Monday, February 13, 2012

Penghina Nabi Wajib Dihukum, Di mana Saja Berada..

Asri berkata Hamza tidak harus mengguna Malaysia sebagai tempat berlindung memandangkan ia sebuah negara Islam

KL, 12 Feb 12: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju dengan langkah Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari sekiranya terdapat perjanjian kerjasama antara Malaysia dan negara itu.

Justeru kata Asri, adalah lebih baik pentadbiran Najib mendedahkan maklumat perjanjian itu bagi mengelakkan sebarang polemik daripada terus berlaku.

“Memang patut Malaysia menghantar pulang sebab kita ada perjanjian dengan Arab Saudi tapi saya tidak tahu butirannya. Asasnya setiap negara ada perjanjian, kita perlu ikut bila berjanji walaupun kadang-kadang tidak memihak kepada kita.

“Kita memang bekerjasama dengan Arab Saudi, biasanya perjanjian itu kata kalau warga kita ditahan di sana Arab Saudi akan hantar pulang. Begitu juga sebaliknya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mohammad Najeeb, atau Hamza Kashgari, yang melarikan diri dari Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Hamza mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan satu kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahan rakyat negara itu.

Tambah Asri, beliau tetap bersetuju dengan langkah menghantar pulang Hamza walaupun tiada sebarang perjanjian yang dimeterai.

“Saya tidak pasti mengenai perjanjian kerjasama itu, kalau ada bukti (perjanjian) kita kena tunaikannya. Kalau tiada perjanjian saya juga setuju hantar balik,” katanya.

Beliau menambah Hamza tidak sepatutnya ke Malaysia untuk dijadikan tempat berlindung selepas mencetuskan kontroversi itu kerana ia boleh menjejaskan negara ini.

“Kalau menghina Nabi Muhammad itu perkara serius di Arab Saudi, tidak patut berlindung di negara Islam... tidak boleh jadikan Malaysia sebagai tempat berlindung kerana ia tidak bagus kepada negara kita.

“Langkah hantar balik adalah tindakan betul supaya Malaysia tidak ditohmah, perkara ini serius di Arab Saudi,” katanya.

Menurut Asri, Hamza tidak semestinya akan dikenakan tindakan berat seperti dihukum bunuh memandangkan perkara itu sudah tentu akan diadili dengan sebaik mungkin.

“Kalau hantar pulang belum tentu dia akan dihukum... mungkin jika dia minta maaf dan bertaubat tidak akan dikenakan hukuman berat.

“Kita tahu kalau hina Nabi Muhammad di Arab Saudi merupakan perkara serius tapi kita nak lihat dalam konteks mana (bentuk penghinaan),” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penahanan Hamza dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata penghantaran pulang lelaki itu dibuat berdasarkan perjanjanjian yang membolehkan mana-mana individu yang dikehendaki oleh sesebuah negara dihantar pulang ke negara masing-masing.

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan tulisan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.

Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad yang disukai dan tidak disukainya.

Media negara itu melaporkan susulan tulisan lelaki itu, sebanyak 30,000 entri Twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.

Tindakan Putrajaya menghantar pulang Hamza bagaimanapun dibantah keras beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.(MI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang penting penghina Nabi SAW wajib di hukum, tidak kira di mana penjuru dunia dia berada ...bangsa dan agama apa dia. Dia perlu mengormati hak agama-agama di dunia.

Sebelum ini...

Saturday, February 11, 2012

Insiden KFC: Babi, Buat Ayam Goreng Sendiri..

Perakam video Youtube tampil cerita insiden di KFC
KLANG 11 Feb 12: INDIVIDU di sebalik akaun Youtube Jess6366 yang memuat-naik dua video mengenai pekerja KFC i-City yang didakwa mengkasari seorang pelanggan, hari ini tampil mencerita kejadian tersebut.

Dia yang tidak mahu namanya disebut nama atau diambil gambarnya, berkata dia pada mulanya berada dalam barisan yang sama dengan mangsa kejadian itu, Danny Ng, ketika insiden itu berlaku.

NONE"Pada kira-kira pukul 9.30 malam, saya ternampak satu lagi barisan yang tidak ramai orang, jadi saya beralih ke sana. Terdapat lima orang yang berdiri di hadapan saya, manakala di barisannya (Ng) terdapat kira-kira 10 orang.

"Apabila sampai giliran saya, jam sudah pukul 10.45 malam, manakala terdapat seorang pelanggan di hadapan Ng. Apabila sampai gilirannya, ayam sudah habis kerana saya adalah orang terakhir membeli semua ayam," katanya dalam satu sidang akhbar di Klang hari ini.

Ng, dakwanya, yang marah kerana pengurus di situ tidak memberitahu pelanggan bahawa ayam sudah kehabisan, telah meninggikan suaranya terhadap pekerja di situ.

Bagaimanapun, dakwanya, selain daripada seorang pekerja memanggil Ng 'babi' dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak. Demikian lapor Malaysiakini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang hadir ketika sidang media itu meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu berkenaan sebagai isu perkauman.

"Ini hanyalah pertelingkahan berkenaan ayam goreng. Saya minta masyarakat di luar sana tidak menjadikan ianya sebagai isu perkauman," katanya menegaskan insiden itu berlaku disebabkan kelemahan pengurusan KFC yang tidak cekap.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS itu, pengurusan KFC seharusnya mengawal keadaan dan pengurus seharusnya sudah maklum keadaan yang berlaku. Namun begitu, beliau turut menegaskan tiada alasan untuk pekerja KFC itu bertindak ganas, namun beliau tidak menolak mungkin disebabkan faktor keadaan menjadikan pekerja itu berang dan bertindak di luar jangkaan.

"Pekerja harus bersifat rasional, jangan gunakan kekerasan, begitu juga dengan pelanggan, cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kasar yang boleh menimbulkan provokasi," tambahnya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pula berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka. Malah, menurutnya lagi, pihak polis juga akan membuat kawad cam hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang terlibat menumbuk mangsa dalam insiden tersebut.

"KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny.” -Lapor MI. (IH)

Video Ini, Iran Diserang 'Ninja Islam'?

Perempuan Iran berlatih menjadi Ninja (Press TV Iran)

INI bukan adegan filem pertarungan yang penuh efek di panggung. Di mana sekelompok orang menunjukkan kemampuan bela diri ala ninja, menggunakan shuriken, jungkir balik (tungging buyung), menendang, membanting lawan, bahkan berjalan di tembok.

Itu bukan menggambarkan peristiwa yang terjadi di Jepun, negeri asal ninja, melainkan di negara Iran, yang melaksanakannya dalam sistem pemerintahan. Yang menarik, petarung yang tunjuk kebolehan adalah perempuan berhijab.

Stasyen televisyen Iran, Press TV menayangkan video sebuah latihan di kelab Ninjutsu di Iran. Bela diri itu kini sangat populer di sana, terutama di kalangan perempuan muda.

Salah satu kelab Ninjutsu yang ditayangkan telah tubuh sejak 1989, selama itu, sudah ada 3,500 perempuan yang dilatih menjadi kunoichi atau ninja perempuan.

Instruktur Ninjutsu, Fatima Muamer mengatakan, bela diri itu menarik bagi perempuan kerana membantu menyeimbangkan jasad dan fikiran. "Pelajaran yang paling penting dalam Ninjutsu adalah rasa hormat dan kerendahan hati."

"Mereka belajar untuk menghargai diri mereka sendiri, pertama untuk menghormati keberadaan mereka dan kemudian seni yang mereka kuasai."

Murid diajar untuk menggunakan senjata berbahaya, termasuk busur, pedang, nunchucks dan shuriken. Sensei Akbar Faraji adalah orang pertama yang memperkenalkan ninjutsu ke Iran ketika ia mendirikan kelab itu 22 tahun yang lalu. Kini memiliki 24,000 ahli.

"Dalam ninjutsu, lelaki disebut ninja, sementara perempuan disebut kunoichi."

Dia menambah, menjadi seorang ninja adalah melatih kesabaran, toleransi, dan ketabahan. Secara harfiah berarti seni menjadi tidak dapat dilihat.

"Ninjutsu, atau seni bela diri secara umum, dapat digambarkan sebagai ubat. Sama seperti racun ular, meskipun sangat berbahaya, itu boleh menjadi ubat penawar yang baik juga."

Ninjutsu dianggap salah satu bentuk yang paling mematikan seni bela diri, berhubungan dengan agen rahsia atau tentera bayaran, dan mengkhususkan diri dalam metode tidak lazim selama perang di Jepun antara 1185 dan 1868. (sumber: Daily Mail)

Kerana itu bolehkah ia disebut 'Ninja Islam' kerana tuntutan dan perlaksanaan ini sesuai dengan kehendak agama Islam? Kalau boleh, maka kini Iran sudah diserang dengan ilmu tahan diri 'ninja Islam'... (IH)

Video
Selasa, 7 Februari 2012, 11:27 WIB

Sebuah kelas Ninjutsu di Iran tampak dipenuhi murid perempuan yang sedang berlatih. Seni beladiri ninjutsu belakangan banyak diminati oleh perempuan-perempuan di Iran. Sekolah yang dibuka pada tahun 1989 ini memiliki 3500 murid perempuan yang belajar untuk menjadi kunoichi atau ninja perempuan. (Sumber: PressTV)

Video

VIDEO LAINNYA

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

(IH)

Jangkitan Rotavirus Menyerang Perak, 2 Bayi Maut..

KESIHATAN
TAPAH — Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai dijangkiti sejenis virus dikenali ”Rotavirus” yang menyebabkan kes ”Acute Gastroenteritis” (AGE).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap,” katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini semalam.

Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.

Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.

Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.

Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.

Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.

"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus,” katanya.

Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.

Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.

Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.

"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas,” katanya.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka. -BERNAMA

Kisah Burung Makan Bangkai Pun Jadi Duit.

JOM KREATIF

SEJUMLAH burung hering makan bangkai seekor lembu ini pun diproses jadi duit..

PITHAULI, Nepal - Di kampung ini, seorang wanita pernah menarik bangkai seekor lembu yang berada di atas sebuah troli dan menjatuhkan haiwan itu di sebuah padang.

Wanita itu kemudian berlari dan bersembunyi di sebuah pondok berdekatan semasa sekawan burung hering turun untuk memakan bangkai lembu tersebut. Kurang setengah jam, bangkai lembu itu hanya tinggal tulang.

Kawasan padang itu dikenali sebagai 'restoran untuk burung hering' yang dibuka untuk membantu menjadikan alam sekitar bersih. 'Restoran' itu menjadi daya tarikan pelancong dan para pelancong dikenakan bayaran untuk melihat burung tersebut.

Namun, ubat dikenali sebagai diclofenac yang digunakan untuk merawat keradangan lembu, boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian burung hering. - Reuters

Kisah gagak di Pelabuhan Kelang

Gagak & love

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia banyak burung gagak yang memakan bangkai. Bagaimana kalau ianya dikreatifkan macam kisah burung hering ini? Kreatif dapat duit, bukan buang duit dengan mengupah penembak-penembak gagak? (IH)

Lihat banyak lagi kisah-kisah kreatif..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

P.Pg: Keluarga Miskin Ini Perlu Tangani Segera..


RAHMATUNISA (dua dari kiri) memberi susu kepada anak bongsunya sambil diperhatikan Muhammad Nor (dua dari kanan) dan dua anak mereka di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga yang tinggal di flat Sungai Pinang dekat sini kerap berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.

Berikutan itu, Muhammad Nor Abdullah, 33, dan isterinya, Rahmatunisa Jeelani, 33, serta empat anak mereka yang berusia di antara dua hingga 15 tahun terpaksa mengharapkan sumbangan daripada jiran-jiran.

Malah, keluarga itu hanya menunggu masa untuk diusir keluar akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak sejak enam bulan lalu.

Rahmatunisa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini juga sedih apabila anak sulungnya, Muhammad Saiful Rahman, 15, terpaksa berhenti sekolah baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.

"Dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah kerana suami hanya mengambil upah menjaga gerai buah dengan gaji RM10 sehari," katanya di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, semua pihak perlu menanganinya segera, perlu disiasat supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan mempunyai formula penyelesaian. (IH)

Salahguna Twitter, Hamza Hina Nabi Ditangkap



KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.

Mohammad Najeeb A. Kashgari (gambar semasa, di Balai Berlepas Lapangan) atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.

Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.

"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam. (IH/Kosmo)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails