Tuesday, March 27, 2012

RM15.7 J Biayai Skim Mikrokredit S'ngor


SHAH ALAM, 27 Mac 12: Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM4.474 juta kepada 2,162 peserta program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) sejak ia dilancarkan pada 3 Mac 2011 hingga Disember 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail turut memberitahu Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) pula sehingga 31 Disember, seramai 4,559 sadiq telah dibawa masuk dan pembiayaian yang dikeluarkan adalah RM15,703,644 juta dengan penerimaan pembiayaian seramai 5,979 orang.

"Untuk bantuan banjir di Hulu Langat, kerajaan negeri telah memberi bantuan tunai kepada mangsa sebanyak seribu ringgit setiap seorang yang melibatkan seramai 1,763 mangsa bagi kawasan Lembah Jaya dan Dun Dusun Tua yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1,763,000.

"Selain itu juga sebanyak RM120 ribu diperuntukkan bagi tujuan membaiki rumah yang melibatkan 11 buah rumah musnah teruk, untuk kerja-kerja pembersihan sebanyak RM180 ribu telah diberikan dan kerja-kerja pembersihan ini dilakukan oleh badan bukan kerajaan dan juga Yayasan Amal," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, bagi bantuan peralatan sekolah, sebanyak RM200 setiap seorang diberikan kepada pelajar sekolah menengah iaitu seramai 246 orang murid bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Jaya dan juga Sekolah Menengah Taman Kosas, manakala RM100 seorang untuk pelajar sekolah rendah melibatkan 160 orang bagi Dun Dusun Tua.

Rodziah memberitahu, bagi kos pembinaan jambatan untuk menghubungkan dua buah kampung di Lembah Jaya belum dikenalpasti lagi dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja tersebut. (Hrkh)

Ikhwan Syria, Komit Negara Awam Bukan N/Islam?

Ali Sadreddine Bayanouni

WEBLOG IH. 25 Mac: Kelompok Ikhwanul Muslimin Syria pada hari Ahad (25 Mac) mengatakan pihaknya berkomitmen untuk negara awam yang menghormati hak asasi manusia dan melihat partisipasi dari semua warga, dalam upaya untuk menghilangkan kekhuatiran bahawa kelompok ini memiliki rancangan untuk mengambil alih kekuasaan di Syria setelah runtuhnya rejim Presiden Bashar al-Assad.

Pemimpin Ikhwan Syria, Ali Sadreddine Bayanouni, mengatakan dalamsidang media di Istanbul bahawa Ikhwan Syria berkomitmen untuk sebuah negara republik awam dan demokrasi dengan sistem parlementer, di mana semua orang diperlakukan sama apapun agama atau etnik mereka.

Bayanouni menambahkan bahawa kelompoknya juga berkomitmen untuk sebuah negara yang menghormati hak asasi manusia, termasuk kebebasan berkeyakinan, berpikir, dan berekspresi. (IH)

Remaja Perempuan Bukan Diculik

Gambar hiasan..
SHAH ALAM, 26 Mac 12— Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata remaja perempuan yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas telah merancang bersama-sama lima remaja Myanmar, dan adalah perancang utama kes penculikan itu.

Dipetik Bernama Online beliau berkata maklumat itu didapati daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat.

“Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.

Beliau menambah sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 pada 30 Januari lepas, remaja perempuan terbabit telah menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan untuk bertemu di Kompleks PKNS di Seksyen 14 di sini. (MI)

Lihat sebelum ini..

MB Kedah Hadir Majlis Anugerah Sutan K'tan.

KOTA BHARU, 27 Mac 12: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dilaporkan hadir pada majlis upacara penganugerahan yang berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini petang semalam.

Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (D.K.) oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pada penganugerahan itu, Sultan Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Hadir sama Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob.

Di samping kehadiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, juga Ketua Istiadat Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad dan kenamaan negeri Kelantan. (IH/Hrkh)

Lumba Senjata Di Asia Tenggara.. Kecuali M'sia?

F16

WEBLOG IH. MAC 12: Indonesia dilaporkan oleh RNW (Radio Belanda) berminat membeli kenderaan lapis baja Belanda. Keinginan itu bukan hanya sekadar monopoli Indonesia, diam-diam semua negeri Asia Tenggara berlumba-lumba memodenkan peralatan tenteranya. RNW tidak menyebut nama Malaysia.

Dari pesawat tempur F-16, jet Sukhoi, kapal selam, kapal perang sampai tank. Semua itu juga mengikut taraf dan maruahnya. Demikian topik akhbar di Belanda NRC Handelsblad.

Tidak hanya Cina yang baru-baru ini menaikkan anggaran militernya kepada100 milion dollar. Tapi juga Filipina, Indonesia sampai Vietnam dan Singapura. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi, naik pula anggaran militer mereka dengan ratusan juta dolar per tahun. Sehingga ada penganalisis menyebutkan ada semacam lomba senjata di Asia.

Baru dan canggih

Menurut berita itu lagi, dibanding dulu, negara-negara Asia Tenggara dan Cina kini lebih memilih kendaraan dan peralatan militer terbaru serba canggih. Yang mencolok adalah pembelian kapal selam, Malaysia pun baru saja membeli tiga kapal selam. Indonesia pesan tiga, Vietnam enam dan Muangthai mahu beli empat dari Jerman.

Menurut lapor RNW lagi, negara-negara Asia tenggara membeli senjata kerana faktor perasaan kurang aman. Vietnam dan Filipina misalnya cemas dengan helah maritim yang akan ditempuh Beijing. Di laut Cina Selatan ada enam pulau Vietnam. Tidak ada yang tahu poitik pertahanan Cina yang semakin menandingi pertahanan Amerika Syarikat (AS).

Selain menghadapi negara raksasa Cina, di antara rumpun negara-negara ASEAN sendiri ada juga saling curiga, tulis akhbar NRC Handelsblad. Negara pulau Singapura yang dikelilingi negara-negara besar seperti Indonesia, Malaysia dan Muangthai punya angkatan bersenjata yang patut diperhitungkan. Indonesia dan Malaysia berulangkali ribut soal kapal-kapal penangkap ikan. Konflik di perbatasan Kamboja-Muangthai tahun 2008, mengorbankan puluhan orang.

Maruah

"Angkatan bersenjata yang canggih bukan hanya soal pertahanan tetapi juga berkait soal maruah. " ungkap Tim Huxley direktur Asia di International Institute for Strategic Studies. "Pemerintah juga perlu pamer kekuatan militer pada penduduknya," tambahnya.

Menurutnya lagi, jual-beli peralatan militer tidak lepas dari praktek korupsi. Sebuah perusahaan Perancis didesas-desuskan membayar wang rasuah € 114 juta pada sebuah perusahaan yang dekat dengan perdana menteri Malaysia untuk menjual tiga kapal selam. Tetapi kapal selam pertama yang diserah-terimakan ternyata tidak boleh beroperasi di bawah permukaan laut.

AS

Lomba senjata di Asia Tenggara juga dipicu oleh campur tangan AS. Untuk menandingi Cina, Washington meningkatkan hubungan dan kerjasama militer dengan Filipina, Indonesia dan Australia. Berarti negara-negara tersebut lebih mudah tembus ke sektor industri militer AS. Amerika sebaliknya berdalih bahawa kerja sama tersebut hanyalah dalam rangka kemitraan, demikian kutipan NRC Handelsblad. (IH)

Pinjam Kemaluan Wanita, Puak Syiah Kena Jawab!

"DIANTARA praktek zina yang dilegalkan oleh syiah, adalah pinjam-meminjam kemaluan wanita antar penganut syiah. Ini berbeda dengan nikah mut’ah..." Begitu, antara kenyataan yang dibuat oleh sebuah weblog Indonesia.

Menurut Weblog itu lagi, kerana dalam kes ini sama sekali tidak ada unsur pernikahan, seperti akad, mahar, dan sebagai tersebut. Kes ini seratus persen ‘pinjam-meminjam’ wanita! Tetapi anda tidak perlu hairan kerana ianya termasuk bahagian penting dari ajaran syiah sufisme. Ajaran yang terkadang melegalkan pelecehan seksual, bertopeng agama. Kira-kira, tidak jauh beda dengan fenomena ‘habib cabul’..!

Gambar dalam LRT di Tehran, ada ruang khas untuk wanita. Pemerintah Iran mengambil kira batas-batas halal-haram dan percampuran bebas.

Gambar Ibnu Hasyim (kanan sekali) di dalam bas di Tehran. Dibelakang ada sekatan khas untuk wanita, dalam bas tersebut.

Bukti Hujah

Weblog tersebut membuktikan hujahnya dengan beberapa nukilan dari kitab-kitab syiah:

Satu:

Dinukil oleh At-Thusi dari Muhammad bin Muslim dari Imam Abu Ja’far AS bahawa Muhamad bin Muslim bertanya kepada Abu Ja’far:

الرجل يحل لأخيه فرج جاريته؟

“Ada seorang lelaki yang meng'halal'kan kemaluan hambanya untuk temannya, bolehkah?”

Imam Abu Ja’far menjawab:

نعم لا بأس به له ما أحل له منها

“Ya, boleh dia manfaatkan. Selama pemiliknya mengizinkan temannya untuk memanfaatkan hamba wanitanya.” (Al-Istibshar, jilid 3, hlm. 136, karya Muhamad bin Hasan At-Thusi)

Dua:

Disebutkan At-Thusi dari Muhamad bin Mudharib, bahawa Abu Abdillah 'AS berkata kepadaku:

يا محمد خذ هذه الجارية تخدمك و تصيب منها فإذا خرجت فارددها إلينا

“Wahai Muhamad, ambillah hamba perempuan ini agar melayanimu dan kamu boleh menggaulinya. Jika kamu ingin keluar (pulang), kembalikan kepada kami.” (Al-Istibshar, jilid 3, hlm. 136, karya Muhamad bin Hasan At-Thusi dan Furu’ Al-Kafi, jilid 2, hlm. 200, karya Muhamad bin Ya’qub Al-Kulaini)

Kemudian terdapat beberapa riwayat dari salah satu imam syiah, bahawa dirinya menegaskan: “Saya tidak menyukai tindakan seperti itu (meminjamkan kemaluan).” Setelah menyebutkan beberapa riwayat yang menegaskan bahawa salah satu imam syiah tidak menyukai hal itu, At-Thusi menegaskan dalam catatan kakinya:

فليس فيه ما يقتضي تحريم ماذكرناه لأنه ورد مورد الكراهية، وقد صرح عليه السلام بذلك في قوله: لا أحب ذلك، فالوجه في كراهية ذلك أن هذا مما ليس يوافقنا عليه أحد من العامة و مما يشنعون به علينا، فالتنزه عن هذا سبيله أفضل و إن لم يكن حراما، و يجوز أن يكون إنما كره ذلك إذا لم يشترط حرية الولد فإذا اشترط ذلك فقد زالت هذه الكراهية

Keterangan di atas tidaklah menunjukkan haramnya perbuatan yang kami sebutkan sebelumnya (meminjamkan kemaluan wanita). Kerana keterangan salah satu imam tersebut, konteksnya hanya makruh. Sebagaimana Imam AS telah menegaskan melalui pernyataanya: “Saya tidak menyukai tindakan seperti itu.”

Alasan yang memakruhkan hal ini adalah bahawa perbuatan ini termasuk diantara perbuatan yang tidak kami jumpai di masyarakat awam dan dianggap asing oleh masyarakat. Kerana itu, meninggalkan perbuatan semacam ini statusnya lebih utama, meskipun tidak haram. Boleh juga dikatakan bahawa perbuatan itu dimakruhkan, apabila tidak disyaratkan anak yang dilahirkankan statusnya merdeka. Kerana, jika disyaratkan anak yang dilahirkan itu berstatus merdeka maka hukumnya tidak makruh. (Al-Istibshar, jilid 3, hlm. 137, karya Muhamad bin Hasan At-Thusi)

Tiga:

Keterangan yang disampaikan itu, diatas nama pendapat ahlul bait. Siapapun yang fitrahnya masih bersih dan akalnya masih sehat, akan menilai perbuatan ini 100% zina. Namun sayang, masih banyak simpatisan syiah yang belum sadar, karena semuanya dipermak dengan bungkus perbedaan masalah fiqhiyah. Maha Suci Allah dari apa yang mereka lakukan.

Biografi penulis Al-Istibshar:

Dia adalah Muhammad bin Al-Hasan bin Ali bin Al-Hasan At-Thusi. Lahir di Kota Thus, tahun 385 H. Kun-yahnya: Abu Ja’far. Dia diberi gelar: Syaikhut Thaifah. Dia termasuk ulama besar syiah dan salah satu perawi hadis dalam syiah. Dia diberi gelar ‘Al-Imam’, satu gelar kemuliaan kerana darjat keilmuan dalam Syiah Imamiyah. Dia meninggal tahun 460 H, menurut salah satu pendapat.

Sementara Kitab Al-Istibshar, judul lengkapnya: [الاستبصار فيما اختلف من الاخبار] termasuk salah satu empat kitab penting dalam syiah dan kumpulan hadis, yang menjadi sumber rujukan utama dalam mengambil kesimpulan hukum syariat menurut ulama fiqh Syiah imamiyah. Kitab ini berisi 5511 hadis. (http://www.khaleejsaihat.com) Allahu a’lam.

Kesimpulan:

Puak-puak Syiah di Malaysia perlu membuat penjelasan segera demi menjaga nama baik agama dan hubungan antara mahab-mazhab, di Malaysia. Jangan sampai pengaruh buruk dari negara jiran mempengaruhi kita.

(Rujukan - muslimah.or.id & penterjemah Ustadz Ammi Nur Baits)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails