Friday, January 07, 2011

E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia?

E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia?
Bab 1
Bab II
Akan bersambung dari masa ke masa, sila ikuti terus..

Menteri Rogol Amah, PM Pertikai...

NONEKL 7 Jan 11: Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan mengapa dakwaan rogol ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, baru dibangkitkan sekarang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan rogol melibatkan menteri penerangan itu dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

"Apa pun, (kes yang didakwa itu) berlaku pada tahun 2007. Soalnya mengapa baru sekarang (dibangkitkan)?" soalnya.

"Dia dah buat kenyataan, dia pertahankan kenyataan dia, jadi biarlah proses itu berjalan.

Tak boleh hakimi

"Kita tak boleh hakimi dan kata sesuatu terhadap seseorang sebelum siasatan yang sepatutnya dijalankan," katanya lagi dalam satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, Rais menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

rais yatim pc 070809 03"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," kata Rais dalam satu kenyataan.

Katanya, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. (Malaysiakini)

Kediaman Rocky's Dipecah Kerana Blog Juga?

KL, 7 Jan 11: Rumah blogger proUmno Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini, di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya yang dipetik Bernama.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Nama Ahirudin kembali diperkatakan di blog-blog sejak bulan lalu ekoran satu laporan di blognya yang menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri Malaysia telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Laporan itu menggemparkan negera apabila mendakwa kejadian tersebut berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan diketahui Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Sebelum ini juga, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Kediaman Rocky's Bru dipecah masuk, kereta dicuri, adakah kerana tulisannya dalam blog juga?

Lihat sebelum ini...

Blog Bongkar Derhaka Sultan, Pejabatnya Disimbah Cat?


KL, 7 Jan 11: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat ke atas pejabatnya awal pagi tadi ada kaitan dengan tulisannya di blog yang didakwa mempertikai keputusan Sultan Selangor berhubung perantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Shuhaimi berkata, beliau yakin pihak yang melakukan perbuatan itu mula berasa terancam dengan pendedahan di blognya bahawa siapa sebenarnya yang wajar digelar penderhaka kepada Sultan.

"Sudah pasti ia dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab, yang berasa terancam disebabkab blog saya mula membongkarkan siapa penderhaka Sultan dan individu mana yang cukup berbahasa kasar hingga kita boleh labelkan ia 'ibu kepada segala kebiadapan bahasa' ke atas Agong, Sultan dan Raja," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pejabat Adun Seri Muda di Kota Kemuning, dekat Kota Raja disimbah cat merah awal pagi tadi. Petugas yang bermalam di pejabatnya memaklumkan perkara tersebut kepada beliau setelah menyedari terdapat cat merah di bahagian pintu dan kawasan sekitar pejabat kira-kira jam 6 pagi.

Petugas itu memeriksa kawasan sekitar dan turut mendapati seperti ada kesan retak di cermin tingkap. Shuhaimi menyifatkan perbuatan khianat itu sebagai tidak matang dan tidak ubah seperti perbuatan Ah Long mengugut orang yang tidak membayar hutang.

"Perbuatan ini mengambarkan sikap tidak matang dan cara pemikiran seperti 'along' yang dimiliki oleh pihak yg terlibat," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau memberitahu, beliau telah menghubungi pihak polis dan satu laporan polis akan dibuat oleh pengurus pusat khidmat rakyat Dun Sri Muda, Azmin jam 3 petang ini. Mengulas lanjut mengenai pihak yang mendakwa beliau menderhaka kepada Sultan, beliau berkata, pihak ini dahulunya yang mencerca dan menghina Raja-Raja Melayu, namun sekarang ini mereka berlakon seolah-olah merekalah pembela Raja-Raja Melayu.

"Dulu pihak ini cerca, maki dan hina Raja-Raja Melayu, sekarang mereka berlakon kononnya merekalah benteng Raja Melayu.

"Saya yakin semua institusi beraja tahu siapa sebenarnya pihak yang mengurangkan kuasa raja dan menghapus kekebalan raja. Biar berapa lamapun mereka bermuka muka, akhirnya kebenaran akan muncul menghapus kepalsuan," katanya.

Tambahnya, perbuatan pihak berkenaan menyerlahkan lagi sikap terdesak untuk kelangsungan politik mereka.

"Apa saja yang dilakukan oleh pihak ini akan menyerlahkan lagi kerakusan mereka hanya untuk survival politik mereka sahaja. Lebih banyak keburukan seperti itu dilakukan, lebih mantap lakonan mereka, sebenarnya lebih cepat Putrajaya akan bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Perbuatan berbau ugutan itu tegasnya tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menyatakan kebenaran.

"Tindakan berbau ugutan ini tidak akan mematahkan semangat saya, bahkan semakin ramai rakyat sedar duduk perkara yang sebenar. Iltizam kita mengangkat martabat raja, bukan seperti Umno BN yang mengurangkan kuasa raja," katanya.

Tulisan beliau di blognya 30 Disember lalu bertajuk "Pandangan saya berasaskan Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959" (Sila klik Pandangan saya berasaskan Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri ...) didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri. (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Menteri Rogol TKI: Berita Dari Indonesia

Tenaga Kerja Wanita
Jakarta 7 Jan 11: Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) siap menangani kasus dugaan perkosaan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) berinisial Rb (46) oleh seorang menteri Malaysia pada 2007.

Kepala BNP2TKI Jumhur Hidayat telah menugaskan Kepala Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), unit pelayanan teknis di bawah BNP2TKI, Jawa Tengah, AB Rochman, menemui keluarga Rb di rumahnya, Banjarnegara, Jawa Tengah.

"Kami akan tangani kasus ini. Jika benar, kami mengedepankan pemulihan hak-hak korban," kata Jumhur seperti tertuang dalam keterangan tertulis BNP2TKI yang diterima VIVAnews.com.

Jumhur melanjutkan, BNP2TKI akan berkoordinasi dengan KBRI Kuala Lumpur dan pihak-pihak terkait, untuk menyelesaikan kasus yang membelit Rb. "Pemerintah wajib memberikan perlindungan terhadap TKI maupun WNI di manapun dia berada. Karena itu, jika korban merasa dirugikan, BNP2TKI siap memfasilitasi menyelesaikan kasus ini sesuai hukum yang berlaku," ujarnya.

Menteri yang disebut-sebut melakukan dugaan perkosaan itu adalah Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim. Politisi senior itu pernah menjabat beberapa posisi menteri di kabinet Malaysia.

Namun,Rais Yatim membantah keras bahwa dia terlibat kasus perkosaan TKW. "Saya menafikan sembarang tuduhan tersebut, sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," kata Rais, seperti dikutip kantor berita Bernama, dan juga dimuat di laman harian Utusan Malaysia, Rabu 5 Januari 2011. (art).

Krisis SUK: Apakata Dr Khairuddin MAPIM


KL 7 Jan 11: Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayai bahawa perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Dr Khairuddin Abdul Malik, Ahli Majlis Perunding MAPIM, seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

Lihat kenyataan penuh beliau.

SUK: Jangan dua kali dipatuk dari lubang sama

KRISIS perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak. Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.

SUK adalah Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam hairaki sebuah perkhidmatan awam Negeri. Perkhidmatan awam adalah agensi perlaksana dasar-dasar Kerajaan yang ditentukan oleh rakyat melalui Kerajaan yang mereka pilih setiap 4-5 tahun. MB pada hakikatnya dipilih oleh rakyat untuk merangka dasar-dasar politik, sosial dan pembangunan yang disukai rakyat. Kalau MB gagal memahami kehendak rakyat, dia akan dijatuhkan melalui pilihanraya.

MB adalah ketua eksekutif Kerajaan Negeri dan SUK bekerja secara amanahnya untuk rakyat sesebuah negeri melalui usaha sungguh-sungguhnya dan ketaatannya kepada Kerajaan hari itu (goverment of the day). SUK tidak boleh mempunyai agenda lain daripada itu. Walaupun beliau boleh menerima arahan-arahan perkhidmatan secara umum daripada KSN tetapi dalam mematuhi polisi-polisi pentadbiran beliau sesungguhnya bekerja dibawah arahan MB. Itulah rasional kenapa sebelum perlantikan mana-mana SUK baru, MB perlulah dirujuk oleh KSN dan bukan dipaksakan kepada beliau untuk menerima. Sukar sangatkah untuk KSN melakukan sedemikian. Lainlah jika beliau ada agenda lain.

Tidak timbul langsung perlantikan seorang Ketua Polis Negeri, Ketua Briged Tentera, Pengarah Kastam atau Pengarah Imegresen Negeri perlu dirujuk kepada MB ! Kononnya jika perlantikan SUK perlu dirujuk kepada MB maka nantinya perlantikkan Ketua Polis Negeri dan lain-lain yang disenaraikan diatas juga mesti dirujuk kepada MB. Inilah kekhuatiran MP Kulim yang sebenarnya menyerlahkan kedunguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Kalau tak tahu lebih baik senyap !

Kenapa isu perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK Selangor terpaksa diharungi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ? Sebaiknya terima sajalah dengan mudah. Boleh tutup episod hitam ini dan Kerajaan Selangor tidak terpalit dengan pelbagai fitnah yang sudah dan bakal dicetuskan oleh UMNO dan juak-juak medianya khusus Utusan Malaysia. Di Malaysia ini hanya UMNO dan Perkasa sahaja yang taat kepada Raja! Apa sahaja krisis yang dipaksakan oleh UMNO kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri PR, fitnah yang akan dijual kepada rakyat ialah Pakatan Rakyat derhaka Raja.

Rasulullah pernah berpesan dalam satu sabdanya yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama; maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Untuk memahami apa yang berlaku rakyat boleh belajar daripada pengalaman Kerajaan PR Perak (Mac 2008-Februari 2009) yang mempunyai SUK yang tidak ¡®mesra PR¡¯ (not PR friendly). Tindakan-tindakan SUK Perak tersebut perlulah dibaca sekali dalam semangat bahawa sejak awal-awal lagi Najib dan lanun-lanun politik di Perak sudah mengetus pelbagai agenda dan menyatakan secara terbuka untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak walau dengan apa cara sekalipun ¨C termasuk perangkap rasuah dan sex, culik Wakil Rakyat dan lain-lain.

Apa yang telah berlaku di Perak?

Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.

Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya. Beberapa cadangan-cadangan pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur asing sengaja dilewatkan surat menyuratnya. Berlaku peristiwa dimana SUK Perak dikesan hadir dalam majlis di bangunan Pejabat UMNO Negeri sedangkan ada majlis rasmi Kerajaaan Negeri.

Pernah Setiausaha Dewan Negeri Perak (pegawai dibawah SUK) diarah untuk hadir dalam mesyuarat di pejabat UMNO Negeri bagi merancang rampasan kuasa Speaker DUN Perak yang sah. Beberapa hari menjelang sidang DUN Perak, dewan DUN Perak dikatakan dibenarkan dicerobohi oleh bomoh pawang kurafat pelaku syirik dalam keadaan dewan tersebut sepenuhnya di bawah kuasa pentadbiran SUK.

Dalam sidang DUN Perak dirsertai puluhan orang polis bahkan dikesan membawa senjata api memasuki dewan DUN Perak sedangkan dewan tersebut sepenuhnya dibawah kuasa SUK. Banyak lagi yang boleh ditulis, namun sebagai persiapan supaya Kerajaan Selangor tidak dijatuhkan oleh lanun-lanun politik UMNO secara yang sama dengan Perak, lebih baik Kerajaan PR Selangor berpatah tulang dan mandi keringat lebih awal sebelum nantinya berputih mata ! Sebagai renungan untuk difikir bersama perhatikanlah 2 fakta ini :

i) SUK Perak sekarang mempunyai jawatan hakiki yang sudah melayakkan beliau memegang jawatan KSU di Putrajaya. Beliau sudah pegawai turus (SUK hanya jusa A) tetapi tetap menjadi SUK Perak. Terloponglah pegawai-pegawai lain tak dapat naik pangkat jadi SUK hanya kerana agenda UMNO/BN. Mengapa KSN tidak berlaku adil dan ikut amalan biasa urusan kenaikan pangkat.

ii) Seorang pegawai kanan yang pernah menjadi pengarah SPRM Perak diberikan gelaran Dato¡¯ 2 bulan setelah rampasan kuasa di Perak. Umum mengetahui peranan beliau yang jahat dalam komplot rampasan kuasa tersebut (SPRM menyediakan pelacur-pelacur untuk perangkap sex Adun-Adun PR). Adalah menjadi amalan bagi pegawai-pegawai Kerajaan anugerah Dato adalah melalui cadangan (recommendation) SUK di Negeri masing-masing.

Beberapa kesimpulan dapat dibuat supaya rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan lebih-lebih lagi institusi istana disemua Negeri dapat menilai seadil-adilnya tindakan-tindakan UMNO mutakhir ini.

  • UMNO/BN tidak memperdulikan ketenteraman dan keharmonian rakyat asal sahaja agenda mabuk kuasa mereka tercapai.
  • Keputusan rakyat dalam pilihanraya yang walaupun berat sebelah kepada UMNO/BN tidak akan pernah dihormati.
  • Aturan kenaikan pangkat pegawai Kerajaan dibakul sampahkan dan senioriti tidak penting sekiranya anda tidak sanggup jadi perkakas UMNO/BN.
  • Institusi Raja boleh dihina atau disanjung berdasarkan keperluan agenda mengikut kesesuaian nafsu politik UMNO/BN.

Undang-undang peraturan hanya perlu dipatuhi jika bersesuaian dengan nafsu UMNO/BN. Di Negeri-Negeri UMNO/BN berkuasa : Sultan dikatakan Raja berperlembagaan dan Speaker DUN ada kuasa mutlak. Di Negeri-Negeri PR mentadbir dikatakan Sultan berkuasa sebagai ¡°absolute monarch¡¯ dan speaker DUN tiada kuasa apa-apa pun. Anehnya mahkamah Malaysia mengabsahkan diri sebagai rakan kongsi UMNO untuk menafikan keadilan kepada rakyat.

Sesungguhnya Allahlah pemilik kuasa mutlak. Kita makhluknya hanyalah insan-insan kerdil yang bakal memasuki neraka Allah jika kita membelakangkan keadilan dan mendakap kezaliman.

Dr Khairuddin Abdul Malik, Ahli Majlis Perunding MAPIM

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Pilih Islam: Tampak Seperti Putri, Benar-benar Indah.


PARIS 7 Jan 11: IA minta dipanggil Jennifer saja. Belum setahun perempuan asal La Courneuve, sebuah kawasan di utara Paris berusia 28 tahun ini masuk Islam. tepatnya, ia bersyahadat pada April tahun lalu.

Beberapa tahun yang lalu, katanya, dia tidak akan pernah membayangkan mengambil keputusan semacam ini. Jennifer, yang memilih untuk tetap menggunakan nama itu kendati telah menjadi Muslim, dibesarkan dalam keluarga Kristen KTP. Meskipun tidak pernah dibaptis, dia bilang dia selalu "percaya pada Tuhan" dan "percaya pada kekuatan doa."

Bukan asal bicara kalau soal ini. Pada pernikahan pertama, ia mengalami penganiayaan fisik oleh suaminya. "Doa-doa membantu saya untuk menjadi nyaman. Tidak terlalu banyak, lima menit sebelum tidur meminta Yesus Kristus untuk membantu. Tapi itu membantu untuk memberitahu diri sendiri bahwa ada pihak lain -- yaitu Tuhan -- yang bisa membantu," jelasnya.

Pun ketika akhirnya ia memutuskan bercerai, hidupnya tak kunjung tenang. Masalah tempat tinggal, seorang anak yang harus dihidupinya, dan kontrak kerja yang sementara selalu membayangi, di samping mantan suami yang terus merongrong. "Saya berpikir, tidak bisa melanjutkan hidup saya," katanya.

Kemudian, suatu malam di klub malam, ia bertemu dengan pria imigran asal Senegal. "Saya tidak pernah berpikir saya akan menikah seorang Muslim. Mereka adalah jenis pria yang gemar memukuli istrinya. Tapi belakangan saya sadar, prasangka saya itu jahat sekali."

Malam itu, pria Senegal itu tampak aneh di matanya. Ia tak minum, dan datang ke klab malam hanya untuk main poker. Mereka pun berteman sejak saat itu.

Dalam kesehariannya, pria itu tampak normal, katanya. "Hanya satu yang membedakan dengan yang lain, dia tak minum dan tak makan daging babi," katanya.

Meski sesekali berbicara tentang agama, dia tak pernah meminta Jennifer pindah agama. Namun satu candaannya, sangat membekas di hati Jennifer. "Suatu saat dia melihat saya berdoa, dan setelah saya selesai, dia bercanda, 'aku harap tadi kau tak sedang berdoa pada Yesus'."

Entah mengapa, ia tergelitik untuk mencari tahu tentang Islam melalui internet. Jennifer menemukan bahwa Muslim percaya kepada Yesus, tapi sebagai nabi. "Sementara dalam Alkitab, saya menemukan perbedaan antara Yesus dan Allah tampak ambigu. Islam seperti agama yang paling masuk akal pada tataran moral dan praktis," tambahnya.

Ia makin rajin mempelajari Islam. Hingga akhirnya pada bulan April, ia memiliki keberanian untuk bersyahadat, menafikan apa kata keluarga dan teman-temannya kemudian.

"Saya menjadi Muslim secara online, melalui sebuah website," ujarnya. Merasa tak puas dengan cara itu, "Akhirnya saya mendatangi masjid, dan di sana saya kembali bersyahadat."

Apa yang dirasakannya setelah menjadi Muslim? "Saya merasa sendirian," ujarnya tergelak. Maklum saja, ia belajar Islam dari internet dan buku-buku. Namun, kini ia memiliki banyak teman baru di Union des Organisations Islamiques de France (Union of Islamic Organisations of France).

Kini, Jennifer mengaku tengah belajar membaca Alquran. Sesekali, dia tampil berjilbab. ia lebih sering mengenakan pashmina untuk menutupi dada dan rambutnya. "Saya melihat gadis-gadis dengan jilbab mereka dan saya pikir mereka tampak seperti putri. Benar-benar indah," katanya. (Republika Online)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails