Monday, October 10, 2011

Bunuh Isteri Tersayang Kerana Arak.. Perlu Hudud?


ANGGOTA polis mengusung mayat Gurmeet Kaur yang mati selepas dipukul di muka dalam kejadian di Ulu Bernam, Hulu Selangor semalam.

HULU SELANGOR: Kesan buruk tabiat meminum arak terbukti apabila seorang lelaki langsung tidak menyedari bahawa dia telah memukul hingga mati isterinya selepas bertengkar mengenai kegagalan wanita itu menebus kembali seutas gelang emas yang digadai beberapa bulan lalu.

Kejadian di kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam di sini menyebabkan seorang peniaga nasi lemak, S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui mati pada pukul 7 pagi semalam disyaki dipukul di muka oleh ahli keluarganya sendiri beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa bersama suami dan kakaknya mula meminum arak pada pukul 11 malam sebelum mereka bertengkar mengenai seutas gelang milik kakak mangsa yang gagal ditebus kembali selepas digadai.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arak punca kejahatan, itu kata Nabi SAW. Nabi pernah pernah melaksanakan peraturan pengharaman arak melalui perundangan Islam dan hudud. Itulah bukti kaedah kejayaan pengharaman arak yang pernak dipraktikkan dan patut dicontohi dunia untuk kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Gelanggang Laga Ayam Dibom, Kenapa?

BEBERAPA penyiasat tentera dan polis memeriksa lokasi sebuah gelanggang laga ayam yang dibom di bandar Zamboanga, Filipina semalam.

ZAMBOANGA, Filipina - Dua letupan besar yang dipercayai daripada bom buatan sendiri telah menyebabkan sebuah rumah tumpangan dan gelanggang laga ayam rosak di selatan Filipina menyebabkan sebelas orang cedera.

Letupan pertama berlaku pada waktu tengah hari di tingkat bawah sebuah hotel dua tingkat, Red Palm di Zamboanga, sebuah bandar bergolak di Mindanao.

"Ia merupakan satu letupan yang amat besar. Enam kawan saya cedera dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila satu dinding runtuh ke atas mereka selepas letupan itu," kata seorang pengunjung hotel tersebut, Roland Teofilo.

Polis mengesyaki letupan itu berpunca daripada bom namun menurut ketua polis tempatan, Arthur Larudis, tiada kumpulan yang tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan letupan itu.

Letupan kedua berlaku di kawasan gelanggang ayam laga berhampiran hotel tersebut ketika pakar-pakar bom sedang melakukan siasatan di bahagian tingkat bawah dengan menyebabkan dua orang cedera.

Kumpulan Abu Sayyaf yang bersekutu dengan Al-Qaeda beroperasi di Pulau Basilan di seberang bandar ini.

Beberapa serangan di bandar ini kerap dipersalahkan ke atas kumpulan tersebut. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa gelanggang laga ayam yang tidak berdosa itu dibom? Adakah kerana ianya sarang perjudian, tempat menghabiskan masa rakyat atau memundurkan pemikiran rakyat menurut pandagan Al-Qaeda dan Abu Sayyap?

Wilayah RI Dicaplok Malaysia Lagi?

Persoalan perbatasan bermuara pada satu hal. "Kesadaran ruang kita benar-benar minim.

Peta perbatasan Indonesia-Malaysia di Kalimantan

Jakarta 9 Okt 11: Indonesia dan Malaysia kembali berurusan dengan masalah perbatasan negara. Kali ini, seperti diungkapkan Wakil Ketua Komisi I DPR, TB Hasanuddin, Indonesia berpotensi kehilangan 1.400 hektare tanah di Camar Bulan dan 80 ribu meter persegi di pantai Tanjung Datu, Kalimantan Barat karena dicaplok Malaysia.

Dugaan pencaplokan wilayah Indonesia ditemukan Hasanuddin saat berkunjung ke sana, dua bulan lalu. Ada sejumlah warga yang diusir dari kedua wilayah ini oleh patroli Malaysia. "Malaysia bilang, itu kampung Malaysia."

Dia mengaku sudah menyampaikan temuannya itu ke anggota Komisi I DPR yang lain. "Tanggapan mereka positif. Semoga dalam waktu dekat ada tindak lanjut, termasuk memanggil Menteri Luar Negeri untuk menjelaskan ini."

Hasanuddin kemudian mengacu pada Traktat atau Perjanjian London, kesepakatan bersama antara Kerajaan Inggris dan Hindia Belanda terkait pembagian wilayah administrasi tanah jajahan kedua negara. Traktat ini memasukkan Camar Bulan ke wilayah Indonesia.

Namun, Wakil Kepala Penerangan Kodam Tanjungpura, Letkol Inf Totok, memberikan fakta sebaliknya. Menurutnya, Camar Bulan masuk wilayah Malaysia.

"Hal ini berdasarkan pertemuan antara Indonesia-Malaysia di Semarang tahun 1978 yang memutuskan wilayah Camar Bulan masuk ke wilayah Malaysia," kata Totok.

Meski demikian, Totok mengakui, jika Traktat London memasukkan Camar Bulan ke wilayah Indonesia.

Meski ada Traktat London, kata Totok, TNI bertugas menjaga perbatasan berdasarkan keputusan tahun 1978 di Semarang. "Untuk Kalbar ada 966 km, 30 pos penjagaan termasuk di wilayah Tanjung Datuk dan Camar Bulan," ujarnya.

Wilayah yang menurutnya bermasalah adalah pantai Tanjung Datu (berada di Dusun Camar Bulan), Sungai Buan, Titik D 400, Gunung Raya, dan Sungai Aum. "Kami sedang mempermasalahkan lima kawasan perbatasan itu," kata Totok.

Bagaimana tanggapan pemerintah atas temuan Komisi I DPR ini?

Staf Presiden Bidang Hubungan Internasional, Teuku Faizasyah, menyatakan pihak istana belum bisa menanggapinya. "Kami belum bisa mengomentari hal-hal semacam ini. Saya sendiri belum kordinasi dengan Kementerian Luar Negeri," kata Faizasyah.

Dia mengaku belum tahu apakah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mendengar dan menerima laporan pencaplokan wilayah tersebut. Namun, kata dia, informasi itu harus dipastikan dulu kebenarannya.
"Kita masih ingat soal helikopter Malaysia yang dikabarkan berulah di perbatasan kita, ternyata setelah diklarifikasi kejadiannya tidak benar," tambah dia.

Menurut Faizasyah, batas wilayah Indonesia dengan Malaysia itu sangat panjang dan kompleks. Sehingga, untuk menentukannya sangat sulit. "Makanya ada tim teknis yang secara khusus membahas perbatasan kita dengan Malaysia secara rutin," kata dia.

Bermasalah dengan 7 Negara
Direktur Perjanjian Internasional, Politik dan Keamanan Wilayah Kementerian Luar Negeri, Rachmat Budiman menyebut Indonesia bermasalah dengan tujuh negara dalam soal batas negara, yakni Malaysia, Singapura, Vietnam, Filipina, Palau, Thailand, dan India. Indonesia sudah melakukan perundingan. Dan, perundingan intens berlangsung dengan Malaysia dan Singapura.

Perundingan perbatasan lainnya yang sedang dilakukan oleh Indonesia adalah dengan Filipina. Tetapi, katanya, dengan adanya konflik internal di Filipina terkait polemik penentuan titik koordinat baru yang dipersoalkan oleh warga negaranya, maka perundingan dihentikan sementara.

Selain dengan Filipina, Indonesia juga sedang melakukan perundingan dengan Republik Palau. Pertemuan sudah digelar dua kali, namun belum menghasilkan kesepakatan. Selain itu, sambungnya, Indonesia juga sedang melakukan penjajakan dengan India dan Thailand terkait penetapan batas ZTE.

Menanggapi persoalan batas negara yang terus melanda Indonesia, pengamat militer dan pertahanan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Jaleswari Pramodhawardani, menilai Indonesia harus memanfaatkan posisinya sebagai Ketua ASEAN untuk mempertegas batas wilayah dengan negara tetangga.

"Negara-negara lain itu sedang agresif memperluas wilayah mereka, seperti China dan Amerika Serikat. Lah, kita masih saja sibuk menghadapi persoalan pencolongan wilayah," kata Jaleswari.

"Pemerintah harus memanfaatkan posisi sebagai Ketua ASEAN untuk memasukkan masalah perbatasan dalam agenda utama pertemuan ASEAN Community 2015."

Dia menilai persoalan perbatasan yang terus mendera Indonesia bermuara pada satu persoalan. "Kesadaran ruang kita benar-benar minim." (IH/VIVAnews)

Sunday, October 09, 2011

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Hudud; PAS Akan Hilang Sokongan -Hu Pang Chau


Hu Pang Chaw (tiga dari kiri) di Dewan Himpunan Penyokong PAS Tahunan PAS Ke-56 di Kelantan tahun lalu. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.
Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.

“Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku,” kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.

“Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya.

Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.
Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh “hasil pelaburan.”

“Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini,” katanya lagi.

PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.

Katanya, PAS seharusnya menggugurkan “fobia” bukan Muslim dan menerima persekitaran blok undi baru berbanding berpegang kepada pemikiran lama hanya memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.
“Nasihat iklhas saya kepada pemimpin-pemimpin PAS ialah jika mereka benar-benar mahu mengambil alih Putrajaya, mereka harus menerima cara hidup ini,” katanya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India.
Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan. (IH)

Sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Najib Tak Percaya 3 Perkara N/Kebajikan -A. Hadi

KL 9 Okt11: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perdana Menteri sebagai "tidak faham" konsep Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya.

Sebagai menjawab 'sindiran' Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu, Presiden PAS itu menjelaskan, tiga asas utama Negara Berkebajikan hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.

"Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

"Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

"Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan," katanya.

BN nafi hak

Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun juga katanya, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan.

Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya.

Selain itu, manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya.

"Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau mahu rakyat menilai bahawa Negara Berkebajikan yang mahu dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya berbanding BN yang memfokus kepada pemberian subsidi semata-mata.

Konsep Negara Berkebajikan PAS jelasnya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas serta keperluan sosial yang wajib dipenuhi.

Lebih penting, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata. (IH)

Muzium Terminator Schwarzenegger, Apa Hebatnya?


ARNOLD SCHWARZENEGGER menunjukkan tugu kepada tetamu sewaktu majlis pembukaan muzium mengenai dirinya di Thal, Austria kelmarin.

GRAZ, Austria - Bintang filem Terminator, Arnold Schwarzenegger pulang ke tanah airnya, Austria, untuk merasmikan sebuah muzium sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan kariernya selama ini.

Jet peribadi yang membawa Schwarzenegger, 64, mendarat di lapangan terbang Graz di sini kelmarin. Muzium berkenaan terletak di rumah tempat dia dilahirkan yang telah diubah suai di desa Thal.

Muzium tersebut menyorot liku-liku kehidupan Schwarzenegger sebagai seorang pemuda sasa bertaraf imigran, tetapi gigih mencipta nama di Hollywood, seterusnya dilantik sebagai Gabenor Negeri California.

Muzium tersebut dibuka kepada umum sejak Julai lalu, tetapi perasmiannya hanya dibuat semalam. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arnold Alois Schwarzenegger, (lahir 30 Julai, 1947) adalah pembina badan Austria-Amerika bekas profesional, pelakon, pengarah, ahli perniagaan, pelabur dan ahli politik yang memegang jawatan sebagai Gabenor California ke-38 (2003-2011). Dari pembina badan jadi pelakon dan akhirnya Gabenor, atau seperti Menteri Besar kalau di Malaysia. Itulah istimewanya.

Pada 2004 semasa menjadi Gabenor, dalam Republican National Convention, Schwarzenegger memberikan ucapan dan menjelaskan mengapa beliau memilih Republikan,"Akhirnya saya tiba di sini pada tahun 1968. Apa yang hari istimewa. Saya masih ingat saya tiba di sini dengan poket kosong tetapi penuh dengan impian, penuh keazaman, penuh nafsu. Kempen presiden giat dijalankan. Saya masih ingat menonton pertandungan presiden Nixon-Humphrey di TV.. Seorang rakan saya yang bercakap bahasa Jerman dan bahasa Inggeris yang diterjemahkan kepada saya. Saya mendengar Humphrey berkata perkara-perkara yang berbunyi seperti sosialisme, yang baru sahaja saya tiinggalkan.

 Tetapi kemudian saya mendengar Nixon bercakap. Beliau bercakap mengenai perusahaan bebas, sokongan kerajaan di belakang anda, menurunkan cukai dan mengukuhkan tentera. Mendengar itu, seperti dapat nafas udara segar. Saya berkata kepada rakan saya, "Apa parti dia?" Jawab kawan saya, "Dia Republikan." Saya berkata, "Saya pun Republikan." Sejak itu saya menjadi ahli Republikan..

Dalam laporan Progresif Rakyat April 2010, kumpulan pemantau untuk Tanggungjawab dan Etika di Washington menamakan Schwarzenegger sebagai salah satu daripada 11 "gabenor paling buruk" di AS, kerana pelbagai isu-isu etika sepanjang tempoh Schwarzenegger sebagai gabenor. Antara sebabnya, Gabenor Schwarzenegger memainkan peranan penting dalam menentang Proposition 66, pindaan yang dicadangkan.  

Pada kempen minggu terakhir sebelum undi, Schwarzenegger melancarkan kempen intensif terhadap Proposition 66. Beliau menyatakan "ia akan melepaskan 26,000 penjenayah berbahaya dan perogol". Dan macam-macam keanehan dan kegilaannya., termasuk dakwaan salah laku seksual dan peribadi.. Sehingga Schwarzenegger mengakui sendiri bahawa dia telah "berkelakuan teruk kadang-kadang" dan meminta maaf. 

Namun dia tetap disanjung sebagai Gabenor Negeri California, hingga sekarang. Begitulah politik di AS, tidak ada kayu ukur agama dan kemanusiaan dalam petadbirannya. Wallahu 'aklam. (IH)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails