Sunday, September 18, 2011

Halang Kuliah Agama, Tak Masuk Akal -Dr Rani


KL 18 Sept 11: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang ahli-ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau sebagai langkah “tidak masuk akal.”
“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun) Meru ini.
Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bulan lalu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap agensi itu kerana menyekat aktiviti berdakwah.
Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.
“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” kata Marzuki.
Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.
Marzuki berkata Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.
Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
“Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.
“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.
Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.
“Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.
“Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,” tambah Dr Rani.
Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.
“Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.
“Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,” kata wakil rakyat penggal pertama ini. (IH)
Ada kaitan..

Sultan S'ngor Dicabar Beri Kuliah Sendiri Di Masjid & Surau?

KALAU orang alim semua tak betul apa kata kita sebagai rakyat Selangor yang dahagakan ilmu di masjid dan surau, kita mahu Sultan Selangor sendiri bagi kuliah...

Ikuti seterusnya...
Rakyat mahu dengar Sultan Selangor bagi kuliah

Lihat sebelum ini...

Eh, Dalam Seluar Dalam Ada Ular Sawa!


SALAH seekor anak ular sawa yang ditemui dalam seluar dalam Borges.


Seludup ular dalam seluar dalam

MIAMI - Seorang lelaki Brazil yang ditahan di lapangan terbang Miami kerana cuba menyeludup tujuh ekor anak ular sawa dan tiga ekor anak kura-kura di dalam poket serta seluar dalamnya didenda sebanyak AS$400 (RM1,236) oleh seorang hakim.

Simon Turola Borges, 30, yang telah ditahan sejak 25 Ogos lalu mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup. Hukuman ke atasnya dijatuhkan oleh hakim wilayah, Patricia A. Seitz. Selain denda, Borges juga akan dipantau dengan rapi selama dua tahun. Dia turut diarahkan supaya dihantar pulang ke Brazil. - Reuters

Pengakuan PM Bangladesh Dipadam,, 24 Jam Lepas Itu..

Oleh Fazallah Pit


KL 18 Sept 11
:
Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini.

Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini (malam tadi) mendapati laman itu tertera No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. Bagaimanapun, halaman depan web berkenaan masih boleh ditemui di sini.

Cetakan dari komputer (print screen) yang kini dipadamkan

Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.

Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN Fuziah Salleh ketika diminta mengulas hal itu, mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya.

Rujukan tambahan..

PM Bangladesh gesa rakyatnya jangan lepaskan peluang menjadi pengundi di Malaysia

(IH)

Exco S'ngor, Datuk Dr Hasan Ali Sertai UMNO?

Hassan putu mayung ka... Bukan Hasan Ali

KL 18 Sept 11: Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno. Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno. Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut. Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya. (IH/Malaysiakini)

Pegawai Bank Jadi Bomoh, Apa Pandangan Anda?

SEORANG pegawai bank Britain, Thomas Heathfield sanggup meletakkan jawatan untuk menjadi seorang bomoh selepas dia menjalani latihan tiga bulan bersama beberapa pakar di sebuah desa di pedalaman Afrika Selatan.

Heathfield, 32, menari tarian tradisi suku kaum tempatan setiap malam pada pukul 2.30 pagi dan memuntahkan darah kambing untuk lulus latihan perbomohan tersebut. Dia juga perlu tidur di dalam semak, memakai jubah tradisional dan memburu bahagian badan haiwan yang disembunyikan penduduk tempatan.
Setelah menamatkan ujiannya, Heathfield diiktiraf sebagai bomoh atau sangoma di Afrika Selatan dan dia turut diberi nama tempatan, Gogo Mndawe dalam satu upacara baru-baru ini.
“Sukar untuk saya mempercayainya tetapi saya akhirnya selesai menjalani latihan ini,” kata Heathfield.

Menurut lelaki itu, dia rela melalui proses sukar untuk menjadi bomoh kerana mahu mengubah nasib malangnya sejak sedekad lalu termasuk ditinggalkan oleh beberapa teman wanitanya. Ibu bapanya yang tinggal di Berkshire, England turut menghadiri upacara tersebut.

Apa pandangan anda?

sumber: kosmo, http://www.telegraph.co.uk (IH)

Lagi Video Seks Baru, Serang Anwar Ibrahim.

Sedutan rakaman CCTV menunjukkan Anwar dan Shahzryl keluar dari lif sebuah apartmen, yang disiarkan oleh blog papagomo.
KL, 17 Sept !!: Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim awal tahun ini, hari ini blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.

Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam. Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.

Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu. Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu. Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.

Kata blog papagomo, “rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar bersama pelacur China tersebut.”

Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.

“Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan,” kata blog tersebut.

Anwar sebelum ini telah menafikan “kehilangan” yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.

Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu. Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengelar diri mereka “Datuk T” — mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Sejak minggu lalu beberapa pihak yang seringkali mengkritik kepimpinan Anwar membuat kenyataan agar Ketua Umum Pakatan Rakyat disoal siasat berhubung aduan polis beliau, yang didakwa membuat laporan palsu. Ia termasuklah Puteri Umno.

Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof memohon polis bertindak terhadap Anwar, yang didakwa telah mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di ibu negara, 22 Mac lalu.

Shahanim juga berkata Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana membuat laporan polis yang tidak benar. Hari ini, blog papagomo juga menulis “ada yang kata masih bukan Datuk Seri Anwar?”

Pada 24 Jun, trio “Datuk T” itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500 oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani. Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara.

Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut. (IH/suntingan The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails