Tuesday, June 28, 2011

Nik Aziz Tidak Hadir Himpunan Bersih 2.0 9 Jun..


KL 28 Jun 11: Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat tidak akan menyertai himpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Demikian Lapor Sinar Harian hari ini bersumberkan blog Mohd Sayuti Omar

Dikatakan MB Kelantan itu bersama rombongannya akan berlepas ke Uzbekistan esok di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Beliau akan membuat lawatan ke negeri bekas jajahan Russia dalam rangkaian menziarahi makam perawi hadith-hadith sahih yang terkenal iaitu Imam Bukhari dan Imam Termizi.

Rombongan beliau terdiri daripada ADUN Limbongan Dr Zainudin Awah Hamat, ADUN Meranti Nasaruddin Daud yang juga speaker Kelantan, ADUN Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco Kerajaan Kelantan dan ADUN Lanas Abdullah Yaacob.

Mereka dijangka berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai menuju ke Madinah. Menurutnya lagi, selepas mengerjakan umrah rombongan tersebut dijangka pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih berlangsung. Ini bermakna Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih tersebut. (IH)

Lihat sebelum ini..

Wardina, Selamat Datang Ke Dunia Politik!


KL 27 Jun 11: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan selamat datang ke dunia politik kepada Wardina Safiyyah, pengacara terkenal Tv3.

Menurut Siasah Daily hari ini, perkembangan melibatkan Wardina dalam politik ini, 'bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR'.

Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti. Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.

Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu. Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat. Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.

Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi. Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.

Menurut Saiasah Daily lagi, beberapa blog pro-Umno kini telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.

Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.

Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.

Perkembangan ini juga dikatakan bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik. Kalau beliau memilih PAS, bersediakah Muslimat PAS menerima kedatangan Wardina? Apakah beliau juga dapat membantu dalam pelancaran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?(IH)

Lihat Sebelum ini...

Sucikan Demokrasi, Datuk A Samad Said Sedih..

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said selepas disoal siasat berhubung Himpunan Bersih 2.0 di ibu pejabat polis Dang Wangi, KL semalam. – Foto Choo Choy May

KL 28 Jun 11: Sasterawan negara Datuk A Samad Said turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan mengenai puisinya, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

NONE"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.

"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com. Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.(IH)

Lihat sebelum ini..

Israel Halang Flotilia Ke Gaza, LL4G-M'sia UMNO Bagaimana?


BEBERAPA aktivis Amerika Syarikat di Athens, Greece semalam melaungkan slogan kemanusiaan semasa menyokong misi bantuan ke Gaza.

BAITULMUQADDIS: Kabinet keselamatan Israel semalam meluluskan rancangan untuk menghalang bantuan misi kemanusiaan antarabangsa dari menceroboh sekatan di Genting Gaza.

"Kementerian Pertahanan Israel (IDF) diberi kuasa untuk melakukan halangan melalui cara yang ditentukan tetapi ia akan mengelakkan daripada berlaku kecelakaan," lapor sebuah website, Ynet. Stesen radio awam Israel juga melaporkan berita yang sama itu.

Menurut laporan tersebut, kementerian itu juga meluluskan pelan operasi tentera laut untuk mengambil alih kapal yang memasuki Gaza dan berniat untuk memecahkan sekatan yang dilakukan rejim Zionis. Laporan radio juga menyebut, kementerian itu bercadang untuk menyemak semula ancaman mereka untuk menghukum wartawan asing yang terlibat di dalam misi tersebut dengan mengharamkan kemasukan mereka ke Israel sehingga 10 tahun.

Kira-kira 350 aktivis pro-Palestin dari 22 buah negara dijangka menyertai rombongan flotilia yang mengandungi kira-kira 10 buah kapal ke Gaza dengan membawa misi bantuan dari Greece. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sikap UMNO/BN dan NGO milik mereka, Aman Malaysia. yang memonopolikan program Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia itu daripada PAS?

Lihat sebelum ini...

Monday, June 27, 2011

M'sia BN, Diperintah Syaitan,. Tolak Dlm PRU 13.

KL 27 Jun 11: Jelas, Kerajaan Malaysia kini diperintah oleh 'saudara shaitan' dan kuncu-kuncunya. Kerana Allah SWT memberi ancaman dalam Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isyra’ iaitu, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah 'saudara-saudara syaitan', sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Demikian pandangan Dr Hj Mohd Hasyim editor Weblog Ibnu Hasyim.

Katanya, berikutan pemakluman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan YB Siti Zailah Mohamad Yusof, PAS-Rantau Panjang.

Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Kata editor IH itu lagi, "Saya bersetuju dengan kenyataan YB Zailah bahawa rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat. tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun."

Sementara itu, perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58. Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan YB Tian Chua, PKR-Batu.

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom). Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady. Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.

"Sampailah masanya, sudah 1/2 abad golongan asobiah dan geng-geng syaitan ini dibiarkan mentadbir negara, maka pada PRU 13 akan datang mereka wajib ditukar. Pilih pimpinan seperti TokGuru Nik Aziz, Hj Abdul Hadi atau Lim Guan Eng contohnya..." Jelas Hj Mohd Hasyim lagi. (JH)

Malu... S/Usaaha UMNO Jerlun & K/Puteri Khalwat

Tebal sungguh kulit muka mereka. GambarYusmawati Yaacob (kanan sekali)

ALOR SETAR: Setiausaha Bahagian Jerlun, Jasmi Mohd Ismail dan Ketua Puteri Umno bahagian itu, Yusmawati Yaacob digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran dakwaan khalwat yang dihadapi oleh mereka di mahkamah syariah minggu lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berkata surat berkaitan pengguguran jawatan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Jun lalu.

"Kedua-dua mereka telah menerima surat berkenaan.Ini merupakan kes yang pertama yang melibatkan pemimpin Umno di Kedah," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Justeru, Ahmad Bashah berkata, Naib Ketua Puteri Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi akan memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan parti diadakan kelak. Berhubung pengganti Jasmi pula ia akan diputuskan oleh Ketua Umno bahagian Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.

Isnin lepas, Jasmi dan Yusmawati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah bulan lalu. Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. (Sumber mStar Online)

Sebelum ini, lihat teruknya peribadi pemimpin-pemimpin UMNO..

Jom Tonton Filem Ini... Valley Of The Wolves Palestine 2011

HALAMAN HIBURAN

HIBURAN perlu ada matlamat dan halatuju.. Turki kini, menggunakan media hiburan perfileman mereka untuk nmenyerang Israel. Dikatakan filem terbaru keluaran mereka amat menyakitkan Zionis. 'Valley Of The Wolves Palestine 2011'

Selama ini masyarakat dunia asyik disaji dan ditipu dengan propaganda Yahudi. Kini elok sangat masyarakat dunia dan umat Islam saksikan balik bagaimana filem Turki ini menebus maruah umat walaupun sekadar fiksyen.

Apalagi bila berlaku dua peristiwa besar yang membabitkan maruah antara Turki dan Israel.

Pertama: Aksi dialog di Switzerland antara PM Turki dan PM Israel. PM Turki dengan berani menuding jari kepada PM Zionis serta menghamburkan kata-kata kebencian kepada aksi Zionis terhadap Gaza dan rakyat Palestin.

PM Zionis tergamam dengan keberanian dan aksi kemarahan PM Erdagon. Erdagon balik ke Istanbul disambut sebagai pahlawan. Mengapa tidak? Sejak kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, tiada PM Turki selain Erbakan dan Erdagon berani mengutuk Zionis.

Kedua: Manakala satu lagi peristiwa iaitu serangan komando Zionis keatas kapal bantuan Mavi Marmara milik NGO Turki yang menyebabkan 9 orang Turki syahid. PM Erdagon mendesak Regim Zionis meminta maaf atas kejahatan mereka. Hingga kini, regim Zionis masih berdolak dalih dalam soal ini.

Oleh itu mai kita ajak anak-anak kita dan keluarga, saksikan filem Turki ini. Berhibur, biar ada matlamat dan ketahuan hala.. KLIK di bawah.
http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw" (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails