Monday, October 24, 2011

Rogol. Silap Penjara 30 Tahun, Lemahnya Undang AS


HENRY JAMES bercakap kepada pemberita selepas dia dibebaskan daripada penjara di New Orleans pada Jumaat lalu.


Dibebaskan selepas 30 tahun silap dipenjarakan

NEW ORELEANS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berkulit hitam, Henry James dibebaskan pada Jumaat lalu selepas dia silap dipenjarakan selama 30 tahun.

Peguamnya memberitahu berita gembira itu pada Khamis lalu bahawa seorang hakim sudah menggugurkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalahan merogol.

James yang berusia 50 tahun didapati bersalah merogol seorang wanita pada 1981. Namun, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA), dia didapati tidak bersalah pada bulan lalu.

"Saya berasa terkejut. Selepas 30 tahun, akhirnya anda mendapat satu peluang keadilan," katanya pada satu temu bual Projek Tidak Bersalah New Orleans.

Pada Jumaat lalu, dia tidak pernah putus harapan semasa dipenjarakan.

"Anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.

Lelaki itu menulis surat kepada pihak Projek Tidak Bersalah New Orleans bagi membantunya dibebaskan.

James ditangkap selepas seorang wanita yang dirogol menyatakan bahawa dia tidak mengenali penyerang. Namun, wanita itu memilih James semasa proses pengecaman penyerangnya dibuat. Tiada sebarang bukti DNA James ditemui oleh makmal jenayah Jefferon Parish dalam bukti kes merogol wanita itu.

James merancang untuk tinggal di New Orleans dengan seorang anak perempuannya. Anak perempuannya itu berusia tiga tahun semasa dia dipenjarakan. James berharap akan menggunakan kemahiran pertukangan kayu yang dipelajarinya semasa dipenjara untuk mendapatkan pekerjaan. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah kelemahan undang-undang dunia ciptaan manusia. Hal ini tidak mungkin terjadi dalam perundangan Islam dan Hudud, kerana Islam perlu saksi yang jelas. Masih lagi negara umat Islam mengagungnya melabihi undang-undang ciptaan Allah SWT? Termasuk Malaysia.. Dalam Islam, lebih diutamakan 'kesilapan membebas' dari 'kesilapan menghukum'.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Lumba Motosikal: Simoncelli Meninggal Dunia

SUKAN

Rebah... Pengawas perlumbaan bergegas menyelamatkan pelumba dari pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli, 24, (terbaring) selepas beliau terjatuh dan dilanggar pelumba lain. Simoncolli meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada. Foto AFP

SEPANG: Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh. Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang.

Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada. (IH)

MALANG...kombinasi     kemalangan yang  mengakibatkan  Simoncelli  maut  di Litar Sepang,  semalam.
MALANG...kombinasi kemalangan yang mengakibatkan Simoncelli maut di Litar Sepang, semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan sesuatu yang mengembirakan. Ia boleh dikategorikan sebagai jenis-jenis permainan dan hiburan yang halal. Bersukan bermatlamat seperti yang dinukilkan dalam hadis di bawah ini amat dituntut..

JENIS-JENIS HIBURAN YANG HALAL

Ada beberapa macam permainan dan seni hiburan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. Di mana hiburan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan. Hiburan-hiburan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.

Di antara hiburan-hiburan itu ialah:

1.Pertandingan.

Sahabat-sahabat Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat. Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada sahabat-sahabatnya.

Kata Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Yakni seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

2.Lumba Lari atau gulat (bergusti).

Rasulullah SAW pernah gulat dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud). Dalam satu riwayat dikatakan:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW gulat dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu, kemudian ia berkata: domba (kambing) lawan domba. Kemudian Nabi bergulat, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali lagi, lantas Nabi bergulat, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya, lantas Nabi bergulat untuk ketiga kalinya. Lantas seorang lelaki itu bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab: Katakan "domba telah dimakan oleh serigala, dan larilah domba." Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga? Nabi menjawab: Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergulat dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu."

Dari hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan isteri-isterinya. Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat bahawa pertandingan lari cepat, gulat dan sebagainya tidak menghilangkan kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur. Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur di atas 50 tahun.

3.Memanah

Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)

Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobby atau sekedar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup." Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)

Dan sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik) Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah.

Abdullah bin Umar pernah melihat sekelompok manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dilarangnya permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap binatang dan merenggut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.

Justru itu pula Rasulullah SAW. melarang mengadu binatang seperti yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, iaitu mereka membawa dua ekor domba atau sapi kemudian diadu sampai mati atau hampir mati. Lantas mereka senang dan tertawa. Para ulama berkata: "Bahawa prinsip dilarangnya mengadu binatang, kerana terdapatnya unsur menyakiti dan melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekedar bermain-main."

4.Main Anggar

Yang sama dengan permainan memanah, ialah main anggar. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah memberi perkenan kepada orang-orang Habasyah (Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi, dan ia pun memberi perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu.

Dan kepada para pemain Rasulullah mengatakan: "Kerana kamu (kami melihat), hai Bani Arfidah." Panggilan Bani Arfidah adalah suatu julukan yang biasa digunakan orang-orang Arab untuk memanggil penduduk Habasyah. Umar, kerana wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermaksud akan melarang orang-orang Habasyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian dilarang oleh Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata:

"Ketika orang-orang Habasyah sedang bermain anggar dihadapan Nabi, tiba-tiba Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. Kemudian Rasulullah SAW. berkata kepada Umar.--biarkanlah mereka itu, hai Umar." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah SAW dengan mengizinkan permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan sebagai suatu pendidikan buat kaum Muslimin, agar mereka suka bekerja di waktu bekerja dan bermain-main di waktu santai. Di samping itu, bahawa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi suatu permainan yang bermotif latihan.

Para ulama berkata setelah membawakan hadis ini sebagai berikut: "Bahawa masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum Muslimin. Oleh kerana itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka bolehlah dikerjakan di masjid." Kiranya kaum Muslimin di zaman-zaman terakhir ini mahu memperhatikan, mengapa masjid-masjid mereka itu dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan, dan dibiarkan sebagai tempat orang-orang apatis.

Pengarahan Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati isteri-isterinya, iaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti itu. Sehingga kata Aisyah: "Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habasyah itu bermain di dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aisyah juga berkata: "Saya pernah bermain-main dengan boneka perempuan di rumah Rasulullah SAW, bersama kawan-kawan saya perempuan yang juga bermain-main dengan saya; dan tatkala Rasulullah SAW masuk, mereka itu bersembunyi, tetapi Rasulullah SAW. senang melihat mereka itu bersamaku, kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)

Allah SWT berfirman: "Kuda, keledai dan himar adalah supaya kamu naiki dan sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8) Dan bersabda Rasulullah SAW "Kuda itu diikat jambulnya untuk kebaikan." (Riwayat Bukhari) Dan sabdanya pula: "Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim)

Dan sabdanya lagi: "Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani)

Dan berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Ibnu Umar meriwayatkan. "Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemerangnya." (Riwayat Ahmad) Semua ini sebagai dorongan Nabi terhadap masalah pacuan kuda. Sebab berpacu kuda sebagaimana kami katakan di atas, adalah permainan, olahraga juga suatu latihan.

Anas pernah ditanya: Apakah kamu pernah bertaruh di zaman Rasulullah s.a.w.? Apakah Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah bertaruh? Maka jawab Anas: "Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah SAW) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya." (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya. Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).

Dan Beliau bersabda: "Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian pandangan Al-Qardhawi. Sebenarnya inilah dasar hiburan dan sukan yang sepatutnya menjadi dasar dalam sesebuah pemerintahan.

Sekian.

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Peninju Tomoi Negara Latih Budak Jalanan..

SUKAN

SEJUMLAH kanak-kanak berlatih tinju tomoi di sebuah pusat kanak-kanak di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.

PHNOM PENH: Seramai 20 budak yang berumur tiga tahun hingga 14 tahun berlatih tinju tomoi di sebuah pusat komuniti yang kecil di sini. Mereka dilatih oleh legenda petinju tomoi negara itu, Eh Phuthong.

Phuthong yang telah bersara berharap dengan mendedahkan kemahiran tomoi kepada mereka, kehidupan budak jalanan tersebut akan bertambah baik.

"Mereka adalah budak yang miskin, sebahagiannya anak yatim. Saya menunjukkan kepada mereka seni mempertahankan diri supaya mereka dapat mempertahankan diri sendiri," kata Phuthong yang berusia 38 tahun.

"Saya juga memberitahu mereka supaya kekal sihat, meneruskan persekolahan dan jauhi dadah," tambahnya.

Ramai kanak-kanak menghabiskan masa dengan mengemis. Seorang budak berusia 12 tahun yang bekerja menyelongkar sampah, Vong Nith berkata, dia kini berasa lebih yakin pada diri sendiri selepas belajar daripada Phuthong.

"Saya selalu takut akan dipukul oleh kanak-kanak yang kaya," kata Nith.

Menurutnya, takut dipukul itu menyebabkan dia keluar dari sekolah.

"Saya kini mempunyai ramai rakan di sekolah. Apabila saya besar, saya mahu menjadi petinju terkenal tomoi seperti Eh Phuthong. - AFP

Komen Webblog Ibnu Hasyim: Belajar dan mengajar ilmu pertahan diri adalah suatu kebajikan. Biasanya di masjid-masjid negara China dahulu dan sekarang terdapat guru-guru yang mengajar ilmu pertahankan diri seperti 'kun tau' dan lain-lain. Apalagi di Malaysia terutamanya kaum wanita.

Pernah Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaran golongan wanita khususnya di kalangan remaja supaya mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi dimanfaat ketika waktu-waktu terdesak. Ilmu tersebut wajar dipelajari sebagai usaha untuk mempertahankan diri daripada gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, apabila wanita mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri kejadian ragut dan pencabulan yang semakin menjadi-jadi membabitkan golongan wanita sekarang dapat dikurangkan. "Sekiranya golongan wanita mempunyai ilmu itu sedikit sebanyak mereka tahu cara untuk mempertahankan diri dari terus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab." katanya. (Harakah online Jan 24, 2009)

Lihat, ada kaitan...

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Kita Boleh Tiru Mereka, Tapi Bukan Pakaian Begini


ANAK-ANAK muda di China hari ini membentuk kumpulan berbasikal mempromosi pengangkutan alternatif dan gaya hidup sihat.

SUKAN

GAMBAR di atas adalah sekumpulan anak-anak muda di China yang membentuk kumpulan berbasikal mempromosi pengangkutan harian alternatf dan gaya hidup sihat. Kerna ini, aktiviti berbasikal merupakan fenomena sukan terbaharu di Chin, meskipun sebelum ini masyarakat tempatan lebih suka membeli kereta sebagai simbol kekayaan dan status.

"Semakin ramai orang di sini melibatkan diri dalam sukan berbasikal. Boleh dikatakan kelompok pesara dan para pelajar mula membentuk kumpulan basikal mereka sendiri," jelas Zheng Peidong dari Pusat Kawalan Kualiti Basikal Kebangsaan iaitu sebuah badan kerajaan yang menguji basikal.

Secara tidak langsung perkembangan tersebut menyebabkan jualan basikal semakin meningkat. Trek China, syarikat pengeluar basikal tempatan yang menjual atas lesen Trek Bicycle Corp. dari Amerika Syarikat (AS), menjangka dapat mencatat jualan sebanyak AS$15.6 juta (RM48 juta) tahun ini. Jumlah itu meningkat sebanyak dua juta berbanding tahun 2006.

"Perniagaan berjalan dengan baik," kata penyelia pemasarannya, Wang Hao, 25.

Syarikat itu bakal mempunyai 260 buah kedai di seluruh China menjelang akhir tahun ini setelah lima tahun beroperasi. Pada bulan Oktober ini, Trek China akan membuka sebuah lagi kedai basikal berjenama di barat Beijing yang jauh dari kawasan kejiranan ekspatriat. Wang berharap mereka memperoleh hasil jualan basikal yang memuaskan.

Pada tahun ini saja, syarikat tersebut berjaya menjual 30 buah basikal yang berharga lebih daripada 60,000 yuan (RM29,000), setiap satu. Ini termasuklah bingkai karbon basikal edisi terhad jenama Tour de France Lance Armstrong yang dijual pada harga 100,000 yuan (RM49,000), setiap satu.


KEPADATAN populasi di kota besar seperti Beijing dan peralihan kepada penggunaan kereta persendirian telah mencetuskan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

Walaubagaimanapun, sukan berbasikal tidak popular seperti mana sukan tenis, bola keranjang dan olahraga kerana sukan serta permainan lain tersebut mempunyai sang juara seperti Yao Ming, dalam sukan bola keranjang; juara padang, Liu Xiang; atau pemain tenis Juara Terbuka Perancis, Li Na.

Tour of Beijing yang dilihat sukar untuk dipromosi menyebabkan 'kaki basikal' seperti Yu langsung tidak menyedari tentang acara berkenaan yang berlangsung pada 5 Oktober hingga 9 Oktober 2011.

Hanya segelintir rakyat China berprofil tinggi seperti jutawan Chen Guangbiao, yang sanggup meninggalkan Mercedes-Benz pada bulan lepas semata-mata untuk meraikan, Hari Bebas Kereta Urban Kebangsaan.

Tom Lanhove, diplomat Belgium yang sudah lima tahun mengasaskan kumpulan basikal Yu, memberitahu sehingga kini masih ada persepsi negatif tentang sukan berbasikal dalam kalangan rakyat China.

"Ini merupakan penghalang utama dalam proses menjual basikal berjenama. Tiada siapapun yang mampu membeli dan sekiranya berkemampuan sekalipun, mereka lebih rela membeli kereta mewah," jelas Lanhove.

Di Beijing, kerajaan bercadang ingin meningkatkan infrastruktur berbasikal di bandar dengan membaik pulih lorong basikal dan menyediakan 50,000 buah basikal untuk disewa pada tahun 2015. Ini termasuklah menambah ruang parkir basikal berhampiran stesen bas dan stesen bawah tanah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau perlu kita boleh tiru mereka sebagai sukan gaya hidup sihat dan memperkenalkan pengangkutan alternatif dalam menghadapi kesesakan lalu lintas di kotaraya. Samada guna basikal untuk pergi kerja atau sukan petang-petang dan santai hujung miggu di pantai atau kaki bukit.

Cuma jangan tiru cara perpakaian dan pergaulan bebasnya, seperti gambar di atas. Kerana di zaman awal Islam, Nabi Muhammad SAW pernah memperkenalkan kenderaan berkuda sebagai sukan yang dipertandingkan. (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Sunday, October 23, 2011

Trend Baru,Gadis Pelajar Tiduri Lelaki.. Kerajaan Pekak?

YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.
YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.

KL 23 Okt 11: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Trend baru..
  • Kumpulan gadis pelajar tiduri lelaki berada dan berpengaruh.
  • Masih bawah umur, bererti kes rogol, kes jenayah.. Mengapa kerajaan diam?
  • Mengaburi mata ibubapa, guru sekolah dan lain-lain. Silap sistem pelajaran?
  • Mereka mengakui sendiri, mengapa pihak berwajib idak boleh kesan dan bertindak wajar.
  • Kementerian wanita, kementerian pelajaran, agama dan pihak polis, pemimpin negara terutamannya parti BN bertanggung jawab.
  • Kesan moral, kesihatan, dan jenayah masyarakat, akan datang bertambah parah!
  • Tolak BN dalam PRU13 akan datang.
Wallahu 'aklam.

Terkejut, Dua Wanita Lari Separuh Bogel


Wanita ini yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.

Ini kes lain, bukan kes di bawah ini.. Kes-kes begini sering terjadi..

KOTA KINABALU: Dua pelacur tempatan dipercayai sedang asyik melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing tidak sempat mengenakan pakaian dan lari lintang pukang dalam keadaan separuh bogel apabila diserbu polis di sebuah pangsapuri di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dua gadis berusia 20 dan 26 tahun berjaya ditahan apabila polis sudah mengepung kawasan berkenaan yang dikesan menjadi lokasi kegiatan aktiviti pelacuran.

Dalam serbuan jam 2.30 pagi, sepasukan polis Cawangan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut menahan pasangan gadis itu di rumah berkenaan.

Pemeriksaan di rumah itu turut menemui kondom yang masih belum digunakan dan dirampas termasuk dua telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata susulan serbuan itu, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 38 tahun dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis melakukan intipan sebelum menyerbu sebuah rumah di pangsapuri terbabit.

“Ketika serbuan, dua gadis dipercayai sedang leka melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing di dalam bilik berasingan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam. (myMetro)

Lihat kisah-kisah bogel...

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Kempen Occupy Dataran Di KL Malam Tadi

Sekitar 40 orang menyertai kempen Occupy Dataran di Kuala Lumpur malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
Sekitar 40 orang menyertai kempen Occupy Dataran di Kuala Lumpur malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi

Ada kaitan..

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails