Friday, December 30, 2011

Indo Pelopor Negara Muslim, Syiah Masuk Indo?


CATATAN PERJALANAN siri 8

YANG menarik berita hari ini di Jakarta. Menteri Koperasi, Tenaga Kerja, dan Sosial Republik Islam Iran Abdoreza Sheikholeslami menyatakan bahwa Indonesia boleh menjadi pelopor kemajuan negera-negera Muslim lain dan dunia ketiga.

Katanya ketika menyambut Menteri Sosial Republik Indonesia Salim Segaf Al Jufri yang berkunjung ke Iran, seperti disampaikan Tenaga Ahli Menteri Sosial bidang Tata Kelola Pemerintahan dan Kehumasan Sapto Waluyo saat menghubungi ANTARA dari Teheran, Jumaat pagi ini.

Presiden Iran semasa remaja..
Untuk itu, kata dia, Republik Islam Iran siap bekerja sama dalam mengembangkan pembangunan sosial agar kemajuan dunia lebih merata. "Sehingga, tidak hanya dimonopoli negara-negara tertentu yang menyebut dirinya maju," kata Abdoreza.

Menteri Koperasi, Tenaga Kerja dan Sosial Republik Islam Iran itu juga menyatakan Indonesia adalah negeri Muslim terbesar di dunia dengan potensi sumberdaya alam dan manusia melimpah. Kementerian yang mengurus Kesejahteraan Sosial di Iran bekerja satu atap dengan bidang Koperasi dan Tenaga Kerja, sehingga kementerian itu yang menjadi mitra Kemsos RI.

Iran juga dikenal sebagai bangsa besar dengan peradaban maju sejak ratusan tahun lalu, sebagaimana Indonesia memiliki sejarah peradaban besar. Kedua negara itu berpotensi menjadi pelopor perubahan dunia seperti negara Eropa dan AS, jika dapat mensinergikan sumberdaya yang ada. Masyarakat Iran dikenal sebagai berdiri sendiri, dan rakyat Indonesia memiliki kesetiakawanan sosial (gotong royong) yang tinggi
.

Iran yang berpenduduk 75 juta orang memiliki anggaran negara 150 miliar dolar AS, di mana seluruh penduduknya mendapat jaminan kesihatan, sementara warga kurang mampu mendapat bantuan sosial dan pinjaman modal.

Bantuan diselenggarakan instansi pemerintah dan lembaga swasta semacam IKRF (Imam Khomeini Relief Foundation) yang sangat berpengaruh karena berada di bawah kendali Pemimpin Tertinggi/Kepala Negara Ali Khamenei. Kementerian Sosial RI telah menandatangani nota kesepahaman dengan IKRF dalam bidang kemanusiaan dan kesejahteraan sosial.

Masalah sosial di Indonesia jelas lebih kompleks keran menyangkut 240 juta penduduk, sedang APBN masih terbatas (Rp1.400 triliun). Maka kerana itu, perlu penggalangan kemitraan domestik (pihak swasta, LSM, dan pemerintah pusat-daerah) dan kemitraan luar negeri (pemerintah dan NGO).

Dalam beberapa hal, pembangunan sosial di Indonesia masih tertinggal dibanding negara lain, kerana fokusnya pembangunan ekonomi dan infrastruktur fisik. Padahal, masalah sosial yang tidak tertangani dapat merusak hasil pembangunan ekonomi dan menimbulkan instabilitas politik. Hal itu terlihat dalam gejolak daerah dan konflik komunal.

Untuk itu, penandatanganan "letter of statement (pernyataan kehendak) antara Menteri Sosial RI dan Menteri Koperasi, Tenaga Kerja dan Sosial Iran menjadi tonggak baru agar prioritas kesejahteraan sosial lebih diperhatikan. Negara yang memperhatikan keperluan dasar rakyat akan lebih stabil di tengah gejolak ekonomi global, termasuk di Iran.

Te
ringat saya semasa melawat Iran beberapa tahun lalu (E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?) di jalan utama Kota Teheran dan Isfahan, memang tidak ditemukan pengemis dan anak jalanan, kecuali beberapa pendatang dari Afghanistan, terutama di selatan Iran. Amat jauh bedanya dengan Indonesia dan Malaysia sekalipun.

Di Iran cukup menonjol penerapan sistem jaminan sosial yang menyeluruh dan penggalangan dana publik untuk optimalisasi pembangunan sosial. Maka amat wajarlah kedua negara itu, sepakat untuk tukar pengalaman mengembangkan kesejahteraan sosial.

Itu yang baiknya.


Yang tidak baiknya, dilaporkan berita 'Pertembungan Sunni-Syiah Marak di Madura'. Masyarakat Islam Sunni Sampang, masih terus melakukan pembakaran pemukiman kelompok sesat syi’ah di Madura, Jawa Timur, sehingga rumah yang terbakar milik sekte Syi’ah terus bertambah.

Rumah milik Iklil Almilal, penasihat sekte sesat Syiah di Kabupaten Sampang, teman dekat gembong Syiah Tajul Muluk turut menjadi sasaran. “Rumah saya juga ikut hangus saat ini. Tapi kami tidak melakukan perlawanan,” katanya, Khamis siang yang dilaporkan Antaranews. Sedangkan, katanya, rumah pimpinan Islam Syiah sendiri kini sudah rata dengan tanah dan tidak dapat ditempati sama sekali.

“Setelah membakar rumah Ust Tajul massa, lalu bergerak menuju rumah saya dan membakar rumah saya,” terang Iklil Almilal.

Petugas gabungan dari polis Polres Sampang dibantu TNI (Tentera Nasional Indonesia) tidak dapat berbuat banyak, untuk mencegah aksi pembakaran rumah milik apa yang disebut 'pengikut sekte sesat Syiah' oleh masyarakat Islam Sunni tersebut, kerana jumlah massa terlalu ramai.

Rumah gembong Syiah Iklil Almilal ini berjarak sekitar 1 kilometer dari rumah kediaman pimpinan sekte sesat Syiah Tajul Muluk.

“Pelaku pembakaran rumah pengikut Syiah ini tetap kelompok yang dulu yang melakukan penyerangan pada tahun 2006 lalu,” kata Iklil Almilal.

Di Desa Karang Gayam dan di Desa Bluuran, Kecamatan Karangpenang pula, kini kian mencekam, dan warga tidak berani keluar rumah. Iklil Almilal sendiri bersama ratusan pengikut Syiah lainnya, kini sedang dikungsikan oleh petugas di salah satu rumah warga di Desa Karang Gayam dan dijaga petugas.

Sementara ini, belum dapat dipastikan penyebab utama pencetus pergaduhan antara kaum Muslimin dengan pengikut syi’ah di Madura. Meski demikian, sudah umum diketahui..
  • Keberadaan komunitas 'sekte sesat syi’ah' tidak dapat disandingkan dengan kaum muslimin ahlus sunnah.
  • Kerana prinsip dan sikap syi’ah yang memusuhi ajaran Islam, serta senang mencaci maki dan melaknat isteri rasulullah SAW serta para sahabatnya RA yang termaktub dalam kitab-kitab rujukan Syi’ah.

Begitulah kira-kira.

Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

29 Dis 11.

Catatan Perjalanan sebelum ini..

Tarian Tiang: Amaran MPAJ Tarik Semua Lesen

KL: 29 Dis 11: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Demikian Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini. (Lihat..Tarian Tiang Seksi Mula Menyerang M'sia..)

Sebelum itu, MPAJ mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Walaupun begitu, beliau menegaskan, “Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu,”

Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah. Laporan Kosmo! semalam mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.

Weblog Ibnu Hasyim mengalu-alukan kenyataan MPAJ tersebut. (IH)

Lagi, Penjelasan N/Aziz Mengenai Hasan Ali..



KL 29 Dis 11: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS kepada sidang media di Pantai Irama, Bachok 28 Deiember.

"Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf."

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Tok Guru (Nik Aziz): Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?


Tok Guru; JKR 10

Wartawan: Ustaz Nasha..
.

Tok Guru: Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.

Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?

Tok Guru: Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.

Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?

Tok Guru: Ada peluang apa lagi lah...baik.

KLIK UNTUK VIDEO SIDANG MEDIA INI
Sort by:

Thursday, December 29, 2011

Tarian Tiang Seksi Mula Menyerang M'sia..

KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.

AMPANG JAYA - Tarian Tiang sudah menyerang Malaysia. Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki. Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota. Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut. Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band. Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnyaan . Demikian sumber dari Kosmo hari ini.

Sebelum ini weblog Ibnu Hasyim telahpun meramalkan bahawa Akademi penari bogel AS melahirkan Tarian Tiang kini dijangka akan menjadi trend tarian, seni, sukan, perjudian dan untuk tarikan pelancong. Kini Jelas, virus ini mula merebak akan menyerang ke Malaysia.

Biasanya begitu, kalau di AS batuk, maka di sini pun akan merasa demamnya. Di negara umat Islam trend seperti ini adalah racun berbisa yang membunuh cara hidup beragama. Pemimpin negara dan agama perlu memikir kedepan dalam menanganinya. (IH)

Video Tarian Tiang

www.youtube.com/watch?v=_C9CPDOXUCw19 Feb 2010 - 2 min - Uploaded by TheHDSlideshows
Tarian Erotis Pameran Mobil di Thailandby talamz213737 views · Thumbnail 0: 30. Add to. Aksi Eema ...

Sebelum ini...

Perkosa Pelajar: Duta Indo Kecewa HCP KL


Rabu, 28 Desember 2011 23:49 WIB | 773 Views: KBRI Kuala Lumpur kecewa kepada Hotel Citin Pudu

Kuala Lumpur - Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur kecewa terhadap Hotel Citin Pudu karena tidak mau bertanggung jawab terhadap staf keamanannya yang hendak memperkosa pelajar Indonesia di hotel tersebut.

Kasus percobaan perkosaan itu membuat korban dan keluarganya serta pimpinan tur tidak diperkenankan pulang ke tanah air pada hari Rabu bersama 20 orang anggota rombongan.

Atas kejadian tersebut, KBRI Kuala Lumpur meminta pertanggungjawaban Hotel Citin Pudu, Kuala Lumpur dengan memindahkan keluarga dan pimpinan tur ke hotel lain yang dipesan KBRI KL dan membiayai kepulangan mereka dengan pesawat Garuda Indonesia yang tiketnya sudah dipesan pihak KBRI KL.

Kepala Bidang Penerangan, Sosial, Budaya KBRI KL, Suryana Sastradiredja saat dijumpai diruang kerjanya, Rabu menerangkan pada awalnya Munish Goindarasay, Manajer kelompok Citrus Hotels yang membawahi Hotel Citin Pudu menyanggupinya.

Namun, setelah keluarga korban pindah hotel dan tiket sudah dipesan, mendadak dirinya menyatakan bahwa pihak manajemen tidak bertanggung jawab.

"Saya sangat menyayangkan sikap tidak kooperatif hotel tersebut," katanya.

Nyaris diperkosa
Sebelumnya diberitakan seorang pelajar putri berusia 13 tahun dari Indonesia yang sedang berwisata ke Malaysia nyaris diperkosa oleh seorang satpam di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu sekitar pukul 03.00 dinihari.

Korban pada saat itu sedang tidur bersama adiknya di sebuah kamar di hotel Citin Pudu, Kuala Lumpur tersentak kaget ketika seorang pria yang ternyata petugas keamanan hotel tersebut berada dalam kamar dan berusaha membuka celananya.

Korban menjerit dan didengar oleh orang tuanya yang kamarnya bersebelahan.Atas kejadian tersebut , korban melaporkan kepada hotel dan tak lama kemudian pihak kepolisian Malaysia sudah berada di lokasi kejadian.

Mendengar laporan tersebut, KBRI termasuk Kepala Bidang Pensosbud, Suryana Sastradiredja segera menuju lokasi kejadian dan menuju IPD (Polres) Dang Wangi. Namun ternyata pindah ke kantor polisi lain dan kemudian ke IPK (setingkat Polda) Kuala Lumpur.

Di IPK KL, orang tua korban dan suaminya bersama adik korban didapati sedang memberi keterangan.

Dari keterangan yang diterima ANTARA dari KBRI, Rabu, kasus ini sudah ditangani oleh pihak IPK KL dan tersangka telah ditahan dan bahkan kepolisian segera mengeluarkan surat perintah reman (penahanan) serta memohon kerja sama dari orang tua korban dan anaknya untuk tetap di KL hingga pemeriksaan selesai.

IPK KL berjanji akan menyelesaikan permasalahan ini secepatnya agar korban dan keluarganya bisa kembali hari Kamis(29/12) ke Indonesia.

Namun, IPK KL memohon agar kelurga dapat kembali ke KL untuk memberikan kesaksian apabila ada sidang pengadilan.

Berdasarkan penjelasan hotel, bahwa satpam berinisial JS itu adalah petugas keamanan yang baru direkrut satu hari dari pihak "out sourcing". Dan sewaktu diperiksa, tersangka tidak dapat berbahasa Melayu ataupun Inggris.

Sementara itu, KBRI berinisiatif untuk memindahkan para rombongan tour tersebut ke hotel lain dan segera menghubungi pihak perusahaan penerbangan Indonesia untuk bisa menyediakan tiket kepulangan ke Jakarta. Lima orang termasuk korban dan keluarga dan pimpinan rombongan tour masih di KL, sedangkan sekitar 20 orang lainnya tetap berangkat ke Jakarta hari Rabu.

Keberadaan korban beserta rombongan di negara ini adalah dalam rangka perjalanan wisata dari Jakarta ke Singapura dan selanjutnya ke Thailand. Kemudian pada 26 Desember, rombongan meneruskan perjalanannya ke Malaysia menggunakan bis. Di Kuala Lumpur mereka menginap disebuah hotel kecil yang dipesan oleh pihak travel.
(N004)

Editor: Aditia Maruli, ANTARA News

Syukur, Rasa Rendah Diri Hasan Ali... -Nik Aziz


BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

(Nik Aziz melawat Pantai Irama, Bachok yang terjejas teruk akibat hakisan ombak)

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. (Harakahdialy)

Bank Islam Makan Harta Orang Cara Haram Jadah


Oleh
Muhamad Shahabudin Hassan,
Pulau Pinang


Pelanggan kecewa perkhidmatan Bank Islam
SAYA merupakan seorang pelanggan Bank Islam sejak dari tahun 2009. Pada awalnya saya merupakan pelanggan bank konvensional terkemuka di negara ini, tetapi setelah disedarkan oleh beberapa tokoh agama mengenai produk perbankan islam menyebabkan saya memilih Bank Islam untuk urusan kewangan saya.

Pada bulan Disember 2011, saya memohon produk KAD DEBIT VISA di Bank Islam Kepala Batas Pulau Pinang untuk memudahkan urusan kewangan saya. Namun pihak Bank mencadangkan saya untuk membuka lagi satu akaun bernama Al-Awfar untuk mendapatkan kad tersebut. Saya bersetuju untuk membuka akaun tersebut setelah didesak oleh pihak bank dengan pelbagai ganjaran lumayan.

Saya menyemak akaun setelah memperolehi kad debit tersebut dan potongan RM10.00 dikenakan untuk kad tersebut. Saya akur caj yang dikenakan ini memandangkan kad baru dikeluarkan kepada saya.

Setelah itu saya cuba untuk melakukan transaksi kad debit tersebut di sebuah pasaraya namun malangnya kad tersebut tidak dapat digunakan. Saya terus ke mesin ATM terdekat untuk mengeluarkan tunai tetapi turut gagal. Saya mengesyaki kad saya mengalami masalah tetapi urusan kewangan saya tetap tidak dapat dilakukan memandangkan bank cuti sempena perayaan Krismas. Saya terpaksa meminjam wang daripada individu lain kerana saya terpaksa bergegas ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi. Saya ke Bank Islam cawangan Kuah Langkawi untuk menyelesaikan masalah ini namun hampa apabila pihak bank mencadangkan saya kembali ke Bank Islam Kepala Batas untuk meyelesaikan masalah ini.

Sebaik pulang ke Kepala Batas, saya terus ke Bank Islam untuk meyelesaikan masalah ini namun sekali lagi hampa apabila pegawai bank menyuruh saya membuat kad baru dan sekali lagi caj kad RM10 dikenakan kepada saya. Saya memaklumkan kepada pegawai mengenai masalah kad tersebut namun pegawai tersebut menyalahkan saya kononnya saya yang merosakkan kad tersebut. Kecewa dengan layanan biadap pegawai tersebut saya berniat untuk menutup akaun Al-Awfar. Pegawai tersebut mengalu-alukan penutupan akaun tersebut dan menyuruh saya berjumpa dengan pegawai lain yang bertugas dalam urusan penutupan akaun. Tidak cukup dengan itu caj RM20 juga akan dikenakan jika saya meneruskan niat menutup akaun tersebut.

Mujurlah seorang pegawai bank kerkopiah putih di situ cuba memahami masalah saya dan cuba menyelesaikan masalah saya dengan pendekatan yang agak baik iaitu memindahkan wang dalam Akaun Al Awfar tersebut ke akaun gaji saya. Urusan itu dilakukan tanpa dikenakan caj dan masa 3 bulan diperlukan untuk menutup akaun Al Awfar tersebut.

Slogan ‘customer is always right’ langsung tidak boleh dipakai dan ditukar kepada ‘Bank is always right’ di Bank Islam. Memakan harta orang lain dengan cara yang batil adalah haram di sisi Islam. Sangat mengecewakan apabila Bank Islam yang menggunakan nama Islam mempamerkan imej dan perkhidmatan yang lebih ‘konvensional’ daripada bank-bank konvensional sedia ada.

Saya berharap pihak pengurusan Bank Islam dapat melakukan penambahbaikan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan Bank Islam. Elakkan daripada menindas dan menyusahkan pelanggan-pelanggan anda. Latih pegawai-pegawai anda supaya lebih berhemah dalam bidang tugas mereka dengan pelanggan. Sebagai sebuah bank yang menggunakan Islam sebagai namanya harapan saya semoga servis Bank Islam lebih ‘Islamik’ selepas ini. (Diangkat dari Harakahdaily)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pehak Bank Islam, sila ambil perhatian.. Lihat juga berita dan pengduan di bawah ini...

Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti

Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti
Klik gambar di atas...

Sehingga ini tiada respon apa-apa dari Bank Islam, maka jelas Bank Islam makan harta orang lain, cara haram jadah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails