Sunday, October 02, 2011

Pesta Buku S'ngor, Ada Buku Latihan Galak Zina?

Tanjung Karang 2 Okt 11: Hari ini beberapa orang menelepon Weblog Ibnu Hasyim dan Sekretariat Karnival Selangorku Kawasan Tanjong Karang bertanya mengenai buku sekolah untuk tingkatan 2 dikatakan menggalakkan perbuatan zina. Buku latihan Bahasa Inggeris.

Maka di bawah ini dibongkar salah satu kandungan buku tersebut seperti yang ditulis oleh Blog Milo Suam.Com.

"Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina.
"Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done"
Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masaalah.
"The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinic as healthy as before"
Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu. Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masaalah." Begitu komen Milo Suam.

Weblog Ibnu Hasyim belum dapat memastikan keberadaan buku itu di dalam mini pesta buku tersebut.YB Iskandar (yang berbaju merah) sedang melawat mini pesta buku tersebut, dan sedang berbincang sesuatu dengan Pengarah Perpustakaan Awam Selangor Puan Mastura Muhammad (kiri) dan Ustaz Mat Hasbullah bagi pihak Sekretariat.

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang

Mengapa Chin Peng Dihebohkan Tidak Sihat?

hatyai peace treaty 20th anniversary 301109 chin peng
KL 2 Okt 11: Mengapa Chin Peng (kanan) diwar-warkan tidak sihat? Seorang peguam yang pernah mewakili bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng menafikan bahawa pemimpin pengganas itu dalam keadaan koma.

Peguam Chan Kok Keong (kiri bawah) memberitahu Malaysiakini berkata desas-desus mengenai Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua di laporan media adalah tidak betul.

"Dia dalam keadaan baik dan tidak dalam keadaan koma seperti laporan beberapa media,” kata peguam itu.

Menurut Chan, beliau telah menghubungi penjaga Chin Peng di Thailand yang melaporkan keadaan sebenar kesihatan pemimpin komunis itu.

Katanya, memandangkan keadaan itu, adalah wajar bagi kerajaan menyemak semula dan mematuhi perjanjian Hatyai yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu.

chan kok keong 040309"Saya rasa kerajaan wajar mengkaji semula dan membenarkan dia kembali kembali ke negara ini dan mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam perjanjian itu. Chin Peng adalah seorang lelaki tua yang uzur."

Chan telah mewakili Chin Peng dalam kesnya untuk kembali semula ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan itu selepas beliau gagal menyediakan dokumentasi secukupnya bagi membuktikan bahawa dirinya adalah warganegara.

Menurut peguam, Chin Peng yang berasal dari Setiawan, Perak, telah kehilangan sijil kelahiran semasa darurat.

Malah peguamnya juga bersedia membawa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Nor untuk tampil sebagai saksi bagi memberi keterangan.

Rahim merupakan ketua polis Cawangan Khas yang memeterai Perjanjian Hatyai dengan Chin Peng (atas, kanan) bagi menamatkan empat dekad permusuhan dengan negara.

Chan berkata beliau baru sahaja berbual dengan Chin Peng menerusi telefon, dan bekas setiausaha agung PKM itu memberitahunya "saya dalam keadaan sihat."

"Saya tidak tahu mengapa khabar angin ini disebarkan. Beliau memang berada di Bangkok tetapi yang pasti, bukan berada di hospital seperti yang dilaporkan," kata Chan.

"Khabar angin mengenai kesihatan atau dakwaan bahawa doktor meminta ahli keluarga melawatnya adalah tidak benar." (IH)

Lambakan Cerita Hantu Dr Mahathir Cabar Rais?

HALAMAN HIBURAN
KL, 2 Okt 11: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sepatutnya akur dan ambil perhatian kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dr Mahathir berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir dipetik Berita Minggu hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

“Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

“Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam. Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut. (IH)

Skandal Seks Di Pejabat ADUN Kota Anggerik?

Dakwaan skandal di pejabat adun Kota Anggerik Shah Alam

ADUN Kota Anggerik Yaacob Sapari menafikan berlakunya 'skandal' di pejabatnya di Seksyen 9 Shah Alam seperti yang didakwa oleh sebuah blog pro-Umno.

"Jadi saya mengutuk sekeras-kerasnya fitnah lucah ini yang diusahakan oleh mereka, sepatutnya kita bersaing secara sihat dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukannya melakukan aktiviti seperti ini.

"Bagi saya ini bukan serangan kali pertama oleh blogger pro Umno terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dituduh dengan perkara yang lucah sebegini," katanya dalam temuramah dengan TVSelangor.

Menurut Yaacob, susun atur di ruang pejabat DUN Kota Anggerik jauh berbeza dengan klip video lucah yang bertajuk 'Skandal Dalam Pejabat ADUN Kota Anggerik Shah Alam' itu. Klip video itu memaparkan aksi sumbang seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki kononnya di pejabat DUN Kota Anggerik.

Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari
Beliau berkata klip video itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan pusat khidmatnya.

"Susun atur dalam video itu sama sekali tidak sama dengan susun atur yang ada dalam pejabat ini, gambar gadis yang ditonjolkan dalam video itu juga tidak sama dengan staf saya," katanya.

Manakala itu, pembantu tadbir pejabat DUN Kota Anggerik, Norlela Idris menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip bertarikh 19 September itu adalah dirinya kerana pada tarikh berkenaan beliau tiada di pejabat kerana cuti sakit.

"Kebetulan pada hari itu saya bercuti kerana sakit, saya ada bukti surat cuti sakit, pada hari itu hanya seorang kakitangan sahaja yang ada di pejabat.

Pembantu Tadbir Pejabat DUN Kota Anggerik, Norlela Idris"Saya juga menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah diri saya kerana saya adalah satu-satunya staf perempuan yang berkhidmat disini, mingkin kerana ingin mengenakan YB (Yaacob), sekaligus cuba mengaitkan stafnya sekali," katanya dengan nada kesal.

Sebelum ini PKR Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Bantah Hudud, Hak Bukan Islam -Presiden PAS


SEBAHAGIAN daripada kepimpinan dan ahli Pas pada sambutan Ulang Tahun Ke-60 Pas di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

KEPALA BATAS, 2 Okt 11: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Jelas Abdul Hadi (gambar), PAS telah melaksanakan kewajiban untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam dengan menggubal Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 walaupun ia tidak dapat dikuatkuasakan.

“Kita telah tunaikan tanggungjawab kita di negeri, rakan-rakan bukan Islam tidak bersetuju, itu hak mereka... kita tak boleh halang.

“Orang Islam mempunyai tanggungjawab, jika ada masalah semua pihak perlu selesaikan masalah dan PAS sedia untuk selesaikan masalah ini,” kata beliau pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.

Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata Mursyidul Am PAS ini, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Walaupun agak sukar untuk dilaksanakan, namun Nik Aziz masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, undang-undang jenayah syariah perlu dilaksanakan kerana ia adalah tuntutan agama dan bukan kehendak PAS.

“Ini tanggungjawab Islam, bukan PAS... ini tanggungjawab orang Islam seluruhnya. Ini adalah undang-undang Allah.

“Jadi tanggungjawab PAS ialah kita bersedia untuk berbincang secara ilmiah dengan semua pihak bukan polemik Utusan Malaysia yang bebal,” katanya.

Hadi turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak tertentu yang cuba mempermainkan ajaran Islam.

“Mereka permainkan hukum Allah, mempermainkan hukum Allah boleh jadi murtad. Orang Islam tidak boleh main-main dan PAS tidak akan bermain-main dalam hal ini.

“Kita telah tunaikan kewajiban dan tanggungjawab kita walaupun ada yang kata kita main-main, Islam tidak pisahkan politik dan agama kerana politik bukan main-main tapi sungguh-sungguh,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian parti itu untuk menolak hukum hudud.

“Pendirian DAP jelas, kita tidak setuju dengan hudud, Umno pun tidak bersetuju... DAP tidak setuju, Umno juga tidak setuju tapi itu tidak bermakna kami tidak bekerjasama.

“Hudud kita tidak setuju tapi kita banyak persamaan dengan PAS, kita menentang perkara yang kita tidak bersetuju tapi kita setuju banyak perkara lain,” katanya. (IH)

Sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Siapa Wakil PM Tawar ADUN Bentayan Keluar DAP?


KL, 1 Okt 11: Pihak polis digesa menyiasat dengan terperinci pengakuan pihak-pihak tertentu yang mendakwa mewakili Perdana Menteri yang menawarkan pelbagai ganjaran kepada Adun Bentayan, Gwee Tiong Hiang supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Siasatan terperinci pihak polis mengenai dakwaan itu amat perlu bagi mendapatkan kesahihannya kerana jika benar pihak-pihak terbabit mewakili Perdana Menteri, ia ternyata membabitkan penyalahgunaan kuasa yang amat serius dari Perdana Menteri.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee (gambar) berkata, dalam masa yang sama, Pejabat Perdana Menteri perlu menjawab dengan segera dakwaan pihak-pihak terbabit yang mendakwa mewakili Perdana Menteri.

Menurut beliau, sekiranya mereka berbohong atau menipu, tindakan keras perlu dikenakan terhadap pihak-pihak terbabit kerana melakukan kesalahan besar menyamar sebagai wakil kepada Perdana Menteri. Katanya, Pejabat Perdana Menteri tidak seharusnya mengambil masa yang lama untuk menjawab perkara itu kerana ia merupakan perkara amat serius yang membabitkan kepentingan negara.

"Sekiranya benar pihak-pihak terbabit itu mewakili Perdana Menteri, Perdana Menteri perlu didakwa oleh Peguam Negara kerana telah menyalahgunakan wang kerajaan untuk kepentingan politiknya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Adun Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mendakwa mewakili Perdana Menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas. Dalam sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, beliau menjelaskan, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September lalu dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Pada sidang akhbar itu, Adun yang mewakili salah satu kerusi dalam Parlimen Bakri, Muar, Johor itu turut mendedahkan trankrip rakaman perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' terbabit. Katanya, 'ejen' tersebut yang mendakwa mewakili Perdana Menteri berkata, wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Pada sidang akhbar itu juga, Gwee turut memperdengarkan satu lagi rakaman perbualan antara beliau dan pihak terbabit dalam bahasa Mandarin pada 30 September lalu. Menurut Tony, pendedahan yang dibuat oleh Gwee itu sememangnya sesuatu yang serius yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak terbabit.

Tindakan pihak terbabit itu, tegas beliau, adalah satu tindakan yang amat tidak berintegriti dan tidak beretika, tetapi pernah dilakukan oleh pihak tertentu sebelum ini untuk mempengaruhi beberapa orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat termasuk dari DAP, termasuk yang berlaku di Perak.

"Tetapi saya yakin, wakil-wakil rakyat dari DAP yang berada dalam DAP sekarang mempunyai pendirian yang teguh, sama seperti Gwee, yang tidak akan terpengaruh dengan tawaran sedemikian," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Selain wakil-wakil rakyat dari DAP, beliau juga yakin wakil-wakil rakyat yang berada dalam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat sekarang termasuk dari PAS dan PKR tidak akan terpengaruh dengan tawaran-tawaran istimewa dari pihak tertentu supaya mereka keluar dari Pakatan Rakyat. (IH)

Bintang Hollywood Bela Kebenaran, Artis M'sia Bila?


SEAN PENN berjalan bersama pelakon Mesir, Khaled El-Nabawy (bertopi) ketika menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah.

HALAMAN HIBURAN

KAHERAH: Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn dilapor menyertai ribuan aktivis Mesir yang memenuhi bandar Kaherah kelmarin untuk menuntut pemerintah tentera mempercepatkan peralihan kuasa kepada rakyat.

Mereka juga menggesa supaya undang-undang darurat yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas musuh politiknya ditamatkan. Media tempatan melaporkan bahawa Penn memegang bendera Mesir, sambil berjalan bersama pelakon Mesir Khaled el-Nabawi di Dataran Tahrir.

Lokasi itu dipilih untuk mengadakan demonstrasi yang mereka sifatkan sebagai 'menuntut kembali revolusi' berikutan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara pemerintah tentera mengendalikan peralihan kuasa. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelakon dan artis-artis di Malaysia sepatutnya lebih peka lagi. Peka terhadap politik negara dalam membela kebenaran dan keadilan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails