Sunday, September 25, 2011

Gunapakai Pakar=Aziz Bari & UMNO=Khairi.. Hudud Selesai.


KL, 25 Sept 11: Menurut seorang pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa yang membenarkan keadaan itu

Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar kanan) berkata Putrajaya perlu membantu dengan memansuh Akta Mahkamah Syariah yang “mengikat tangan Mahkamah Syariah.”

“Pusat juga perlu membantu dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan.

“Selain itu, pusat juga perlu membantu dengan membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sementara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin (gambar kanan) dikatakan menggesa agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud. Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami menyambut kenyataan Khairy tersebut yang mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno. Sehingga Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dikatakan menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang keseluruhannya mahu agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud.

Pendapat seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau. Walaupun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, ramai berharap agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan. Serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya.

Melihat kenyataan Prof Aziz sebelum ini, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa, kerana hal itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam. Begitu juga DAP dan Karpal Singh.

Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.

Kesimpulannya cadangan hudud Kelantan itu boleh dilaksanakan dalam kerangka yang sedia ada, kalau pandangan pakar perlembagaan Prof Aziz dan UMNO Khairi Jamaludin digunapakai. Masalah hukum hudud sudah tiada masalah lagi. (IH)

Lihat sebelum ini..

Temui Aishah, Datang Ke Malam Bicara Selebriti

HALAMAN HIBURAN
Aishah

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand.

Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur dan terus naik melalui rakaman lagu.

Ada yang menarik bila menyusuri kisahnya... Aishah ketika itu menggunakan nama Natasa Aminah, takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Dia pergi ke New Zealand menyambung pengajian dalam jurusan Sains Politik di Universiti Auckland.

Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986 dia memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga di New Zealand. Bintangnya terus bersinar, kejayaan demi kejayaan sehigga akhirnya menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.

Antara anugerah yang diperoehinya sepanjang masa itu iaah..

Namun semuanya itu tinggal kenangan, dengan pengalaman pahit maung yang dilaluinya, dia cuba kembali ke jalan yang diredai Allah SWT. Tiap aktivitinya menuju ke arah itu, dibantu oleh suaminya, sekarang. Al-hamdullah!

Kalau sesiapa yang ingin menemuinya, sila kunjungi..

KARNIVAL SELANGORKU diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang. Pada 29 Sept hingga 4 Oktober 2011. Acara yang melibatkan Aishah ialah,

'Malam Bicara Selebriti' diadakan di tmpat sama, pada 3 Oktober 2011.
Antara artis dan bekas artis yang hadir ialah...
  • Aishah
  • Azizah Riffin
  • Wardina Saffiya
  • Iwan Dangdut
  • Sham Kamkaze
  • Ustaz Haslin

Datanglah beramai-ramai, tidak kir apa parti pun..
Percuma!

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!! (IH)

Lihat sebelum ini...
Juga Karnival Selangorku...

Wanita Ini Dipukul Orang Ramai, Dibogelkan, Di...



Guatemala City Sept 2011: Alejandra Maria Torres duduk di sebuah jalan berlumuran darah setelah dipukul, disiram dengan petrol dan dibakar selama di sini. Ditelanjangi sampai pinggang, dia memohon belas kasihan kerana ia dipukul dengan kejam oleh orang ramai di tengah jalan.

Mengapa? Alejandra Maria Torres adalah sebahagian dari geng bersenjata yang cuba merompak penumpang bas di Guatemala City. Tetapi ketika hendak melarikan diri dari penumpang dia tertangkap dan ditelanjangi, dipukuli dan sebelum menyiram petrol dan membakarnya .
Polis memadamkan api dan menangkap dia. Tiga temannya melarikan diri di Guatemala City.

Hukuman awam sering terjadi di Guatemala. Pada tahun lalu, orang ramai telah menyerang lebih dari 250 orang, meninggal dunia setidaknya 40 orang. Penumpang bas awam menuduh Torres dan tiga orang, yang melarikan diri dengan berjalan kaki, terlibat dalam rompakan bersenjata.

Penjahat adalah sasaran paling kerap tetapi kadang-kadang menyerang kakitangan pejabat, termasuk hakim. Hakim yang mengeluarkan keputusan kes pemerkosaan dianggap tidak adil oleh masyarakat. Hukuman awam berasal dari perang awam dari 1960-1996 ketika pasukan pertahanan awam banyak melakukan pembunuhan dalam genosida yang didalangi negara pemberontak sayap kiri. Kebanyakan mereka dari petani.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau guna hukum hudud bagaimana? Adil tak?(IH)

Sebelum ini..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Hudud: Gantung Sampai Mati Lebih Kejam -N/ Aziz

KL, 25 Sept 11: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.

Jelas beliau, bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

“Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata Mursyidul Am PAS ini.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datannya dari Allah, bumi, langit dan kita Allah yang punya,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini..

Akhwan Afandi, Bersama Karnibal Selangorku..

HALAMAN HIBURAN

KL 25 Sept 11: Ust. Akhwan Afandi Bin Zulkifli, Kini merupakan Pengurus Besar ADNIN. Beliau menceburi bidang motivasi secara aktif. Beliau juga dijemput menghadirkan diri dalam Program KARNIVAL SELANGORKU yang akan diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang pada 29 Sept hingga 4 Oktober 2011.

Acara 'Malam Kesenian Islam' pada 29 Sept itu diisi dengan..
  • Ceramah beliau
  • Bekas vokalis kumpulan Wings, Me, dan
  • pementasan teater berjudul 'Alam Barzah' oleh Kumpulan Nusantara.
Jika anda ingin menemui beliau datanglah beramai-ramai ke..

Malam Kesenian Islam
Pementasan teater berjudul 'Alam Barzah'
di KARNIVAL SELANGORKU
Diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat,
Tanjung Karang
Pada 29 Sept - 4 Oktober ini.

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Datanglah beramai-ramai, tidak kir apa parti pun..
Percuma!

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!!

Juga Karnival Selangorku...

'Tedung Selar' Bekas Tukang Sapu Jadi Presiden

MICHAEL SATA (kanan) menyanyikan lagu kebangsaan Zambia selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia yang kelima kelmarin. - AFP

LUSAKA, Zambia - Seorang bekas tukang sapu di stesen kereta api Victoria, London dipilih sebagai Presiden Zambia yang baharu. Berikrar mahu "menyapu Zambia menjadi lebih bersih", Michael Sata yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini.

Berusia 74 tahun dan mempunyai lapan orang anak, Sata giat menentang pengaruh China yang semakin meluas di negara berkenaan. Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.

Sata, 74, menuduh pemerintah terdahulu, Presiden Rupiah Banda yang mentadbir Zambia selama 20 tahun sebagai terlalu berlembut dalam menangani gejala rasuah. Tidak mahu mengulangi kesilapan sama, beliau berikrar akan berkongsi kekayaan hasil mineral negara itu dengan rakyat secara lebih adil dan telus.

"Zambia tidak boleh lagi mundur ke belakang. Kita semua mesti bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa," katanya.

Digelar Tedung Selar kerana ucapan berbisanya yang sukar ditepis pihak lawan, Sata lahir di Zambia ketika negara itu masih bergelar koloni British bernama Rhodesia Utara. Pada tahun 1950-an, beliau berhijrah ke London sebelum diambil bekerja sebagai tukang sapu dan porter oleh syarikat kereta api Britain, British Rail.

Sata kemudian belajar separuh masa untuk mengubah nasibnya. Beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang pemasangan kereta di Britain sebelum kembali ke Zambia. Sata kemudian menyertai pasukan polis negara itu. Semasa berkempen, Sata pernah bersumpah bahawa beliau tidak akan minum air minuman yang dibotolkan sehingga semua rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih.

Walaupun kaya dengan pelbagai hasil Bumi, negara di selatan Afrika itu masih dikategorikan sebagai mundur. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus daripada 13 juta rakyat Zambia hidup dalam kemiskinan dengan purata gaji tahunan di negara itu cuma £255 (RM1,250). - Agensi

Satelit AS Jatuh Ke Bumi, Boleh Timpa M'sia. Jaga!

GAMBAR UARS yang sempat dirakamkan di ruang udara Belanda pada 18 Jun 2010.

GAMBAR satelit UARS yang dikeluarkan oleh NASA selepas ia jatuh ke bumi kelmarin. - AFP

WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik.

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.

Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh. Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia).

Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi. NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat. NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu.

Sementara itu di Kuala Lumpur, insiden satelit milik Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bumi akibat tarikan graviti tidak sepatutnya dipandang ringan memandangkan Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena serpihan objek seumpama itu yang jatuh dari langit.

Ketua Makmal Satelit, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Ir. Renuganth Varatharajoo (gambar) berkata, bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh merupakan lokasi yang berpotensi menyebabkan kemusnahan jiwa dan harta benda yang besar.

“Walaupun objek yang jatuh itu bersaiz 10 sentimeter panjang, kelajuannya tetap memberi impak sangat kuat,” kata beliau lagi.

Beliau mengulas insiden Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) yang jatuh ke bumi awal pagi semalam dengan dipercayai bertaburan di Lautan Pasifik. Satelit itu dilancarkan ke orbit pada tahun 1991 untuk kajian lapisan ozon sebelum perkhidmatannya ditamatkan pada 2005. Menurut Renuganth, satelit seperti UARS akan meluncur selaju 28,000 kilometer sejam sebaik sahaja memasuki atmosfera bumi sebelum terbakar dan berkecai. (IH/Kosmo)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails