Monday, March 05, 2012

Pemimipin PAS, Perbetulkan Pemerintahan -Nik Aziz

Majlis Makan Malam PAS Kawasan Bachok

Kiri: MB Kedah, sedang diperbetul?

KOTA BHARU, 4 Mac 12:
Antara usaha wajib dilakukan para pemimpin, ialah memperbetulkan hal ehwal pemerintahan. Demikian seruan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas peranan ahli dan pemimpin PAS, khasnya di Kelantan dan di Malaysia amnya.

“Ini penting supaya betul sebagaimana kehendak ‘tuan punya’ iaitu Allah SWT.

“Jadi oleh demikian, wajib kita menggunakan parti, bahkan menolong parti dalam usaha memberi kemenangan kepada dasar Islam, dan ini kita telah buat sungguh-sungguh sejak lama dahulu khususnya sejak 1990,” jelas beliau.

Sebelum itu beliau menegaskan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing terutama semasa menjelang Pilihan Raya ke-13.

“Bagi mereka yang ada mulut, bercakap. Ahli yang boleh memanjat pokok, panjat untuk menampal poster parti.

“Mereka yang ada wang, menderma. Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyambut sokongan memberangsang dari pelbagai kaum terhadap kepimpinan Kelantan, di Majlis Makan Malam PAS Kawasan Bachok di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, baru-baru ini beberapa tokoh agama di Malaysia termasuk dari Kristian, Buddha dan lain-lain agama, datang ke Kelantan dan berjumpa beliau mengucapkan terima kasih banyak bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah mengganggu mereka termasuk dalam urusan ibadat.

Turut hadir Ahli Parlimen Bachok yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasharuddin Mat Isa, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Tawang Hassan Mohamood dan Adun Jelawat Abdul Aziz Kadir, kepimpinan PAS Kawasan Bachok dan para dermawan. (IH)

GRO Dicekup, Kaji Semula Pusat Hiburan.


SEBAHAGIAN GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di Taman AST, Seremban kelmarin.

SEREMBAN – Seramai 103 pelanggan yang masing-masing leka dalam belaian pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang gebu dan seksi terkedu apabila empat buah pusat hiburan di Taman AST di sini diserbu polis kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan pada pukul 9 malam yang dilakukan serentak itu polis menahan seramai 103 GRO warga asing dan 103 pelanggan warga tempatan.

Menurut beliau, semua GRO itu terdiri daripada 90 warga China, 11 Vietnam dan seorang warga Filipina yang berusia 21 hingga 45 tahun.

“Ketika serbuan beberapa wanita itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi di beberapa tempat tersembunyi di pusat-pusat hiburan itu tetapi berjaya dikesan oleh anggota yang membuat serbuan,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Pelanggan lelaki yang ditahan masing-masing berusia 20 hingga 40-an. Turut ditahan empat penjaga di setiap pusat pusat hiburan tersebut. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kaji semula pusat-pusat hiburan, dan sesuaikan dengan masyarakat bermoral dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perlembagaan Negara fasal 3), kalau UMNO/BN benar-benar bertanggungjawab terhadap agama dan negara.

Rakyat kalau mahu negara bersih dari maksiat, jahiliah dan jahil, undilah PAS bersama PR dalam PRU 13 akan datang ini. (IH)

Basikal Lipat, Perlu Digalakkan & Sesuaikan Harga.

JOM KREATIF

SAMBIL melipat basikalnya dalam beberapa minit sahaja, Sonny Ikmal Ahmad Kamil, 29, kemudian memasukkan basikal tersebut ke dalam beg sebelum menjinjing bersamanya masuk ke dalam tren aliran ringan (LRT). Itulah rutin hariannya sejak lebih lima bulan lalu untuk ke tempat kerja.

Bukan berbasikal sepanjang perjalanan, Sonny biasanya berulang-alik ke stesen LRT dari rumahnya di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sejauh sekitar dua kilometer untuk pergi dan ketika pulang dari kerja.

Basikal itu kini sudah menjadi teman rapatnya kerana penggunaan yang mudah, tidak perlu mencari parkir, membayar tol dan juga berjimat duit petrol. Tambahan pula, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Demikian lapor Kosmo Online.

"Sekarang, setelah beberapa bulan bersama basikal, saya berasa lebih sihat. Saya melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu bersenam dengan berbasikal seiring perjalanan pergi dan pulang dari pejabat.

"Lebih mudah, dengan fungsi lipat itu, saya boleh mengusungnya ke mana-mana sahaja," kata Sonny.

Basikal lipatnya yang cuma seberat 11 kilogram dengan saiz roda 16 inci berharga lebih RM1,000. Tentu sekali, ia kedengaran agak mahal berbanding basikal biasa. Hakikatnya, basikal lipat itu sebenarnya boleh mencapai harga RM20,000 atau lebih bergantung kepada jenama, spesifikasi dan kecanggihan peralatan dua roda itu.


Membawa basikal lipat adalah lebih kurang sama sahaja dengan membimbit beg yang sarat dokumen.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Basikal ini amat sesuai untuk remaja Malaysia golongan sederhana. Jimat dan menyihatkan badan. Patut digalakkan dan diusahakan supaya harganya sesuai dengan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sebelum ini...

Lihat kisah kreatif sebelum ini..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: \

E-Buku IH-52: Kaligrafi Cina & Islam

Univ Amerika Pula Beri Anugerah Pada Rosmah

Universiti Amerika pula beri anugerah pada Rosmah
KL 4 Mac 12: Stevens Institute of Technology, universiti perdana pendidikan campuran swasta yang menumpukan pada penyelidikan dan keusahawanan dan komited dalam menerokai bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan menganugerahkan anugerah tertinggi universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri Malaysia, pada Jumaat.

Presiden universiti itu, Dr Nariman Farvardin, menyampaikan anugerah "Distinguished Service Medal" kepada Rosmah sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkhidmatan awam khususnya dalam usaha memperkasakan wanita dan kesaksamaan gender dan peranan penting dimainkan beliau dalam mengusahakan pendidikan awal di kalangan rakyat Malaysia.

Rosmah juga memainkan peranan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti Children's Hope, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Yayasan Jantung, dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Program Pendidikan Awal dan Penjagaan Kanak-kanak (ECEC), yang telah menubuhkan lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia, di samping sering mengutarakan mengenai perlunya memulihara warisan semulajadi negara untuk generasi akan datang, katanya pada majlis yang berlangsung di universiti itu di Hoboken, di New Jersey.

Dr Farvardin berkata universiti itu hanya menganugerahkan anugerah itu kepada mereka yang telah berjaya memberikan impak besar terhadap kebajikan masyarakat.

Rosmah, yang berada di universiti itu untuk menghadiri majlis beramah mesra dengan lebih 200 pelajar Malaysia, dalam ucapannya berkata anugerah itu amat bermakna kerana Stevens amat terkenal dengan kecemerlangannya dalam program-program penyelidikan pendidikan dan pengkomersilan.

Stevens diiktiraf sebagai sebuah daripada universiti Amerika yang amat berjaya dalam mengetengahkan teknologi di pasaran, katanya.

Rosmah berkata universiti itu kini menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk berkongsi kepakarannya dalam menjana kekayaan daripada inovasi penyelidikan menerusi keusahawanan.

"Banyak universiti di Malaysia telah mencontohi langkah Stevens dalam melancarkan syarikat permulaan sebagai satu cara perpindahan teknologi dan ia kini aktif mengendalikan keusahawanan secara online dengan pelajar tahun pertama UKM," katanya.

Rosmah berkata universiti-universiti perlu memainkan peranan sebagai peneraju dalam membangunkan sistem inovatif untuk membina modal insan secara holistik, meliputi pemerolehan pengetahuan, terutama dalam sains dan teknologi, nilai dan kemahiran termasuk kebolehan keusahawanan.

Pada majlis itu, 30 bakat muda Permata Seni - tarian, koir dan muzik - membuat persembahan bertenaga dan berwarna-warni yang mendapat sambutan menggalakkan daripada tetamu.

- Bernama

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Kaligrafi: Cina & Islam, Begitu Rapat. siri 4

(..sambungan yang lalu & siri akhir)

Pohon? Syahadatain

Syahadatain
Makrokaligrafi Pedang Bermata Dua

Al-Fatihah dan Syahadatain

Lafaz Bismillah
Surah Al-Ikhlas dan
“الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Makrokaligrafi Buah (Seperti Buah Pear)
- Lafaz Bismillah Dan Ayat Kursi

Lafaz Bismillah, tak tau motif makrokaligrafinya apa…

Lafaz Bismillah,
Makrokaligrafi Kubah Masjid

Lafaz Bismillah

Motif Alam sekitar + Labu Air?
Lafaz Bismillah

Alhamdulillah dan Syahadatain.
Makrokaligrafi Permaidani

Alhamdulillah…
Makrokaligrafi Seperti Pohon, Akar dan Tanah…

Alhamdulillah..Ada motif makrokaligrafi ( kapal layar?)

Sekian.

Sebelum ini..

Sunday, March 04, 2012

Lihat, Wanita Bali Tidak Berbaju 100 Tahun Lalu..

CAPTURE dari filem dokumenteri yang dibuat wartawan Spanyol kira-kira tahun 1900an...


















Kalau masyarakat Bali ini mengikut peraturan dan cara hidup agama Islam, tentu mereka tidak berpakaian begini. Kerana tamadun Islam yang dibawa melalui Syariat Muhammad SAW telah wujud lebih lama lagi.

Antara garis-garis panduan pakaian wanita Islam adalah seperti berikut..

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.

Rasulullah saw bersabda:

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :

“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Sumber (mengenai aurat ini): http://www.hanan.com.my/

Kesimpulan: Sesudah masyarakat beradap meningalkan tamadun jahiliah kuno, 'berpakaian tetapi berteanjang', mangapa masih ada golongan yang mahu mengambil budaya itu kembali dan menganggapnya sebagai tamadun yang moden? Na a'uzubillahi zalik!(IH)

Lihat catatan perjalanan di Bali..

E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails