Monday, June 27, 2011

Hibur Hibur Sikit 38: Lagu Bersih, Sempena Bersih 2.0, 9 Julai

Lagu BERSIH oleh Tan Sri SM Salim dan M Nasir

Lirik SELOKA CAK KUN CAK di bawah :


Satu masa yang telah silam

Tak dapat diambil kembali

Melayu masyhur serata alam

Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita ramai terbilang

Ditakuti ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang

Keras semangat kerana bangsa

Gerak semangat kerana bangsa

Dialog itu orang dulu, berani rajin

Kelekaan jangan dikenang

Lautan juga kelak direnang

hampir tinggal sehelai benang

bencana sengaja dipinang

jika perhati bangsa dagang

kapak beliong,di tangan memegang

kekayaan hendaklah diregang

akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termasyhur

usahlah berdengkur

Kita jua yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur

laallalala

kulitnya BERSIH, hatipun BERSIH

budi yang baik hatinya pengasih

kulitnya besih, hatipun BERSIH

memikul belati tiada yang memilih

Jadikan besih, hatipun putih

Berkata benar bermulut fasih

Jadikan BERSIH, hatipun putih

Biarlah khazanah pintu terpilih

hohoohoh

Awak yang payah membelah ruyung

Orang bertandang yang beroleh untung

Akhirnya kita tak akan dihitung


YouTube - perhimpunan BERSIH

2 min - 10 Nov 2007 - Uploaded by reformer87
perhimpunan halal BERSIH on 10th November 2007...Kuala Lumpur. ... bile maslah alam sekitar boleh deal ngan JAs. ...
www.youtube.com/watch?v=MGaLzp7eJEM

YouTube - Video Majlis Prelude Perhimpunan Aman BERSIH 4

30 sec - 7 Nov 2007 - Uploaded by jabamal
Tarikh : 7 November 2007 ( Rabu ) Masa : 4.30 ptg Tempat ... Video Majlis Prelude Perhimpunan Aman BERSIH 4 ... Added to ...
www.youtube.com/watch?v=0ZHvD00k79g
  1. Perhimpunan Bersih di Al-Jazeera

    6 min - 10 Nov 2007 - Uploaded by nadiupin
    Perhimpunan 100 ribu Rakyat anjuran BERSIH
    youtube.com
  2. Perhimpunan Bersih - rakyat

    5 min - 21 Nov 2007 - Uploaded by phero2u
    perhimpunan bersih 10nov
    youtube.com
  3. Laporan Al Jazeera Perhimpunan Aman Bersih ...

    1 min - 11 Nov 2007 - Uploaded by Yiesblack
    bit.ly Dapatkan gambar, berita & maklumat2 yg tepat di website = www.klpos.com @ http @ www.harakahdaily.net @ http ...
    youtube.com
  4. Perhimpunan Bersih di Al-Jazeera

    6 min - 11 Nov 2007
    Nov 10, 2007: The largest political protest in nearly a decade erupted in Malaysia's capital city, Kuala Lumpur, with riot police ...
    dailymotion.com
  5. Perhimpunan BERSIH 10 November 2007 Gambar 1

    9 min - 14 Nov 2007 - Uploaded by Yiesblack
    bit.ly Gambar Perhimpunan BERSIH 10 November 2007 TAHNIAH kepada semua yg menyertai phimpunan aman (yg ...
    youtube.com
  6. Perhimpunan BERSIH 10 November 2007 Gambar 2

    9 min - 14 Nov 2007 - Uploaded by Yiesblack
    bit.ly Gambar Perhimpunan BERSIH 10 November 2007 TAHNIAH kepada semua yg menyertai phimpunan aman (yg ...
    youtube.com
  7. Perhimpunan Bersih 10/11/2007

    1 min - 10 Nov 2007 - Uploaded by nvbnvb
    xxmixitxx.blogspot.com Di rakam guna henset, channel al-jazeera english (CH513) kat astro. Kekejaman kaum2 FRU dgn ...
    youtube.com
  8. Pehimpunan BERSIH 9 & 11 Disember 2007

    5 min - 29 Nov 2007 - Uploaded by malaysianews
    Pertama - Penguam (Walk for Justice) Kedua - 10 NOV 2007 (Istana Negara) Perhimpunan ketiga & keempat (akan ...
    youtube.com
  9. Perhimpunan Bersih di Al-Jazeera

    6 min - 11 Nov 2007
    Nov 10, 2007: The largest political protest in nearly a decade erupted in Malaysia's capital city, Kuala Lumpur, with riot police ...
    dailymotion.com

Lagi lagu-lagu pilihan..

Sunday, June 26, 2011

Bersih 2.0: 9 Jul: Akan Guna ISA Jika... -Hishammuddin


Pemimpin BN makin terdesak lagi..

KUALA KUBU BARU, 26 Jun 11: Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Himpunan Bersih 2.0 tetapi berkata Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan undang-undang keselamatan yang lain buat masa sekarang.

Menteri Dalam Negeri juga berkata tentera kemungkinan akan dikerah jika keadaan tidak terkawal pada 9 Julai. Awal hari ini polis Pulau Pinang berkata akan mendapatkan perintah reman untuk menyiasat 30 aktivis Bersih 2.0 dari Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Bersih 2.0 membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno pula mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin (gambar) yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa saja yang mencetuskan huru-hara pada 9 Julai. Katanya pihak polis akan bertindak berkecuali dalam isu semasa ini.

“Jika ada huru-hara, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tindakan yang sesuai diambil mengikut undang-undang untuk mengawal keadaan.

“ISA tidak perlu (digunakan) tetapi boleh digunakan, tetapi untuk menggunakan ISA mesti ada sebab-sebab, benar-benar mengancam keselamatan,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Hulu Selangor di sini petang ini.

Katanya, akta itu hanya akan digunakan dalam situasi ekstrem, misalnya ke atas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

“Tetapi jika kita mengambil tindakan dalam konteks yang dikaitkan dengan politik, ia boleh dieksploitasikan.

“(Buat masa sekarang) undang-undang lain boleh digunakan. Kita belum sampai ke tahap itu, kami akan memantau situasi itu terlebih dahulu,” katanya lagi. (IH)

Bersih 2.0: BN Terdesak Guna Nama Agung & S 122 -Dr Nasir


KL, 26 Jun 11: Pihak berkuasa akan menggunakan apa sahaja ruang dan segala bentuk undang-undang untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 termasuk menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong, kata Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim.

Menurut Nasir (gambar), senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan. Adun Kota Damasara berkata, penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka.

“Dalam hal ini senang sahaja. Kalau kerajaan beri arahan, kita tidak ikut, dan Agong restu ikut Perlembagaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri atau apa sahaja.

“Jadi mereka boleh katakan begitu. Semua undang-undang, kalau anda pertikai, mereka boleh kata anda melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau dipetik TV Selangor.

Menurut Nasir, beliau menjangkakan keadaan akan menjadi lebih tegang dan tidak mustahil provokasi polis akan menjadi lebih keras demi menakutkan rakyat dari menyertai himpunan aman ini. Bagaimanapun katanya, apa jua cara yang digunakan kerajaan, ia tidak akan mampu menghalang kuasa dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

“Memang cukup terdesak mereka ini. Tak makan akal. Tapi ini yang mereka lakukan sekarang ini. Kita jangkakan akan ada perkara yang lebih teruk akan berlaku tetapi rakyat mereka tidak dapat lawan,” kata beliau.

Tindakan menahan 30 aktivis PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj dan dihadapkan di Mahkamah Majistret petang ini adalah yang terbaru sejak kelmarin. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Kesemuanya aktivis PSM ini ditahan semalam di plaza Tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis berkaitan Bersih 2.0 di Pulau Pinang. Kelmarin, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS juga turut ditahan kerana memakai pakaian berwarna kuning di beberapa tempat seperti Kapar dan Ampang.

Sementara itu, laporan Bernama Online Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Abdul Rahim berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

“Antaranya risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, semua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya di George Town.

Abdul Rahim berkata, mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Pulau Pinang.

“Polis terpaksa menahan semua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara,” katanya.

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.

Kempen PSM bertemakan “Udahlah tu... Bersaralah” itu dikatakan tertumpu ke bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.

Semalam 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan. Abdul Rahim berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan. (The Malaysian Insider)

TKW Indo: Lolos Dari Hukum Pancung Saudi..

Rosita Siti Saadah, TKW yang lolos dari hukum pancung.

Jakarta: Satu lagi tenaga kerja Indonesia berhasil lolos dari pedang pancung di Timur Tengah, setelah didakwa membunuh. Yang “luar biasa”, Rosita binti Saadah, ibu satu anak yang beralamat di Batu Ampar, Jakarta itu, selamat pulang ke Tanah Air, tanpa bantuan apapun dari pemerintah.

Dibebaskan setelah mendekam di Penjara Fujairah, Uni Emirat Arab, selama 20 bulan, Rosita mengaku sempat ditawari bekerja di rumah wakil kepala sipir. Tawaran itu ditampik, dia pun dibelikan tiket pulang ke Indonesia. "Mengapa pemerintah tidak tahu saya pulang?" Rosita bertanya.

Berikut petikan wawancara VIVAnews.com dengan perempuan berumur 28 tahun ini di kantor Solidaritas Perempuan, Jakarta, Kamis, 23 Juni 2011 lalu:

Kapan berangkat ke Fujariah?
Bulan April 2009.

Sudah berapa lama bekerja di sana?
Empat bulan.

Selama empat bulan sudah digaji?
Baru sebulan saya digaji.

Bagaimana perlakuan keluarga majikan?
Ya, baik sih perlakuannya, tapi omongan mereka kasar.

Apa yang terjadi di suatu malam di bulan Agustus 2001 yang menyebabkan Anda dituduh membunuh?
Malam itu, saya tidur duluan, pintu kamar tidak dikunci. Menjelang tengah malam, teman saya mau salat tahajud. Dia bekerja di bagian masak, sedangkan saya mengurus anak. Setiap hari saya bangun jam 07.00, dia sekitar jam 09.00.

Malam itu saya tiba-tiba mendengar suara teriakan. Saya terkejut. Saya langsung bangun. Suara itu saya kenal. Dia teman saya. Pas saya lihat, saat itu dia lagi dipegangi oleh anak majikan. Total ada tiga laki-laki. Salah satu di antaranya sedang memutar lampu. Saya pergoki mereka, mereka juga melihat saya. Lalu, salah satu dari mereka menyekap saya. Saya diancam: kalau teriak, saya akan dibunuh.

Lalu?
Pelakunya tiga orang, saya sangat takut. Begitu mereka pergi, saya langsung menghampiri teman saya. Saya bangunkan dia, tapi kok nggak bangun-bangun. Tak lama saya ketahui, ternyata dia sudah meninggal. Saya langsung melapor ke majikan. Majikan juga langsung lapor polisi. Tak lama kemudian saya dibawa ke rumah sakit dan ke kantor polisi.

Awalnya, saya gembira karena saya pikir telah mendapat perlindungan, karena memang saya tidak salah. Tapi, ternyata di kantor polisi saya malah dipukuli dan dituduh. Saya dipaksa mengaku membunuh. Saya katakan, walau digantung saya tidak akan mau mengaku.

Bagaimana proses pemeriksaan di polisi?
Saya mengaku pacaran sama anak majikan. Saya berharap, dengan pengakuan itu anak majikan saya dipenjara dan dia mengaku. Tak lama setelah itu, semua pelaku juga dipenjara. Saya dipenjara selama 10 bulan, setelah itu baru persidangan Mahkamah I dimulai. Saat itu tidak ada pendampingan dari KBRI (Kedutaan Besar RI). Setelah satu tahun, barulah KBRI datang. Kurang lebih pada saat sidang keempat.

Setelah itu langsung bebas?
Itu belum selesai. Setelah pembelaan yang kedelapan kali saya baru bisa bebas karena saya tidak terbukti membunuh, tidak juga terlibat. Lalu, saya diminta menjadi saksi dan dipulangkan. Sedangkan, sidang atas tiga pelaku itu terus berlanjut.

Bagaimana pemerintah Indonesia bisa tahu kasus ini?
Keluarga yang melapor. Lalu, perusahaan pemberangkat juga melapor ke KBRI. Baru pada sidang keempat sampai kedelapan, KBRI datang.

Sekarang Anda sudah bebas, ada yang ingin Anda tuntut?
Ya, saya menuntut tiga bulan gaji saya yang belum dibayar. (Diangkat dari VIVAnew)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Umat dan pemimpin Islam perlu prihatin ke atas kezaliman rakyat tanpa kira batas agama, negara dan bangsa.

Sebelum ini...

YouTube - Ruyati Binti Sapubi - An Indonesian Maid in Saudi Arabia ...

1 min - 2 days ago - Uploaded by samura633
Saudi Arabia has apologised to Indonesia for executing a maid without ... An Indonesian Maid in Saudi Arabia Beheaded on June 18, 2011 ...
www.youtube.com/watch?v=kpLpy4VSJXE
Video menunjukan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6).

Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur.

Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.

Web Suburkan Pengkid, Kem/Wanita Buat Apa?

BONGKAR... Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.
BONGKAR... Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.

KL 26 Jun 11: myMetro mendedahkan kerisauan apabila satu laman web pengkid mampu menarik lebih 1,600 ahli dari seluruh negara dengan segelintir daripadanya secara terang-terangan mendakwa gemar menjalin hubungan sejenis, seolah-olah menggambarkan kegiatan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Golongan songsang ini tanpa segan silu memaparkan nama dan nombor telefon bimbit masing-masing dalam laman web berkenaan supaya mudah dihubungi mereka yang berminat. Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka sanggup mengajak pasangan yang baru dikenali daripada laman web berkenaan untuk mengadakan seks rambang dengan rakan mereka.

Pemerhatian Metro Ahad mendapati kebanyakan gadis yang menyertai laman cari teman berkenaan terdiri daripada lingkungan umur 19 hingga 30 tahun. Profil kebanyakan gadis terbabit menunjukkan mereka berpelajaran tinggi, menuntut di universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja serta mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok songsang ini menjadikan laman web berkenaan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan selain membuka ruang untuk ahli baru mendaftarkan diri. Wartawan yang melakukan penyamaran turut mendaftarkan diri dalam laman web berkenaan. Malah, siasatan yang dilakukan berjaya membawa wartawan bertemu dua gadis yang mengaku pengkid dan lesbian.

Gadis yang ditemui mengaku laman web berkenaan menjadi tumpuan golongan bernafsu songsang mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan. Selain itu, tidak kurang juga yang cuba mencari ‘cinta sejati’ daripada kaum sejenis. Malah, selain portal berkenaan, mereka turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian dan pengkid di alam siber itu. Pemerhatian wartawan turut mendapati pasangan lesbian mahupun pengkid lebih mesra, penyayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Ikuti kisah gadis pengkid dan lesbian ini menerusi penyamaran yang dilakukan wartawan.

> AYISH, 23:

MENURUT Ayish, dia mula menyertai laman web berkenaan sejak tujuh bulan lalu bagi memudahkannya berjumpa dan berkenalan dengan kaum sejenis.

“Sejak menyertai laman web berkenaan, saya sudah berjumpa dengan 10 gadis yang masing-masing meminati pengkid. Malah, ada antaranya pernah menjadi teman wanita dan tidak kurang juga ‘skandal’.

“Jika di luar sana, pasti sukar untuk mendekati gadis. Lagipun, nanti orang pandang serong pula. Tetapi dengan laman web berkenaan, semuanya secara terbuka dan mereka yang menyertainya mempunyai minat yang sama,” katanya.

Menjelaskan mengapa dia beralih arah kepada pengkid dan meminati kaum sejenis, Ayish berkata, dia mencari cinta sejati daripada mereka yang sudi memberinya. Ini kerana dia ditinggalkan teman lelakinya yang bernafsu songsang hingga mula berpaling kepada wanita gara-gara ‘patah hati’ dengan lelaki.

“Saya mula mengubah perwatakan sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu, saya mempunyai seorang teman lelaki. Selepas bertahun-tahun bercinta, akhirnya dia mengakui dirinya gay dan lebih meminati kaum lelaki. Kerana kecewa dengan kenyataan itu, saya mula membenci lelaki. Sejak itu, saya cuba membalas perbuatannya dan lama kelamaan, perasaan saya semakin menebal terhadap kaum sejenis.

“Sejak itu juga, saya mula menukar penampilan seperti lelaki, memakai bengkung, memotong rambut dan mencari gadis yang sudi berkenalan serta memadu kasih. Selama menjadi pengkid, saya mempunyai ramai teman wanita dan kebanyakannya dicari menerusi laman web sama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semuanya tidak bertahan apabila hubungan mereka sering putus di tengah jalan.

“Sebab itu, saya mahukan seorang gadis yang betul-betul boleh mengisi kekosongan dalam hati ini. Saya mahu gadis yang benar-benar mencintai saya. Saya juga tidak pasti sampai bilakah saya akan jadi seperti ini. Kerana lelaki, saya yang merana. Kalau nak diikutkan, saya memang mahu berubah.

“Begitupun, saya hanya akan berubah jika teman lelaki saya yang dulu berubah. Selagi dia tidak ke pangkal jalan dan mengenepikan nafsunya, saya juga tidak akan melakukan perkara sama,” katanya.

> SHIMA, 26:

BAGI Shima, dia lebih gemar menjadi lesbian kerana tidak perlu menukar penampilan seperti seorang lelaki selain dapat memadu kasih dengan kaum sejenis ataupun lelaki. Menurutnya, dia mula terbabit dengan kegiatan songsang itu ketika masih menuntut di bangku sekolah.

Ini kerana, katanya, bercinta dengan gadis lebih menyeronokkan berbanding lelaki.

“Kebanyakan kenalan yang saya temui bermula daripada laman web berkenaan. Sejak menyertainya tiga tahun lalu, saya mempunyai ramai kenalan lesbian dan pengkid.

“Bagaimanapun, saya lebih gemarkan wanita yang berperwatakan ayu dan manja. Saya tidak berapa meminati pengkid kerana mereka lebih cenderung meniru gaya kaum lelaki.

“Bagi saya, seorang wanita lebih mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan saya. Sebab itu, saya rasa bahagia setiap kali bersama dengan wanita yang saya sukai,” katanya.

Menurut Shima, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pada masa sama mempunyai kawan rapat yang juga seorang gadis. Ketika sedang hangat bercinta, katanya, dia sering kecewa dengan layanan teman lelaki namun si gadis pula lebih banyak membantu ketika dalam kesusahan.

“Diam-diam, kami mula menjadi akrab dan kemudian menaruh perasaan terhadap satu sama lain. Sejak itu, saya mula gemar menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Tidak ada lelaki yang dapat memahami perasaan wanita. Kami mahukan belaian yang lembut dan romantik tetapi kebanyakan lelaki lebih kasar dan sentiasa mengambil ringan mengenai sesuatu perkara.

“Lagipun, jika saya menjadi lesbian, saya boleh merasa ‘nikmat’ bersama gadis lesbian atau pengkid. Malah, saya juga boleh mempunyai teman lelaki.

“Terus terang, laman web seperti ini memberi peluang kepada golongan seperti kami berjumpa antara satu sama lain dan berkenalan. Malah, sepanjang tiga tahun mengikuti laman web berkenaan, saya sudah menemui ramai kenalan lesbian dan ada antaranya pernah menjadi kekasih,” katanya.

Bagi Shima, tidak salah menjadi pengkid dan lesbian kerana ia membabitkan perasaan dan hati seseorang itu.

“Lagipun, jangan pandang golongan seperti kami ini sebelah mata. Rata-ratanya, lesbian dan pengkid mempunyai pendidikan tinggi dan kerjaya yang hebat.

“Mungkin juga disebabkan perkara ini, saya lebih cenderung memilih wanita sebagai teman kerana tidak mahu menerima pelbagai tekanan lain. Buat buat masa ini saya lebih gemar bersama ‘teman wanita’ berbanding lelaki. Tengoklah nanti jika saya bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami hati dan perasaan saya, baru saya akan berubah kembali,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Satu lagi bukti lagi kecanggihan agama Islam dalam menangani masalah sosial masyarakat. Allah SWT menciptakan manusia, dan Dia membuka jalan keluar atau penyelesaian. Binasa dan terujilah manusia-menusia tidak mahu ikut Islam, walaupun dia menagaku 'Islam agama bagi Persekutuan' dalam negaranya.

Satu: Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.

Dua: Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

Tiga: Pengkid agak berbeza dengan tomboy, kerana tomboy hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal.

Empat: Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

Lima: Keputusan Fatwa

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan (pendidikan Islam), tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Enam: Keterangan/Hujah:

1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama” bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.

Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-”Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai”il Lil Nisa” menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita.

Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)

Tujuh: Pihak pemerintah yang bertanggung jawab, buat apa sekarang? Kementerian pembangunan wanita, Kementerian pendidikan dan lain-lain....

Rujukan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails