial. Uniknya, perkembangan ini tercipta dalam nuansa kekuasaan tradisionalistik Kerajaan Kasunanan Surakarta.

Di tempat itu, kekuatan pasukan Belanda dipusatkan. Konon, juga ada semacam bungker bawah tanah yang cukup luas di bawah benteng. Bungker tersebut digunakan untuk penjara para tawanan. Hal itulah yang membuat tempat tersebut tak dimungkinkan jika dijadikan bangunan bertingkat.

2. Penjara Bawah tanah Benteng Pendem, Cilacap.
Siapa sangka di sebuah kota kecil di Jawa Tengah, seperti Cilacap menyimpan sebuah benteng yang sangat unik. Benteng itu bernama Benteng Pendem (Kusbatterij Op De lantong Te Tjilatjap) yang dulunya di tahun 1861 merupakan benteng pertahanan tentara Hindia Belanda saat menghadapi bangsa Indonesia.

Benteng di pesisir pantai Teluk Penyu ini menempati area seluas 6,5 hektare dengan beragam fasilitas wisata, seperti benteng, terowongan, landasan meriam, penjara bawah tanah, barak, ruang dapur, ruang senjata, jembatan kolam, gardu pos yang berisi peta strategi Belanda, kolam pemancingan, tempat istirahat, gazebo, ayunan dan sejumlah patung dinosaurus.

3. Penjara bawah tanah Benteng Malborough, Bengkulu.
Benteng Marlborough merupakan salah satu objek wisata sejarah yang terdapat di Kota Bengkulu. Objek wisata Benteng Marlborough terletak di Kelurahan Kampung Cina, Kecamatan Teluk Segara Kota Bengkulu. Benteng ini menjadi pusat kedudukan tentara Inggris di Bengkulu. Benteng berbentuk segi-empat dengan ukuran panjang 240 meter dan lebar 170 meter. Benteng ini didirikan oleh The Britsh East India Company pada tahun 1713 dan selesai pada tahun 1719.

Di benteng bagian barat daya terdapat di sebelah kiri dan kanan lorong benteng. Di sebelah kiri terdiri dari 7 lokal atau ruangan. Dinding ruangan tersebut dari pasangan batu kali, batu karang, bata dengan mempergunakan perekat campuran kapur, pasir dan tepung bata. Disamping ruangan tersebut terdapat juga ruangan yang teretak di bawah kaki kura-kura barat daya, yaitu rungan penjara bawah tanah, yang terdiri dari tiga ruangan yang keadaanya sangat gelap. (AK)

source: http://ujung-bumi.blogspot.com/2010/10/inilah-penjara-bawah-tanah-di-indonesia.html

Artis Gay, Adam Lambert Pula Diimport Ke M'sia

HALAMAN HIBURAN

KL, 8 Okt 10: PAS yakin rakyat sedia membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian kerana rakyat umumnya masih mempertahankan dunia hiburan yang baik, iaitu berpaksi pada adat ketimuran dan agama.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, kalau budaya cium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu yang mahu dibawa ke negara ini diyakini rakyat menolaknya.

Menurut beliau, sepatutnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) tidak semberono bersetuju membawa artis gay tersebut ke tanah air.

Ini kerana, katanya artis tersebut sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Ekoran itu, beliau berkata, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Adam di udara kerana menolak budaya liar penyanyi gay itu.

"Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini," soalnya.

Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjempu selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas Konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanah air supaya membantu PAS untuk mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di AS pun tolak, tiba-tiba Malaysia pula panggil.. Apa dah jadi wahai UMNO? Kamu masih tidak peka kehendak rakyat ke? (AK)

Ayah Pin, 5 Tahun Buruan Polis. Tapi Masih Di Rumah?


KL 8 OKTO 10: Ayah Pin, pemimpin ajaran sesat. Bagaimana seorang wartawan akhbar terkenal boleh bertemu dengannya, yang diburu hampir lima tahun! Mengapa wartawan itu tidak melaporkan kepada polis tentang Ayah Pin yang telah berada di Besut. Adakah di kawasan Hulu Besut tiada langsung polis yang bertugas sehinggakan Ayah Pin boleh kembali ke rumahnya?

Itulah antara keluhan seorang penulis 'antihadhari92' di bawah tajuk 'Kerajaan Ahmad Said Iktiraf Ayah PIN Dan Ajaran Sesat?' di dalam web http://www.tranungkite.net.

Blog Ibnu Hasyim mencabar kerajaan BN/UMNO, apakah kerajaan BN/UMNO sanggup melindingi Ayah Pin hanya semata-mata kerana 'Ayah Pin dan Kerajaan Langit'nya pernah membantu kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu bagi merampas Terengganu dari pembangkang seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak? Apakah pemmpin-pemimpin UMNO Terengganu sanggup membelakangkan undang-undang negara dan kemaslahatan masyarakat semata-mata kerana kepentingan parti asobiah mereka?

Di bawah ini dilampirkan sama kenyataan tersebut...

Kerajaan Ahmad Said Iktiraf Ayah PIN Dan Ajaran Sesat?
Pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit kembali aktif Oleh: antihadhari92

"Terkejut. Itulah yang boleh penulis katakan mengenai kepulangan semula Ayah Pin di Besut. Dia yang dikatakan telah lari dan bersembunyi di Selatan Thailand telah kembali bersama pengikutnya di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Besut. Apa yang menariknya adalah mengenai dakwaan Ayah Pin bahawa pihak berkuasa negeri tidak menahan beliau kerana tidak mengancam keselamatan negara.

Adakah benar dakwaan Ayah Pin itu? Jika benar, nampaknya malanglah penduduk negeri Terengganu. Pihak berkuasa merujuk kepada siapa? Mungkin polis dan MAIDAM. Jika benar pihak berkuasa mengatakan Ayah Pin tidak akan mengancam keselamatan negara, tekaan itu silap. Apakah kita tidak takut akan bala yang bakal ditimpa Allah sekiranya kita membiarkan perkara mungkar diteruskan di tempat kita? Mungkin Allah akan menurunkan satu bentuk banjir yang lebih hebat daripada bah merah dahulu. Apapun,penulis tidak melatah. Dakwaan Ayah Pin itu tidak boleh diterima. Mungkin dia berbohong. Dan tidak menjadi kudis untuk berbohong kepada orang yang murtad sepertinya.

Kita abaikan dakwaan Ayah Pin tesebut. Itu bukanlah kejutan. Apa yang mengejutkan adalah bagaimana seorang wartawan Berita Harian boleh bertemu dengannya yang diburu hampir lima tahun! Bagi penulis,wartawan itu boleh didakwa kerana melindungi orang yang diburu polis. Mengapa wartawan itu tidak melaporkan kepada polis tentang Ayah Pin yang telah berada di Besut. Mustahil wartawan tersebut secara kebetulan berada di Pasir Akar dan terjumpa Ayah Pin. Tentulah sudah ada risikan dibuat. Mengapa beliau tidak melaporkan kepada polis? Atau benarkah kerajaan sudah tidak kisah dengan Ayah Pin? Sedangkan sampai kini kerajaan menghentam komunisme, mengapa Ayahpinisme dibiarkan berleluasa? Ahmad Said tidak takutkah Terengganu diperintah kerajaan langit?

Penulis juga hairan, adakah di kawasan Hulu Besut tiada langsung polis yang bertugas sehinggakan Ayah Pin boleh kembali ke rumah beliau. Kalau sekadar diam di rumahnya penulis masih boleh terima, malah ini sudah sampai satu tahap di mana dia boleh mengadakan ritual bersama pengikutnya! Itu belum dipersoalkan lagi bagaimana dia boleh tembus sempadan negara. Atau mungkin dia boleh ghaib? Bagi penulis,wartawan tersebut perlu diambil tindakan kerana perkara itu berlaku pada hari Isnin yang lalu tetapi mengapa berita ini baru tersebar? Mengapa polis tidak membuat tangkapan segera ke atas Ayah Pin?

Berikut penulis siarkan semula laporan Berita Harian tersebut:

AYAH PIN BUAT HAL LAGI 2010/10/07

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.

Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.

Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.
Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.

“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Semua agama di muka bumi ini adalah sama. Semua pengikut hendaklah sentiasa beramal ke arah kebaikan, mencari bekalan sebelum mati agar sentiasa berada dalam keselesaan di akhirat. Hak orang jangan diganggu, jangan memfitnah orang dan carilah jalan damai sepanjang masa,” katanya.

Ayah Pin turut mendakwa dia tidak ditahan pihak berkuasa di Terengganu kerana tidak mengancam keselamatan negara.

Dia berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadapnya pada bila-bila masa kerana dia tinggal di kampung itu.

Selepas selesai majlis itu, semua pengikutnya mengangkat sembah tiga kali dan mencium tangan Ayah Pin sebelum beredar. Ada antara mereka menyampaikan sumbangan kewangan kepada Ayah Pin.

Difahamkan, sekurang-kurangnya empat rumah disewakan kepada pengikut ajaran terbabit yang datang dari jauh untuk bermalam di kawasan itu.

Pada 2005, pihak berkuasa memusnahkan perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin yang dipenuhi pelbagai monumen termasuk Bahtera Nabi Noh, Telaga Zam-Zam dan Kendi Gergasi.

Namun, ketika itu Ayah Pin dikatakan menghilangkan diri tetapi beberapa pengikutnya termasuk isterinya ditahan dan didakwa di mahkamah. (AK)

Fanatik. Tabloid Britian Marah Filem Kaitan Afghanistan.

HALAMAN HIBURAN

Filem tentang Putera Harry cetus kemarahan tabloid Britain

LONDON 8 Okt. 10:Tabloid-Tabloid Britain menyatakan kemarahan mereka berhubung sebuah filem ala dokumentari baru yang membayangkan apa akan terjadi jika Putera Harry dijadikan tebusan oleh Taliban.

Filem berjudul “The Taking of Prince Harry” yang menggambarkan putera raja itu, dilakonkan oleh aktor, Sebastian Reid, yang berkhidmat dalam pasukan tentera di Afghanistan dan diculik oleh kumpulan pemberontak.

Putera raja yang berumur 27 tahun itu sudah pun berkhidmat sebagai pegawai tentera di Afghanistan dan menyatakan keinginannya kepada awam untuk kembali ke Afghanistan bagi kunjungan lain. - AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tabloid-tablid Britian terlalu fanatik, bila dikaitkan dengan Afghanistan.

Harga Susu Naik, BN Tidak Salah?

PENGGUNA

Harga produk susu di pasaran tempatan mungkin naik jika bahan mentah hasil tenusu di pasaran dunia meningkat. - Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan menjangkakan harga jualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan harga susu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang di negara ini terpaksa menanggung kos belian import hasil tenusu yang tinggi.

“Jika kita membeli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi.

“Pun begitu, pengguna tidak perlu rasa bimbang kerana buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa dan belum lagi ada sebarang kenaikan,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri di Seremban 2 di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Harga keperluan harian naik di negara ini, apakah tidak melibatkan kerajaan BN dan BN tidak salah? (AK)

Isteri Kedua Saspek Kes Sosilawati Serah Diri


Jesyntha yang diburu polis berhubung kes Sosilawati serah diri.

KL, 7 Okt 10: Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini.

Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jesyntha menyerah diri dengan ditemani oleh peguamnya kira-kira pukul 5 petang sebelum ditahan polis.

Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumat mengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayai mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Jesyntha difahamkan merupakan isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam tersebut yang dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan jual beli tanah.

Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu. – Bernama

Sementara itu, polis menahan semula tiga individu termasuk dua beradik peguam yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Penahanan kedua-dua lelaki itu termasuk peguam K. Patmanaban dibuat bagi membantu siasatan kes pembunuhan ahli perniagaan dari Kedah, Mohd. Shafik Abdullah dan seorang rakannya.

Ikuti kes Sosilawati secara keseluruhan, dengan layari E-Perpustakaan IH Rak 1 E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati' sehingga selesai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails