Friday, August 05, 2011

Serbu Gereja: Siasat 12 Islam Hadir -JAIS

Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

"Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

"Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan. Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. (Sumber mStar)

Rahsia Beca Motosikal Besar Siantar, Misi Kristian?


Beca motosikal besar di Permatang Siantar..
CATATAN PERJALANAN: Menyusuri 150 Tahun Kriatian Masuk Tanah Batak (siri 1)

HARI ini sudah 5 hari berpuasa. Beberapa hari lepas, semasa saya berada di Permatang Siantar, Sumatera Utara. Saya lihat banyak beca-beca di sana ditarik dengan memakai motosikal-motosikal besar, kendaraan sisa Perang Dunia II (PD II). Beca berinjin bekas tunggangan pasukan sekutu di PD II, berjenama BSA.

BSA adalah The Birmingham Small Arms Company. Perusahaan ini awalnya membekal persenjataan tentera Inggeris selama Perang Crimean (1853- 1856). Setelah perang selesai, BSA terus mengembangkan produknya. Pada masa itu, mereka memproduksi 126,000 motosikal jenis M20 berkapasiti mesin 500 cc. Motor pertama dibuat tahun 1941, inilah yang ikut dibawa Tentera Bersekutu ke Pematang Siantar pasca pendudukan Jepun di Indonesia. Produk BSA di Pematang Siantar sebenarnya tidak hanya yang dimiliki Tentara Bersekutu, tetapi juga pengusaha pemilik perkebunan di sekitar kota hingga ke bekas pemerintah Hindia Belanda.

Setelah kepergian Trntera Bersekutu dan nasionalisasi perusahaan asing di Indonesia, ratusan motosikal BSA di Pematang Siantar ditinggalkan begitu saja, termasuk milik oleh tentara Inggeris. Sebahagian pengusaha perkebunan Belanda dan Eropah lainnya berbaik hati memberikannya ke penduduk pribumi bekas pegawai mereka. Riwayat motorsikal BSA tak akan berubah seandainya tak ada ide Pahala Siahaan mendatangkan beca mesin dari Medan sebagai alat transport di Pematang Siantar selain sado pada tahun 1956. Waktu itu, Pahala membawa beca motosikal bermesin KK buatan Jerman.

Apa yang dilakukan Pahala diikuti beberapa orang Pematang Siantar lainnya. Menurut Kartiman (67) atau yang biasa dikenal dengan nama Mbah Lanang, topografis Kota Pematang Siantar yang berbukit-bukit memerlukan beca ditarik motosikal berkapasiti tinggi. Kerana letaknya di belakang bukit, sekitar 45 kilometer dari Danau Toba, jalanan Kota Pematang Siantar memang naik turun.

Pada akhir tahun 1950-an, setelah melihat banyaknya motosikal rongsokan BSA yang tak terpakai di berbagai sudut kota, penduduk mulai berfikir memanfaatkannya sebagai enjin penarik becak. "Awalnya sekitar 20 hingga 30 orang, beberapa orang di antaranya veteran pejuang kemerdekaan. Mereka berkumpul sambil membicarakan kemungkinan memanfaatkan motosikal peninggalan perang untuk dijadikan beca," ujar Mbah Lanang.

Bukan hanya BSA, tetapi motosikal old fashion lainnya, seperti Norton, Triumph, BMW, hingga Harley Davidson, juga ada. Para pionir beca Siantar, seperti Mbah Lanang, Mbah Sari, Muhammad Rohim, dan Tikno, telah mencuba segala jenis motosikal, untuk dijadikan beca. Percubaan selama dua tahun (1858-1959) sampai pada kesimpulan, BSAlah yang paling sesuai.
"Norton sebenarnya juga kuat untuk medan seperti Kota Pematang Siantar ini. Namun, Norton enggak efisien soal bahan bakar," ujar Mbah Lanang.

Selain hemat bahan bakar, menurut Ketua BSA Owner Motocycles Siantar (BOM’S)—organisasi yang mewadahi pengemudi beca siantar—Kusma Erizal Ginting, suku cadang BSA sangat mudah ditiru. BSA juga boleh menerima onderdil berbanding motosikal lain. "Untuk karburator misalnya, karburator BSA bisa diganti punya RX King atau Honda CB," katanya.

Efisien dalam soal sparepart menjadi sangat penting kerana kilang BSA sejak 1972 sudah ditutup dan tak lagi berproduksi, seiring dengan kebakaran besar yang melanda pabrik mereka. Para pionir ini terus mendapatkan motosikal ini di berbagai pelosok Tanah Air. Mulai dari Medan, Asahan, Deli Serdang, hingga Rantau Prapat, Riau dan sekitar tahun 1980-an hingga ke luar Pulau Sumatera, dari Jawa sampai Sulawesi. Periode 1980-1990 di Pematang Siantar ada sekitar 2,000 unit beca bermesin BSA.

Rupanya, kisah-kisah beca motosikal besar di Siantar ini, ada kena mengena dengan tujuan lawatan saya ke kawasan Danau Toba berserta Pulau Samosir di dalamnya. Juga ada dua buah danau di dalam Samosir itu, dan ada pulau pula di dalam 'danau atas pulau' itu. Sebenarnya saya dijemput hadir ke situ pada awal minggu ke 2 bulan Julai lepas ke acara memperingati 150 tahun kemasukan Kristian ke Tanah Batak.

Rupanya ada rahsia disebalik beca motasikal besar ini dengan misi Kristian dari benua Eropah. Salah satu mata rantai kegiatan panitia jubileum 150 tahun 'Huria Kristen Batak Protestan' (HKBP) wilayah 2 Medan dan wilayah 3 Pekanbaru berupa napak tilas perjalanan Dr Ingwer Ludwig Nommensen.

Dr Normensen sebagai apostel yang menyebarkan ajaran Kristen ke Tanah Batak ratusan tahun silam.

Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan.


Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

5 Ogos 11
Parapat, Toba.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Thursday, August 04, 2011

Lagu Pecah-belah Antara Agama? Cuba Nilaikan..

Adakah lagu ini menggangu Kerukunan Umat Beragama? Cuba tuan-tuan nilaikan.
http://www.4shared.com/audio/Gk0wbxzN/Beda_Agama.htm

Beda Agama

>>
Sutejo_corpororation
Rate this file:
0 votings
2,380 KB | 2011-06-01 | Nama file: Beda Agama.mp3 | MPEG Audio Stream | Uploaded via: BASE

Beda Agama - unduh di 4shared. Beda Agama disimpan di layanan berbagi-pakai file gratis 4shared.

Tag-tag: Beda Agama audio
Show more mp3 info Info Mp3: Judul: Beda Agama | Artis: danisuhei@yahoo.co.id | Album: danisuhei@yahoo.co.id | Genre: danisuhei@yahoo.co.id | Laju Bit: 64 kbps | Laju Contoh: 22050



Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

JAIS Perlu Jelaskan Mengapa Serbu Gereja Methodist .

Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan...

Diberitakan, sebuah Gereja bakal berada di Bukit Jalil tidak lama lagi. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan berada bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium. Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.

PETALING JAYA, 4 Ogos 11; Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis perlu jelaskan mengapa penyerbuan dibuat ke atas satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi di Petaling Jaya ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.

Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam. Ho berkata sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang dikenali sebagai Harapan Komuniti, telah menganjurkan majlis makan malam kesyukuran di gereja itu, yang dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia,” kata Ho kepada The Malaysian Insider malam tadi.

“Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.

Mengikut maklumat laman web, Harapan Komuniti menggambarkan ia sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kepada mangsa malapetaka, ibu tunggal, kanak-kanak dan pesakit Aids tanpa mengira kaum. Ho berkata pihak berkuasa tidak menahan sesiapa tetapi merampas aturcara program di samping menyoal penganjur majlis dan hadirin.

“(Mereka datang) ekoran aduan dan memberitahu ada orang membuat satu aduan,” kata beliau.

Bagaimanapun Ho memberitahu pihak berkuasa itu tidak menjelaskan kandungan aduan. Serbuan malam tadi di negeri ditadbir Pakatan Rakyat muncul dua minggu selepas Putrajaya menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican. (IH)

Iklan Hina Islam Bukti Agama Di Bawah Ketiak UMNO

l

KL 4 Ogos 11: Ramadan telah disambut dengan kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa. Dan Stesen televisyen 8TV hari ini memohon maaf berhubung iklan Ramadan yang di-keudarakan seketika sebelum ditarik-balik berikutan bidasan pelbagai pihak bahawa ia berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa. Sifat perkauman asobiah itu memang dilarang oleh Islam

NONEKali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.

Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

NONEPada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” kata Hasbullah.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Inilah bukti bahawa UMNO meletakkan agama di bawah ketiak kuasa politik mereka. Sebab itu banyak berlaku kegiatan yang bercanggah dengan agama, tetapi ulama-ulama mereka sepi seribu bahasa.

Mereka hanya dikelilingi oleh ulaama 'syaitan bisu' seperti yang diistilah oleh hadis Nabi SAW. Satu disebut 'syaitan',dan satu lagi disebut 'bisu'. Fikir-fikirlah, dan bersuaralah wahai syaitan-syaitan bisu. (IH)

Monday, August 01, 2011

Malek Noor: Pengalaman Mengaku Tak Pernah Puasa

HALAMAN HIBURAN

MALEK dan Amelin bersama ibu dan bapa kandung Amelin, Sharifah Rohani dan Nik Mahmood.

RAMADAN Al Mubarak yang bermula hari ini. Mari kita berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi figura yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua. Dia adalah Malek Noor.

Sebelum ini, umum tahu Malek telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya. Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun. Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.

“Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.

“Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu,” ujarnya sambil tersenyum.

Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.

“Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini,” luahnya jujur.


KASIH seorang bapa yang jelas terserlah antara Malek dan Amelin.

Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.

Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: “Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya.”

Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah. Ditanya tentang menunaikan solat tarawih, seperti ‘melompat’ daripada satu masjid ke masjid lain, Malek ternyata mempunyai persepsi sendiri.

Dia memberitahu, dia bukan individu yang mengejar jemaah tarawih. Bukan tidak menyedari ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T, namun kata Malek, dia lebih gembira jika solat wajib lima waktu dilaksana sempurna dan dijaga baik, sebelum melakukan solat sunat.

“Saya akui, ada masa, saya akan ke masjid menunaikan solat tarawih, tetapi bukanlah setiap hari saya ke masjid, kerana kadang-kadang saya memang terlepas ke masjid melakukan tarawih secara berjemaah.

“Jadi saya akan lakukannya secara berseorangan di rumah. Secara peribadi, bagi saya sendiri, saya amat menitikberat soal solat wajib lima waktu. Apa yang penting solat wajib ini tidak tercicir hanya kerana mahu mengejar ganjaran bertarawih,” katanya jujur.

Sementara itu, ditanya tentang juadah berbuka, Malek tidak memilih juadah, cukup sekadar kurma pembuka selera dan sesekali dia mahu merasa nasi beriani, itu sudah memadai baginya. Mengajak Malek berkongsi serba sedikit tentang transformasi dirinya kini, dia tidak mahu khalayak melihatnya sebagai seorang alim ulama, sebaliknya cukup sebagai salah seorang manusia yang pernah melakukan terlalu banyak khilaf dan sudah bertaubat nasuha untuk kembali patuh ke jalan-Nya.

Mengaku menjalani transformasi negatif kepada positif secara berperingkat-peringkat, perkara keji yang dilakukan secara drastik sebaik mendapat hidayah adalah berhenti memakan daging khinzir dan meminum arak. Sementara hal-hal buruk lain seperti pergi ke kelab malam dan sebagainya dilakukan secara berperingkat.

“Selepas saya mendedahkan kehidupan lampau saya, saya telah mendapat pelbagai respons daripada banyak orang.

“Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya mengatakan saya memalukan diri dan keluarga kerana membuka aib yang tidak akan dibuka oleh orang lain.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan mahu memalukan keluarga atau membuka aib, sebaliknya saya mahu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya ruang untuk memperbaiki diri dengan menyedarkan saya tentang khilaf yang dilakukan sebelum saya meninggal dunia dalam kesesatan.

“Saya juga tidak malu mengaku keburukan lampau kerana saya tidak takut atau malu dengan pandangan masyarakat, sebaliknya saya mahu dan takut hanya pada Allah S.W.T sahaja,” tegasnya.

Biarpun sudah berubah paksi, itu tidak bermakna Malek melupai duniawi terus. Dia memberitahu kadang-kala masih bertemu teman-teman lama dan masih mengunjungi karaoke.

Katanya: “Sebab itu saya kata saya bukan alim ulama. Kehidupan saya banyak berubah tetapi saya juga harus menyeimbangi kehidupan duniawi asal ia tidak berlebihan dan sentiasa mementingkan akhirat.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, semoga Ramadan membuka minda ramai lagi artis atau para pujaan remaja.. kearah kebaikan. (IH/Kosmo)

Sunday, July 31, 2011

Rock & Akhil Hayy

HALAMAN HIBURAN


LELAKI kelahiran Perak ini adalah salah seorang daripada sederet pemuzik yang dengan diketuk sedar lalu meninggalkan kehidupan pentas dan memilih untuk mendekati Allah. Kisah hiruk-pikuk itu sudah jadi episod masa lalu buat Akhil Hayy yang kini disapa ‘ustaz’.

Buka bicara Akhil, memang ada pertikaian dalam gelaran itu namun menyelak kembali lembaran kisah dulu, panggilan itu sudah menyapa dirinya sejak 1996. Ustaz itu guru, kata Akhil. Dia bermula dengan mengajar al-Quran ketika di Ipoh. Masuk ke sekolah pondok dengan azam untuk menjadi orang yang lebih baik. Tambahnya lagi, mata hati insan berbeza-beza.

Sejak itu dia digelar ustaz dan melekat hingga kini. Daripada seorang rocker, dia melepaskan gelaran vokalis D’Riyadh dan merombak karier solonya. Toleransinya dengan cubaan hidup berubah warna.

Bangun dengan cubaan

Senyap seketika sesudah menikahi selebriti wanita, Waheeda selepas selaput cerita hitam menerjah perjalanan cerita mereka, kini Akhil kembali dengan cubaan.

Bukan cubaan luar biasa, sebaliknya sebuah program dengan judul Cubaan digalasnya sebagai pengendali. Sebuah program santai dengan kamera tersembunyi untuk merakamkan beberapa cubaan moral untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat.

“Saya enggan menamakan konsep Cubaan sebagai ‘prank’. Sebaliknya ia adalah sebuah pendidikan kerohanian. Konsep ilmu, ia harus didatangi tetapi untuk program ini saya melihat kepada sebuah wacana mencari hikmah di sebalik realiti kehidupan. Astro Oasis pula membawa wadah untuk berdakwah,” ujarnya yang turun padang bersama team produksi untuk menumpahkan serba sedikit ilmu buat khalayak.

Mungkin juga melenturkan sedikit ‘dawai’ di hati khalayak.

Sudah dipertontonkan pada setiap Sabtu pada pukul 7.30 malam bermula 16 Julai lalu di Astro Oasis (Saluran 106), Akhil banyak tersenyum seakan puas kerana terlibat dengan program pengisian rohani ini.

Mendatangi khalayak di jalanan seperti di Masjid India, dia menjadi pemerhati budaya dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap cubaan-cubaan yang dipertaruhkan sebagai umpan.

“Saya sendiri banyak belajar. Kita mungkin membuat andaian sendiri tentang sikap keprihatinan. Daripada apa yang berlaku depan mata saya, saya lihat hakikat sebenar bahawa orang Melayu, Cina dan India itu prihatin tanpa mengira bangsa. Tiada perkauman dalam menghulurkan bantuan,” ujarnya yang teringat salah satu lakonan wanita mengandung memerlukan pertolongan dan seorang lelaki India datang menghampiri.

“Namun pada satu sisi juga, saya melihat orang kita lambat bertindak. Suka ikut naluri sendiri. Ada yang sekadar memerhati.

“Tahap sporting mereka sederhana kerana orang kita tidak suka dipermain-mainkan malah boleh dikatakan pemalu,” ujar Akhil tentang program 13 episod tersebut yang turut menerjah marhaen untuk berzikir dan membaca doa secara spontan, di kala mereka tidak bersedia. Kemudian menutup setiap episod dengan kesimpulan beserta hadis sebagai rujukan.

Akhil menerjah khalayak sebagai hos dan di sebalik itu dia menjadi ustaz yang tidak tipikal. Pendekatannya santai kerana jemaah yang didekati di jalanan tidak sama dengan yang dihampiri di majlis-majlis kerohanian yang dikendalikannya di masjid mahu pun surau.

“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang harimau, kita yang kena makan (ketawa). Maksudnya saya akan menyesuaikan keadaan dan pemakaian dalam menyampaikan pesan,” ujarnya dengan harapan agar melalui program ini, khalayak terbuka hati untuk mengkaji ilmu agama di madrasah sebagai susulan.

Dugaan Usia 40

Dilemparkan soalan buat Akhil yang nampak tenang sekarang, bukan sekadar raut wajah tetapi juga tenang dalam perjalanan hidupnya kini. Tidak lagi berombak seperti satu ketika. Soalan tentang cubaan hidupnya kini. Bukan bermaksud untuk menyingkap cerita silam namun sekadar berkongsi pembelajaran buat seseorang yang diduga pada usia 40 tahun. Kononnya usia keramat untuk kebangkitan seorang lelaki.

“Orang kata kehidupan lelaki bermula pada usia 40 tahun. Melihat fakta sebenar, nabi ditugaskan menjadi Rasul pada usianya 40 tahun.

“Dugaan awal hidup saya berawal pada tahun 1996 ketika bermula mahu jadi ustaz. Kemudian datang lagi pada usia 40 tahun. Saya diuji cabaran dan getir. Menduga antara nafsu dan iman,” ujar Akhil yang kini berusia 42 tahun yang enggan menyebut cerita lama. Biar ia menjadi cerita masa lalu dan yang dibelek hanya pembelajaran.

“Cubaan ketika itu adalah maruah. Sekali tercalar susah untuk dikembalikan. Palitan demi palitan saya terima. Mungkin saya terlepas pandang lalu diberi ujian, tapi saya survive. Saya yakin dengan kuasa Allah. Saya diuji sama ada mampu atau tidak berhadapan dengan ini semua,” ujarnya merujuk kepada ujian bergelar lelaki pada usia 40 tahun.

“Saya tidak mahu jadi ustaz yang tipikal. Saya buat cara saya dengan mengagungkan Rasul junjungan. Saya mahu menjiwai watak beliau dan dijadikan contoh terbaik,” ujarnya jelas dalam nafas penyampaian dakwah. Satu laman yang sudah diteroka selama 15 tahun kini.

Tidak meletakkan diri di zon selesa setelah semua cubaan ‘dunia hiburan’ telah pudar mengikut masa, dia menganggap setiap hari dan kerja yang datang adalah cabaran buat dirinya.

Mahu buat album rock

Bakal sibuk dengan pelbagai perancangan sempena Ramadan, kata Akhil rutinnya dia akan berbuka di kampungnya di Gopeng pada setiap 1 Ramadan. Pulang ke Kuala Lumpur kemudiannya untuk tugasan dakwah dan selebriti, Akhil yang menubuhkan Akhil Network turut menganjurkan pakej umrah lengkap kembara sufi siri 2012.

“Selain itu, saya juga akan sibuk dengan program Laman Nurani, Raya Imam Muda dan Marhaban di Astro. Pada 3 Ogos ini, saya akan terbabit dengan pelancaran pakej umrah serta tazkirah dan lagu,” ujarnya yang kemudian menerangkan tazkirah dan lagu adalah konsep satu hiburan dan dakwah yang datang dengan kos RM30. Harga itu akan memberikan ceramah dan cenderahati buat khalayak yang mendaftar.

Ditanya tentang jiwanya yang dahulu bermula dengan dunia rock, Akhil mengaku masih menjadikan grup Nightwish dan Within Temptation sebagai salah satu halwa telinga.

“Saya gemarkan juga lagu-lagu yang bersifat spiritual. Suka dengar lagu-lagu runut bunyi filem epik. Merujuk kepada zaman nabi dahulu, penyair seperti Tufail bin Amr Ad-Dausi dan Hassan bin Tsabit juga diiktiraf. Kaedah seni adalah antara cara untuk berdakwah dengan mudah. Rugi kalau kita tidak manfaatkannya,” ujar Akhil mungkin mahu memperjelaskan terhadap sorotan tajam terhadap hiburan buat sesetengah masyarakat.

Menerobos masuk ke dalam jiwanya yang masih punya akar rock, dia berkata jujur bahawa masih ada pemberontakan di dalam dirinya yang bakal dikeluarkan.

“Saya merangka untuk membikin album rock. Sedang susun barisan pemuzik yang masih dirahsiakan. Tapi saya mahu buat cara akustik. Ini adalah ruang pemberontakan saya. Nantikan sahaja,” senyumnya seraya menambah bahawa album kelimanya juga bakal dikeluarkan dan isteri tersayang telah menyumbangkan dua buah lagu dalam album tersebut. (IH/Kosmi! Online)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails