Monday, May 23, 2011

Tokoh Agama, Tolong Fatwakan Kerja Dg CIA, Haram.

Logo CIA

KL 23 Mei 11: Ulama-ulama Islam dan tokoh-tokoh agama lain di Malaysia diseru supaya mengeluarkan fatwa 'haram' atau larangan kepada penganut agama masing-masing di Malaysia supaya tidak berkerja dengan agen perisik Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat (AS) yang menjual maklumat keluar negara. Demikian pandangan Weblog Ibnu Hasyim.

"Hal ini adalah suatu pembelotan! Banyak sudah contoh-contoh di negara jiran. Bagaimana penglibatan CIA menjatuhkan Presiden Sukarno di Indonesia, atau peranan CIA mempertahankan kerajaan haram dan zalim di Asia Barat, bahkan di seluruh dunia. Rakyat negara itu sendiri jadi pembekal maklumat..." Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

Lembaga intellijen AS kini sedang giat iklan di televisyen untuk mencari calon agennya. Target mereka kali ini adalah pemuda yang boleh bercakap banyak bahasa. Seperti ditayangkan di stasyen berita CNN, Khamis, 18 Mei 2011, CIA membuat sebuah iklan televisyen yang menampilkan ketegangan seorang agen. Dikatakan bahawa menjadi agen itu bererti membawa perubahan harian dan mendapat suatu pekerjaan yang mencabar bahaya.

"Jangan hanya lihat di berita, bergabunglah dengan kami, 24 jam sehari," ujar iklan tersebut.

Ini adalah kali pertama CIA dengan secara terang-terangan mengadakan rekrut anggota. Sebelumnya, menurut CNN, CIA tidak pernah seterbuka ini dalam mencari calon agennya. Direktur CIA, Leon Panetta, mengatakan, mereka mencari pemuda di seluruh AS yang dapat bercakap selain dari bahasa ibunda mereka. Panetta mengatakan CIA terutamanya, mencari orang-orang dari komuniti Timur Tengah di AS, yang tahu bahasa Pashto dan Dari, dua bahasa etnik Parsi yang kerap digunakan di Afghanistan, Pakistan dan Iran. Selain itu, mereka juga mencari pemuda yang fasih berbahasa China.

"Agen kami nanti, akan dapat mengumpulkan informasi dari luar negera. Dengan berbicara bahasa negara tersebut, mereka akan mudah bercampur dan mengorek informasi dari sumber," ujar Panneta.

Agen-agen baru yang akan direkrut ini akan ditempatkan di unit National Service Clandestine, suatu yang telah diumumkan secara resmi pembentukannya pada 2005. Aktivitisnya dikatakan salah satu dari lima unit inteligen terbesar ke lima di dunia, disejajarkan dengan Mossad, Israel, dan MI6, Inggeris.

Walaupun begitu, bagi dua orang mahasiswa Universiti Maryland yang fasih berbahasa Arab dan memang dipilih untuk direkrut CIA mengatakan "Saya tidak ingin terlibat langsung dengan apapun yang berbau kekerasan atau yang akan menimbulkan kesan kekerasan," ujar Maryam Elbaghiti ketika ditanya mengenai peluang kerja di CIA.

"Intelligen bukan sesuatu yang ingin, saya ingin menjadi diplomat," ujar mahasiswa lainnya, Iman Tsz Yin Ng, ketika ditanya hal yang sama.

Patty Brandmaier, ketua perekrutan CIA, mengatakan mereka mencari orang-orang dengan latar belakang beragam. Pekerjaan ini, ujarnya, juga dapat dijadikan alternatif pekerjaan bagi pemuda-pemuda, "Kami perlu meyakinkan orang ramai untuk pertimbangkan bekerja di CIA sebagai satu dari pilihan pekerjaan yang beragam," ujarnya.

Kata editor Blog Ibu Hasyim lagi, ".. hal ini telahpun masuk ke negara-negara Asia, dan tidak mustahil akan melimpah ruah di negara ini.. Kerana itu perlu usaha-usaha menyerkatnya." (IH)

Sila rujuk ini...

Berita Gembira, China Jadi Negara Islam...

Muslim Uighur kembali dari shalat berjamaah di Masjid Id Kah, Kashgar, Xinjian. Kerusuhan beberapa tahun lalu masih menyisakan trauma bagi umat Muslim etnis ini. (China Daily))
Muslimah suku Bao di pedalaman Cina. Miskin perhatian pemerintah.
Dua Muslimah tengah membersihkan halaman di restoran makan halal tempat mereka bekerja di Yiwu.
BEIJING - Berita gembira dari Cina. Mungkinkah China jadi negara Islam? Kerana pemerintah Komunis Cina merancang untuk membangunkan masjid-masjid di seluruh negera. Hal ini, kata mereka, sebagai wujud kenyataan memenuhi tuntutan 20an juta warga Muslim di negera itu.

China akan jadi negara Islam, kalau hanya negara Islam itu dinilai dari sudut perkembangan pembinaan masjid. Bukan dengan meletakkan perlembagaan islam sebagai dasar negara.

Menurut seorang pejabat senior State Administration for Religious Affairs (SARA), sebelumnya warga Muslim Cina tertumpu ke daerah tertentu. Namun seiring dengan kemajuan ekonomi dan keperluan pekerjaan, mereka mula menyebar ke seluruh negara.

Sejumlah besar Muslim bermigrasi ke kota-kota sejak tahun 1978. Selain perlu lebih banyak rumah ibadah, "Mereka juga memerlukan tanah pemakaman khusus," kata Wakil Direktur Departemen Islam SARA, Ma Jin, seperti dikutip China Daily milik pemerintah.

Cina termasuk bangsa di luar Arab yang mengenal Islam lebih awal. Ajaran Islam pertama kali tiba di China pada sekitar tahun 615 M. Disebutkan dalam berbagai literatur sejarah, Khalifah Usman bin Affan yang menugaskan Sa’ad bin Abi Waqqash untuk membawa ajaran Islam ke daratan Cina. Bahkan beberapa sumber meyakini Sa’ad meninggal dunia di Cina pada tahun 635M, dan kuburannya dikenal sebagai Geys’ Mazars.

Dia datang pada masa kekaisaran Yung Wei dari Dinasti Tang. Kaisar ini kemudian memerintahkan pembangunan Masjid Huaisheng atau masjid Memorial di Kanton, yang merupakan masjid pertama di daratan Cina. Ketika Dinasti Tang berkuasa, Cina tengah mencapai masa keemasan, sehingga dengan mudah ajaran Islam tersebar dan dikenal masyarakat China yang juga disebut Tiongkok. (IH)

Murtad Kerana Berbogel Di Majalah Playboy


Sila Sahin


Gadis Turki berbogel mengaku bukan Muslim

BERLIN - Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.

"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. - Agensi

Ikuti kisah-kisah bogel seterusnya..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Hari Ini Debu G/Berapi Iceland Tiba Di Scotland?

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan gunung berapi Grimsvotn meletus dengan mengeluarkan debu ke udara.

Ruang udara Eropah berjaga-jaga

PARIS 22 Mei 11 Debu dari sebuah gunung berapi di Iceland mungkin tiba di utara Scotland menjelang esok sekali gus menjejaskan penerbangan. Jika letusan gunung berapi Grimsvotn itu berterusan, debu berkenaan akan tiba di sebahagian wilayah di Britain, Perancis dan Sepanyol menjelang Khamis ini.

Beberapa lapangan terbang di Iceland ditutup semalam ekoran kebimbangan bahawa debu dari gunung berkenaan yang meletus pada Sabtu lalu bakal mengancam keselamatan penumpang pesawat. Ekoran angin bergerak ke arah utara, pihak berkuasa menyatakan terdapat risiko yang sedikit akan berlakunya gangguan ke atas laluan penerbangan di Eropah dalam tempoh 24 jam.

Semalam, pihak berkuasa Britain menimbang untuk menghantar kumpulan pesawat bagi memantau pergerakan debu itu. Beberapa pihak pengendali pesawat kini kerap diberitahu mengenai situasi yang terkini berhubung debu gunung tersebut.

Pakar-pakar menyatakan, gunung itu mungkin tidak akan mencetuskan suasana yang sama seperti gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada April tahun lalu. Gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada tahun lalu menyebabkan sejumlah pesawat menghentikan operasi kerana debu yang berterbangan di udara. - Agensi

Hukum Sebat Di Aceh Mendidik, Mengapa Mereka Sakit Hati?

Hukuman cambuk bagi pelaku kejahatan di Aceh hanya memdidik rakyat.. tidak ada apa-apa masalah pun.

Ulama: Hukuman Cambuk Aceh Bikin Pelaku Jera, Tidak Langgar HAM


BANDA ACEH: Tokoh ulama Aceh, Tgk H. Imam Suja,` menegaskan, hukuman cambuk yang diterapkan di Provinsi Aceh tidak melanggar hak azasi manusia (HAM), karena peraturan tersebut sudah diatur dalam syariat Islam.

"Hukuman cambuk itu sudah diatur dalam syariat Islam yang kini sudah diterapkan di Aceh. Jadi, tidak melanggar HAM," katanya di Banda Aceh, Ahad.

Imam Suja yang juga Penasehat DPW Muhammadiyah Aceh itu menyatakan hal tersebut menanggapi desakan Organisasi Amnesty International yang minta Indonesia menghentikan penggunaan hukum cambuk di Provinsi Aceh.

Menurut Imam, Islam merupakan agama yang pertama kali menegakkan HAM, ketika pada zaman jahiliyah perempuan-perempuan dikubur hidup-hidup. "Pada saat Islam datang, maka perempuan yang sebelumnya dikubur hidup-hidup, tidak ada lagi. Oleh karena itu, tidak benar bila Islam melanggar HAM, justru menegakkan HAM," katanya.

Dikatakan, hukuman cambuk tersebut merupakan hukuman untuk membuat orang jera, agar tidak mengulangi perbuatannya. Jadi, katanya, agama itu adalah aturan, sehingga HAM tidak bisa mengintervensi syariat yang sudah diberlakukan di Aceh ini.

Hukum cambuk telah menjadi hukum positif yang diatur lewat sebuah qanun dimana pada saat pembuatannya semua unsur telah dilibatkan, termasuk Mahkamah Agung di dalamnya dan kalangan aktivis masyarakat sipil.

Dalam Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2006 tentang Pemerintahan Aceh (UU-PA), sebagian kewenangan soal Syariat Islam juga sudah dilimpahkan oleh Mahkamah Agung ke Mahkamah Syariat di Aceh. (Sumber: Antara)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang musuh-musuh Islam tidak akan senang apabila melihat umat Islam melaksanakan agamanya dengan sempurna. Kenapa HAM atau Organisasi Amnesty International sakit hati, hingga terpaksa mendesak Indonesia menghentikan penggunaan hukum cambuk atau sebat di Provinsi Aceh? Jangan ingat hanya Nabi Musa AS yang dikejar Firau8n sahaja yang susah, bahkan Firaun yang mengejar beliau lebih susah dan teruk lagi.. (IH)

Sunday, May 22, 2011

Sebak.. K'tan Model Nagara Lain -Ulama Aceh



KOTA BHARU, 22 Mei 11:
Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Tgk Fakhruddin Lahmuddin (gambar kanan) tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Beliau menyeru rakyat Kelantan mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain. Katanya sejak 21 tahun lalu, Kelantan yang dipimpin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi. Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.

“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila. Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku. Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.

“Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita”,ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sejak 21 tahun lalu, Kelantan yang dipimpin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh. Cuma UMNO di negara sendiri yang tidak pandai menilainya, bahkan menjadi penentang nombor wahid. (IH)

Tokoh/Aktor Terkenal, Rupanya Suka Raba Punggung..

SCHWARZENEGGER... digelar Tangan Panjang.

SCHWARZENEGGER... tangan panjang, raba punggung, berzina...

NEW YORK: Selain bernafsu terhadap pembantu rumahnya, Arnold Schwarzenegger juga dilaporkan pernah mengusik adik dan ibu wanita terbabit. Menurut sumber, pelakon Predator itu menggaji tiga beranak, Mildred Baena, 50, Miriam, 48, dan Evelyn, kini 76, sebagai amah.

Kata sumber itu, setiap seorang daripada wanita terbabit pernah diraba Schwarzenegger ketika bekerja membersihkan rumah bekas Gabenor California itu.

“Schwarzenegger memang dikenali kerana gemar menyentuh punggung mereka ketika wanita terbabit bekerja.

“Mildred sendiri menceritakan perkara ini,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, walaupun Evelyn lebih tua berbanding Schwarzenegger, bekas jaguh bina badan dunia kelahiran Austria itu tetap bernafsu.

Semalam, The Sun melaporkan, Mildred - yang melahirkan anak hasil hubungan sulitnya dengan Schwarzenegger - menganggap aktor itu “bertangan panjang” kerana suka meraba pekerja wanitanya. Mildred diambil bekerja di rumah Schwarzenegger di Brentwood selepas diperkenalkan Evelyn dan hanya berhenti berkhidmat selepas 20 tahun.

Sementara itu, sumber lain berkata, Miriam bersimpati terhadap nasib isteri Schwarzenegger, Maria Shriver, 55, yang dicurangi.

“Sejak sekian lama Maria akrab dengan Mildred dan sama sekali tidak mengetahui anak lelaki yang dibesarkan itu adalah daripada benih suaminya,” katanya.

Schwarzenegger, 63, dilaporkan pernah membawa anak luar nikahnya itu bercuti bersama keluarganya tanpa disyaki sesiapa pun. - TS

Nak tahu di Malaysia, teliti gambar-gambar ini. Keterangan, lihat komen di bawah.

hishamuddinarak

hishamuddinarak3

hishamuddinarak2

Gelak begini.. cara pemimpin Islamkah?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hingga awal minggu ini, orang masih mengenal Arnold Schwarzenegger sebagai tokoh hebat. Dia berjaya jadi bintang filem Hollywood dan bertahan selama tujuh tahun menjadi gubernur negara bahagian California, Amerika Syarikat (AS).

Namun, Schwarzenegger akhirnya membuat pengakuan yang mencengangkan. Dia dikatakan mengkhianati isterinya yang cantik dari keluarga terhormat, Maria Shriver. Tidak hanya itu, sehingga memiliki 'anakharam' dan hubungan mereka tertutup rapat selama lebih dari sepuluh tahun. Menurut media massa AS, kecurangan itu berlaku dengan bekas pembantu rumah Schwarzenegger sendiri.

Itu sebabnya dalam Islam, pemilihan kepimpinan amat penting dinilai melalui peribadinya dan perjuangannya. Tidak terpisah antara sikap peribadi dengan politik, seperti yang berlaku di barat. Tidak berpisah agama dengan politik. Tidak layak jadi pemimpin orang yang jelas melakukan dosa besar atau berkekalan dengan dosa kecil.

Contohnya pemimpin yang pernah berzina, minum arak, tidak sembahyang fardhu, perasuah, berkekalan tidak tutup aurat, membazir wang dan sebagainya. Di Malaysia pun dikatakan ada pemimpin mengaku beragama Islam, yang suka raba punggung wanita bukan muhrimnya. Disitu (ciri-ciri kepimpinan Islam), tarbiah ke arah masyarakat madani yang mementingkan kesejateraan rakyat. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails