Monday, September 26, 2011

K'tan Serap Hudud Dalam Hukum Syariah

KL 26 Sept 11: Ekoran sekatan hampir dua dekad, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mahu memasukkan enakmen hudud dalam hukuman syariah negeri Kelantan untuk diguna pakai oleh Mahkamah Syariah.

Oleh itu kata Nik Aziz, PAS berusaha untuk memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud dan Qisas) dimasukkan dalam senarai hukum Mahkamah Syariah supaya hakim dapat menggunakannya ketika perbicaraan.

“Usaha kami ialah nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum Mahkamah Syariah di Kelantan, maknanya kami orang politik berusaha untuk itu supaya ia dapat digunakan oleh hakim,” kata Nik Aziz.

Kata Nik Aziz lagi, “saya ulang sekali lagi, kami hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum supaya mahkamah akan menggunakan akta ini.”

Jelas beliau, apabila kes dibawa ke mahkamah, hakim akan menentukan ada prima facie atau sebaliknya.

“Kalau ada prima facie, ada peguam bela dan peguam cara. Daripada Malaysia menerima hukuman gantung sampai mati mandatori (dalam kes) dadah (atau) senjata apa, maka lebih baik terima hudud.

“Gantung sampai mati ini menyebabkan keluarga merana, tak ada tempat nak bergantung, merana hidup dalam keadaan lapar, hudud ini tak mati orang, bila kena hudud tak mati manusia,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Hudud: Libatkan Putrajaya & Referendum Rakyat

KL 26 Sept 11: Hukum hudud hanya akan melibatkan Muslim dan mengharapkan kerjasama Putrajaya untuk melaksanakan undang-undang itu. Tegas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa mengadakan pertemuan dengan pakar perlembagaan dan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS di Kota Baru semalam

Pendirian itu disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan ketika menemui Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa dan Dr Dzulkefly Ahmad, ahli jawatankuasa kerja PAS dan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan parti Islam itu.

“Datuk Nik Aziz menegaskan bahawa ruang skop pelaksanaan undang-undang hudud hanya melibatkan Muslim manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang sivil sedia ada, memandangkan negara ada dua sistem perundangan... ini ditekankan yang oleh MB Kelantan.

“Selain itu, beliau juga mahu kerjasama pusat agar undang-undang ini dilaksanakan di Kelantan dan negeri Kelantan dijadikan model. Itu harapan beliau,” kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.

Pertemuan kira-kira sejam itu diadakan di kediaman Nik Aziz atas permintaannya bagi mendapatkan pandangan politik dan perundangan berkaitan isu kontroversi terbaru yang muncul semula minggu lalu.

Dzulkfely yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, Nik Aziz yang mengakui hukum hudud tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan kerajaan persekutuan menekankan bahawa beliau memerlukan kerjasama agensi-agensi seperti Jabatan Penjara, Jabatan Kimia dan polis.

Kerjasama itu diperlukan sebagai tambahan kepada pemansuhan dan pindaan beberapa undang-undang lain, kata beliau.

“Prof Aziz menjelaskan mengenai kekangan dari sudut peruntukan undang-undang seperti Akta Mahkamah Syariah 1995... Datuk Nik Aziz faham kekurangan skop perundangan ini,” kata beliau.

Aziz berkata, pihaknya turut mencadangkan agar diadakan satu referendum di kalangan rakyat Kelantan mengenai isu tersebut bagi mengetahui pendirian mereka.

“Cadangan referendum ini diberikan apabila Datuk Nik Aziz mengatakan bahawa sudah 20 tahun rakyat Kelantan memberikan mandat untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak dapat dilaksanakan ekoran sekatan di pihak kerajaan pusat.

“Datuk Nik Aziz berharap harapan dan kehendak rakyat ini ditunaikan, mandat agar diadakan hukum hudud dilaksanakan,” katanya lagi. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Hudud: PRU 13 PAS Tanpa DAP?

Oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari,
Penyarah UIAM (Pakar Perlembagaan)
NONE
NONEHudud dan Kelantan
Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

Satu: Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

Dua: Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

Tiga: Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman facebook sendiri dan berdasrkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

Empat: Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang bukan Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

Lima: Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

Enam:Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

Yang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

Tujuh: Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

Lapan: Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

Sembilan: Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourSepuluh: Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

Sebelas: NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

DAP Perlu Berfikiran Terbuka -Dr Hj Mohd Hasyim

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing: Izinkan Kelantan laksanakan Hudud demi agama mereka.

KL 26 Sept 11: Parti politik DAP perlu berfikiran terbuka dengan membenarkan Negeri Kelantan melaksanakan hukum hudud yang menjadi kewajipan umat Islam untuk melaksanakan ajaran mereka sendiri. Demikian kata editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Kalau hukum syariat Islam yang lain sedang dilaksanakan oleh umat Islam boleh berjalan lancar tanpa mengganggu umat bukan Islam lain, mengapa dalam hal hudud tidak boleh?

"Hal ini boleh dirundingkan, dan orang bukan Islam boleh pilih untuk menolak. Contohnya dalam beberapa kes hukum syariah melibatkan bukan Islam. Hukum berzina atau khalwat melibatkan orang Islam dengan bukan Islam, orang bukan Islam terlepas.

"Apa salahnya beri peluang PAS melaksanakan ajaran agamanya, di buminya sendiri?" Jelasnya.


Hj Mohd merujuk kepada Ketua Bishop Katholik
Dr Paul Tan Chee Ing, yang berpegang kepada teori panjang meniti gelombang sejarah. Dr Tan berkata, 'adalah tidak bijak untuk mencegah umat Islam dari Syariah jika itu adalah apa yang mereka jelas mahu.'

Dr Paul Tan Chee Ing
yang juga ketua tituler Katolik di Melaka Johor, dalam ucapan yang dibuat to Malaysiakini bersetuju dengan pandangan bahawa Islam di atas semuanya.. Mengenai politik dan sokongan kepada hukum syariah yang hudud adalah sebahagian, adalah satu kewajipan bagi Umat Islam melaksananya..

Menurut
beliau lagi, sebagai seorang warganegara bukan Islam seperti beliau dan seorang pemimpin agama sepatutnya telah lama bersuara mengenai perkara ini. (lihat Wartashubhi: Izinkan Negeri Kelantan Laksanakan Hudud Demi Agama Mereka - Ketua Bishop Katholik).

Sebelum itu, di Ipoh Datuk Ngeh Ko Ham (gambar kanan), pengerusi DAP Perak itu berkata, “Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.” Menurut sumber Sinar Harian.

Menurutnya lagi, setiap agama mempunyai pelbagai tafsiran masing-masing berhubung undang-undang, justeru aspek keadilan perlu diberikan perhatian serius. Dalam hal ini tidak bermakna DAP menolak hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berhasrat menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya.

“Tidak kira sama ada sesuatu undang-undang itu menggunakan nama apa sekalipun, ia harus boleh memberikan keadilan kepada semua,” katanya. Beliau berkata, perkara tersebut telah diperjelaskan bahawa setiap undang-undang jenayah harus di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan satu perjanjian dimeterai untuk menerima perlembagaan.

Kata Hj Mohd Hasyim lagi, "Pemikiran Datuk Ngeh Ko Ham pengerusi DAP Perak adalah suatu contoh pemikiran terbuka pemimpin DAP." (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Giler.. Wanita Berhubungan Seks Dengan Katak?



Hakim ditangkap bersama katak lucah

London: SEORANG hakim di United Kingdom ditangkap memiliki koleksi ekstrem gambar lucah termasuk gambar wanita melakukan hubungan seks dengan katak dan gerbil, bintang yang menyerupai tikus.

Michael Hall, 46 yang juga pengetua sekolah dan bekerja sebagai panel kaunseling untuk melindungi kanak-kanak, memuat turun gambar menjijikkan di komputer ribanya.

Ketika polis menyerbu rumahnya, mereka mendapati terdapat 230 imej dan 150 video yang mengandungi gambar perempuan yang terlibat dalam pelbagai aksi melakukan hubungan seks dengan kuda, keldai, anjing, gerbil, katak dan ular dalam nyata.

Dia dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama tiga tahun yang mengharuskan dia untuk menghabiskan 144 hari menyelesaikan program melibatkan pesalah seks.

Bantah Tidak Mahu Pakai Pakaian Sopan...


Foto-foto Pemakai Rok Mini Seksi yang Demo di Bandaran HI

KASUS pemerkosaan beberapa kali terjadi di Jakarta. Soal ini, kaum hawa yang gemar memakai rok mini enggan disalahkan jika pakaiannya memicu aksi pemerkosaan.

Puluhan perempuan dengan mengenakan rok mini menggelar aksi di Bundaran Hotel Indonesia, Jakarta Pusat, Minggu (18/9/2011). Aksi digelar mulai pukul 15.00 WIB. Hingga pukul 15.45 WIB, aksi masih berlangsung.

Mereka membawa poster dan spanduk besar dalam kegiatan yang cukup menyita perhatian pengguna jalan itu. Spanduk besar yang dibawa bertuliskan 'Jangan salahkan baju kami. Hukum si pemerkosa'. Poster yang diusung antara lain bertuliskan 'My rok is my right' dan 'Don't tell us how to dress. Tell them not to rape'.

"Jangan salahkan rok mini kami. Salahkan otaknya," ujar salah seorang orator.

Ucapan orator itu ditimpali oleh beberapa perserta aksi. "Yang mini bukan rok kami tapi otak kalian," teriak peserta.

Tak hanya mengenakan rok mini, beberapa dari mereka juga mengenakan kaos tanktop. Penampilan mereka dilengkapi dengan kalung dan topi. Anak-anak berusia sekitar 8 tahun pun ikut ambil bagian. Bocah-bocah itu memakai rok mini dipadu dengan stocking. Beberapa bule juga ikut serta dalam aksi.

Petugas kebersihan yang bertugas di sekitar Bundaran HI menghentikan aktivitasnya demi melihat aksi para demonstran. Pengendara kendaraan yang melintas pun melambatkan kendaraannya. Sementara itu puluhan polisi mengawal aksi tersebut.









jawaban para lelaki :
TOLONG JANGAN PROVOKASI OTAK KAMI YANG MINI
DENGAN ROK MINI KALIAN...!!
(IH/Sumber Kompas)

Sila lihat jawapan ini pula...

Sunday, September 25, 2011

DAP Letak Jawatan, Jika Hudud Jadi Agenda PR


KL, 25 Sept 11: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim (gambar) menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.

Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini. (IH)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails