Tuesday, July 05, 2011

BERSIH 2.0: Di Stadium Pun, Dapat Sokongan -Nik Aziz

KL, 5 Julai 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium.

Menteri Besar Kelantan (gambar) berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan “politik jahat” Umno-Barisan Nasional (BN).

“Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN.

“Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook.

Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi “mempunyai kuasa” untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik.

“Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka.

“Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya,” katanya.

Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium. Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di stadium. ((IH/The Malaysian Insider)

KH Zainuddin MZ Meninggal Dunia..

KH Zainuddin MZ akan Dimakamkan di Halaman Dekat Rumahnya
KH Zainuddin MZ
Jakarta 5 Julai 11: Almarhum KH Zainuddin MZ rencananya akan dimakamkan di halaman dekat rumahnya di Jakarta Selatan pada Selasa (5/7) sore nanti. Tempat rencana pemakaman kiai kondang Sejuta Umat ini berdampingan dengan Masjid Fajrul Islam yang ada di depan tempat tinggalnya semasa hidup di Gang Haji Aom, Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Hal itu terlihat di papan pengumuman yang terpampang di rumah duka. Sebelum dimakamkan, jenazah akan dishalatkan di Masjid Fajrul Islam. Ribuan orang pelayat memadati kawasan rumah duka serta Masjid Fajrul Islam.

Zainuddin meninggal dalam usia 60 tahun. Dokter yang bertugas di ruang Unit Gawat Darurat Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP) Jakarta, Dr Nanang, mengatakan bahwa KH Zainuddin MZ saat dibawa keluarganya ke RSPP itu sudah dalam kondisi meninggal.

"Almarhum dibawa oleh keluarganya pada pukul 09.20 WIB dan sudah meninggal. Namun, pihak dokter tetap melakukan pemeriksaan untuk memastikan kalau beliau sudah meninggal," kata Nanang saat dihubungi Antara.

Model Bogel Gelek Yang Tergolek Muflis...

UNTUK DIJUAL...Albemarle House yang ditawarkan kepada sesiapa yang sanggup selepas bisnes wain Patricia runtuh.
UNTUK DIJUAL...Albemarle House yang ditawarkan kepada sesiapa yang sanggup selepas bisnes wain Patricia runtuh.

SEORANG bekas penari gelek dan model bogel yang popular dengan gelaran ‘janda paling kaya dalam sejarah’ selepas bercerai dengan suaminya, baru-baru ini mengisytiharkan dirinya muflis. Selepas bercerai daripada suaminya yang kaya-raya 21 tahun lalu, Patricia Kluge mendapat pampasan kira-kira RM4.9 juta.

Sering melayan keluarga diraja, jutawan dan selebriti di pusat hiburan mewahnya di Virginia pada 1980-an sebelum menceburi bidang penghasilan wain, memfailkan permohonan muflis bersama suami ketiganya. Apabila bercerai dengan bilionair media, John Kluge, pada 1990, Patricia, 62, dipercayai memperoleh kira-kira RM4.9 bilion. Wang itu dibelanjakan untuk membeli rumah agak 45 bilik Abemarle House yang terletak di atas tapak seluas 1,214 hektar di Virginia.

Pernah sekali membintangi filem lucah, The Nine Acres of Nakedness, Patricia dikenali sebagai hos parti yang dihadiri golongan kaya dan ternama. Bagaimanapun, gaya hidup wanita kelahiran Baghdad, Iraq, itu bertukar rupa apabila dia menghadapi masalah kewangan, manakala bisnes wain diusahakannya gagal mencatat keuntungan.

Dokumen permohonan status muflis Patricia menunjukkan, dia cuba menyelamatkan diri sejak tahun lalu dengan menjual pelbagai barangan yang dimiliki. Bersama suaminya, William Moses, tanggungan hutang mereka dianggarkan bernilai RM151 juta. Peguam pasangan itu, Kermin Rosenberg, berkata mereka kini meneruskan hidup sebagai orang muflis sambil cuba melangsaikan sedikit demi sedikit hutang masing-masing.

Patricia memperoleh hak ke atas Albemarle House dan tanah di sekitarnya selepas bercerai pada 1990. Bekas suami Patricia, Kluge, meninggal dunia pada September tahun lalu. Albermarle House dibangunkan dengan reka bentuk rumah Inggeris abad ke-18, bersama taman bertingkat, air pancut, kolam renang dan kabin tetamu.

Pada 1980-an, Patricia menjadikan rumah itu sebagai tempatnya melayan tetamu istimewa terdiri daripada keluarga bangsawan, tokoh korporat dan selebriti. Tahun lalu, Patricia berkata, dia tidak lagi tinggal di Albemarle House, sebaliknya menumpukan perhatian kepada bisnes wain.

Permohonan muflis dibuat selepas rundingan dijalankan dengan tiga bank utama yang membiayai bisnes Patricia gagal mencapai persetujuan. Kegagalan membayar hutang menyebabkan bank berkenaan menyita bisnes Patricia, selain Albermarle Houise dan sebuah lagi rumah mewah dalam pembinaan.

Rosenberg berkata, semua cubaan untuk menstruktur semula hutang Patricia tidak berjaya. Melalui permohonan muflis itu, aset pasangan Patricia - Moses kini diletakkan di bawah kawalan pemegang amanah dilantik mahkamah.

“Agensi itu bertanggungjawab menguruskan pembayaran semula hutang kepada bank,” katanya.

Bank of America memfailkan saman ke atas Patricia di Mahkamah Daerah Charlottesville dengan mendakwa wanita terbabit mengabaikan tiga pinjaman bernilai lebih RM69 juta untuk membiayai rumah serta tapak berkenaan. Pasangan itu turut kehilangan hak ke atas syarikat Kluge Estate Winery & Vineyard apabila gagal membayar semula pinjaman dari Farm Credit Bank bernilai RM105 juta yang merudum ketika ekonomi dunia lembap.

Tokoh perniagaan terkemuka, Donald Trump, membeli sebahagian besar bisnes Patricia pada April dan mendakwa mahu mengendalikan perusahaan berkenaan. Satu lagi bank, Sonabank, mengambil semula anak syarikat Vineyard Estates pada harga RM14.7 juta dalam satu lelongan awam.

Untuk mengumpul wang, tahun lalu Patricia pernah menyenaraikan pelbagai perabot antik dan barangan lain untuk dilelong. Lelongan pada Jun tahun lalu membolehkan mereka mendapat kira-kira RM45.6 juta. Patricia turut menjual kebanyakan barang kemasnya pada harga RM15 juta sebelum ini. - DM

The Fall of the House of Kluge Leads to the Rise of the Yard of Trump


Daily Mail
4 days ago
By ROBERT FRANK Billionaire divorcee Patricia Kluge turned to friend Donald Trump to ... In the history of rapid wealth loss, Patricia Kluge stands apart. ...
Wall Street Journal - 8 related articles - Shared by 100+
Trump tries to wrest control of Barbara Kluge estate- The Real Deal New York (blog)
Donald Trump Schools Bank Of America In A Super-Luxury Foreclosure ...- Business Insider

DMSebelum ini..

Lihat lagi...

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Tidak Semua Agama Sama -Dr Mujahid Di Medan

Walikota Medan, Rahudman Harahap, sedang merasmikan majlis tersebut. (Kiri sekali) Beliau sedang membuat ucapan perasmian. (Kanan sekali) Dr Hj Mohd Hasyim, aditor weblog Ibnu Hasyim yang menjadi modirater dalam forum tersebut.

Dr Mujahid (empat dari kiri) & Ibnu Hasyim (dua dari kanan)

MEDAN 2 Jul 11: Tidak semua agama sama. Kerana itulah saya memilih Islam. Begitu juga bapak-bapak dan ibu-ibu, ada yang memilh Islam, Kristian, Buddha, Hindu Kungfusius dan lain-lain.

Demikan ucapan Dr Mujahid Yusuf Rawa semasa membentangkan kertas-kerja bertajuk 'Mengadvokasi Umat Berugama Dari Stigma Yang Menyudutkan agama dan Penganutnya' di majlis Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) yang diadakan diKota Medan hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh tokoh-tokoh agama dari berbagai agama di Sumatera Utara, dirasmikan oleh Walikota Medan, Rahudman Harahap.

Menurut Dr Mujahid,"Kertas kerja ini bertujuan untuk memberikan asas kefahaman kepada usaha-usaha memperjuangkan, supaya dibuang persepsi buruk yang diterima, bahawa agama tersudut pada tempat-tempat tertentu sahaja.

Usaha ini perlu bagi mengembalikan peranan agama yang sepatutnya menjadi penggerak agama dalam kehidupan hari ini, yang dikuasai oleh fahaman penyingkiran agama dalam kehidupan manusia."

Menurut Ketua Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, Syarin Harahap, berkata sebelumnya,

"Keberagaman kehidupan beragama merupakan bagian integral yang tidak terpisahkan dari kehidupan bangsa Indonesia. Sebab, rakyat Indonesia merupakan penganut agama, sebagai konsekuensi dari sila pertama Pancasila.

"Kehidupan beragama telah memberi kontribusi penting bagi kehidupan berbangsa sejak perjuangan kemerdekaan, proses kemerdekaan serta dalam pembangunan bangsa. "

Demikian dikatakan Ketua Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, Syarin Harahap, tadi malam.

Dr Mujahid kini dipilih sebagai Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace & Ahli Parlimen Malaysia. (Laporan Drs Mohd Rashidi Deraman)

Exco K'tan Hadir Persembahan Artis L Ramlee

HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU, 4 Julai11: Artis terkenal di zaman 60-an, L.Ramlee melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang membuat persembahan di negeri Kelantan. Turut menyaksikan persembahan yang masih bertenaga itu anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainuddin Ibrahim, ketua-ketua jajahan, pegawai kanan kerajaan negeri.

Sebelum menyampaikan beberapa buah lagu hitsnya, beliau tidak menyangka rakyat Kelantan khususnya masih meminati beliau yang popular di zaman 60-an. “Terima kasih banyak-banyak pada kerajaan negeri kerana sudi menjemput saya menghiburkan tuan-tuan di sini,” ujarnya. L.Ramlee yang terkenal dengan lagu Dara Pujaan diundang khas untuk membuat persembahan sempena majlis penutup Pesta Nasi 100 sempena majlis Karnival Seni Budaya Kelantan 2011, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam tadi.

L. Ramlee memulakan persembahan dengan membawa lagu Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Joget Berbaju Kurung, Dengarlah Rayuanku, Hidup Bersama, Ayahku Kahwin Lagi dan Dara Pujaan.

Pelawak terkenal Kelantan, Pok Ya yang pernah berganding dengan Wak Sir, turut mendendangkan sebuah lagu Kisah Dan Tauladan. Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berjaya menarik perhatian penonton apabila berjaya menonjolkan bakat terpendamnya dengan menyampaikan sebuah lagu Boyan, La O Be.

Sempena majlis ini juga diadakan Battle of The Jogho bagi mencari jogho diantara jogho dikir barat di Kelantan. Namun tiada siapa yang berjaya dicungkil dari nama-nama besar pendikir Kelantan apabila hanya dua peserta sahaja yang bertanding iaitu Megat Nordin dan Setapo Merak Mas.

Begitu juga kategori tukang karut, hanya tiga peserta sahaja yang mengambil bahagian, iaitu Jen Endoroo, Pok Nik Loh Tok Deh dan Tuan Kob Raja Saring. Kesemua mereka menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Datuk Dr Zainuddin. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Negeri Kelantan patut memikirkan memberi apa-apa anugerah penghormatan kepada artis-artis lama yang menyumbangkan suara mereka kepada masyararakat, semasa mereka masih hidup..

Artis, Sukar Jadi Mukmin Sejati- Azmi Mustapa


HALAMAN HIBURAN

Wajah Azmil sewaktu tahun 1994.

PETALING JAYA 5 Jun 11: Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan.

"Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan.

"Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan," ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.

Tambahnya: "Saya menganggap situasi ini sebagai lumrah hidup. Jadi, saya perlu berhati-hati dalam menjaga tingkah laku.

"Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani."

Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan.

"Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka.

"Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka," ujarnya lagi.

Sejak berubah, dia membawa diri ke Syria dan menetap di sana bersama-sama keluarga selama lima tahun. Menyentuh tentang perancangan masa depan, Azmil yang kembali ke negara ini sejak lima bulan lalu memilih untuk menetap di sini selama-lamanya.

"Saya akan melakukan kerja yang menjurus ke arah kebaikan dan terlibat dengan pertubuhan yang bergerak secara bebas.

"Saya merancang untuk melakukan sebuah majlis dengan media untuk menceritakan tentang pengalaman saya selama berada di Syria," ujarnya yang turut mengakui hilang punca pendapatan sepanjang lima bulan kembali ke negara ini.

Dia yang baru menjalani pembedahan jantung akui sering menghadapi masalah kesihatan.

"Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah dan setelah menjalani pembedahan jantung, doktor menasihatkan saya agar tidak terlalu aktif dan banyak berehat di rumah.

"Bagaimanapun, saya akan meluangkan masa jika dijemput memberikan usrah dan berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya akan cuba bawakan perspektif yang kontemporari seiring dengan dunia sekarang," jelasnya.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Alllah SWT masih sayangkan Azmi. Dia tentu bentangkan laluan mennuju taqwa. Dia turunkan penyakit, Dia berikan ubatnya. Dia tingkatkan darjat seseorang, Dia juga tambah ujian dan kematangan. Itulah anugerah Allaah SWT.. (IH)

Monday, July 04, 2011

Kes Sosilowati Hidup Lagi, 618 foto, 76 Saksi Dipanggil



SHAH ALAM, 4 Julai 11 – Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Menurut laporan Bernama Online, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata dua pekerja ladang, U. Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R. Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T. Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

“Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta,” kata Ishak dipetik laporan Bernama Online.

Pathmanabhan, 42; Thilaiyagan, 20; R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan ‘Longines’ daripada Suresh.

Ishak berkata keterangan bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamed adalah berkisar mengenai urusan jual beli tanah di Pulau Pinang di mana beliau ada menghubungi Pathmanabhan bertanyakan sama ada Sosilawati ada berjumpa dengannya pada 30 Ogos lalu dan Pathmanabhan menjawab bahawa Sosilawati ada menghubunginya pada hari tersebut untuk berjumpa tetapi tertuduh pertama itu tidak kelapangan serta meminta Sosilawati berjumpanya pada 2 September.

Beliau berkata anak perempuan Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya di Balai Polis Dang Wangi pada 31 Ogos dan 2 September lalu, Erni sekali lagi membuat laporan polis setelah mengesyaki Sosilawati telah diugut, diculik dan dikurung oleh individu berkaitan.

Ishak berkata pada 3 September lalu, isteri Ahmad Kamil bernama Sabrina Adnan membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur manakala isteri Noorhisham bernama Suzana Radin Pangit membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Dang Wangi pada hari yang sama.

“Kakak kepada Kamaruddin, Zaidah Shamsuddin juga telah membuat laporan polis di balai polis Kuantan, Pahang, mengenai kehilangan adiknya pada 6 September 2010,” katanya.

Seterusnya, Ishak berkata, seorang jurujual akan memberi keterangan untuk mengesahkan bahawa Sosilawati dan seorang lelaki Melayu yang dipanggil Kamal oleh Sosilawati ada datang ke gerainya pada 30 Ogos 2010 untuk membeli kerepek serta kuih raya bernilai lebih RM200 dan mereka dilihat beredar pada pukul 5.20 petang dengan menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam.

Mahkamah juga dimaklumkan, pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 76 saksi pada perbicaraan kes ini.

Selain Ishak, pihak pendakwaan turut diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya iiatu Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.

Sementara itu, seramai empat jurugambar polis memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama di mana sebanyak 618 keping gambar yang diambil di beberapa lokasi berbeza termasuk tempat kejadian dan Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, yang dikatakan menjadi tempat melupuskan mayat mangsa dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit.

Mereka ialah Detektif Koperal Mokhtar Hussain dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Lans Koperal Abdul Aziz Ahmad dan Detektif Sarjan Mhd Rasdi Mhd Safien kedua-duanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dam Detektif Koperal K.Velamal dari Bahagian Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sorot kembali kes Sosilawati...

E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
E-Buku IH-1: \

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails