Saturday, July 16, 2011

Seorang Pendeta Buddha, Berjalan Mencari Damai

Oleh Venerable Mjan | Jul 15, 2011 01:48:57 pm

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 6

Gambar Tok Guru Nik Aziz bersama sami-sami Buddha

Kisah 709 seorang pendeta Buddha: Berjalan untuk mencari kedamaian

Langkah 9 Julai semakin menghampiri. Minda saya berkocak. Orang di sisi saya bertanya, "Adakah kamu akan hadir?"

"Saya tersangat ingin! Betul-betul tersangat ingin! Tetapi..."

Pada jam 9 pagi, 9 Julai, saya memberi kuliah kepada sekumpulan penuntut. Jian menelefon saya. Kami mengeluh, mengalirkan air mata, dengan rasa gagal melakukan apa-apa.

Dia tanya, "Shi Fu, mengapa kamu tidak menggalakkan saya untuk hadir?"

Saya jawab, "Jian, mereka yang menyertai perhimpunan 709, sepatutnya hadir bukan kerana digalakkan. Tetapi tindakan ini zahir dari fikrah diri, perasaan dan kesediaan menanggung. Jadi, siapa yang boleh menggalakkan sesiapa untuk hadir?"

Selepas meletakkan telefon, saya meminta "cuti" daripada penuntut saya yang sedang menunggu. Saya mengambil keputusan untuk masuk ke bandar! (Benar, rupa-rupanya, kata-kata kepada jian tadi ditujukan kepada diri saya.)

Saya mengajak yw yang tinggal berhampiran dengan saya untuk pergi bersama. Di luar jangkaan saya, dia bersetuju tanpa keraguan. Sudah hampir jam 12 tengahari ketika kami bertolak. Kami berkereta ke stesen LRT Asia Jaya, kemudian menaiki LRT ke Pasar Seni. Polis kelihatan di mana-mana. Yw ketawa dingin, "Tak nampak pun mereka tekun sebegini bila menangkap pencuri!"

Kira-kira jam 1 tengah hari, saya makan di restoran India yang berhadapan dengan Pasar Seni bersama yw. Hanya beberapa suap nasi yang dimakan, terasa pedas pula mata saya. Saya tertanya-tanya dalam hati saya, tak ada bawang pun dalam sayur ini, mengapa sengit pula rasanya? Ada orang yang menutup pintu besi kedai tu, ada orang yang berlari menuju ke arah kami, ada yang berteriak, "Polis telah melepaskan gas pemedih mata!"

Kok Meng memaklumkan kepada saya untuk berkumpul di kedai buku ShangHai di Jalan Sultan. Setibanya saya di sana, saya mendapati ramai orang sudah berkumpul, dengan laungan slogan yang tidak terhenti-henti. Kami dimaklumkan untuk menuju ke Menara MayBank. Seorang pakcik yang bersongkok datang ke depan saya, dengan senyuman yang melebar, sambil menegakkan ibu jarinya, cuba bertutur dalam bahasa Cina dengan bunyi Melayunya, "ni, jia you!" (Kamu, teruskan!)

Kami tidak ternampak apa-apa, sebab terlalu banyak orang! Tiba-tiba tepukan gemuruh, dan sekumpulan muslimat yang menutup muka memasuki kumpulan kami. Laungan slogan semakin lantang. Saya memaling kepala saya, ribuan manusia dari Pudu menuju ke arah kami. "BERSIH! BERSIH!" bergema, kemudian disusuli nyanyian Negaraku. Saya terharu. Ramai orang muda yang menyertai "pesta" ini. Saya nampak kekuatan dan harapan untuk berubah, dari senyuman pada muka mereka.

Kira-kira setengah jam kemudian, arus manusia menuju ke Pudu, kononnya mahu mara ke Stadium Merdeka. Kami berjalan dengan perlahan-lahan menyusuri kaki lima di kedai-kedai yang bertentangan dengan perhentian bas Pudu Raya. Tiba-tiba orang di depan berundur, memaklumkan bahawa FRU menghalang di depan. Yw dan seorang lagi abang yang menemani saya sepanjang perjalanan ini membimbing saya untuk patah balik. Tidak jauh saya nampak meriam air ditembak ke arah kelompok orang, dan kami segera mengelak dari situ.

Tanpa dijangka, gas pemedih mata dilepaskan di belakang kami. Saya gagal membuka mata. Sungguh pedih! Sungguh pedih! Saya meraba-raba berkas air saya, membasahkan sapu tangan dan dilapkan pada muka. Kesakitan pada muka saya itu seolah-olah kesakitan melecur.

Tanpa disedari kami masuk ke lorong. Kami menunggu. Langit menjadi mendung. Kemudian kami kembali ke tempat berhampiran dengan Pudu Raya. Ada orang berkata kami telah dikepung. Abang dan yw melindungi saya, menaiki tangga ke kuil sikh. Nampaknya polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata. Ada orang yang menghulurkan garam kepada saya, dan terus saya masukkan ke dalam mulut.

Hujan renyai-renyai tadi menjadi lebat. Abang itu berkata, langit pun tolong kita! Garam yang masin dalam mulut saya amat memahitkan! Mata pedih, kulit muka saya panas. Dalam keadaan sedemikian, hati saya tertanya-tanya, mengapa kerajaan ini sanggup menyusahkan rakyat jelatanya?

Berjalan demi mencari kedamaian

Hujan akhirnya henti. Kami merancang untuk balik semula ke perhentian bas Pudu Raya, untuk menyusun semula pasukan. Tiba-tiba kami dengar teriakan, dan nampak beberapa orang polis mengejar orang dengan baton dalam tangan mereka. Kami nak kembali ke kuil sikh tadi, tapi juga dihalang anggota polis.

Saya ternampak seorang peserta duduk di atas lantai. Saya tidak pasti apa sebabnya. Polis mengheretnya orang itu. Abang saya tidak berpuas hati dengan kekasaran yang digunakan, lantas menjerit, "polis samseng!" Di belakang saya ada polis dengan garang mempersoalkan abang saya itu (saya tidak pasti sama ada kekasaran digunakan), saya hanya terdengar abang saya mengulangi, "abang, jangan macam ni!"

Hati saya berdenyut dengan cepat. Tiba-tiba saya teringat ajaran pendeta, "berjalan untuk mencari kedamaian". Saya membaca ayat suci dalam hati saya, melangkah dengan perlahan-lahan.

Kelompok manusia hilang. Berselerak, menunggu masa untuk berhimpun semula. Saya menghubungi Kok Meng. Beliau menunggu di Hospital Tung Shin. Ada khabar bahawa sekumpulan orang sudah menuju ke Stadium Merdeka. Berita ini memberangsangkan.

Kami menyusuri Jalan Raja Chulan. Semakin besar pasukan kita. Ramai pelancong yang mengambil gambar. Saya berfikir, kan baik kalau di Stadium? Kini seluruh dunia menyaksikan perhimpunan besar-besaran ini. Seandainya mereka yang membuat keputusan berada di tempat kejadian, menyaksikan keputusan diri yang bodoh itu, mungkin mereka akan menghantukkan kepala mereka ke dinding!

Tubuh saya menjadi lembam, mungkin terhidu gas pemedih mata yang berlebihan. Saya dan yw mengambil keputusan untuk beredar selepas tiba di KLCC. Ketika sampai di KLCC, kami difahamkan bahawa agak mustahil untuk masuk ke Stadium Merdeka. Kami beredar pada kira-kira jam 4 petang...

Niat manusia yang baik akan direstui Tuhan


Di sini saya ingin mencadangkan agar BERSIH 2.0 mengucapkan terima kasih kepada kerajaan:-

1. Setelah Ambiga menerima nasihat YDPA untuk mengadakan perhimpunan di Stadium, dua pandangan yang berbeza tercetus dalam BERSIH 2.0 sendiri. Terima kasih kerana Najib berdolak-dalih, sikap itu memaksa kita untuk turun ke jalan raya semula, dan membantu Ambiga untuk meredakan pertikaian dalam BERSIH 2.0.

Apa yang menggembirakan, hasrat asal BERSIH 2.0 untuk berhimpun di jalan raya telah disempurnakan kerajaan. Mungkin inilah apa yang dikatakan, "niat manusia yang baik akan direstui Tuhan"!

2. Ribuan malah puluhan ribuan yang turun berhimpun. Sememangnya kerumitan lalulintas yang ditimbulkan amat dikesali, maka kesungguhan polis (lebih bersungguh-sungguh berbanding usahanya menangkap pencuri) untuk buat sekatan, telah membantu peserta perhimpunan mencapai matlamat tanpa mengganggu orang ramai. Tidak keterlaluan jika kita berterima kasih dalam hal ini.

3. Gambar dan klip video yang dirakamkan mungkin boleh dituduh bahawa ianya direka "perusuh". Namun, rakaman tersebut kini tersebar di merata dunia. Pelancong dari seluruh dunia gembira mengambil gambar dan video mereka. "Sekatan" kerajaan sebenarnya "keterbukaan", menyebarkan "BERSIH 2.0" ke seluruh dunia. Kita mesti berterima kasih kerana kebijaksanaan kerajaan kita!

Diangkat dari


Tak Boleh Jual Produk Bersih 2.0 -Polis



SHAH ALAM: 16 Jul 11: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa termasuk wakil rakyat, yang didapati menjual produk dengan logo perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ahmad Zahedi Ayob berkata, tindakan menjual barangan seperti kemeja-T atau tali leher yang tertera logo Bersih 2.0 itu menyalahi undang-undang kerana pertubuhan itu haram.

Menurutnya, tindakan menangkap dan merampas barangan terbabit boleh diambil.
“Sekiranya kami menerima laporan (berhubung penjualan itu), tindakan tegas akan dikenakan tanpa mengira status kerana ia nyata menyalahi undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Asip menegaskan penyokong Kerajaan Negeri menjalankan kempen penjualan tali leher Bersih 2.0. (IH)

Festival Cheng Ho Rintis Produk Makanan -N/Aziz

TokGuru NikAziz di tengah-tengah.
KOTA BHARU, 15 Julai 11: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (KELCHEFF) yang berlangsung di negeri ini akan menjadi platform sebagai merintis pasaran baru produk makanan di negara ini khususnya Kelantan di China.

Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan. Menurutnya, budu yang menjadi trade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara.

"Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam.

Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja. Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu.

Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu. Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham.

Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan.

Lihat sebelim ini...

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

Friday, July 15, 2011

Di London, PM Dihadiahkan Queen, Pakaian Kuning. Tahniah!

Lihat gambar di bawah ini...


Baju kuning, hadiah untuk pandangan mata dari Queen Elizabeth di UK. Tentu dua suami isteri itu gembira melihatnya. Gambar di bawah daripada rakyat Malaysia di sana pula... Rata-rata, kuning juga, siapa yang gembira dengan hadiah ini?



(IH)

Pulak Dah! Oh Rosmah.. Harga Jam & Gelang ..



Berkata
Blog Picture2U...

Saya tidak pasti sama ada saya tersilap pandang, tetapi di dalam gambar yang sama menonjolkan gelang zebra Datin Rosmah, kita juga dapat melihat jam yang ia pakai di tangan kirinya.

Oleh kerana sifat rasa ingin tahu, kerana kebiasaannya pereka barangan kemas akan mereka bentuk satu set aksesori lengkap barangan permata, maka saya melakukan pencarian di dalam Google 'Jacob & Co zebra watch' dan akhirnya saya menemui ini dengan serta-merta!.

Dengan hormatnya, anda boleh melihatnya di sini. Walaupun ia tidak sama, kerana ia adalah jam lelaki tetapi corak zebra pada jam Rosmah agak mirip. Adakah ia berkemungkinan juga edisi terhad?. Jika benar jam Rosmah itu juga daripada Jacob & Co, berapa pula harganya?. Adakah ia lebih tinggi dari harga gelang Rosmah yang berharga RM1.65 juta atau lebih rendah?.

- Kredit FMT

Rujuk:
http://kide-picture2u.blogspot.com/

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu pendedahan yang baik. Biar rakyat menilai isteri pemimpin mereka. Suruh rakyat berjimat, mereka membazir. Suruh rakyat ikut Islam, mereka menyelam..
Kesian.. Isteri PM guna duit tabung... (IH)

Puteri UMNO P/Buntar Tidak Ditangkap Basah... Tidak!

Menurut berita yang tersebar berbunyi.. "Pulau Pinang: Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga Indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar.... " dan seterusnya.

Kalau setakat itu beritanya, masih tergantung. Maka masih belum sahih itu pelakunya. Walaupun ramai yang yakin, biasanya begitulah perangai puak-puak UMNO...

Kita tunggu berita lanjut... (IH)

Sambuan 'Hangat' Demontrasi Untuk Najib Di UK


NONELondon 15 Jul 11: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini disambut 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, mereka boleh ditahan dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
NONEMenurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman.

Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails