Monday, March 26, 2012

Guan Eng Sokong Dinar & Dirham PMBK

P/PINANG, 26 Mac 12: Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mendapat perhatian khas daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Penang International Halal Expo & Conference 2012 (PIHEC 2012) anjuran agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau juga turut menyokong penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang syariah.

Ekspo Perdagangan dan Produk Halal anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu adalah bertaraf antarabangsa dan disertai oleh ratusan syarikat dari Malaysia dan seluruh dunia.

Di antara tetamu kehormat yang mengunjungi ruang pameran Dinar Dirham Kelantan adalah Datuk Hasan Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau memberikan sokongan yang padu terhadap usaha murni KGT untuk mengembalikan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di dalam sistem ekonomi di Malaysia.

Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar pula berkata bahawa KGT sedang berusaha dengan giat untuk mempromosikan penggunaan mata wang syariah melalui kerjasama dua hala di kalangan para usahawan dan peniaga di seluruh Malaysia di dalam urusniaga mereka melalui kerajaan negeri terutamanya di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Malaysia boleh menjemput wakil KGT untuk memberi penerangan mengenai dinar dan dirham.

Beliau menyarankan agar para peniaga Islam menerima dan menggunapakai matawang syariah di dalam urusniaga harian mereka agar perniagaan mereka lebih diberkati.

“Dinar dirham juga boleh digunapakai sebagai alternatif wang biasa untuk simpanan menunaikan haji, umrah,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, KGT kini telah membuka pendaftaran baru untuk wakalah-wakalah di seluruh Malaysia dan negara Asean serta giat menjalankan kempen muamalat dengan mempromosikan penggunaan mata wang syariah.

Maklumat lanjut mengenai Dinar dan Dirham Kelantan boleh dilayari di laman web www.dinarkel.com

KGT masih lagi mengedar Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010.

Reka bentuk baru belum dapat diedar di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jualan dan edaran untuk Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010 masih berjalan seperti biasa melalui wakalah-wakalah KGT dan agen-agen mereka.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

3 Gadis Melayu Penari Tiang, Tarbiah UMNO?

TRIO penari tiang seksi ghairah melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Nilai.

NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.

Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin. Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.

Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal. (Kosmo)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan tarbiah UMNO? Kerana sudah lebih setengah abad UMNO memerintah, tidak mampu melahirkan sosio masyarakat, keluarga, individu dan negara, yang bertunjangkan perlembagaan atau poitik Isam di negara ini.

Walaupun masyarakat majmuk, tetapi orang Islam yang hendak melaksanak peraturan agamanya sendiri tidak dibenarkan. Apa lagi bagi penganut-penganut agama lain. Contohnya Kelantan, rakyat memilih PAS yang dalam manifestonya untuk melaksanakan 'hudud' ikut lunas demokrasi, tetapi UMNO melalui BN yang melarangnya, dan menyekat hak kebebasan demokrasi.

Diwujudkan pusat-pusat hiburan lucah. Semai racun-racun perosak Islam melalui tv-tv dan sebaran kerajaan. Sekat kewujudan media radio kerajaan Kelantan. Pendidikan tidak Islamik dipaksakan dalam pelajaran nasional dan segala macam lagi. Melaksanakan sumber ekonomi haram (dari sudut agama), termasuk merampas royalti minyak rakyat Kelantan. Sabah dan negeri-negeri lain tak apa... Semuanya hasil dari dasar politik kebangsaan sempit asobiah jahiliah parti mereka.

Lihat sebelum ini..

Seks Oral Punca Kanser Mulut. Hukumnya?

PERUBATAN

Tambahan: Video '..hukum seks oral' menurut Ustaz Azhar Idrus


LONDON: Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas. Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu.

Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki. Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut. Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan.

“Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks,” katanya.

Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda. “Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok,” katanya. (IH/TS)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oral seks itu apa? Bagaimana hukumnya?

Satu:

Oral seks ialah hisapan kemaluan pasangan semasa melakukan hubungan seks. Ramai yang tertagih dengan perbuatan ini angkara ajaran yang diperturunkan dari barat. Hal ini mula menjadi perbincangan ulama Islam kerana ia merupakan perbuatan yang tidak dianjurkan di dalam Islam. Ilmu ini penting diambil tahu supaya kita semua tidak melakukan kesalahan dan dosa yang kita tidak ketahui.

Dua:

a. Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi hafizhohullah berkata:

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan (maksudnya memancarkan mani, mazi etc). Kalau memancar, maka akan keluar darinya air madzy yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air madzy itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Juga dari ulama Saudi, Syaikh Ibnu Baz rahimahullah telah berfatwa tentang haramnya hal tersebut sebagaimana yang diberitahu kepada pengikut-pemgikutnya ("Saya dengarkan langsung dari beliau” -Wan Muhd Ali dari Cahaya Islam net)

b. Dalam kitab Masa`il Nisa’iyyah Mukhtarah Min Al-`Allamah Al-Albany karya Ummu Ayyub Nurah bintu Hasan Ghawi hal. 197 (cet. Majalisul Huda AI¬Jaza’ir), Muhadits dan Mujaddid zaman ini, Asy-Syaikh AI-`Allamah Muhammad Nashiruddin AI-Albany rahimahullah ditanya sebagai berikut:

“Apakah boleh seorang perempuan mencumbu batang kemaluan (zakar) suaminya dengan mulutnya, dan seorang lelaki sebaliknya?”

Beliau menjawab:

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak...

Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu-, apalagi haiwan yang telah dlketahui kejelekan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim –dan keadaannya seperti ini- merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan.”

c. Dan salah seorang ulama besar kota Madinah, Asy-Syaikh AI-Allamah Ubaid bin ‘Abdillah bin Sulaiman AI-Jabiry hafizhahullah dalam sebuah rakaman, beliau ditanya sebagai berikut,

“Apa hukum oral seks’?” Beliau menjawab:

“Ini adalah haram, kerana ia termasuk tasyabbuh dengan haiwan-haiwan. Namun ramai di kalangan kaum muslimin yang tertimpa oleh perkara-perkara yang rendah lagi ganjil menurut syari’at, akal dan fitrah seperti ini. Hal tersebut kerana mereka menghabiskan waktunya untuk mengikuti rangkaian filem-filem porno melalui video atau televisyen yang rosak.

Seorang lelaki muslim berkewajipan untuk menghormati isterinya dan jangan dia berhubungan dengannya kecuali sesuai dengan perintah Allah. Kalau dia berhubungan dengannya selain dari tempat yang Allah halalkan baginya maka tergolong melampaui batas dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alahi wa sallam.”

Tiga:

Walapun begitu ada ulama yang membolehkan perilaku ini. Tetapi mereka juga bersetuju untuk mengganggapnya haram, jika dapat dipasti dan dibuktikan dari sudut saintifik, bahawa ia boleh membawa bakteria yang menyebabkan penyakit serius.

Empat:

Dr Ismail Thambi (pakar sakit puan) pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Lima:

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu pekara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya. “Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Enam: Kesimpulan

a. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

b. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

c. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya. Dianggap perlu bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

d. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam.

Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

e. Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Wllah 'aklam.

Tambahan:
Sila lhat video ini...

Sunday, March 25, 2012

Ini Dia Baru 5 Nama W/Rakyat BN Rampas Tanah..

Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN

K/ TERENGGANU 25 Mac 12: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.

Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.

Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.

Antara nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.

“Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.

“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904. Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.

“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu.

Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.

Namun, katanya pendedahan nama-nama pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.

“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam idu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd jugalah lebih kurang.

“Kita (PAS) dedah sikit-sikit nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 23 hingga 26 April 2012, depan.

Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut. Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.

“Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.

“Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing,” ujarnya

Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”. (Hrkh)

Kos Berkahwin Di AS Sekitar RM83,140, M'sia?

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Purata kos perkahwinan di AS kini mencecah AS$27,021 (RM83,140), tidak termasuk belanja percutian bulan madu, menurut laman web perkahwinan TheKnot.com dan Wedding Channel.com.

Kota metropolitan ini yang mencatat perbelanjaan perkahwinan sekitar AS$65,824 (RM202,701) muncul bandar raya termahal untuk berkahwin di AS.

Negeri Virginia Barat pula merekodkan kos perkahwinan paling murah di negara kuasa besar berkenaan iaitu purata AS$14,203 (RM43,716).

Senarai itu dibuat berdasarkan kaji selidik oleh dua laman web tersebut terhadap 18,000 pengantin yang mendirikan rumah tangga pada tahun lalu di AS.

"Buat kali pertama sejak 2008, bajet perkahwinan kini meningkat," kata pengasas bersama The Knot, Carley Roney.

"Pada tahun 2011, satu dalam setiap lima pasangan di AS membelanjakan lebih AS$30,000 (RM92,394) manakala 11 peratus pula membayar lebih AS$40,000 (RM123,192) untuk berkahwin," tambahnya.

Editor laman web TheKnot.com, Anja Winikka berkata, faktor ekonomi AS yang semakin pulih menyumbang kepada kenaikan kos perkahwinan di negara itu. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana perbelanjaan perkahwinan dalam Islam?

Mengadakan majlis perkahwinan bertujuan meraikan pasangan yang bernikah dan menghebahkan berita gembira itu kepada saudara-mara serta masyarakat sekeliling. Makluman itu juga bagi mengelak fitnah serta prasangka dalam masyarakat.

Namun, matlamat majlis perkahwinan kini sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal apabila wujud perasaan ingin memastikan kenduri yang diadakan lebih meriah daripada orang lain dan memiliki kelainan. Menganjurkan majlis gilang-gemilang secara besar-besaran tidak dihalang tetapi sebaiknya niat hendaklah menepati kehendak syarak dan tidak menyebabkan timbul masalah kemudian hari seperti menanggung hutang.

Bahkan, digalakkan mereka yang berkemampuan untuk mengadakan majlis untuk meraikan serta menjamu tetamu tanpa mengira latar belakang serta pangkat bagi meluaskan pahala bersedekah.

Bagaimanapun, tidak dinafikan, masyarakat hari ini berlumba-lumba menganjurkan majlis kenduri walaupun sedar perancangan dibuat ada kalanya melampaui kemampuan semata-mata ingin menyaingi orang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra, ayat 27)

Mengadakan majlis walimatul urus adalah sunat muakad kepada golongan yang mampu.

Daripada Anas Malik, Rasulullah SAW melihat di kepala Abdul Rahman Auf kesan kuning, lalu Baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwin satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Malangnya, majlis perkahwinan masa kini sudah bermula dengan bibit awal pembaziran melalui kad undangan yang dicetak eksklusif dan mahal harganya. Itu belum mengambil kira pakaian pengantin, pelamin, solekan, hantaran, tema, sistem bunyi dan cenderahati untuk tetamu.

Semua persediaan walaupun untuk barangan kecil akan membabitkan kos yang ada kalanya membebankan pengantin dan keluarga tetapi hendak juga disediakan kerana semua pasangan yang berkahwin melakukan perkara sama.

Fenomena majlis kenduri yang gah dan penuh pembaziran wajar dielak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sebaik perancangan untuk pengantin selain menganjurkan majlis perkahwinan secara besar-besaran ialah persediaan menempuh alam hidup berumah tangga. Ini termasuk merancang kewangan keluarga. Jika semua simpanan dihabiskan untuk majlis perkahwinan, bagaimana dengan pelan membina kehidupan berkeluarga. Bebanan hutang hanya akan mendatangkan masalah kepada pasangan suami isteri yang baru mengenal alam rumah tangga.

Adalah tidak wajar mereka dibebankan dengan masalah kewangan majlis kenduri. Oleh itu, di sebalik keghairahan merancang majlis perkahwinan, sebaiknya bakal suami isteri mempersiapkan diri dengan memahami tugas serta tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan rumah tangga disinari kasih sayang dan persefahaman.

Pasangan bakal berkahwin jangan terlalu mengikut perasaan sebaliknya meneladani konsep perkahwinan yang sederhana dianjurkan Nabi Muhammad SAW. Sikap bersederhana mengelak umat Islam terjerumus pembaziran yang hanya akan merugikan bukan saja dari aspek mengadakan majlis perkahwinan, juga dalam pelbagai tuntutan kehidupan yang lain.

Kemeriahan majlis perkahwinan bukan terletak pada mahalnya kos penganjuran kerana majlis yang sederhana juga boleh meninggalkan kesan mendalam kepada tetamu jika dilaksanakan mengikut syariat Islam melalui amalan gotong royong serta hubungan bermasyarakat.

Merujuk kepada majlis pertunangan anak PM Malaysia kini, ramai mempertikaikan pembaziran, guna wang banyak, adakah wang peribadi PM atau wang kerajaaan, majlis ada minuman keras? Itu baru majis jodoh. Dan macam-macam.. Tetapi yang jelas ada, campur lelaki perempuan bukan muhrim, tidak tutup aurat menurut Islam.

Apa nak hairan isteri PM sendiri pun tidak bertudung lingkup, dan sanggup peluk cium dengan bukan muhrim di khalayak ramai. Oh, malang negara umat Islam mempunyai isteri pemimpinnya begitu!

Tambahan..

Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat? by Staff Berita Semasa on March 10, 2012

Majlis Pertunangan Anak Datuk Najib dan Rosmah Mansor sahaja dah mencecah RM400,000++. Baru majlis pertunangan. Itu belum, majlis perkahwinan lagi. Mungkin bagi kita rakyat Malaysia merasakan angka tersebut agak keterlaluan, tetapi hakikatnya ini majlis melibatkan anak pemimpin nombor satu negara yang merupakan “Perdana Menteri”.

Bagi Perdana Menteri mungkin kos majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Jun 2011 adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu dihairankan. Masakan tidak :

Nooryana Najwa Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Soal berapa kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor itu bagi kami bukanlah sesuatu yang harus diberikan perhatian utama, itu hak mereka jika ia menggunakan dana sendiri. Tiada masalah. Dengan memegang status sebagai pemimpin negara, takkanlah beliau mahu buat majlis ini dalam keadaan serdahana pula, bukan? Walaupun diadakan secara tertutup, tetapi ramai pembesar negara, orang kenamaan, pemimpin terdekat yang hadir dalam majlis pertunangan anak Datuk Najib itu. Dan pastinya hidangan pada majlis tersebut tidak seperti hidangan lazim rakyat kebanyakan tetapi lebih kepada :

  • menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia
  • makanan-makanan laut
  • dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Hidangan yang “indah-indah” belaka
  • dekorasi dan segala macam sehinggalah majlis pertunangan tersebut berjaya diadakan
  • jadi tolak, campur, tolak campur kesemuanya, akhirnya kosnya melambung sehingga RM400,000++
  • tetapi persoalannya siapa yang membayarnya?

Sekali lagi kalau nak buat majlis semahal mana sekalipun terpulang, tiada masalah sebenarnya. Asalkan majlis yang diadakan untuk kepentingan peribadi menggunakan duit poket & simpanan sendiri, bukannya duit rakyat.

Dan di bawah ini kami sertakan satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa telah dipertanggungjawabkan menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak Datuk Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev. Dan kos majlis pertunangan tersebut telah dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Majlis Pertunangan Shahri la Hotel Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Seri Perdana Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Anak Najib Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Anak Rosmah Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Sumber dokumen : Rafizi Ramli

Lihat...

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Memo Tuntut Bebas Imam Hoslan Serah Pd Agung.

KL, 25 Mac 12: Memorandum menuntut pengampunan dan seterusnya membebaskan imam Hoslan Hussain berjaya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah, petang semalam.

Koordinator NGO, Jingga 13, Fariz Musa, dan Exco Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, mewakili hampir 100 rakyat menyerahkan memorandum berkenaan, di Istana Negara. Sebelum itu, sekumpulan rakyat yang prihatin dan bersimpati dengan nasib imam Hoslan berkumpul di Masjid Wilayah, Jalan Duta, sebelum berarak ke Istana Negara dengan kerjasama pihak polis.

Fariz, ketika berucap di hadapan peserta himpunan, merakamkan rasa kesal dengan nasib yang menimpa imam Hoslan, memandangkan isu sebenar di sebalik hukuman itu seolah-olah ditutup.

"Isu baling kasut bukan isu utama, sebaliknya isu yang didedahkan Hoslan hingga menyebabkan dia akhirnya terpenjara selama setahun itu yang perlu diketahui," tegas beliau.

Hoslan, bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, dihukum penjara setahun atas tuduhan menghina mahkamah gara-gara melemparkan kasut ke arah panel hakim yang menghakimi kes beliau, Feb lalu.

Tindakan spontan tersebut dilakukan Hoslan yang tidak melantik mana-mana peguam selepas tidak berpuashati dengan kes beliau yang tertangguh sejak 2007. Ekoran itu, Fariz memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan keampunan kepada Hoslan, seterusnya membebaskan beliau.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, mempersoalkan bagaimana sebuah institusi agama yang sepatutnya bersih boleh terpalit dengan dakwaan penyelewengan.

"Yang jelas, imam Hoslan bertindak berani melaporkan wang Masjid Ar-Rahimah yang dikatakan diselewengkan. Sepatutnya dakwaan itu dibuktikan, tapi isu itu ditutup hingga menyebabkan Hoslan dipersalahkan," kata beliau.

Manakala, Naib Presiden PKR, N. Surendran, menegaskan hukuman yang dijatuhkan ke atas imam Hoslan itu telah melanggar prosedur perundangan. Ini kerana, di bawah Kanun Keseksaan, hukuman maksima penjara enam bulan dikenakan terhadap tertuduh yang didapati menghina mahkamah.

"Bagaimanapun, dalam kes Hoslan ia dikenakan setahun penjara. Bagi saya, dengan mengambilkira keadaan Hoslan sebagai rakyat marhain, serta isu penyelewengan yang didedahkan beliau, cukuplah jika hakim mengenakan denda ataupun amaran," tegas beliau yang juga seorang peguam. (Sumber Hrkh)

Lihat sebelum ini..

Tandingan Tak Bermoral Ratu Cantik Shah Alam.

Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, peserta terdiri daripada pelajar serta pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan ibu muda berusia antara 20 hingga 37 tahun.

Menurutnya, kesemua peserta bukan sahaja memiliki raut wajah yang jelita malah berbakat dalam bidang peragaan fesyen terutama gaya tudung.

“Pertandingan separuh akhir akan berlangsung hari ini dengan 16 daripada 43 peserta dipilih memasuki final yang diadakan esok,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 manakala tempat kedua meraih wang tunai RM2,000 dan 5 helai tudung bernilai RM1,000. (Kosmo)

Komen Weblog Ibn Hasyim: Gambar di atas sebahagian daripada 31 finalis Pencarian Model Tudung Fareeda bersedia untuk sesi akhir latihan di Plaza Masalam, Shah Alam, satu masa lalu. Kalau begini, wajarkah disebut Ratu Cantik 'Tak Bermoral' kerana pakaiannya masih tidak dalam kategori menutup aurat?

Belum lagi, mereka yang seramai 43 orang wanita bakal berentap bagi merebut gelaran juara Pertandingan Akhir Pencarian Model Fareeda 2012 yang akan berlangsung di SACC Mall di sini selama dua hari mulai hari ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails