Tuesday, September 27, 2011

Lari Tanggal Pakaian Bantah Undang-undang Kolot.

Berlari dengan memakai pakaian dalam


BEBERAPA orang berlari dengan memakai pakaian dalam di bandar Salt Lake City pada Sabtu lalu.

SALT LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Beribu-ribu orang menanggalkan pakaian mereka dan berlari dengan memakai pakaian dalam di bandar ini kerana membantah undang-undang negeri yang dianggap kolot.

Penganjurnya, Nate Porter berkata, acara yang dikenali sebagai Larian Pakaian Dalam itu diadakan pada Sabtu lepas untuk memprotes sistem politik konservatif di Utah.

Pihak penganjur, bagaimanapun, tidak membenarkan orang ramai berbogel dalam larian berkenaan.

Mereka sebaliknya berlari dengan memakai coli, seluar dalam, gaun malam dan seluar pendek manakala sebahagian peserta turut menulis mesej-mesej yang menyokong perkahwinan sejenis di dada serta belakang mereka.

Menurut Porter, sekitar 3,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 1.6 kilometer itu di pusat kota raya ini. - AP

Sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Israel Ngeri Gelang Kunci Wajah Adolt Hitler


SEORANG pelanggan memegang gelang kunci yang memaparkan wajah seperti Hitler di sebuah kedai 7-Eleven di Taipei semalam.

TAIPEI - Gelang kunci yang memaparkan wajah bekas pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler di kedai-kedai 7-Eleven di Taiwan menyebabkan Kedutaan Israel di sini menyatakan ia sesuatu yang mengerikan.

"Kami terkejut untuk melihat wajah seperti Hitler digunakan sekali lagi sebagai satu bentuk pemasaran dan dijual di kedai-kedai 7-Eleven," kata seorang perwakilan Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Israel di sini.

Gelang kunci itu menunjukkan watak seperti kartun Hitler dengan misai berwarna hitam dan memiliki simbol seperti lambang Nazi.

Namun, seorang pegawai dari pihak yang mengendalikan kedai itu, President Chain Store Corp menafikan gelang tersebut kelihatan seperti Hitler.

"Ia tidak kelihatan seperti Hitler.Itu bukannya misai tetapi gigi," kata pegawai itu. - AFP

Lihat kisah-kisah Hitler selanjutnya..

E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia
E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia

Monday, September 26, 2011

Wanita Telanjang Dada Ini Sama Dengan Najib?

CATATAN SANTAI

BOLA sepak memang identik dengan sukan kaum lelaki. Jadi tidak berlebihan rasanya kalau dilihat ramai lelaki memenuhi sudut kota-kota di Ukraine dan Poland yang akan menjadi tuan rumah EURO 2012. Namun hal ini ditanggapi lain oleh aktivis hak asasi wanita Ukraine yang bergabung dalam FEMEN.

Bagi kumpulan wanita tersebut, EURO 2012 nanti berpotensi meningkatkan praktek prostitusi di negara mereka. Maka pesan ini cuba disampaikan oleh aktivis FEMEN melalui aksi protes dengan bertelanjang dada di pusat kota Kiev, Ukraine. Lihat gambar di atas, seorang wanita yang bergabung dalam FEMEN telah mengecat bahagian belakang tubuhnya dengan tulisan 'EURO-2012 without prostitution'

Mereka tidak mahu EURO 2012 dikotori oleh praktik prostitusi atau pelacuran. Aksi wanita tadi berpose dengan kad merah untuk menarik perhatian wartawan. Niat tidak mahu pelacuran tetapi bertindak dan berpakaian macam pelacur. Niat baik tetapi melalui cara yang salah. Lihat gambar depan pula..

Sebentar tadi, saya diberitakan di Malaysia, sekurang-kurangnya RM100 juta dari keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.

“Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil,” kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India. Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India, yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah banyak pada pilihan raya umum 2008.

Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports. Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.

Jadi tertanya-tanya di hati saya, bolehkah mengejar cita-cita yang baik tetapi melalui jalan yang tidak baik? Mendidik anak untuk menjadi orang yang bertakwa dengan hasil wang judi haram? Samakah projek baik PM Malaysia, dengan wanita tadi, yang anti pelacur tetapi menggunakan gaya pelacur?

Samakah projek wanita telanjang dada tadi dengan projek pendidikan Datuk Seri Najib Razak yang kononnya baik??

Sekian, Wallahu aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
KL 26 Sept 11.

Sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Ulama Tulis Mengenai Realiti Islam Selatan Thai.




Abdul Aziz menunjukkan buku 'Islam dan Kebenaran Yang Mesti Diketahui'

YALA (Selatan Thai), 26 Sept 11:
Para ulama di wilayah selatan Thailand diberi peranan penting bagi memberi gambaran sebenar Islam kepada penduduk di sini. Sebuah buku bertajuk 'Islam dan Kebenaran Yang Mesti Diketahui' telah dihasilkan oleh ulamak di lima wilayah selatan negara berkenaan..

Ianya diiharapkan mampu memberi pemahaman kepada masyarakat setempat berhubung pergolakan yang berlaku. Presiden Persatuan Pondok Wilayah Selatan, Abdul Aziz Yanya (Sano), berkata kandungan buku berkenaan memberi definasi betul mengenai perjuangan.

Beliau berkata golongan ulama amat dihormati oleh masyarakat di wilayah berkenaan. Katanya, dengan melalui tulisan yang disumbangkan oleh golongan berkenaan ianya diharap mampu meredakan sentimen benci antara satu sama lain khususnya masyarakat beragama Islam dengan Buddha.

"Antara kandungannya mengenai perjuangan yang betul, jihad dan penentuan mati syahid dan sebagainya.

"Kita cuba beri keterangan mengikut kaca mata Islam dan alhamdulillah ia diterima oleh masyarakat dan keganasan semakin kurang," katanya

Beliau bekata demikian ketika ditemui di Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand (SBPAC), di sini. “Mereka (ulama) tidak beri apa-apa bayaran untuk menulis buku ini tetapi atas dasar untuk keamanan bersama mereka mengambil tanggungjawab ini,” katanya lagi.

Sebagai rekod SBPAC ditubuhkan pada Disember 2010 untuk mentadbir lima wilayah iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkla dan Satun. Sementara itu, Ketua Setiausaha SBPAC, Panu Uthairat berkata, hasil kajian mendapati pengganas di selatan negara itu dianggarkan tidak melebihi 1,000 orang.

Manakala mereka disokong antara 6,000 hingga 7,000 penduduk kampung di wilayah berkenaan. Sementara berpuluh ribu lagi dalam keadaan keliru sama ada untuk menyokong atau pun tidak pihak pengganas berkenaan.

"Justeru, peranan alim ulama amat penting untuk memberi gambaran sebenar apa yang betul dan apa yang salah.

"Ini kerana masyarakat di sini cuba dipengaruhi anasir jahat yang sengaja mencari jalan memecah belah masyarakat di sini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Thailand juga menyediakan pelajaran secukupnya kepada masyarakat dan dianggarkan 75 peratus pegawai kerajaan adalah anak tempatan.

"Malah Raja Thailand sendiri kerap memainkan peranan khususnya untuk meningkatkan pembangunan di wilayah selatan," ujarnya.

Ujarnya lagi, sektor pelancongan di Yala juga semakin meningkat, khususnya di Betong yang bersempadan dengan Malaysia. (Harakah)

Pelakon Wanita Pertama, Bertudung Litup Di M'sia

HALAMAN HIBURAN

KARNIVAL SELANGORKU akan diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang. Pada 29 Sept hingga 4 Oktober 2011. Anara acara yang menarik untuk remaja ialah 'Malam Bicara Selebriti' diadakan pada 3 Oktober 2011.

Antara artis dan bekas artis yang hadir malam itu ialah...
  • Aishah
  • Azizah Riffin
  • Wardina Saffiya
  • Sham Kamkaze
  • Iwan Dangdut
  • Ustaz Haslin
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (lahir 5 Jun 1979) di Kuala Lumpur asalnya ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon w,anita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001.

Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja. Wardina wanita darah campuran Australia, bapanya dan Melayu Aceh ibunya. Tinggian 5 kaki 6 inci, telahpun mendirikan rumahtangga bersama arkitek Ikhwan Johari pada September 2002. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi. Sebahagiannya seperti gambar di atas.

Pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni.

Alhamdulillah, pada penghujung tahun 2000, Wardina nekad mengenakan hijab kepala dan melupakan karier permodelannya. Penghijrahan itu mendapat reaksi positif malahan Wardina dikatakan sebagai pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni biarpun berdepan sedikit halangan.

Baru-baru ini, pada Jun 2011, Wardina Saffiyah telah menimbulkan kontroversi apabila hadir memberi ceramah keibubapaan di Majlis Mesra Rakyat anjuran sebuah parti politik pembangkang. Dia juga dituduh cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih 2.0. Lebih memalukan lagi, bila gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog (kuncu-kuncu UMNO) dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas kejadian berkenaan.

Dibidang pendidikan, Wardina yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mempunyaimempunyai ijazah dalam bidang Hiasan Dalaman dari Centre for Advance Design CENFAD) Kuala Lumpur. Kini beliau sedang menuntut dalam bidang psikologi.

Penglibatan terkini, antaranya..

  • Hos Maher Zain Show Case
  • Malaysia Hari Ini
  • Fitrah Kasih (2009)
  • Ibu Mithali (2008)
  • Menatang Si Manja – RTM (2008)
  • Edu TV – web portal for The Minister of Education (2008)
  • Carta Nasyid Pilihan – TV9 (2008)
  • Wanita Hari Ini (2005 - 2007)
  • Sambutan Malidur Rasul peringkat Kebangsaan (TV1)
  • Hits from RIM – VJ
  • Pencarian Bintang RTM
  • Seri Laman (TV1)
  • JOm Tukar!
  • Hijrah Remaja (Astro)
  • Kisah-Kisah Anbia’ (TV3)
  • Ramadhan World Delights 1 & 2
  • High 5 – JAKIM (TV1)
  • Pencalonan Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)
  • Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) 2002
  • Menulis buku, Antara yang terlaris, 'Mama Saya Lapar' dan 'Siapa Alien?'(MPH Bookstore)
Datanglah beramai-ramai, tidak kira apa parti pun.. Untuk bersama Wardina..
Masuk Percuma!

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!! (IH)

Lihat sebelum ini...
Juga Karnival Selangorku...

Nik Abd Aziz: Utamakan Cegah Bukan Hukum

Oleh Dato' TG Nik Aziz Nik Mat
Perundangan Islam: Utamakan mencegah bukan menghukum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14

Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa', ayat 13-14

Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah "Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman". Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat.

Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan.
  • Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa,
  • tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah,
  • dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas.
  • Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah
  • dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.

Penelitian terhadap ayat-ayat tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, maka digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah.

Malah dilabelkan pula sebagai undang-undang primitif yang ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam kehidupan manusia adalah disebut "hududullah" (hudud Allah). Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui bersekedudukan tanpa berkahwin yang menyebabkan hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah.

Nyata sekali, setiap perkara yang haram, melanggar perintah Allah SWT, maka dianggap melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Yang bermaksud : Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb. – Hadis riwayat Bukhari.

Kekeliruan

Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Maka hudud telah diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah.

Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan: "Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan' dan "akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina."

Paling dukacitanya, kata-kata itu terbit daripada bibir orang Islam sendiri. Sekalipun kata-kata itu sudah lama diucapkan, tetapi kesannya telah memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang Allah SWT. Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dan cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan sebagainya.

Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar. Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh Islam. Natijahnya, Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar.

Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan. Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini.

Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim. Saya yakin, sebahagian besar daripada masalah ini ialah kerana kejahilan terhadap keindahan undang-undang Islam itu sendiri.

Justeru, Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Hududullah setiap tahun dan pada tahun ini pula diadakan seminar undang-undang syariah peringkat kebangsaan untuk memberikan pendedahan dari masa ke semasa kepada masyarakat agar apabila tiba saat dan masanya yang membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan dilaksanakan dengan penerimaan dan kefahaman daripada masyarakat yang sudah terdidik dengan maklumat-maklumat yang benar.

Optimis

Saya optimis, jika wajah sebenar undang-undang syariah didedahkan, tidak akan ada suara-suara sumbang yang menolak pelaksanaannya nanti. Kata cerdik pandai tidak kenal maka tidak cinta. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar seminar ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa dan hendaklah dibuka penyertaannya kepada penyertaan masyarakat non muslim untuk datang mendengar dan mengemukakan persoalan agar setiap kemusykilan dapat dijawab oleh para ilmuan, bukannya diperdebatkan di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu politik yang bias.

Hasarat Kerajaan Negeri ialah untuk mempertingkatkan syiar Islam di Kelantan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau pesekutuan agar sama-sama bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat dengan berkerjasama menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing. Mudah-mudahan kehidupan kita semua ini akan mendapat ihsan dan keberkatan dariNya.

Firman Allah SWT :

ولْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya". –Surah Ali Imran, ayat 104.

Apa yang penting difahami bahawa hukum hudud ini bila dilaksanakan, bukannya pelaksananya adalah orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun setelah menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu. Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik.

Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Jika gejala penolakan ini tidak dibendung, saya bimbang menjadi satu trend yang sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap akidah umat Islam. Jangan merasakan ini sebagai satu isu yang mudah kerana mempertikaikan hukum hudud sebenarnya mempertikaikan Allah SWT.

Penegasan Allah

Sebagai mengingatkan kembali, hayatilah penegasan Allah mengenai hudud yang bertaraf "tilka" memberi makna kehormatan, ketinggian dan peringkat atasan dari segi keutamaannya. Bermakna ia perkara penting. Maka orang yang tidak menerima hudud Allah, orang itu adalah orang durhaka! Hukuman-hukuman hudud akan dilaksanakan oleh orang yang pakar mengenainya. Penghukuman hudud ada orangnya yang kita panggil hakim. Ia adalah tugas hakim bukannya orang politik. Maka rakyat atau mereka yang ragu, tidak perlu bimbang.

Kita juga kena ingat balik kisah "riddah" pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah. Keputusan beliau ialah mengisytihar perang terhadap golongan riddah. Lalu Saidina Abu Bakar menegaskan: "Usahkan orang tidak mengeluarkan zakat, orang yang tidak beri 'tali hidung' ('iqal) unta, aku akan perangi mereka." Ia bermakna perbuatan yang bersifat durhaka itu tidak boleh dibiarkan, kerana bila dibiarkan akan rosaklah masyarakat (orang ramai).

Sama juga, dengan seseorang itu yang membiarkan bacaan fatihah secara tidak betul tajwid, akan berterusan dengan tidak betul. Sedangkan kerana bacaan tidak betul itu, menyebabkan ia berubah makna atau menjadi makna yang tidak betul. Akhirnya, rakaman tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah istiqomah dan sentiasa mengambil tanggungjawab menjayakan misi hududullah ini

Olahan dari ucapan Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan 22 Syawal 1432 bersamaan 20 September 2011, jam 10.40 pagi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Ibu Rogolpaksa Anak Perempuannya.. Shahrizat?

OPERASI...kawasan rumah kedai terbabit.
OPERASI...kawasan rumah kedai terbabit.

Ibu perdagang dua anak

KL 26 Sept 11: “Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur.” Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.

Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.

“Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu,” katanya.

Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara. Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh. (Diangkat dari myMetro hari ini)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masyarakat tak buat apa-apa ke? Kalau nikah sah bawah umur dia riuh-rendah. Kini zina bawah umur alias rogol.. dia tak buat apa-apa. Ibunya sendiri yang me'paksarogol'kan anaknya, kerajaan tak boleh buat apa-apa? Itulah menteri BN alias UMNO.. Menteri pekak, tidak prihatin ke atas penderitaan dan moral rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails