Sunday, October 31, 2010

Gambar Tsunami Sumatera Barat & Merapi Yogyakarta

Bencana Tsunami Mentawai Indonesia

Bencana Gempa dan Tsunami Mentawali Sumatera Barat

KONDISI Kabupaten Kepulauan Mentawai pasca-gelombang tsunami semakin memprihatinkan. Hingga kini, sebanyak 112 orang dikabarkan tewas terseret gelombang. Menurut keterangan Ketua DPRD Mentawai Hendri Dori, sebanyak 112 warga tewas berasal dari tiga kecamatan di kepulauan Mentawai. Selain itu, sebanyak 502 orang masih belum ditemukan.

Bencana Tsunami Mentawai Indonesia

“Sudah 112 orang yang tewas. Data tersebut kami peroleh dari aparatur pemerintah setempat. Kemungkinan korban masih akan bertambah,” ujar Hendri kepada wartawan, Selasa (26/10/2010).Menurutnya, kondisi masyarakat di Kepulauan Mentawai khususnya di Pagai Utara dan Pagai Selatan sangat memprihatinkan. Mereka sudah kehabisan stok makanan karena stok yang ada di rumah dan di warung lenyap dibawa gelombang tsunami. “Untuk menyambung hidup, mereka harus makan ubi, talas, dan dedaunan. Mereka juga butuh kantung mayat,” katanya. Sampai saat ini, tim dari Basarnas dibantu TNI masih berusaha menembus lokasi kejadian yang cukup sulit dijangkau. (Okezone)

Bencana Tsunami Mentawai Indonesia

Bencana Tsunami Mentawai Indonesia

Bencana Tsunami Mentawai Indonesia

Bencana Tsunami Mentawai Indonesia

Gambar Letusan dan Korban Gunung Merapi

GUNUNG Merapi di Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta, Selasa (26/10) sekitar pukul 17.00 WIB, menyemburkan awan panas atau oleh warga setempat dikenal dengan sebutan “wedus gembel”.

Foto Letusan Gunung Merapi

Jumlah korban tewas akibat bencana Gunung Merapibertambah dari 25 orang menjadi 26 orang. “Semua korban tewas saat ini berada di Rumah Sakit Dr Sardjito Yogyakarta untuk diidentifikasi,” kata anggota tim evakuasi Kapten Inf Arly Iskandar di Posko Utama Penanggulangan Bencana Merapi di Pakem, Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY).

Foto Letusan Gunung Merapi

Ke-25 korban itu, antara lain Tarno, Wahono, Yanto, Puji Sarono, Tutur, Iwan, Sipon, Yuniawan, Sarjiman, Sarono, Ny Enny, bayi Ny Enny, Sarno Utomo, Samidi, Wiyono, Andri, Slamet, Mbah Maridjan, Nardi, dan lima korban belum diketahui identitasnya. Menurut dia, semua korban tewas ditemukan saat tim evakuasi melakukan penyisiran di desa terdekat gunung teraktif di Indonesia itu. Penyisiran untuk mencari korban akibat letusan Gunung Merapi masih terus dilakukan.

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Foto Letusan Gunung Merapi

Rozali Buta Sejarah: PAS Yang Ditendang Keluar.


GUA MUSANG, 31 Okt 10: Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman menegaskan, parti itu “ditendang” keluar dari Barisan Nasional (BN) penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.

Justeru Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan Pengerusi Majlis Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak sebagai “buta sejarah.”

“Memang PAS ditendang, jadi betul apa yang Datuk Nik Aziz katakan. Dulu PAS memang bekerjasama dengan Umno semasa bergabung dalam BN.

“Tapi ada beberapa perkara yang kita tidak setuju semasa berada dalam BN terutamanya ketika BN mengumumkan darurat di Kelantan ketika itu.

“PAS tidak setuju, kita menentang rancangan itu, sebab itu kita ditendang keluar dari BN.

“Saya rasa orang yang bercakap PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ketika itu tidak tahu sejarah,” kata beliau.

Semalam, Rozali menyangkal kenyataan Nik Aziz bahawa PAS telah “ditendang” keluar dari BN sekitar 1970-an dan bukannya PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu. Beliau berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN.

“PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi,” katanya.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang dari BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno.

Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk “Fatwa `Ikut Suka PAS’’: Umno Keliru dan Terus Keliru” yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS.

PAS, katanya, bergabung dengan Umno membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut dan seterusnya membawa kepada peristiwa PAS ditendang daripada BN dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978.

Tambah Halim, PAS tidak mungkir janji kepada BN ketika itu dan menegaskan, parti Islam itu tetap akan keluar kerana sudah tidak mempunyai kesefahaman lagi.

“Kalau tidak ditendang pun kita memang akan keluar dari BN kerana sudah tidak tahan lagi berada dalam BN.

“Kita sudah perit dengan BN,” kata beliau mengulas isu ini yang muncul semula ketika berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi DUN Galas sekarang.

Kempen pilihan raya bermula Selasa lalu dan pengundian dijadualkan 4 November ini. Isu ini timbul ketika ada pandangan supaya PAS dan Umno mengadakan semula perpaduan politik. Bagaimanapun Nik Aziz menegaskan kemungkinan itu tidak boleh menjadi kenyataan berdasarkan pengalaman tahun 1970-an. (The Malaysian Insider)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

L/Belakang Calon BN, Kalo Tok Tipu Buke UMNO...


(Klik gambar untuk paparan lebih jelas..)

"Live from Galas: (GAMBAR) UMNO tipu kelulusan pendidikan calon

UMNO menggunakan taktik kotor dengan membohongi rakyat tentang status kelulusan pendidikan calon BN. Semasa penguguman calon tempoh hari, menyatakan bahawa calon BN berkelulusan SPM sahaja. Tetapi melalui penyebaran risalah di DUN Galas menyatakan calonnya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian di UUM.

bak kate penduduk di Galas "kalo tok tipu buke UMNO namo nyo"


Sumber: http://demokrasi93.blogspot.com

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

Damage Control - Pantau Pilihan Raya

GALAS, 30 Okt- Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Hj Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media hari ini menyentuh tentang isu pemilikan tanah orang asal. Jabatan Tanah dan Galian negara selama ini tidak menyenaraikan orang asal sebagai bumiputera menyebabkan pindah milik tanah kepada orang asal tidak dapat dilaksanakan.Hanya pada awal tahun ini barulah UMNO mengiktiraf orang asal sebagai bumiputera.

Cadangan Penubuhan Urusetia Hal Ehwal Orang Asal oleh calon PAS merupakan satu inisiatif untuk memastikan orang asal sebagai penduduk asal negara ini tidak dilupakan dalam soal pembangunan. Dalam sidang media pagi tadi, beliau memperkenalkan pendekatan Damage Control yang bertujuan untuk memantau sebarang kelemahan yang berlaku di sepanjang pilihanraya kali ini.

Setiap pelanggaran yang berlaku akan dikenakan kad kuning dan kad merah bagi kesalahan yang lebih serius. Menyentuh tentang kaedah kempen PAS dalam pilihanraya kali ini, beliau menjelaskan PAS menggunakan pendekatan biasa yang digunakan selama ini iaitu memberi penerangan kepada rakyat, merayu dan memujuk. Para petugas sama sekali tidak dibenarkan membuat sebarang kecaman ketika berkempen.

Menjawab dakwaan yang menyatakan bahawa Tok Guru sayang Guan Eng yang ditimbulkan oleh Datuk Usman Abdul pula, beliau berkata ini kerana pentadbiran di bawah Guan Eng tidak pernah mendiskriminasi siapa yang layak untuk memasuki masjid dan surau. Namun di bawah pemerintahan UMNO BN, PAS dihalang dari memasuki masjid meskipun untuk menyampaikan dakwah, malah didakwa oleh UMNO sebagai ekstrimis.

Beliau turut membangkitkan persoalan tentang ketiadaan gambar calon BN, Abdul Aziz yang menurut beliau menggambarkan terdapat masalah di dalam BN berkaitan pemilihan calon mereka pada pilihanraya kali ini.

Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh wartawan berkaitan undi rosak, beliau menjangkakan bahawa undi rosak pada pilihanraya kali ini hanya sekitar 1 hingga 3% sahaja.

Wartawan turut menimbulkan persoalan adakah Islam membenarkan untuk memhentam orang lain di dalam ceramah. Beliau menjelaskan ia adalah perlu bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana kebenaran itu perlu ditegakkan namun begitu Islam tidak membenarkan menyerang peribadi seseorang individu.

Di akhir sidang media tersebut, beliau menyebut tentang jumlah pengundi luar iaitu bagi Parlimen sebanyak 312 orang dan DUN sebanyak 282. Beliau berharap agar semua pengundi luar ini dapat pulang untuk mengundi pada hari pengundian nanti. (PAS)

N45 Galas: Habuan RM250 Menyalahi Peraturan P/Raya







GUA MUSANG 31 okt 10:
Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.

"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi." (mStar Online)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

Perjuangan Mahmud Mabhuh, Difilemkan

HALAMAN HIBURAN

31 OKT 10: Jurucakap Hamas Mahmud al-Zahar saat ini sedang menulis naskah untuk siri TV tentang kehidupan dan kematian Mahmud al-Mabhuh, seorang pemimpin Hamas yang dibunuh oleh Mossad di Dubai.

Al-Zahar mengatakan dalam sebuah sidang Palestin di Gaza minggu ini bahawa dirinya sedang menulis skrip untuk siri TV tentang Mahmud Mabhuh.

Kehidupan Mabhuh tentu layak untuk dijadikan sebuah drama televisyen. Lahir dan dibesarkan di Gaza, ia terpaksa melarikan diri dari Jalur gaza pada tahun 1989 kerana adanya pemburuan IDF terhadap dirinya. Pada saat kematiannya, ia berusia 50 tahun dan berperanan di Hamas dalam urusan luar negeri. (AK)

Julang Piala Malaysia: Kelantan Isytihar Cuti

SUKAN

JUARA PIALA MALAYSIA... Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjulang trofi selepas pasukan 'The Red Warriors' itu menewaskan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto S.S KANESAN /The Star


Para pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

KL, 31 Okt 10:Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.

Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad. Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini. (AK)

B Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan.
B Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan.
Pengendali Red Warriors
HAIRUDDIN ketika sesi latihan, petang semalam.
Hairuddin ketika sesi latihan, petang semalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails