Monday, November 21, 2011

Mangsa Cinta Internet, Rugi RM41,000 Pula

KL 21 nOV 11: Angau cinta dengan lelaki Mat Salih, seorang janda berusia 38 tahun sanggup menyerahkan wang berjumlah RM41,000 secara berperingkat kepada kekasihnya yang didakwa berada di Sabah sejak 7 November lalu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia berkenalan dengan lelaki yang dikenali sebagai Cole mendakwa berasal dari Amerika Selatan melalui laman sosial pada 17 Oktober lalu sebelum hubungan mereka menjadi mesra dan membuahkan bibit cinta.

Menurutnya, kekasihnya itu yang juga berusia 38 tahun turut berniat untuk memeluk Islam dan berjanji berkahwin dengannya.

Katanya, kekasihnya itu menyatakan hasrat ingin datang ke Malaysia melalui satu panggilan telefon menggunakan nombor talian tempatan pada 7 November lalu bagi menyelesaikan satu urusan tuntutan cek mendiang bapanya dengan syarikat penggali minyak terkemuka di Labuan, sebelum berjumpa dengan keluarganya bagi tujuan melamarnya.

“Tiga hari kemudian, kekasih saya itu meminta tolong untuk membayar AS$15,000 (RM45,000) kepada peguam keluarganya yang bernama Lee untuk membayar cukai kerajaan bagi urusan menuntut cek bayaran itu.(IH/myMetro)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Hikayat Merong Dinobat Filem Terbaik FFM24


HALAMAN HIBURAN

PUTRAJAYA 21 Nov 11: Filem Hikayat Merong Mehawangsa arahan Yusri Abdul Halim membawa tuah buat pengarah itu apabila diangkat sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, Ahad.

Kemenangan yang menewaskan saingan terdekatnya, filem KL Gangster itu membolehkan Yusri membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM25,000. Selain filem terbaik, pada majlis itu Hikayat Merong Mahawangsa turut memenangi kategori Skor Muzik Terbaik, Kostum Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Bagi Pengarah Terbaik FFM24 dimenangi oleh pengarah muda Syamsul Yusof menerusi filem KL Gangster. Syamsul mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Yusri Abdul Halim (HMM) Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Osman Ali(Cun) dan Ahmad Idham (Senjakala).

Selain itu, Anugerah Gemilang Perdana turut memberikan 12 lagi anugerah kepada para pemenangnya iaitu Shaheizy Sam yang merangkul kategori Pelakon Lelaki Terbaik, (Pelakon Wanita Terbaik), Siti Shahreza, (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) Shofi Jikan, dan (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik), Faezah Elai.

Turut meraih anugerah menerusi Anugerah Gilang Perdana ialah (Penataan Bunyi Terbaik), Hisham Jupri/Rizal Ashreff, Syamsul Yusof / Hisham Jupri (Penyunting Terbaik) dan KL Gangster ( Filem Box-Office Terbaik) di mana masing- masing menerima wang tunai RM 10,000, trofi dan sijil.

Dalam pada itu, FF24 yang dianjurkan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysian (Gafim) itu turut memberikan tiga Anugerah Perdana Khas iaitu Filem Pilihan Penonton Astro iaitu Kongsi, Datuk Michelle Yeoh (Pencapaian Gemilang) dan Tan Sri Jins Shamsuddin (Pencapaian Sepanjang Hayat).

FFM24 yang mempertandingkan 41 filem cereka, 30 filem pendek, sembilan filem animasi dan enam filem bukan bahasa Melayu turut memberi empat Anugerah Khas Juri kepada Sidek Husin, filem Libas, Zami Ismail dan filem Janin. Terdahulu, FFM24 telah menyampaikan 10 Anugerah Gemilang Cipta pada 16 November lalu di Panggung Anniversary. (IH)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Sea Games: M'sia Tambah 6 Emas, Bola Sepak Malam Ini.

SUKAN

ATLET Wushu wanita, Tai Cheau Xuen beraksi pada acara final Nan Dao & Nan Gun yang menyumbang satu daripada dua pingat emas menerusi acara Wushu di Stadium Tenis Senayan, Jakarta pada pada hari ke-10 Sukan SEA, Ahad. - Foto THE STAR/S.S.KANESAN)

JAKARTA, 21 Nov 11: Malaysia menambah enam pingat emas pada hari ke-10 temasya, menjadikan kutipan keseluruhan 53 emas, 45 perak dan 70 gangsa sebelum Sukan SEA di Indonesia melabuhkan tirainya esok.

Malam ini perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia menjadi tumpuan. Perlawanan akhir akan berlangsung pada pukul 7 petang waktu tempatan (8 malam di Malaysia) di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.

Pingat emas itu diraih dari acara wushu (dua), tenpin boling (satu) dan berbasikal trek (satu) yang dipertandingkan di sini dan renang berirama (dua) yang dijalankan di Palembang. Semalam, tuan rumah Indonesia secara rasmi bergelar Juara Keseluruhan temasya edisi ke-26 selepas mengumpul 150 emas, 125 perak dan 116 gangsa dan jumlah kutipan emas ini tidak mampu digugat oleh juara bertahan dari edisi lepas, Thailand yang berada di tangga kedua.

Keseluruhannya 542 pingat emas ditawarkan di sepanjang temasya ini untuk rebutan 11 kontinjen. Thailand mengutip 95 emas, 81 perak dan 105 gangsa dan diikuti oleh Vietnam di tangga ketiga dengan 84 emas, 83 perak dan 89 gangsa.

Malaysia, yang telah pun melepasi sasaran maksimum 45 emas kelmarin terus kekal di tangga keempat dengan mengumpul 53 emas, 45 perak dan 70 gangsa, diikuti Singapura (41, 43, 71), Filipina (25, 47, 67), Myanmar (11, 23, 27), Laos (8, 6, 35), Kemboja (3, 11, 20), Timor Leste (1, 1, 4) dan Brunei (0, 2, 7).

Dalam acara Wushu, atlet Malaysia meraih kedua-dua emas bagi acara lelaki dan wanita disiplin gandingan Nan Dao dan Nan Gun. Kevan Cheah Peng Heng meraih emas acara lelaki dengan memperolehi 9.71 mata dari acara Nan Dao and 9.71 mata dari acara Nan Gun untuk mengumpul keseluruhan 19.41 mata.

Rakan sepasukan, Koo Chee Zhong meraih perak, mengutip 9.70 mata dari Nan Dao dan 9.69 mata dari Nan Gun untuk keseluruhan 19.39 mata. Gangsa dimiliki Wai Phyo Aung dari Myanmar dengan keseluruhan 18.37 mata. Emas kedua dari wushu disumbangkan oleh Tai Cheau Xuen dari acara Nan Dao dan Nan Gun wanita.

Tai mengutip 9.70 mata dari Nan Dao dan 9.65 mata dari Nan Gun untuk mengumpul keseluruhan 19.35 mata. Seniornya, Diana Bong sekadar berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip keseluruhan 18.97 mata, di belakang pemenang pingat perak, Dessy Indri Astuti dari Indonesia dengan keseluruhan 19.05 mata.

Adrian Ang menutup tirai acara tenpin boling dengan meraih emas kelima buat skuad boling negara. Beraksi dalam kategori lelaki Masters, Adrian meraih emas dengan 431 jatuhan pin, berbanding pencabarnya Frederick Ong dari Filipina yang melakukan 390 jatuhan dalam pusingan akhir “stepladder” lelaki.

Rakan sepasukan, Muhd Syafiq Ridhwan pula mendapat gangsa sementara Zandra Aziela Ibrahim Hakimi meraih gangsa dari acara Masters wanita. Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohamad Akmal Amin dan Mohd Harif Salleh turut menyumbang satu emas menerusi acara 4,000m kejar mengejar berpasukan dalam acara berbasikal.

Malaysia turut memperoleh satu lagi gangsa dari Ong Shi Chuan menerusi acara Daoshu dan Gunshu lelaki dengan mengutip mata keseluruhan 19.40. Kontinjen negara turut menambah pingat gangsa, dari acara bola keranjang wanita negara dan Mohamed Ezzat Mohamed Noor yang bertanding dalam acara judo, kategori 81 hingga 90 kilogram.

Pada hari ini, hari ke-11 temasya, sehari sebelum berakhirnya Sukan SEA di Indonesia ini, sebanyak 41 pingat emas ditawarkan. Tinju menawarkan lima emas, bola sepak (satu), bridge (satu), berbasikal (tujuh), renang sirip (lima), golf (dua), gimnastik (dua), tenis (tiga), lumba bot tradisional (dua), angkat berat (tiga) dan wushu (10). (IH)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Antimurtad Tentang Kristian Ada Kaitan Dg PRU13

Himpun luaskan kempen antimurtad di tiga negeri


“Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah” di stadium Shah Alam, 22 Oktober 2011. — Foto fail
KL, 20 Nov 11: The Malaysian Insider melaporkan, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mengadakan perhimpunannya akhir bulan lalu dengan kehadiran sekitar 5,000 orang di Shah Alam mahu meneruskan kempennya menentang murtad di tiga negeri termasuk di Perak bulan depan.

“Himpun akan mula menggerakkan perhimpunan mereka ke setiap negeri selaras dengan Resolusi Himpun yang dibacakan di Shah Alam Oktober lalu,” kata Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid.

Azmi menganggarkan seramai 10,000 peserta akan menyertai perhimpunan peringkat negeri di lokasi pertama mereka di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 17 Disember ini.

“Selaras dengan Resolusi Himpun ketika perhimpunan peringkat kebangsaan lalu, Himpun akan menggerakkan perhimpunan ini ke peringkat negeri bagi menyuarakan tentangan mereka terhadap gerakan Kristianisasi ke atas umat Islam oleh golongan-golongan tertentu.

“Perhimpunan aman ini dijangka akan disertai seramai 10,000 peserta, yang merupakan kapasiti stadium tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Azmi lagi, selain Perak, perhimpunan itu juga akan bergerak ke Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing pada 7 dan 28 Januari depan. Bagaimanapun lokasi perhimpunan tersebut belum diputuskan untuk dua negeri berkenaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

  • HIMPUN akan menggerakkan perhimpunan ini ke peringkat negeri bagi menyuarakan tentangan mereka terhadap gerakan Kristianisasi ke atas umat Islam oleh 'golongan-golongan tertentu'.
  • Mengapa 'golongan tertentu' itu tidak dibuktikan di mahkamah kalau benar mereka memurtadkan orang Islam?
  • Mengapa gerakan Kristian mesti ditentang?
  • Mengapa tokoh-tokoh politik dilibatkan berceramah dalam HIMPUN yang diadakan sebelum itu?
  • Lihat kain rentang dalam HIMPUN di atas, 'Melayu Sepakat Jslam Berdaulat'. Mengapa mesti bangsa Melayu bersepakat baru Islam berdaulat? Bukankah orang Islam sendiri berpakat, baru agama Islam berdaulat? Sedangkan tidak keseluruhan orang Melayu itu beragama Islam.
  • Bahkan dalam parti Melayu UMNO itu sendiri tidak semuanya beragama Islam. Contohnya kaum bumiputera di Sabah, orang Buddha Melayu UMNO keturunan Thai di Kedah, dan lain-lain.
  • Mengapa HIMPUN tidak siasat pengaduan orang ramai di Sabah yang membantah tangkapan ISA kepada 13 pendakwah yang bergiat menyebarkan Islam tetapi dituduh pengganas yang masih belum dibuktikan? Siapa dalang tuduhan itu?
  • Sepatutnya pendakwah-pendakwah itu patut dibela jika terbukti tidak bersalah. Lihat komen atas tulisan Buktikan 13 Tahanan ISA Pengganas Abu Omar

Pada hemat blog ini, jawapan kepada pertanyaan di atas membuktikan tindakan kegiatan HIMPUN menjelajah ke seluruh negara pada masa ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang. (IH)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Cityliner Henti Operasi Di 6 Negeri. K'tan Akan Bantu

Rugi RM300 juta, Cityliner henti operasi di enam negeri bulan depan


MB Kelantan yang prihatin terhadap rakyat...

KOTA BARU, 20 Nov — Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat yang mengalami kerugian itu.

Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata pihaknya juga belum menerima sebarang “hitam putih” dari pihak-pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu tersebut termasuk kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tengku Hasmadi berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok dalam usaha membantu pihak syarikat menyelesaikan isu itu.

“Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan belum ada tindakan proaktif diambil... walaupun mereka pada dasarnya bersetuju membantu meringankan kerugian syarikat,” katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi. (IH/MI)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Sunday, November 20, 2011

Lawan Pemblog 'Askar Baru' Upahan Najib!



KL, 20 Nov 11: Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.

Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat.

“Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami,” kata Najib (gambar) selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan. Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini.

Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar.

“Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad.

“Jika tidak boleh tangani gelombang ini, kita akan hanyut,” kata Najib. (MI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenyataan PM Najib ini membenarkan adanya gangguan-gangguan yang sedang dilakukan ke atas blog-blog pembangkang. Tentunya dari 'askar-askar upahan baru' itu.. Makin hampir PRU13 tentunya upahan ini makin lumayan dan serangan mereka makin kuat.

Cuma bedanya di pihak pembangkang ini ada Blog-blog 'Tentera Mujahidin' yang melawan demi kebenaran, tanpa upah dan ganjaran. Atas nama Jihad fi Sabilillah dan pertolongan Allah! Tumbangkan BN bersama kemungkarannya! Perang melalui peti undi bersenjatakan weblog..

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Artis Irwan Fall, Kempen Hijau Melalui Lagu..

HALAMAN HIBURAN

Iwan Fals

Makassar 20 Nov 11: Penyanyi kawakan yang terkenal dengan lagu-lagu baladanya, Iwan Fals, berkempen tentang lingkungan hidup dan pentingnya menghijaukan bumi di lapangan Hasanuddin, Makassar, hari ini.

Sebanyak lapan lagu bertemakan lingkungan hidup yang dibawakan Iwan, membakar semangat penonton dalam acara Festival Keluarga Hijau Nasional, di antaranya Isi Rimba Tak Ada Henti, Tanam Siram Tanam Siram.

Di antara jeda lagu demi lagunya, Iwan menilai persoalan lingkungan hidup bukanlah perkara kecil. "Lawan kita sesungguhnya untuk bapak-bapak tentara adalah tentang lingkungan hiudup. Kacau lingkungan hidup maka kacau pertahanan kita," katanya.

Ia menambahkan, kerusakan lingkungan utamanya kerosakan hutan sama juga dengan kerosakan oksigen. Kerusakan oksigen akan merugikan semua orang. "Dalam hal oksigen pejabat dan penjahat sama ruginya. Jadi mari kita bersama-sama menanam pohon supaya kita bisa bernafas dengan baik dan berpikir dengan baik," ujar Iwan.

Kedatangan pelantun lagu Wakil Rakyat dan Bento ini sebagai bintang tamu dalam acara Festival Keluarga Hijau Nasional. Kegiatan ini berlangsung selama tiga hari. Rangkaian acara hampir bertemakan tentang lingkungan hidup.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baik untuk panduan pencipta-pencipta lagu di Malaysia, supaya memikirkan bahawa ruanglingkup keindahan lagu bukan hanya pada lagu-lagu cinta ramaja sahaja. Contohnya, cinta alam, cinta keTuhaan, cinta keadilan, dan lain-ain (IH/Inilah.com/YM.com)

Lihat sebelum ini..

E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails