Friday, October 15, 2010

200 Sertai Bantah Konsert Penyanyi Homoseks

HALAMAN HIBURAN
KL 14 OKT 10: Lebih 200 anggota Pemuda PAS dan mahasiswa menyertai ekspedisi dakwah membantah konsert penyanyi homoseksual Amerika, Adam Lambert di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam. (AK)

Thursday, October 14, 2010

Ibnu Hasyim, Hentikan Mengumpat Zainuddin MZ


SESEORANG menghantar e-mail kepada Blog Ibnu Hasyim meminta jelaskan tentang penyiaran berita mengenai 2 artikel ini..

Katanya, "Pemberitaan tentang aib seseorang disebut ghibah. Tapi jika tuduhannya tidak benar, ia disebut fitnah. Dua-duanya tetap dosa besar" Rujukannya adalah 'Hidayatullah.Com' (Thursday, 14 October 2010) di bawah tajuk 'Awas! “Ghibahtainmen” Marak Kembali.'

Kami salinkan tullisan tersebut...

Hidayatullah.com—Meski berkali-kali dikecam ulama, dua hari ini, media TV dipenuhi dengan berita ghibah. Ghibah terbaru adalah soal hubungan dai kondang Zainuddin MZ dengan penyanyi dangdut, Aida Saskia.

Beberapa kalangan nampaknya mulai resah dengan cara TV dan media massa yang kembali lagi memuat berita-berita bertema ghibah. Pengamat media massa Sirikit Syah mengatakan, banyak media dan wartawan kebingungan kesalahan memahami konsep infotainmen. Ia menyebut contoh di luar negeri yang disebut "entertainment news", yaitu berita-berita dari dunia hiburan. Isinya tentang proses keratif para seniman. Sementara di Indonesia, isinya hanya bikin stress.

“Misalnya, bagaimana memproduksi (film) Avatar, berapa biaya produksi (film) Lord of the Ring, siapa artis berbayaran paling mahal, peluncuran album atau single baru, perolehan box office, pakai baju apa Jenifer Lopez di ajang Grammy, siapa paling keren di karpet merah, dan seterusnya. Betul-betul tentang dunia hiburan dan tidak bikin stres. “

Ketika ditanya, apakah masyarakat terhibur dengan infotainmen bernilai gossip, ia justru menampik.

“Terhibur? Tidak. Siapa terhibur dengan berita artis A dan artis B mau cerai sampai tiga kali? Siapa terhibur dengan kabar ada artis yang punya istri simpanan lagi?,” tambahnya.

Menurut Wakil Majelis Fatwa Dewan Fatwa, Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia Dr Ahmad Zain an-Najah, andaikata kasusnya itu benar dan dipublikasikan, maka hal itu tetap ghibah dan dilarang agama. Namun jika kasusnya itu tidak benar, maka itu disebut fitnah dan hukumnya keji, seperti pembunuhan.

Menurut ahli fikih lulusan Al Azhar, Kairo, Mesir ini, jika ghibah menyebar dan menjadi tren di masyarakat, maka kehidupan masyarakat menjadi tidak akan tenang. Dan media massa, termasuk si wartawan, akan ikut mengambil peran dalam urusan ini. Tentu saja, akan dipertanyakan apa yang ia lakukan kelak di hadapan Allah.

Meski demikian, ia tetap memberi pengecualian tentang bolehnya “ghibahtainmen” boleh dipublikasikan.

Menurutnya, ada beberapa kondisi dibolehkannya ghibah.

Pertama
, ketika dimintai pendapat untuk urusan penting dan besar seperti seorang wanita yang dilamar oleh laki-laki yang tidak dikenalnya. Bila dia meminta pertimbangan dari orang tuanya atau tokoh masyarakat, maka orangtuanya atau tokoh tersebut harus memberitahu secara jujur tentang kelebihan dan kekurangan orang tersebut agar dia bisa menolak atau menertima lamaran.

“Ini berdasarkan Hadist Fatimah binti Qais yang datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengatakan bahwa dirinya dilamar oleh dua orang yaitu Mu'awiyah dan Abu Jahm, kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan kekurangan dari kedua orang tersebut,” ujarnya kepada hidayatullah.com.

Kedua, untuk mengungkap sebuah kasus, seperti dugaan korupsi. Karena kejahatan dan kesalahan orang yang didakwa harus diselidiki maka keburukannya perlu diungkap. Hanya saja, keburukan yang diungkap tersebut harus berkaitan dengan kejahatan yang didakwakan kepada orang tersebut.

Senada dengan Zain, Ketua PBNU, Said Aqil Siradj belum lama ini, turut berbicara tentang pengharaman ghibahtainmen.

Ghibah, kata Said, adalah fakta mengenai aib seseorang yang jika diberitakkan akan menyebabkan orang yang bersangkutan merasa tersinggung dan jatuh martabatnya, seperti masalah perselingkuhan. Sedangkan fitnah adalah menceritakan aib seseorang namun tidak ada faktanya.

Said juga menjelaskan, jika menceritakan tentang pejabat yang korupsi, siapa yang terlibat, asal-usul uang, dan ke mana larinya uang, hal itu justru diwajibkan dan merupakan tugas suci. Nah, sampai kapan kita akan terus disodori “ghibahtainmen” oleh media? [cha, berbagai sumber/hidayatullah.com]

Ghibah atau dalam bahasa kita disebut mengumpat. Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat atau ghibah. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!

Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut.
Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain.

6 Perkara tersebut ialah:
.... sila klik..

Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..

Sila renungkan perkara Kedua & Keempat.. Sekian. Terima kasih kepada pengomen peng-email di atas.. Wassalam.

Cadangan Mahkamah Perlembagaan -Dr Mujahid



KL, 14 Okt 10: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) mencadangkan pengajian tentang perlembagaan dijadikan subjek substantif dan khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Cadangan itu, katanya demi memastikan generasi muda tidak terpengaruh oleh politik sempit angkara parti-parti rasis tertentu di tanah air.

"Saya kira ini salah satu penyelesaian bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu yang mengamalkan politik sempit menggunakan perlembagaan untuk kepentingan parti-parti atau pertubuhan rasis mareka," ujarnya pagi semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, Subjek Perlembagaan dan Kenegaraan (SPK) yang sedia ada di peringkan sekolah menengah adalah tidak memadai. Ini kerana katanya, subjek tersebut sekadar subjek sampingan yang dimasukkan secara tidak langsung dalam beberapa mata pelajaran yang lain.

Tambahnya lagi, cadangan ini wajar dijadikan pemangkin pada kewujudan Mahkamah Perlembagaan kelak agar pemimpin-pemimpin rasis terbabit tidak sewenang-wenangnya boleh mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu secara umum seakan diterima Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ahmad Fuad Zarkashi. Menurut beliau, pendidikan berkaitan perlembagaan sahaja tidak memadai sekiranya parti-parti politik tertentu masih mengamalkan politik sempit di luar sekolah.

Sebelum itu, Mujahid yang juga AJK PAS Pusat pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tentang usaha kerajaan memperkenalkan subjek keperlembagaan di peringkat menengah.

Menjawab soalan itu, Mohd Puad menegaskan bahawa subjek berkaitan Perlembagaan telahpun merentasi subjek-subjek utama lain secara tidak langsung. Namun, beliau yang Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak pula menyatakan kesediaan kerajaan Pusat memperkenalkan subjek keperlembagaan secara khusus demi menghapuskan politik rasis khususnya di sekolah. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pengajian tentang perlembagaan perlu dijadikan subjek substantif dan khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah. Itu cadangan Dr Mujahid. Sedikit pandangan tambahan...

Satu: Untuk memastikan generasi muda tidak terpengaruh oleh politik sempit angkara parti-parti rasis tertentu di tanah air. Seperti UMNO, Perkasa, dan lain-lain.

Dua: Salah satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu mengamalkan politik sempit, menyalahgunakan perlembagaan untuk kepentingan parti-parti atau pertubuhan rasis mareka. Sehingga tidak ada lagi 'kes-kes rasis' di tempat pembelajaran tersebut atau jabatan-jabatan lain.

Tiga: Supaya terdedah keburukan undang-undang ciptaan manusia barat, berbanding undang-undang Islam atau budaya timur yang menjadi asas kehidupan masyarakat timur dan tamaddun manusia.

Empat: Supaya terdedah juga ke wenang-wenangan golongan-golongan tertentu yang mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu hak keistimewaan Melayu, penyalahgunaan kuasa Raja-Raja Melayu terutama dalam institusi keagamaan, bahasa Melayu dan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lima: Supaya jelas sejauh mana perlaksanaan agama Islam dan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan percanggahan tafsiran yang melahirkan tindakan yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri atau hak-hak kebebasan beragama.

Enam: Cadangan ini wajar dijadikan pemangkin pada kewujudan Mahkamah Perlembagaan kelak.

Gaji Minimum Dalih Politik BN? -Kesataun Sekerja

Dr S.Subramaniam (tengah) mendengar pertanyaan Khairy (kiri) pada Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda BN dan MTUC sambil diperhatikan timbalan presiden kongres itu Mohd Khalid Atan. – Foto Bernama

KL, 14 Okt 10 — Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja tidak pasti sama ada minat secara tiba-tiba yang diperlihatkan oleh Barisan Nasional (BN) sebenarnya satu dalih dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum tergempar yang menjadi spekulasi sekarang.

Pentadbiran Najib akan membincangkan dasar gaji minimum pada mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Rang undang-undang berkaitan akan dibentangkan pada sesi Parlimen Mac depan walaupun sebelum ini disebutkan bahawa ia akan dibawa pada persidangan semasa.

Dasar itu jika dilaksanakan dipercayai akan memanfaatkan kira-kira lima juta pekerja, dilihat sebagai usaha BN untuk mendapatkan semula sokongan majoriti yang ia kehilangan pada pilihan raya umum 2008. BN dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganjurkan forum sehari semalam meskipun lebih 400 pemimpin kesatuan dan aktivis kelihatan kecewa dengan hujah-hujah yang lebih bersifat retorik.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia membantah dasar gaji minimum. Pemimpin MTUC, A. Sivanandan memberitahu The Malaysian Insider berkata, beliau berharap kerjasama antara BN dan MTUC tidak bermotifkan politik semata-mata dengan hanya memanfaatkan beberapa individu.

“Saya berharap forum ini tidak menjadi agenda politik bagi sesetengah individu.

“Saya berharap semua bersikap ikhlas dalam mengangkat kehendak pekerja kerana gaji minimum sudah lama tertangguh... ini perlu dilaksanakan dengan segera,” kata beliau.

“Kita bercakap isu ini sejak lebih 60 tahun lalu dan tiada apa-apa yang menjadi kenyataan. Cukuplah apa yang telah dilalui selama ini,” kata setiausaha agung Kesatuan Pekerja-pekerja Tekstil Selangor ini.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak harus mempolitikkan gaji minimum sebab ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya.

“Saya berharap ini bukan agenda politik untuk tujuan akhir mereka. Kredit tidak harus pergi ke BN, tetapi para pekerja khususnya MTUC yang telah lama berjuang mendapatkan gaji minimum.

“Jangan mempolitikkan isu ini, ia menjadi tanggungjawab mereka (untuk melaksanakan),” kata Sivanandan.

Dalam pada itu, Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud menambah, kerajaan harus mengakhiri retorik atau ia akan kehilangan sokongan kesatuan-kesatuan sekerja.

“Apa yang menjadi perhatian kami ialah sejauh mana seriusnya kerajaan dalam gaji minimum,” kata beliau.

Kata beliau, pihaknya tidak mahu lagi retorik, sebaliknya mahu kerajaan melaksanakan undang-undang gaji minimum.

“Yang penting ialah apakah kadarnya,” kata beliau.

“Saya tidak pasti sama ada ini adalah langkah ke arah pilihan raya tetapi isu ini sesuatu yang dekat dengan (hati) pekerja dan kita tahu bahawa mereka memerlukan sokongan daripada semua parti khususnya pekerja-pekerja,” kata Syed Shahir yang juga seorang pemimpin parti politik.

Rosli Majid mempersoalkan sama ada tindakan BN ini hanya satu gimik politik untuk mendapatkan sokongan popular.

“Kami bercakap mengenai gaji minimum sejak 1930-an, tetapi kami ragu-ragu kerana sudah pasti ada sebab tertentu kerana pilihan raya umum semakin dekat.

“Kami bimbang ini hanya agenda tersembunyi parti politik (BN) dan kerajaan untuk membawa isu demi imej mereka dan untuk mendapatkan sokongan para pekerja,” kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Junior TNB.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Kebangsaan Bank, J. Solomon menambah, BN akan berhadapan dengan laluan sukar jika BN tidak memenuhi janji melaksanakan dasar ini.

“Jika mereka melengah-lengahkan, maka rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk memutuskan bahawa perkara ini bermotifkan politik dan mereka tidak berminat dalam isu ini.

“Saya merasakan perdana menteri dan jenteranya perlu membuktikan yang mereka ikhlas,” beliau.

Bagaimanapun anggota Jawatankuasa Wanita MTUC, Christine Chee menekankan, kesemua pihak perlu positif dan bekerja keras untuk melaksanakan gaji minimum.

“Apa jua keadaannya, kita perlu positif agar impian kita menjadi kenyataan,” katanya.

“Kita perlu mengetepikan rintihan ataupun apa juga tanggapan negatif,” kata beliau sambil menambah, kesemua pihak perlu bekerjasama dan berfikiran positif dan kami berharap ia akan menjadi kenyataan Mac 2011,” kata beliau.

Profesor Dr Durrishah Idrus dari UTM berkata, tidak terlalu lewat bagi kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum.

“Jika saya kerajaan, maka itu yang saya akan akan lakukan. Anda kerajaan, anda perlu melakukan sesuatu.

“Anda kena menerajui usaha ini. Jadi, saya tidak melihat apa-apa kekurangan dalam soal ini,” katanya lagi.

Katanya, kemungkinan sekarang adalah masa yang sesuai selepas lima dekad isu ini dibahaskan.

“Lebih baik (kita) ada (dasar ini) daripada tiada langsung,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1974 yang didapati kurang sesuai untuk diaplikasikan dalam menetapkan gaji minimum ketika ini.

Katanya, perincian asas berhubung penggubalan akta baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

“Penetapan gaji minimum melalui akta sedia ada mengambil masa yang lama serta rumit malah ia juga tidak menyeluruh kerana pendekatannya adalah mengikut jenis pekerjaan dan subsektor tertentu.

“Dalam melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan, ia memerlukan penguatkuasaan undang-undang. Jadi, dicadangkan satu akta baru digubal bagi menggantikan akta sedia ada,” katanya selepas merasmikan Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda BN bersama-sama dengan MTUC semalam.

Subramaniam berkata, kementerian itu juga sedang memperincikan sama ada untuk mengaplikasikan penetapan gaji minimum berdasarkan sektor, wilayah ataupun daripada segi kebangsaaan.

Katanya, jika dibuat daripada segi kebangsaan penetapan gaji minimum itu akan melibatkan semua sektor manakala dari sudut wilayah kadar penetapan gajinya mungkin berbeza mengikut tempat berpandukan kos kehidupan di kawasan berkenaan.

“Kalau kita memutuskan berdasarkan sektor, maka kita kena lihat semua sektor. Jadi, keputusan dari segi pelaksanaan dan caranya belum ditetapkan. Ini semua akan ditetapkan selepas membuat kajian lebih terperinci,” katanya.

Beliau berkata, dalam membuat keputusan itu kementerian juga perlu melihatnya daripada segi undang-undang antarabangsa kerana kerajaan tidak boleh mempunyai diskriminasi gaji antara pekerja tempatan dan asing.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula berkata, forum tersebut bukan platform untuk menetapkan gaji minimum kerana pada dasarnya perkara itu telah dipersetujui oleh kerajaan tetapi lebih kepada perbincangan mengenai apa yang diharapkan pekerja dan majikan daripada kerajaan apabila dasar itu diputuskan kelak.

Katanya, forum itu lebih menumpukan kepada perincian dan perbincangan kepada persoalan bagaimana gaji minimum dilaksana sama ada secara umum atau berbeza mengikut sektor serta bagaimana ketetapan gaji dibuat dan tahap gaji minimum yang sesuai.

Forum sehari itu adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui makmal Pemuda BN. (TMI)

Konsert Amal Sharifah Aini: Rumput Hijau Tumbuh..

HALAMAN HIBURAN

KL 13 OKT 10: Biduanita Datuk Sharifah Aini sanggup menghabiskan wang beratus ribu ringgit untuk mengadakan persembahan amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik walaupun hasrat itu tidak menjanjikan keuntungan.

Menurut Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah, dia akan mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM150,000 bagi setiap konsert amal yang akan dilakukannya.

"Daripada jumlah itu juga saya perlu membayar para pemuzik, sekali gus menyalurkan kutipan tiket kepada rumah-rumah kebajikan. Sebab itu tiket konsert saya sedikit mahal.

"Dengan cara itu, sekurang-kurangnya syarikat saya dapat menyalurkan wang konsert kepada individu yang memerlukan dengan jumlah yang besar.

"Setakat ini, sepanjang penganjuran konsert amal yang dibuat oleh syarikat saya, Seri Dewi Production dan Lime Events, kami tidak mengumpul sebarang keuntungan pun kerana saya ikhlas untuk menderma.

"Insya-Allah, saya akan mengadakan konsert seperti ini sekurang-kuranya setahun sekali yang tidak membabitkan mana-mana rumah kebajikan secara khusus," katanya pada sidang akhbar Majlis Makan Malam Amal, Malam Juitaku Sayang di Hotel Seri Pasific di sini, Selasa.

Mengenai majlis makan malam amal tersebut yang sepatutnya diadakan pada 15 Oktober ini, ia telah ditunda kepada tarikh 31 Oktober 2010 yang akan diadakan di Hotel Seri Pasific, di sini.

Sebahagian kutipan tiket pada majlis persembahan yang turut disertai penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais itu akan disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Baitul Mahhabbah, Shah Alam dan Darul Uloom Islamiah Surau Jamal Assurur, Kuala Lumpur.

"Saya menjemput Datuk Ahmad Jais kerana dia ibarat seorang ayah yang banyak mendidik saya untuk mengharungi cabaran sebagai seorang penyanyi ketika awal pembabitan saya dulu.

"Dia juga menyokong usaha saya dalam mencari dana bagi rumah-rumah kebajikan yang memerlukan.

"Pada malam tersebut saya akan membawakan sebanyak 20 hingga 25 buah lagu yang telah disusun semula oleh Belle Fatah dan Faizal Loke Yew," kata Kak Pah.

Kepada peminat-peminat Kak Pah yang ingin membuat tempahan menyaksikan persembahan berkenaan, sila hubungi di talian 019-3488054 atau 012-9332373.

Tempahan juga boleh dibuat melalui faksimili di talian 03-79568557. Untuk pertanyaan lanjut sila emelkan ke limeevent@gmail.com. Tiket dijual mengikut meja (10 orang setiap meja) dengan harga RM3,500, RM4,500 dan RM7,500.

Bagi yang ingin membuat tempahan secara individu, tiket berharga RM450 dan RM200. (mStar Online/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ramai yang bertanya mengenai kes-kes kabajikan dari sumber diragui.. Bahkan ada yang berpendapat, bagaikan rumput hijau yang tumbuh di atas najis lembu...

Rahsia Misteri Gadis Malang Dapat Hidung Baru..

pix_middle

LIHAT berita ini, berita fitnah terhadap Taliban dan Islam yang seolah-olah Islam menyuruh dan merelakan hal itu...

"...Aisha (gadis malang) menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver. Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan. Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman."

Berita penuh...

Gadis malang dapat hidung baru
. LONDON 14 OKTO 10: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam. Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver. Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan. Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

“Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya. Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi.

Pada hal menurut Taliban, sebaliknya...

WASHINGTON AUGUST11 10: Taliban mendakwa, Amerika Syarikat kini terdesak kerana menggunakan imej wanita cacat sebagai bahan propaganda mereka di muka depan majalah Time, serta menafikan bertanggungjawab menyebabkan kecederaan terbabit.

Mengulas paparan itu, Taliban berkata, Time berbohong apabila menuduh kumpulan itu memotong hidung dan telinga wanita terbabit, dikenali sebagai Aisha, 18 selepas melarikan diri daripada keluarga iparnya yang kejam di selatan wilayah Uruzgan, tahun lalu.

“Propaganda terdesak digunakan Time menunjukkan kepada dunia bagaimana media antarabangsa akan melakukan apa saja bagi memuaskan hati AS, walaupun ia bercanggah dengan integriti kewartawanan,” kata jurucakap Taliban, semalam.

Ikuti sepenuhnya...
Propaganda Terdesak: AS Potong Hidung & Telinga Wanita.. Amerika Syarikat menunggang majalah TIME yang sanggup melakukan jenayah kewartawanan, demi menyembunyikan kejahatan dan kebiadaban mereka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jawapannya:

Satu:
Kes itu tidak pernah dirujuk ke mana-mana mahkamah di Afghanistan, walaupun sudah lama, untuk dijadikan bukti. Jelas AS sebagai pembohong besar.

Dua: Menurut kenyataan itu, puak Taliban memotong telinga dan hidung manusia. Perkara begini memang dilarang oleh agama Islam. Sedangkan Taliban terkenal dengan kepatuhannya kepada agama.

Tiga: Yang zalim dan tidak ikut mana-mana agama di dunia pun, adalah AS. Terkenal, AS sanggup menyiksa, merogol, membunuh rakyat atau tahanan di banyak negara seperti Irak, Afghanistan, Pakistan, Vietnam, Guatanamo dan lain-lain. Terlalu banyakbuktinya.

Empat: AS dalam keadaan terdesak, masih gagal menjajah sepenuhnya Afghanistan dan menutupi kebencian rakyat kepada mereka. Contohnya, menurut Pew Research Center (Julai 30 10) sebahagian besar warga Pakistan melihat AS dengan penuh curiga, sokongan untuk AS terlibat dalam perang melawan ekstremis telah menurun, dan hampir 2/3 warga Pakistan ingin pasukan AS keluar dari negara tetangga mereka Afghanistan.

Pakistan adalah negera terendah di antara 22 negara yang masuk dalam Pew Global Attitudes Survey 2010 terhadap 2,000 warga Pakistan yang diambil antara 13-28 April. Hasilnya, 59% responden menggambarkan AS sebagai musuh. 17 % berpandangan AS menguntungkan dan hanya 11% AS adalah partner. Hanya 8% percaya Presiden AS Barack Obama boleh lakukan 'hal yang benar' di dunia. Dari peringkat terendah survei 22 negara tersebut, hanya 20% percaya 'menguntungkan'.

Kebanyakan warga Pakistan juga menentang penglibatan AS di Afghanistan, 65% mengatakan pasukan AS dan NATO perlu ditarik segera. Amat sedikit yang percaya Taliban dan al-Qaidah merupakan ancaman kepada negara mereka. Hanya 25% percaya 'buruk bagi Pakistan jika Taliban kembali mengambil alih Afghanistan', sementara 18% berfikir sebaliknya dan 57% mengatakan 'hal itu itu tiada masalah.'

Itulah rahsia kisah misteri hidung baru yang dipromosi oleh TIME di London semalam.

Rujuk semula..

Kalau Kes Sosilawati Menurut Perundangan Islam...

pix_middle

KL 14 OKT 10: “Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.

Ketika dihubungi semalam, dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku masih bersedih dengan kehilangan ibunya dan hatinya masih berat untuk percaya dengan apa yang berlaku.

“Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan.

“Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Rita berkata, sekuat mana sekali pun hatinya cuba menahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu penderitaan dan kesedihan dialami.

“Kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik yang amat manja dan menjadikan ibu sebagai tempat menumpang kasih sejak kecil.

“Sukar dijelaskan apa yang kami rasa selepas kehilangan ibu, namun apa cara sekali pun cita-cita dan impian ibu perlu diteruskan. Hanya doa tidak henti dipohon supaya roh ibu ditempatkan di kalangan hamba yang dilindungi Allah,” katanya.

Ditanya berhubung aktiviti harian selain cabaran perlu dihadapi bagi meneruskan perniagaan kosmetik Nouvelles Visages (NV), Rita memberitahu masih banyak yang perlu dipelajarinya.

“Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama membabitkan perjalanan dan kewangan syarikat. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana masih ada pekerja lama yang setia di belakang untuk membantu dan membimbing terutama berkaitan urusan perniagaan syarikat,” katanya.

Menurutnya, kesibukannya untuk menyesuaikan diri dengan situasi terbabit menyebabkan dia belum berpeluang berjumpa stokis produk NV yang terus menyokong produk diasaskan ibunya itu.

“Mengikut perancangan, saya akan berjumpa semua stokis pada Januari depan selepas semua urusan berkaitan pengurusan syarikat diselesaikan.

“Tindakan membekukan sementara aset kewangan milik ibu sedikit sebanyak turut menyukarkan kami untuk menyelesaikan beberapa masalah membabitkan pinjaman dan urusan perniagaan lain,” kata Rita.

Selain Sosilawati, tiga lagi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, Radin Pangat Ishak, 66, bapa mentua Noorhisham berharap apa yang dilakukan semua tertuduh ke atas menantunya bakal diadili seadil-adilnya di mahkamah dan dia yakin sistem perundangan negara ini tidak akan melepaskan orang yang bersalah begitu saja.

“Kami tunggu dan lihat apa keputusannya. Saya serahkan semuanya kepada pihak perundangan negara. Jika mereka didapati bersalah, saya berharap mereka dijatuhkan hukuman yang berat sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Radin Pangat berkata, dia dan keluarga tidak berputus asa dan tetap melakukan solat hajat dan doa selamat memohon supaya keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan bukan milik menantunya itu.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melihatkan penderitaan anak dan cucu yang kehilangan tempat bergantung, sayu hati saya. Disebabkan itu kami sekeluarga memohon supaya Noorhisham hidup. Bagaimanapun, jika sah keputusan DNA itu berpadanan dengan menantu saya, kami sekeluarga reda,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga terutama isteri Noorhisham, Suzana, 38, dan tiga anaknya masih berharap keajaiban berlaku selagi ujian DNA tidak disahkan sepadan dengan pegawai bank berkenaan. (myMetro hari ini).

Komen Blog Ibnu Hasyim: Firman Allah SWT bermaksud: "dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)". – (Al-Israa’: 33).

Huraian: Dalam konteks perundangan di Malaysia kini, ada baiknya kuasa mutlak Peguam Negara mendakwa itu diintegrasikan dengan keluarga mangsa, di mana Peguam Negara perlu mendapatkan pandangan keluarga si mangsa sebelum meneruskan pendakwaan. Ini adalah sebagai pendekatan lebih adil dan perubahan mampu paling dekat boleh dilaksanakan, sekalipun ia tidak seratus peratus bertepatan dan seadil hukum Islam. Dalam sistem hari ini jelas boleh membuka pintu penyelewengan.

Khususnya apabila penjenayah melibatkan golongan atasan yang mempunyai kuasa politik, atau korup, terlibat di dalam pendakwaan dan seumpamanya. Maka jadilah kes-kes jenayah berat seperti ini boleh diabaikan begitu sahaja, atau akan tertangguh sehingga tempoh yang tidak berkesudahan. Jika berlaku perlaksanaan undang-undang Syari’ah ini, maka contohnya, kes Memali tidak akan tertangguh lama, keluarga mendiang Al-Tantuya akan pulang dengan hati lebih puas dan isu kepada punca kematian Teoh Beng Hok tidak akan berbangkit.

Tetapi di dalam realiti hari ini, keluarga si mangsa bukan setakat tidak mempunyai hak pendakwaan bahkan tiada hak untuk akses maklumat berkaitan kes, tidak sebagaimana di dalam hukum Syari’ah Islam.

Apabila si tertuduh di dapati bersalah, maka hak untuk menjatuhkan hukuman adalah merupakan hak keluarga si mangsa. Menurut hukum Syari’ah, jika si mangsa mati dibunuh oleh seseorang penjenayah, maka keluarga mangsa sendiri berhak untuk menjatuhkan hukuman balas terhadap penjenayah terbabit. Firman Allah swt bermaksud: maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. – (Al-Israa’: 33) seperti di atas.

Jika pembalasan balik terhadap penjenayah tidak mampu dilakukan sama seperti yang dilakukan, keluarga mangsa berhak membalas dalam bentuk yang lebih minimum. Islam tidak membenarkan pembalasan yang dilakukan oleh keluarga mangsa melebihi perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh si penjenayah bagi memastikan hak keadilan si penjenayah juga mesti dipelihara.

Firman Allah SWT: "..oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa". – (Al-Baqarah: 194),

Seringkali apabila kita bercerita tentang cara hukuman di laksanakan di dalam Islam, umum seolah-oleh melihat Islam itu keras. Tetapi sebenarnya apabila dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan, kesakitan yang dirasakan mangsa, kesan kepada masyarakat dan bebanan yang dipikul oleh keluarga, maka kita akan melihat hukuman itu cukup adil. Justeru itu, masyarakat tidak perlu fobia dengan hukuman ini kerana hukuman ini bukan dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah.

Tetapi hukuman ini adalah setimpal dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan membunuh. Atau satu jenayah berat yang boleh meletakkan masyarakat di dalam ketakutan.
Bagi keluarga mangsa, tentulah cara Islam ini lebih dicenderungi boleh mengubat perasaan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penjenayah, yang menjadi punca kepada kehilangan orang tersayang atau individu tempat pergantungan hidup jika si mangsa adalah bapa kepada keluarga terbabit.

Apabila keluarga mangsa tidak mampu melaksanakan hukuman tersebut, maka ia boleh mewakilkan kepada pihak kedua atau mewakilkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan hukuman ini. Begitulah kira-kira indahnya Islam. Sila lihat, Kes Sosilawati, Keadilan Menurut Syariah -Ketua P...

Untuk melihat kes ini secara keseluruhan sejak mula, sila lihat... E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails