Friday, October 07, 2011

Audid Negara Puji K'tan, Bersih, Efisyen & Tak Tiris.

 Gambar: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu
 KOTA BHARU, 7 Okt 11: Kejayaan PAS mentadbir negeri Kelantan khususnya dalam pengurusan kewangan sehingga dipuji oleh Jabatan Audit Negara membuktikan golongan agamawan juga berkemampuan mentadbir negeri.

Bukan itu sahaja, pentadbiran yang bersih daripada rasuah di negeri itu juga membuktikan betapa nilai agama dikalangan pemimpin mampu menjadikan pentadbiran negeri lebih efisyen dan mengelak dari ketirisan. Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat negeri Kelantan, Mohd Hishamuddin Abu Bakar, ketika dihubungi berkata apa yang berlaku di Kelantan cukup membuktikan gandingan ulama dan profesional sebenarnya paling baik mentadbir negeri atau negara.

Jelasnya, pemimpin ulama akan memberikan kesan dalam pentadbiran khususnya pada rakyat yang dinaungi.


“Apabila pemimpin di atas amanah, melahirkan sifat-sifat ubudiyyah, pegawai di bawah juga secara tidak langsung akan mengikut juga.

“Kerana itu agensi-agensi atau jabatan kerajaan negeri turut menonjol prestasi pentadbiran dan kewangannya dan tidak hairan juga sekiranya pegawai kerajaan negeri tidak ada yang rasuah,”ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas penktirafan yang amat berharga itu.

“Semoga ianya menjadi contoh kepada kerajaan negeri khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain sebagai usaha untuk menterjemahkan pada rakyat bahawa ini sebenarnya model pentadbiran Islam,”ujarnya.

Setiausaha Pemuda PAS negeri Kelantan, Mohd Nuri Yaacob, pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai kecekapan pentadbiran kerajaan yang negeri yang sifar ketirisan dan rasuah. Beliau berharap rekod kecemerlangan itu dapat dikekalkan malah bertambah baik pada masa yang akan datang.

“Rakyat juga perlu didedahkan dengan kejayaan ini kerana mereka tidak akan mengetahuinya memandangkan media arus perdana tidak akan menghebohkan perkara ini,”ujarnya.

Semalam, pentadbiran kerajaan Kelantan diakui Jabatan Audit Negara sendiri sebagai pentadbiran yang baik khususnya berhubung mengurus sumber kewangan kerajaan negeri. Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK.

Tak pernah silap

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Abdullah Mohd Jusoh, 48, pula berkata rakyat Kelantan tidak pernah silap dalam memilih kerajaan lebih 21 tahun lalu. Katanya, kerana pemilihan yang tepat oleh rakyat setiap kali pilihanraya umum, menyebabkan mereka turut mendapat keharmonaian berada di bawah pentdbiran yang baik.

“Saya harap mereka tidak akan salah membuat pilihan setiapkali pilihanraya umum diadakan, jika tidak mereka tidak akan mendapat kerajaan yang baik, bebas dari rasuah dan sebagainya,”ujarnya.

Seorang pengusaha batik, Shafie Mamat, 49, pula berkata perkara itu wujud bukan sahaja bermula dari pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh ulama. Tambahnya, sebaliknya juga kerana sifat rakyat Kelantan itu sendiri yang mendapat pendidikan Islam sejak awal lagi. (IH)

Miss Universe Simbol Porno, Muslimah Tolak..


Perempuan Jabar Tolak Kedatangan Miss Universe

Kota Bandung: 6 Okt 11: Rencana kedatangan Leila Lopes,Miss Universe 2011 ke Kota Bandung awal pekan depan mendapat penolakan keras dari berbagai elemen ormas Islam di Jawa Barat khususnya  kaum Muslimah.

Kami mewakili kaum Muslimah di Jawa Barat, khususnya di Kota Bandung menolak dengan tegas rencana kadatangan Miss Universe tersebut,” tegas  Koordinator Suara Perempuan Jabar, Euis Rifqi usai diterima Sekum  MUI Jabar di kantor MUI Jabar, Kamis (6/10/2011).

Euis yang didampingi beberapa perwakilan ormas Muslimah menambahkan bahwa kedatangan Miss Universe tersebut bisa mengganggu kondusivitas umat Islam  dan bisa merusak citra kota Bandung yang bersemboyan Kota Agamis.

“Miss Universe itu kan simbol pornoaksi dan pornografi,coba lihat proses  pemilihannya. Bagaimana mungkin kedatangannya akan membawa manfaat malah bisa membawa mudlarat. Sebagai Kota Agamis, apapun agama masyarakatnya pasti tidak ada ajaran pornoaksi,”sambungnya.

Untuk itu dirinya menghimbau kepada kaum ibu untuk bersama-sama menyuarakan hati nuraninya dan ikut bersikap dengan menolak rencana kedatangan Miss Universe tersebut. Selain ke MUI, rencananya mereka juga akan mendatangi kantor DPRD Kota Bandung guna menyalurkan aspirasi dan mendesak anggota DPRD Kota Bandung untuk turut serta melakukan penolakan.

Sementara itu di tempat yang sama Sekretaris Umum MUI Jabar, Drs Rafani Achyar kepada hidayatullah.com  mengatakan bahwa MUI selaku wadah umat Islam sangat mengapresiasi  umat yang menyuarakan penolakan tersebut. Pihaknyapun akan meneruskan aspirasi tersebut kepada pihak yang berwenang yakni pemerintah Kota Bandung selaku pihak yang akan dikunjungi Miss Universe tersebut.

“Pada prinsipnya kami setuju menolak kedatangan (Miss Universe) tersebut dan secara normatif itu dibenarkan. Namun harus diketahui bahwa MUI tidak mempunyai kewenangan untuk melakukan tindakan, sebagai mitra pemerintah akan kami sampaikan,” jelasnya.

Sebagaimana banyak diberitakan rencananya Miss Universe 2011, Leila Lopes akan melakukan serangkaian kegiatan di Kota Bandung,Selasa (11/10/2011) mendatang.(IH/Hidayatullah)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia, bagaimana Muslimah dan wanita-wanita kita yang memperjuangakan hak asasi wanita atau kemanusiaan, juga menolak kepornoan?

Sementara myMetro Malaysia, hari ini melaporkan... Di Bandung, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menolak kunjungan Ratu Universe 2011, Leila Lopez ke bandar ini, Selasa depan. Setiausaha umum MUI, Jabar Raffani Achyar menganggap kunjungan ratu berasal dari Angola itu mencemari pengisytiharan Bandung sebagai kota agama.

“Ratu Universe dikatakan akan bertemu pemerintah kota Bandung, Dada Rosada. Kami menolak kunjungannya itu,” katanya kepada wartawan, semalam. Beliau menganggap pertandingan Ratu Universe tidak menepati syariat Islam contohnya seperti perlu memakai bikini, berjalan catwalk sambil mendedahkan aurat tubuh.

“Ia tidak relevan dengan program Bandung sebagai kota agama. Kota agama dikenal sebagai bandar tanpa minuman keras, pornografi dan aksi yang berkaitan dengan pendedahan aurat,” katanya.
Menurut Jabar, masih ramai tokoh terkenal lain yang boleh diundang dalam acara amal misalnya seperti pemenang anugerah Nobel atau olahragawan ternama.

“Daripada Ratu Universe lebih baik diundang pemenang anugerah Nobel atau ilmuwan yang dapat memberi manfaat kepada kita. Tambahan pula, undangan Ratu Universe memerlukan perbelanjaan yang besar,” katanya.

Bagaimanapun, sekiranya kehadiran Ratu Universe ke Bandung hanya untuk membeli-belah, Jabar tidak mempertikaikan kunjungan itu kerana ia dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

97 Pelarian Kebulur, Orang Islam Tiada Tanggungjawab?

97 pelarian Myanmar kebuluran di laut

MOHD. HATTA (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelarian warga Myanmar di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam. 

BALIK PULAU - Tindakan nekad 97 pelarian warga Myanmar untuk masuk ke negara ini secara haram selepas sembilan hari belayar dari Bangladesh tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis di pesisiran pantai Pulau Betong di sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 30 tahun diberkas dalam satu operasi bersepadu polis kira-kira pukul 8 pagi dan ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta kelaparan setelah lima hari terputus bekalan makanan. Difahamkan, mereka terpaksa mengerah kudrat yang ada untuk berenang sejauh 300 meter menyeberangi Pulau Kendi ke Pulau Betong selepas ditinggalkan tekong bot kira-kira 500 meter dari pantai. Sebahagian daripada mereka menggunakan jaket keselamatan untuk berenang ke pesisiran pantai manakala selebihnya hanya menggunakan tong beras, tong fiber dan plastik sebagai pelampung.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zain berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan maklumat orang awam yang curiga melihat sebuah bot berhampiran Pulau Betong pada pukul 3 pagi semalam. Menurut beliau, hasil pemeriksaan polis ke lokasi terbabit menemui sekumpulan lelaki basah kuyup dan menggigil kesejukan selain berada dalam keadaan lapar manakala selebihnya melarikan diri ke kawasan bukit berhampiran.

"Siasatan mendapati mereka adalah kumpulan pelarian Myanmar yang datang dari sebuah kem pelarian di Bangladesh sebelum belayar ke negara ini semata-mata mahu mencari pekerjaan.

""SEBAHAGIAN daripada 97 orang pelarian warga Myanmar yang kebuluran diberi makan selepas ditahan di Balik Pulau semalam.

"Mereka menaiki sebuah bot kayu dan membayar tekong dengan upah 10,000 paka (RM420) seorang dan diarah terjun ke laut kira-kira 500 meter dari pantai oleh tekong berkenaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Susulan daripada itu, Hatta memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Maritim Malaysia (APMM) giat mengesan bot terbabit selain berjaya menahan 14 lagi warga Myanmar, tidak jauh dari pantai Pulau Betong.
Turut ditahan ialah dua lelaki Myanmar berusia 40-an yang bekerja di negeri ini yang mengaku mahu mengambil saudara mereka yang tiba dengan bot di pesisiran pantai terbabit.

Kedua-dua lelaki yang datang dari Nibong Tebal dan Sabak Bernam, Selangor itu kemudiannya turut dibawa bersama kesemua pelarian terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk membantu siasatan.

Sementara itu, menurut seorang pelarian, Anowar Hussain, 23, mereka hanya minum air kosong bagi mengalas perut sejak lima hari lalu ketika belayar dari perairan Bangladesh ke sini. Katanya, dia menghabiskan semua wang simpanan kira-kira RM500 untuk membayar tekong kerana teruja untuk mencari pekerjaan yang lebih baik di Malaysia setelah mendengar cerita rakan-rakan yang berhijrah ke sini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 97 pelarian Myanmar kebuluran di laut. Suatu contoh... mereka itu manusia, beragama, dan biasanya sihat. Lari dari Myanmar, ke Bangladesh dan Malaysia. Nabi Muhammad SAW mengajarkan, seorang pelacur membantu anjing kehausan boleh masuk syurga, dan mengurung kucing tanpa tanpa diberi makan minum, dicampakkan ke neraka.

Mereka yang tidak berdaya keluar dari negara bukan Islam kepada negara orang Islam juga adalah kerana tuntutan agama. Hanya sempadan dunia jadi masalah, apakah tidak ada jalan keluar? Apakah tidak ada dalam Ialam hak mereka sebagai seorang Islam di perantauan, bermusafir dan hak asasi manusia? Jangan pedulikan perjuangan hak asasi manusia mengikut gaya barat yang menguntungkan puak-puak mereka sahaja?

Lihat perjuangan hak asasi manusia mengikut acuan sebenarnya. Di Malaysia tidak adakah pemimpin dan tokoh-tokoh agama yang memperjuangkan hal ini? Ada bantuan untuk pelarian Islam di negara bukan Islam? Mengapa di negara mereka boleh Malaysia tak boleh? Lihat tulisan-tulisan ini...

Bekas PM & Pengnalisis Ramal BN Kalah PRU13



PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) bukan sekuat yang disangka. Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berkata demikian menjelaskan, BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.

Sebelumnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis.

Kata Dr Chadra, “Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

“Pada saya, kekalahan BN di banyak kerusi pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri,” katanya.

Antara sebab itu, kata Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada PKR) ialah kerana pemimpin BN sering menganggap mereka berada dalam zon selesa dan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

“Mereka terlupa pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak kepada mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan hidup rakyat semakin terhimpit, menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Undi protes banyak membantu memenangkan calon pembangkang pada pilihan raya itu,” katanya.

Chandra berkata, pemimpin BN bagaimanapun kini dilihatnya sudah tersedar bahawa mereka perlu sentiasa mendekati rakyat untuk memastikan apa yang berlaku pada PRU-12 tidak lagi berulang.

“Kita dapat lihat keadaan semakin baik bagi BN yang dibuktikan menerusi kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini,” katanya.

Menurut Chandra, undi orang Melayu yang kembali semula kepada BN semakin meningkat, begitu juga orang India. “Ini menunjukkan BN berada di landasan yang betul,” katanya.

Berbanding kerusi Parlimen yang menurutnya BN berpeluang untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga, Chandra bagaimanapun mengakui sukar untuk meramal keupayaan BN merampas semula pemerintahan negeri yang kini di bawah PR.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis. Katanya, ini berikutan masih wujud pelbagai gejala negatif dalam parti komponen utama BN, Umno seperti budaya cantas mencantas yang kini berada pada tahap kritikal. (IH)

Thursday, October 06, 2011

Kisah Laut Mati & Homoseks

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG  

KITA sambung kisah Laut Mati.. Jangan Pergi Ke Sana. yang lalu. Sebagaimana dijelaskan dalam Alquran, umat Nabi Luth AS dihancurkan kerana mereka melakukan perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah SWT. Yakni melakukan hubungan seksual dengan sesama jenis (homoseks). Walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi Luth, namun umatnya tidak mahu menuruti perintah tersebut, hingga Allah menimpakan azab terhadap mereka. 

Kisah diazabnya umat Nabi Luth AS terdapat dalam surat Al Anbiya: 74-75, Hud: 82-83, dan Al-Qamar: 33-38. Kisah kehancuran umat Luth AS ini, juga diceritakan dalam Perjanjian Lama. Dalam berbagai penelitian yang dilakukan, peristiwa atau lokasi kejadian diazabnya umat Luth AS ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau di danau Luth yang terletak di perbatasan antara Israel dan Jordan.


Berikut ini sekelumit cerita mengenai hancurnya umat Nabi Luth tersebut dalam Alquran. 

”Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)


Ajakan Nabi Luth ini ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala Allah SWT mengutus dua orang malaikat berupa manusia kepada Nabi Ibrahim dan Luth (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81), mereka meminta Luth menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahi mereka. Lalu, Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.


Dalam surah Hud ayat 82 dijelaskan, umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara diterbalikkan yang atas ke bawah, dan bawah ke atas, lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.


Awalnya, penelitian dilakukan oleh William Albright, seorang ahlikaji purbakala pada 1924 di sekitar Laut Mati. Beberapa orang yang bersama William Albright mencari sisa-sisa Kota Sodom dan Gomorah, hingga akhirnya mereka menemukan situs purbakala Bab-Edh-dhra (dibaca: Babhedra).. Bab-edh-dhra adalah makam terbesar khas zaman perunggu yang mereka gali, panjangnya 15 meter dan lebarnya 7 meter. 
Di sini mereka juga menemukan makam berisi perhiasan emas dan menggali lebih 700 tembikar yang merupakan hadiah penguburan, termasuk tempat parfum kecil dan banyak benda lain, seperti kain. Konon, makam ini telah digunakan selama 1000 tahun lamanya, dari zaman Ibrahim hingga penghancuran Kota Sodom. Namun, tidak ada apa pun untuk mengaitkan pemakaman kuno itu dengan Sodom, tempat kehidupan Nabi Luth dan umatnya.


Adanya umat Nabi Luth di sekitar Laut Mati ini diperkuat dengan ulasan National Geographic edisi Desember 1957. 

”Gunung Sodom, tanah gersang dan tandus muncul secara tajam di atas Laut Mati. Belum pernah seorang pun menemui Kota Sodom dan Gomorah yang dihancurkan, namum para akademisi percaya bahawa mereka berada di Lembah Siddim yang melintang dari tebing terjal ini. Kemungkinan air bah dari Laut Mati menelan mereka setelah gempa bumi”


Setelah sekian lama tidak ada khabarnya tentang kewujudan umat Nabi Luth, ahli purbakala lainnya, Paul Lapp dan Thomas Schaub, melakukan penggalian kembali di sekitar Laut Mati pada 1967. Dan kemudian, penggalian diteruskan oleh Werner Keller, seorang ahli arkeologi dari Jerman di sekitar Laut Mati. Dengan merujuk pada keterangan Alquran mengenai terbaliknya kota tempat kediaman umat Nabi Luth, Werner Keller menyatakan: 

”Bersama dengan dasar dari retakan yang sangat lebar ini, yang persis melalui daerah ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorah, dalam satu hari terjerumus dalam. Kehancuran mereka terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi dahsyat yang mungkin disertai dengan letusan, petir, keluarnya gas alam serta lautan api."


Werner percaya bahawa umat Nabi Luth dihancurkan melalui sebuah gempa bumi yang sangat hebat. Peristiwa tersebut dilukiskan dengan keterangan Alquran surah Asy-Syu’araa ayat 173. ”Kami menghujani mereka dengan batu belerang keras sebagaimana tanah liat yang terbakar secara bertubi-tubi.”


09_06_20090316082544Berkaitan dengan hal ini, Werner Keller menulis: ”Pergeseran patahan membangkitkan tenaga vulkanik yang telah tertidur lama sepanjang patahan. Di lembah yang tinggi di Jordan dekat Bashan masih terdapat kawah yang menjulang dari gunung api yang sudah mati; bentangan lava yang luas dan lapisan basal dalam yang telah terdeposit pada permukaan batu kapur.”


Tanda-tanda nyata yang disampaikan oleh Danau Luth tentu sangat menarik. Umumnya, kejadian yang diceritakan dalam Alquran terjadi di Jazirah Arab. Tepat di tengah-tengah semua kawasan ini terletak Danau Luth. Danau Luth, serta sebahagian peristiwa yang terjadi di sekitarnya, patut mendapat perhatian secara geologis. Danau tersebut dianggarkan berada 400 meter di bawah permukaan Laut Tengah. 

Kerana lokasi terdalam dari danau tersebut adalah 400 meter, dasarnya berada di kedalaman 800 meter di bawah Laut Tengah. Inilah titik yang terendah di seluruh permukaan bumi. Di daerah lain yang lebih rendah dari permukaan laut, paling dalam adalah 100 meter.

Sifat lain dari Danau Luth adalah kandungan garamnya yang sangat tinggi, kepekatannya hampir mencapai 30 persen. 

Oleh karena itu, tidak ada organisme hidup, semacam ikan atau lumut, yang dapat hidup di dalam danau ini. Hal inilah yang menyebabkan Danau Luth dalam literatur-literatur Barat lebih sering disebut sebagai “Laut Mati”.Kejadian yang menimpa kaum Luth yang disebutkan dalam Alquran berdasarkan perkiraan terjadi sekitar 1,800 SM. Berdasarkan pada penelitian arkeologis dan geologis, peneliti Jerman, Werner Keller, mencatat bahawa Kota Sodom dan Gomorah benar-benar berada di Lembah Siddim.

Lembah yang merupakan daerah terjauh dan terendah dari Danau Luth, dan pernah terdapat situs yang besar dan dihuni di daerah itu. Konon, jika seseorang berdayung sampan melintasi Danau Luth ke titik paling utara dan matahari sedang bersinar pada arah yang tepat, ia akan melihat sesuatu yang sangat menakjubkan. Pada jarak tertentu dari pantai dan jelas terlihat di bawah permukaan air, maka akan nampaklah gambaran bentuk hutan yang diawetkan oleh kandungan garam Laut Mati yang sangat tinggi. 

Batang dan akar di bawah air yang berwarna hijau berkilauan nampak sangat kuno dan klassik. Lembah Siddim, di mana pepohonan ini dahulu kala bermekaran daunnya menutupi batang dan ranting, merupakan salah satu tempat terindah di daerah ini. Keindahan Laut Mati ini dilukiskan seperti ”like the garden of God.’‘

Tetapi yang penting sebagai tandaingat supaya manusia-manusia di muka bumi sentiasa menurut garis-garis yang ditentu oleh Allah SWT Yang Maha Agung.

(IH/Sumber Al-Quran, Hadis & pelbagai sumber)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Iwan Syahman Dg Album Terbaru 'Segalanya Allah'

HALAMAN HIBURAN
Iwan Syahman di pentas
KL, 6 Okt 11: Penyanyi irama dangdut, Iwan Syahman, telah memperkenalkan album terbarunya, "Segalanya Allah".  Mengandungi 10 buah lagu. Kesemua lagu dan liriknya dicipta oleh Iwan sendiri. Album tersebut telah berada di pasaran sejak 2 bulan lalu.

Menerusi kemunculan album terbarunya itu, beliau yang sebelum ini hanya dikenali dengan Iwan turut melakukan perubahan terhadap namanya dengan menamakan dirinya sebagai Iwan Syahman.menyeru rakan-rakan artisnya supaya segera berubah bagi mendapatkan keampunan Allah. 

Menurut beliau, artis-artis yang ingin berubah tidak sepatutnya melengah-lengahkan keinginan itu supaya dengan itu mereka akan menjadi lebih dekat kepada Allah SWT.  Katanya, perubahan para artis ke arah yang lebih baik merupakan satu perkara yang penting bagi membolehkan mereka bersama-sama umat Islam lain melakukan perubahan ke arah yang lebih baik pula terhadap masyarakat.

"Marilah kita bersama-sama kembali kepada Allah, kembali kepada fitrah, inilah yang lebih baik. Kalau nak menyanyi tu menyanyilah lagu-lagu yang boleh memberikan manfaat kepada kita dan kepada peminat-peminat kita," katanya ketika ditemui media di sini, malam tadi.

Iwan yang mula kelihatan berubah sejak 5 tahun lalu berkeupayaan memperlihatkan perubahan yang ketara pada diri dan kehidupannya sejak 2 tahun lalu dan beliau bersyukur kepada Allah kerana diberikan sokongan padu oleh para peminatnya. Beliau yang kini lebih suka menyanyikan lagu-lagu yang berkonsepkan nasyid turut menghasilkan sebuah album seperti itu yang diberi judul Segalanya Allah.

"Alhamdulillah, saya lebih senang menyanyikan lagu-lagu seperti ini. Saya tak segan-segan untuk menyanyikan lagu-lagu ini," jelas beliau ketika ditemui sempena kunjungannya ke Markas PAS Taman Melewar, di sini, malam tadi bagi mengadakan persembahan pada program Rapat Rakyat anjuran PAS Kawasan Batu.  

Kepada peminat-pemintanya, beliau tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberian sokongan yang padu terhadap album tersebut.

'Doakan saya untuk saya selalu beristiqamah dengan lagu-lagu macam ini untuk anda semua. Harapan saya dengan lagu-lagu macam ini juga dapat mendorong masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Allah.(IH)

Lihat sebelum ini...
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..
Sils lihst video Iwan ini...

Iwan Syahman - Segalanya Allah (ALBUM - SEGALANYA ALLAH 2011).wmv

Melihat Pemikiran Seorang Cina M'sia..

Artikel ini berjudul:
"Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!
oleh YUE (bulan),
disiarkan melalui laman sosial Facebook
pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011.
Dikongsibaca oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook,
dalam masa 48 jam. 

SAYA, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS.  Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini,  bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!
 

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah! XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS!  Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan!  Polis boleh tembak sewenang-wenangnya!  Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap!  Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar.  Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar.  XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!


XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini?  Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan! Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim! Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO! Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!
 

XXX, apa yang kau MCA lakukan?  Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua?  Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!" Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu?  Kau yang telan wang rakyat!  

PAS?  Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah?  PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak!  Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?" MCA, berambuslah kau!  Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju!  

XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata?  Kau ingat rakyat ni bodoh?  Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia! Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya.  Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!'  

XXX, mana kau MCA?  Di mana kau sorok ketika itu?  Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau! XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan?  Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat.  Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka.  Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP.  Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?
PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka.  Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik.  

Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP.  Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan? Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya?  Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau?  Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan.  
Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar.  Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga.  Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya.  Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu. Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud?  Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah!  Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang?  


Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada? Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini.  Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina.  Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA!  Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini.  Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu.  PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!


(Disunting dari Merdeka Review kelolaan Lim Hong Siang)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails