Tuesday, November 22, 2011

Susu1M, Tiada Nutrien DiPerlukan, K/Kesihatan Bisu

Tony Pua (kiri) & Dr Zulkifly (kanan)
PENGGUNA
KL, 21 Nov 11:
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mempersoal Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pembekal produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Mengambil contoh susu formula bayi 1Malaysia yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, beliau berkata, kementerian tersebut seolah-olah berkomplot dengan pembekal apabila tidak mengambil sebarang tindakan walaupun membekalkan produk berkualiti rendah.

Ini kerana katanya, kementerian tersebut tidak menmbuat sebarang pendirian berhubung dakwaan itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegasnya, pengumuman di laman web KR1M sahaja tidak memadai sebaliknya kementerian harus mengiklankannya di media arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna," katanya.

Tambahnya pengguna yang membeli produk di KR1M bukan dari golongan yang selalu melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membidas pihak yang mendakwa pendedahan oleh Pakatan Rakyat berhubung isu itu hanya bersifat politik. Katanya, apa yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai tanggungjawab 'check and balance' kepada pihak kerajaan.

"Kita hanya jalankan tugas semak dan imbang kepada kerajaan. Ini bukan soal politik, tapi soal keselamatan rakyat.

"Kita mintak Fomca dan PPIM juga perlu bersama kami," katanya. (IH/Hrh)

Lihat sebelum itu..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Demo Dataran Tahrir, 22 Terbunuh, 324 Cedera

SEKUMPULAN penunjuk perasaan membantu seorang wartawan yang cedera, Maher Malak di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

SUASANA Dataran Tahrir, Kaherah malam semalam yang dipenuhi penunjuk perasaan yang cuba disuraikan oleh pasukan polis antirusuhan.

KEMASKINI KAHERAH - Kekacauan di Mesir bertambah buruk selepas sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh setakat semalam semasa pasukan keselamatan cuba menyuraikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini.

Perkembangan itu mencetuskan kesangsian berhubung pilihan raya pertama Mesir yang bakal diadakan selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Polis dan tentera menggunakan belantan, gas pemedih mata dan peluru penabur untuk mengosongkan dataran berkenaan yang menjadi lokasi perhimpunan ribuan penunjuk perasaan menuntut junta tentera Mesir mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

Kekacauan kelmarin menyusul selepas beribu-ribu orang berhimpun di dataran berkenaan pada Jumaat lalu.

"Seramai 22 orang maut dalam keganasan di Dataran Tahrir dan beberapa wilayah lain," kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan Mesir yang dipetik oleh agensi berita MENA.

Kementerian sama turut memberitahu, lebih 324 orang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. Terdahulu, ketua hospital ldi Dataran Tahrir, Dr. Mohammed Fatuh mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa tiga lagi mayat dibawa masuk dengan kesan peluru hidup pada badan mereka.

Pasukan perubatan sebelum ini melaporkan empat kematian, seorang maut ditembak. Sementara tiga yang lain sesak nafas akibat terhidu asap gas pemedih mata. Cubaan polis dan tentera untuk menawan dataran itu ditentang hebat oleh penunjuk perasaan yang kembali menawan lokasi berkenaan kelmarin.

Setakat semalam, kekacauan di Dataran Tahrir masih berlarutan. Dataran itu merupakan simbol kepada kebangkitan rakyat yang memaksa Mubarak meletak jawatan pada Februari lalu. Seorang wartawan AFP memberitahu kelmarin, dia melihat beberapa penunjuk perasaan membaling batu dan bom petrol ke arah kereta perisai tentera dan anggota polis anti rusuhan.

Menurutnya, polis membalas dengan menembak peluru getah. Apabila sebahagian penunjuk perasaan mula melarikan diri, katanya, sebahagian lain menjerit "Bertahan! Bertahan!" dan "Kami tidak akan berundur!"

Sementara itu, agensi berita Mena melaporkan, satu perarakan pengebumian seorang mangsa kekerasan polis di Iskandariah bertukar menjadi pertempuran selepas pihak berkuasa menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai yang menyertai perarakan tersebut.

Di bandar terusan Suez pula, pasukan tentera menembak peluru hidup untuk menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada menyerbu sebuah balai polis. Bantahan turut merebak di dua buah bandar raya di tengah Mesir iaitu Qena dan Assiut, kata seorang pegawai keselamatan. - AFP

Sementara itu di KL PAS mendesak kerajaan Malaysia segera membuat tuntutan supaya Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) memanggil sidang tergempar ekoran angka kematian terus meningkat ketika pihak berkuasa Mesir menggempur penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

Sehingga kini dilaporkan sudah 33 orang penunjuk perasaan maut dan lebih 2000 cedera setelah polis cuba menyuraikan kumpulan penunjuk di Dataran Tahrir perasaan dengan membedil gas pemedih mata.

"Kita mendesak kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, segera membuat tuntutan agar diadakan mesyuarat khas OIC," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) kepada Harakahdaily.

"OIC perlu mengambil keputusan mendesak pihak berkuasa Mesir menghentikan keganasan kepada rakyat mereka," tambah Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Selain angka kematian yang terus meningkat, media juga melaporkan sekurang-kurangnya sebuah pangsapuri juga terbakar akibat kelongsong puluru gas pemedih mata yang ditembak polis tersasar masuk ke rumah berkenaan.

Malam tadi beribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir menangis sambil memegang sepanduk "Jatuh bersama Tantawi" di Dataran Tahrir, Kaherah, merujuk kepada pemerintah tentera, Hussein Tantawi.

Tunjuk perasaan bermula kelmarin di Medan Tahrir apabila anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan kekecohan yang dirancang oleh kumpulan yang menggulingkan Mubarak pada Februari lalu. (Hrh)

Lihat sebelum itu..

Tahniah, Pertahan Pingat Emas Bola Sepak -N/Aziz

SUKAN
Pasukan Malaysia gembira selepas menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada aksi akhir Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Isnin. Foto: EPA

KL, 21 Nov 11:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

“Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.

Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Dengan kemenangan hari ini, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut. Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.

Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 5-4. Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35. Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima.

Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat. Weblog Ibnu Hasyim juga ucapkan tahniah.(IH)

Malaysia vs Indonesia [Final SEA Games 2011] Asrarudin Goal

www.mejuez.com Credit To : sokernet.com by wanzmejue 2 hours ago 265 views

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Monday, November 21, 2011

Nik Aziz Jawab Utusan: Air K'tan Basuh Najis Lembu


KL, 21 Nov 11: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia membuat satu lagi pembohongan - mengenai isu air semalam - untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia (Mingguan Malaysia) ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta,” kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.

Sehubungan itu Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, “nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak.”

“Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.

“Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT,” kata beliau lagi mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia, akhbar edisi keluaran Kumpulan Utusan semalam.

Nik Aziz menulis, “saya telah ditanya pagi tadi selepas mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 (semalam) yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’.

“Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Mingguan Malaysia yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan,” katanya.

Nik Aziz berkata beliau menganggap masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

Namun, tegas Nik Aziz, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.

Sambil berkata akhbar tersebut telah menyorok beberapa fakta sebenar, Nik Aziz menambah,

“pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.”

“Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

“Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan e-coli yang terdapat dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88 peratus. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus),” katanya lagi.

Selain itu kata Nik Aziz, beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi empat peratus, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi e-coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

“Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.

“Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?” kata beliau lagi. (IH/MI)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Hukum Paksa Jalan Bogel Depan Umum -Tv America

Dibelasah, Paksa Jalan Bogel Selepas Ditangkap Mencuri.

Nov 11: Sekumpulan pemandu teksi yang berang di bandar Huancayo, Lima, Peru membelasah tiga pencuri awal pagi semalam. Selepas puas dibelasah, baju mereka dikoyak dan dipaksa berjalan dalam keadaan bogel di jalan raya.

Orang ramai yang lalu-lalang hanya melihat tindakan kumpulan pemandu teksi terbabit. Imej ketiga-tiga lelaki tersebut disiarkan melalui televisyen America. Nasib ketiga-tiga mereka baik apabila diselamatkan polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya makin ramai orang mahu dilakukan hukuman di khalayak rmai. Ada kaitan dengan ruh hukum hudud. (IH/Info Gallary)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Egypt Violence Flares; 10 Dead (New Video )


Egypt, violence, junta
Deadly clashes escalated between protestors and security forces, leaving at least 10 people dead

CAIRO: Deadly clashes flared up in Cairo's Tahrir Square on Sunday, November 20, between security forces and protestors demanding the ouster of the ruling junta.

"The army sent soldiers to Tahrir to help state security disperse the protesters. They are beating us hard," Ragab Shemiekhy, who has been in Tahrir throughout the latest protest, told Reuters.

Thousands of protestors clashed with police and army troops, who tried to end their protest.

Police fired tear gas canisters at the protestors, who responded with stones, setting tyres on fires.

At least ten people were killed and nearly 200 injured in the clashes.

A Reuters witness saw the dead body of a 28-year-old man on Sunday evening in a makeshift clinic on the edge of Tahrir Square.

Army police detained dozens of people, a witness said.

After initially fleeing, protesters poured back into the square.

"The people want to topple the field marshal," chanted the protestors, referring to Hussein Tantawi, the head of the ruling military council, who served as Mubarak's defense ministers for two decades.

Activists tweeted a video they said showed police dragging a corpse on the ground, in what appears to be Tahrir Square, and leaving it by a rubbish dump.

In the Mediterranean city of Alexandria, a funeral procession for one of the victims degenerated into clashes with the police who fired volleys of tear gas at mourners, the official MENA news agency reported.

In the canal city of Suez, troops fired live bullets into the air to stop protesters from storming a police station in the city center.

Protests also broke out in the central cities of Qena and Assiut, a security official said, adding that 55 people had been arrested nationwide.

Similar clashes erupted Saturday in Tahrir Square as well as in Alexandria and Suez.

The clashes began when police tried to break up a sit-in organized by relatives of the revolution victims.

Organizers of the sit-in had called for speedy trials of policemen and officials accused of involvement in the deadly crackdown that accompanied president Hosni Mubarak's bid to retain his grasp on power.

Heavy-handed

Many protestors are angry with the ruling junta over what they see attempts to abort the new-born democracy in Egypt.

"The military council are shutting their ears, they're ignoring us, they don't give a damn about us, and we're going to stay occupying the streets and demanding our rights," said Amal El Mohandes, 31.

"Eventually justice will prevail."

Many Egyptians are angry that nine months after ousting Mubarak, the army remains in charge and police are still using the same heavy-handed tactics against demonstrators.

During streets battles on Saturday night and Sunday morning, police fired round after round of teargas at protesters near the Interior Ministry.

A security official said police had not used live rounds and had used lawful methods to deal with "troublemakers."

"We are on the brink of danger. Those asking for the government to fall are asking for the state to fall," Egyptian army General Mohsen Fangary had told a television channel early on Sunday.

He said the election would go ahead on time and the army and Interior Ministry would maintain security.

He also said the army, in line with a timetable previously announced, aimed to return to barracks by the end of 2012. Presidential elections could be held by then.

The army-backed cabinet had outraged many Egyptians by presenting proposals for the new constitution that would have shielded the army's budget from civilian oversight and given it a broad national security remit.

It had amended the proposals to give civilian powers more say but this was not enough to prevent Friday's protest.

After a cabinet meeting on Sunday, Deputy Prime Minister Ali al-Silmi said: "We will not back down from the last proposed amendments to the constitutional document. (IH/OnIslam & News Agencie)

Tense standoff in Cairo's Tahrir Square

Protesters have continued to gather in Cairo's Tahrir Square late into the night - with a message of defiance for Eygpt's military rulers. The ...

by AlJazeeraEnglish 5 hours ago 303 views

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Stesen Minyak Mudah Alih Pertama. Wajar Diperluaskan?


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan stesen minyak mudah alih pertama di negara ini, sekali gus bakal menyaksikan kereta lumba Formula Satu (F1) diisi dengan minyak Primax berkuasa tinggi dari Petronas ketika berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Klik selanjutnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails