Monday, October 31, 2011

Apa Ada Dalam Kaabah (1)


APA ada di dalam Kaa'bah? Hanya orang-orang tertentu saja yang dibenarkan masuk ke dalam Kaa'bah. Pintu Kaa'bah sendiri hanya dibuka 2 kali setahun iaitu sebelum Ramadhan dan sebelum musim Haji. Jadi tidak ramai yang tahu tentang isi bangunan yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia ini.

Pemegang kunci Kaa'bah, Syeikh Abdul Qadir mengatakan lantai Kaabah dibuat dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna Hijau, emas, perhiasan, dan pintu taubat. Pintu ini dibuat daripada emas.

Beliau mengungkapkan di dalam Kaabah terdapat sebuah jubin berwarna gelap yang merupakan tempat Nabi Muhammad meletakkan kepalanya ketika letih. Terdapat pula Sejumlah lampu dari zaman Empayar Ottoman dibuat dari tembaga, Perak, dan gelas berhiaskan ayat-ayat Al-Quran.

Berikut gambaran ringkas tentang apa yang ada di dalam Kaabah:
  • Hanya ada 3 tiang di dalam Kaa'bah
  • Terdapat sebuah meja kecil untuk meletakkan barang-barang seperti minyak wangi dan alat membakar kemenyan.
  • Terdapat dua jenis bekas lampu-lampu yang tergantung dari rasuk silang berhampiran siling
  • Tiada sebarang lampu elektrik di dalamnya
  • Dinding dalaman dilapisi dengan marmar separuh jalan ke bumbung.
  • Seluruh lantai dibuat daripada marmar kecuali sebahagian kecil yang dipanggil "Rukhamat Humra".
  • Tablet dengan inskripsi Al-Quran dalam marmar.
  • Bahagian atas dinding ditutup dengan kain hijau yang dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran bersulam emas.
  • Tiada tingkap di dalamnya
  • Hanya terdapat satu pintu
  • Ruang ini boleh menampung kira-kira 50 orang









(IH/source: http://www.chillnite.com, http://islamgreatreligion.wordpress.com, http://www.tohir.co.za/)
Untuk gambaran lebih jelas sila tonton klip video di bawah:

Sunday, October 30, 2011

Konsert Rock Elton John: Dr Asri Tegur PAS Taliban?

HALAMAN HIBURAN
KL 30 oKT 11: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya. "Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam. Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal. "Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS. Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu. Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya. (IH)

Sebelum ini...

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Israel: Kos Hidup Tinggi, Demo Terus Berlarutan..

Tel Aviv 30 Okt 11: Semalam, dalam memperbaharui aksi protes mereka, puluhan ribu warga Israel kembali turun ke jalan-jalan raya untuk mengekspresikan kemarahan mereka atas kos biaya tinggi dalam kehidupan sosial.

Lebih dari 30,000 orang berdemo di Tel Aviv Sabtu semalam, sementara ribuan orang lainnya melakukan aksi protes di al-Quds (Jerusalem), Associated Press melaporkan. Penyelenggara aksi menjuluki gelombang baru aksi protes mereka dengan sebutan "Kembali ke Jalan raya."

Demonstrasi ini muncul setelah berihat hampir dua bulan dari aksi tunjuk perasana besar-besaran menuntut hak-hak sosial yang melanda Israel pada musim panas ini. Gerakan ini dimulai pada pertengahan Julai, memuncak pada tanggal 3 September lalu, ketika sekitar setengah juta orang menyerbu jalan-jalan raya Israel, mengecam kenaikan harga rumah dan biaya hidup tinggi lainnya.

Sejumlah pengunjuk rasa menyalahkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana gagal memenuhi tuntutan dasar mereka, sementara beberapa demonstran menyalahkan ekspansi Tel Aviv terhadap permukiman ilegal di wilayah Palestin yang diduduki.

Aksi protes terbaru datang meskipun adanya persetujuan Tel Aviv awal bulan ini untuk melakukan serangkaian reformasi ekonomi.(IH).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kehancuran mulai terbayang di negara yang 'tidak ada negara' kecuali dengan hidup merampas hak dan harta orang lan. Negara ziois bangsat itu!

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

P.Pg, Tumpukan Kelahiran Huffaz Mualaf -N/Aziz

GORGETOWN, 30 Okt 11: Semalam Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Maipp (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan mualaf.

Jelasnya, memandangkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu maka sewajarnya Maipp memberi penekanan terhadap usaha tersebut sebagai galakan golongan berkenaan untuk menghafal Al-Quran.

Baginya, Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan mualaf begitu ramai sekaligus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.

"Sempena majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang ini, saya cadangkan Maipp melahirkan ramai huffaz daripada kalangan muaalaf.

“Bukan apa ia sebagai langkah meramai serta menggalakkan golongan terbabit beramal dengan Islam," ujarnya ketika memberi ucaptama majlis pengiktirafan Al Hafiz dan Ijtimak Al Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Islam katanya, didatangkan untuk semua kaum maka Al-Quran perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam selari dengan konsep dakwah yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.

Lagipun, ujarnya Al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang tidak hanya dihafaz termasuk bidang kenegaraan atau pemerintahan agar negara berada dalam rahmat Allah SWT.

Bila Islam disanjung maka sesebuah negara itu akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.

"Bila Al-Quran disanjung semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandunganya," kata beliau.

Beliau yang dijemput khas buat kali pertama dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut terpanggil bersama-sama membantu setakat termampu untuk bersama mencari kaedah pendekatan berhemah memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Pulau Pinang sambungnya, merupakan negeri yang unik, berlainan dengan Kelantan yang peratus tertinggi penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.

Di Pulau Pinang pula jika mahu Islam bertapak kukuh tegasnya, institusi Islam mesti pandai memperkenalkan beberapa kaedah untuk menarik minat bukan Islam mendekati dan seterusnya memeluk agama Islam.

"Di Kelantan situasinya lain berbanding di Pulau Pinang, maka umat Islam wajar mencari kaedah terkini bagaimana mahu menjinakkan bukan Islam dengan Islam, barulah Islam dapat dikembangkan tidak hanya lingkungan orang melayu sahaja," tambah beliau dalam majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Jamaah Haji Dilarang Berslogan Politik, Qardhawi Sokong

KL 30 Okt 11: Pemerintah Arab Saudi telah mengeluarkan enam aturan yang harus dipatuhi jamaah haji tahun ini, termasuk di antaranya dilarang membawa barang cetakan yang berisi pesan politik.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan Saudi ditegaskan bahwa seluruh jamaah hendaknya menghormati hukum dan tradisi Islam di Arab Saudi, termasuk untuk tidak membawa alkohol, narkoba, materi pronografi atau barang cetakan berisi ajaran agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Dalam pernyataan itu ditekankan bahwa jamaah harus menandatangani janji untuk mematuhi peraturan Arab Saudi sebelum berangkat, dan akan dihukum jika mereka melanggarnya. Disebutkan pula bahawa jamaah perlu meninggalkan Arab Saudi dan wilayah negara anggota Dewan Kerjasama Teluk pada akhir musim haji.

Bagi jamaah yang memakai visa palsu, akan dilarang masuk ke Arab Saudi. Ia mesti pulang negaranya dengan biaya sendiri dan tidak mendapat kompensasi dari Arab Saudi. Aturan yang perlu dipatuhi tersebut dicetak dalam setiap visa masuk jamaah haji.

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, pendiri Persatuan Ulama Muslim Internasional, sebagaimana dilaporkan Al Mishry Al Yaum (28 Okt) sepakat dengan larangan tersebut.

"Allah menjadikan negara ini (Saudi) tempat pelaksanaan haji yang dilakukan dengan damai dan aman, sehingga Muslim dapat melaksanaan ibadahnya dengan khusyuk dan sangat nyaman, serta tanpa kesulitan," kata Al-Qaradhawi dalam wawancaranya dengan media Saudi, Okaz.

Saat melaksanakan ibadah haji, dilarang menggunakan slogan politik, melakukan demonstrasi atau hal lain yang mungkin akan mengganggu keamanan pelaksanaan ibadah haji. Pertikaian berarti melecehkan ibadah haji, yang merupakan kewajiban mulia dan salah satu rukun Islam, katanya.

Menggunakan haji untuk kepentingan dan tujuan politik serta melakukan aktiviti lain yang tidak berhubungan dengan ibadah haji, menurutnya boleh membatalkan ibadah itu sendiri dan tidak sesuai dengan tuntunan syariat. Melakukan tunjuk perasaan atau menggunakan slogan politik selama musim haji di Makkah, tidak dapat diterima, kerana tindakan semacam itu akan memicu ketegangan antara jamaah di tanah suci, kata Al-Qaradhawi menekankan. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Lihat Ini Jutaan Bogel Bulat, 12 Tahun Sekali ...

KALAU anda teringin menyaksikan jutaan orang dalam satu-satu masa bertelanjang atau bogel bulat, datanglah ke perayaan Kumbh Mela di India: Perayaan Kumbh Mela adalah sebuah ritual ziarah yang dilaksanakan oleh umat Hindu di India setiap 12 tahun sekali. Perayaan berikutnya pula akan hanya disambut pada tahun 2022.

Tradisi ziarah ini meliputi 4 lokasi: Allahabad (Prayag), Haridwar, Ujjain dan Nashik di India. Ziarah 12 tahun sekali ini dinamakan juga Maha Kumbh Mela (Kumbh Mela Besar) yang dilaksanakan di Prayag, yang dihadiri sehingga 60 juta orang. Hingga saat ini, inilah satu-satunya tradisi yang berjaya mengumpulkan pengunjung paling banyak di dunia dalam satu waktu sekaligus.


Sama sekali tidak ada rasa segan ketika jutaan orang berjalan dalam keadaan bogel melintasi sungai Gangga yang merupakan sungai suci bagi masyarakat India. Kumbh Mela adalah ziarah utama di mana orang-orang, terutama orang-orang suci (Sadhu), melakukan perjalanan jauh dan bertahan dengan ketidak-selesaan fizikal mereka. Dengan ritual ini, mereka berkesempatan untuk menyucikan dosa-dosa mereka.

Penganut Hindu yang taat sangat percaya bahawa Sungai Gangga memegang kekuasaan untuk menghilangkan dosa-dosa masa lalu. Sungai itu juga dianggap mampu membebaskan individu dari kitaran hidup dan mati (moksha) dan membawa mereka lebih dekat dengan yang maha tinggi (Braham).

Anil Sharma, seorang pengacara yang menghadiri perayaan 'mandi bogel' mengatakan, "Kerana sesuai dengan jalannya bintang, maka selama Kumbh, semua perkara baik yang anda lakukan akan berlipat ganda dan dihapuskan dosa-dosa." Sebab menurut astrologi Hindu, Mela Kumbh terjadi setiap kali planet Jupiter memasuki Aquarius dan Matahari memasuki Aries.
Sementara itu, ada mitologi yang agak berbeza disebalik perayaan Kumbh Mela ini. Sastra Hindu kuno mengatakan bahawa telah terjadi perang antara dewa-dewa dan roh-roh jahat dengan menggunakan nektar (madu) yang diperlukan untuk mencapai keabadian. Selama konflik ini, empat titisan madu tumpah ke Bumi dan mendarat di empat kota yang disebutkan di atas.

Namun, tidak semua orang yang menghadiri perayaan tersebut bertelanjang. Beberapa orang diantaranya masih memakai pakaian, sementara yang lain hanya mengoleskan tubuh mereka dengan abu.

sumber: http://arenaphoto.blogspot.com, goindia.about.com

Ada kaitan..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Hudud: Dr M Disanggah, PAS Akan Laksanakan..

Hudud: PAS akan terus laksanakan
KL 29 Okt 11: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan bekas perdana menteri itu tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan.

Kelmarin, Dr Mahathir mempertikaikan hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud kerana menurutnya, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim di negara ini.

Hadi yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011 di sini hari ini berkata, kenyataan itu membuktikan Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno tidak mengkaji secara terperinci undang-undang hudud.

“Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.

“Soal tidal adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza,” jelas Hadi lagi.

Tambah Hadi, pelaksanaan hudud bukanlah semata-mata berkenaan hukuman, sebaliknya ia lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan pesalah daripada dijatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.

“Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.

“Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum,” tegasnya.

Dalam reaksi terbarunya, Dr Mahathir berkata langkah PAS untuk melaksanakan hudud akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kerana hudud khusus untuk masyarakat Muslim dan tidak meliputi masyarakat bukan Muslim. Keadaan itu menurutnya, akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kepada golongan Muslim dan bukan Muslim.

Awal minggu ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan. Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud. Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat. Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Sementara itu, kata Niz Aziz, MB Kelantan sebagaiaman dipetik oleh akhbar The Star: “Era bercakap-cakap berkenaan Hudud sudah berlalu. Sekarang adalah masanya untuk bertindak, tiada lagi cakap-cakap kosong”.

Beliau berkata demikian apabila menjelaskan kepada pihak media bahawa dengan perlantikan JK Teknikal berkenaan Hudud yang dilantik oleh kerajaan negeri, beliau tidak lagi mahu mengulas atau memperkatakan apa-apa berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan, sebalinya menyerahkan kepada EXCO Agama Ustaz Dato Mohd Amar Nik Abdullah (yang merupakan salah seorangdari anggota JK yang diketuai Timbalan Menteri Besar) untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

Adalah dijangkakan JK ini akan bersidang dan kemudiannya mengemukakan syor dan cadangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan hukum berkenaan di negeri Kelantan, salah nsebuah negeri pertama di Malaysia yang akan mendaulatkan hukum Allah itu. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails