Sunday, May 13, 2012

Pentagon Latih Tentera AS Hancur Mekah-Madinah



KL 12 Mei 12: Associated Press melaporkan, dalam salah satu kursus militer yang dilakukan oleh Pentagon,  pasukan AS diajar bahawa musuh AS adalah umat Islam secara keseluruhan. AS memiliki kemungkinan melakukan serangan besar untuk tempat-tempat suci umat Islam di Makah dan Madinah, tanpa mempedulikan warga sivil Muslim menjadi korban.

Berita Amerika, Associated Press dan media massa terkemuka Inggeris, The Guardian melaporkan pada Jumaat 11 Mei 12, bahawa kursus militer AS itu akhirnya telah dihentikan oleh Pentagon pada akhir April 2012.

Penghentian kursus itu bermula oleh protes seorang peserta. Kursus itu dinilai bertentangan dengan pernyataan pemimpin AS pada tahun sebelumnya yang menyatakan AS memerangi kelompok fundamentalis Islam, bukan memerangi Islam itu sendiri, tulis AP.

Pentagon memerintahkan penyedikan atas kursus tersebut dan memberhentikan instruktur kursus, Letnan kolonel Matthew Dooley. Kepada peserta kursus militer di Joint Forcess Staff College di Norfolk, Virginia, Doley mengajarkan (memfitnah) bahawa kaum Muslimin membenci segala hal yang dibela oleh AS. Sekolah untuk anggota militer profesional ini mengajar di kalangan menengah militer dan pemerintah awam.

Dooley mengajar, bahawa Konvensi Genewa mengenai tawanan perang dan perlakuan terhadap warga sivil kini tidak lagi relevan untuk diterapkan. Hal itu memberi peluang kepada AS untuk melakukan serangan yang menargetkan penduduk sivil tempat-tempat suci kaum Muslimin di Makah dan Madinah. Jika perlu, dilakukan seperti di Nagasaki dan Hirosima, pada Perang Dunia II.oleh tentera AS.

Latihan militer bagi tentera AS yang mensasarkan orang awam Muslim bukanlah kali pertama. Tahun lalu, FBI juga menghentikan kursus militer serupa, tulis AP dan The Guardian. Meski Pentagon dan Rumah Putih berusaha menutup-nutupi niat jahatnya, namun realiti membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa perang melawan terorisme yang dikempenkan oleh AS dan sekutunya, sebenarnya adalah perang terhadap kaum Muslimin. Muslimin yang ingin hidup di bawah naungan syariat Islam dan menolak sistem hidup yang dipaksakan oleh AS kepada mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah reaksi negara umat Islam kini, termasuk Malaysia? (IH/arrahmah.com)

Ajaran Sesat Ibu Puteri Didalangi Datuk..



PENGIKUT Ajaran Ibu Puteri kononnya boleh mengetahui dosa mereka dengan hanya membakar lilin. - Gambar hiasan 

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin.

Ajaran sesat ini yang dipanggil Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi oleh seorang individu bergelar Datuk sejak tahun 2007. Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang.

Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya. Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah.

Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku, 50, menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air. Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa.

Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan. (Kosmo)

Media Alternatif Boleh Membuat Bising.. -A.Kadir Jasin



Penal forum anjuran Kami...Lutfi, A Kadir Jasin, Fathi Atis, Ambalagan dan Hanipa

KL 12 Mei 12: Media alternatif boleh 'membuat bising' untuk menuntut hak mereka agar diberi ruang dalam media rasmi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Penerangan Malaysia.

Demikian tegas mantan Ketua Pengarang News Street Times (NST) Datuk A.Kadir Jasin dalam Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami).

Jelasnya, media alternatif termasuk media yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat dan pembangkang  adalah pembayar cukai.

"Media rasmi seperti RTM dan Jabatan Penerangan boleh dipaksa beri ruang kepada semua pihak kerana mereka bayar cukai," katanya di hadapan kira-kira 100 orang pengamal media.

Bagaimanapun, beliau tidak menyangka akhbar arus perdana dan media rasmi kerajaan akan memberi layanan adil dan sama rata untuk parti lain.

Terdahulu, Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) V. Ambalagan turut menyuarakan pandangan yang sama, pembayar cukai mesti diberi akses dalam media rasmi.

"Media swasta cetak dan elektronik seperti Astro, TV3 dan radio sudah tentu tidak boleh akses, tapi media rasmi seperti RTM mereka boleh tuntut," katanya.

Sementara itu, Kadir percaya media tradisional tidak akan berlaku adil sebaliknya akan terus mewar-war BN dan memberi negatif kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya Pakatan Rakyat tidak akan terjejas dalam PRU nanti walaupun media tradisional tidak memberi ruang kepada mereka.

"Dalam PRU 2008, media baru menjadi media utama kepada Pakatan Rakyat akhirnya berlaku tsunami politik," katanya.

Ekoran itu, tambahnya BN mengakui dan mengiktiraf pentingnya media baru sehingga memastikan calon-calon pilihan raya nanti mahir dalam media baru itu.

Pengaruh media tradisional merosot dengan teruk pada PRU 2008 oleh kerana laporan yang tidak adil menyebabkan rakyat menumpu kepada media online.(Hrkh)

Ceramah Di K/Bharu Ini, Suatu Kelainan. Apa Dia?





 
Pak Samad Said bercakap kepada anak muda di Padang Perdana, Kota Bharu dalam program pasca Bersih 3.0


KOTA BHARU 12 Mei 12:Ceramah ini menampilkan suatu kelainan? Apa dia.. Orang Cina diugut Umno kononnya perniagaan mereka akan terjejas sekiranya keluar menyertai perhimpunan Bersih 1.0 yang diadakan pada November 2007.

Kata Pemuda DAP, Anthony Loke pada ceramah Pasca Bersih di padang perdana malam tadi.

“Sebab itulah tidak ramai orang Cina yang keluar menyokong Bersih 1.0. Ada orang Cina menerima ugutan kedai mereka akan dibakar.

“Bagaimanapun ketika Bersih 2.0 diadakan pada Julai tahun lepas, orang Cina dan bukan Melayu mulai berani sedikit.

“Namun pada Bersih 3.0 pada 28 April lalu sokongan anak muda begitu luar biasa sekali. Saya anggarkan di Jalan Masjid India ada kira-kira 50,000 anak muda Cina,”

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Ceramah tersebut menampil suatu kelainan apabila dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai. Pentas ceramah pula diadakan di tengah-tengah padang. Laluan ke pentas utama pula berdiri megah bendera parti-parti Pakatan Rakyat bersama Jalur Gemilang.

Anthony yang juga anggota parlimen Rasah berkata, pada Bersih 1.0 diadakan hanya kalangan ahli dan penyokong PAS dan PKR yang berbangsa Melayu sahaja hadir. Dan ketika Bersih 2.0 orang bukan Melayu mulai berani datang dan Bersih 3.0 begitu luar biasa sekali apabila puluhan ribu orang Cina dan India hadir.

“Sebab itulah ada orang kata sekarang ISA sudah tidak ada, kalau dahulu orang Cina hendak datang bimbang ditangkap di bawah ISA,” ujarnya. Beliau juga berkata, tunggak kekuatan BN sekarang hanya bergantung kepada Umno setelah parti-parti kompenan lain semakin longlai selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya, Gerakan sudah tidak relevan lagi sejak 2008, begitu juga SUPP di Sarawak sudah tidak lagi diterima masyarakat Cina tempatan.

“Manakala MCA yang nampak kuat hanya Presidennya sahaja, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana dia ada jasa membikin VCD yang menggembarkan seluruh dunia sebelum ini,” ujarnya berseloroh.

Pak Samad pula berkata, kalau dahulu hanya kuasawan yang berjuang bagi menegak sebuah pemerintahan yang adil dan telus, namun sekarang turut disertai golongan sasterawan. Menurutnya ia dibuktikan apabila Bersih 1.0 digerakkan golongan kuasawan, namun Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 bukan lagi dikepalai orang politik.

“Saya pada awalnya hadir memberi sokongan sahaja, namun gabungan 84 NGO mahu saya berada di barisan depan sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 bersama Datuk Ambiga,” ujarnya.

Kata beliau juga Bersih 3.0 tidak terhenti setakat 28 April lalu, sebaliknya digerakkan secara berterusan bagi membangkitkan kesedaran rakyat.

Sementara itu puluhan ribu rakyat Kelantan yang hadir malam tadi menolak pelantikan Tan Sri Hanif Omar sebagai pengerusi Penal Penasihat Bebas bagi mendapat gambaran sebenar Bersih 3.0.

Undian spotan itu dibuat Husam dengan cara mengangkat tangan bagi melihat sejauh mana rakyat Kelantan memberi komitmen terhadap panel terbabit. Kesemua yang hadir, sebahagian besar berbaju kuning mengangkat tangan. (IH/Hrkh)

Barat, Masjid Miliki Gereja. M'sia, PAS Miliki B/UMNO!

 
Mohamad Sabu bersama-sama kepimpinan DPPNK bergambar di hadapan bangunan Syabab Point

KOTA BHARU: Jika di Barat, banyak gereja bertukar menjadi masjid merupakan kemenangan kepada Islam, maka di Malaysia, kejayaan memiliki bangunan Umno ini merupakan satu kejayaan kepada perjuangan Islam.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali yang ke 53 pada hari ini mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat julung-julung kalinya berjaya dilaksanakan di bangunan sendiri iaitu bangunan Syabab Point yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad bin Sabu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah pembelian bangunan ini daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang menghadapi banyak halangan khususnya daripada pihak UMNO Bahagian Kota Bharu.

Namun berkat usaha bersungguh-sungguh termasuklah pembelian syarikat Umbak Baru Sdn Bhd, akhirnya usaha ini menjadi kenyataan apabila ia diserahkan secara rasmi kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan pada 20 Oktober 2010 iaitu genap 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS di negeri Kelantan Darul Naim.

"Ini merupakan detik yang perlu dirakamkan dan diingati oleh semua pemuda pendokong perjuangan Islam di mana kejayaan mendapatkan bangunan yang asalnya dimiliki oleh UMNO Bahagian Kota Bharu yang turut merupakan satu kemenangan moral kepada kita.

"Jika di Barat, banyak gereja bertukar menjadi masjid merupakan kemenangan kepada Islam, maka di Malaysia, kejayaan memiliki bangunan Umno ini merupakan satu kejayaan kepada perjuangan Islam," katanya.

Manakala Mohamad bin Sabu pula di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah perjuangan pemuda PAS ketika zaman kejatuhan kerajaan Kelantan apda tahun 1978 sehinggalah pada saat ini ketika saat-saat kemenangan dilihat semakin hampir.

Beliau juga tidak lupa untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang berjaya mengadakan muktamar di bangunan sendiri pada hari ini.(IH)

Utusan Minta Maaf, Tahu Pula Takut Pada Australia..


KL. 12 Mei 12: Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

nick xenophon 290412"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.

Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam'.

Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Utusan akui salah, minta maaf pada Senator Australia, tahu pua takut..

Ucapan Terakhir Bin Laden Disebarkan AS


Osama Bin Laden (Foto: Reuters) 
Osama Bin Laden (Foto: Reuters) 
Ucapan Terakhir Bin Laden Disebar AS..
WASHINGTON - Dunia segera mendengar ucapan terakhir dari Osama  bin Laden di saat memberi perintah kepada anggota Al Qaeda. Ucapan ini akan disebarluaskan secara online melalui internet.


Dokumen-dokumen terpilih dilaporkan tersebar melalui website akademi militer Amerika Syarikat (AS), West Point. Dokumen itu diperoleh setelah pasukan AS menyerbu tempat persembunyian Bin Laden di Abbottabad, Pakistan tahun lalu. Demikian diberitakan Associated Press, Khamis 3 Mei 2012..


Melalui koresponden yang didasarkan oleh dokumen tersebut, Bin Laden ternyata sering ditangani oleh anak buahnya di medan. Sebahagian besar mereka yang menangani itu menilai lelaki warga Arab Saudi tersebut sudah kehilangan kehebatannya. Meskipun begitu, Bin Laden terus memerintahkan untuk menyerang AS.


Penasihat antiteroris Rumah Putih John Brennan mengatakan, Osama bin Laden mengiyakan bahawa AS akan jauh lebih aman jika dirinya meninggal dunia. Brennan menambahkan, Bin Laden menuliskan kekhawatirannya bahawa anak buahnya terlalu mudah terbunuh. Dirinya pun khawatir kalau Al Qaeda sudah tidak dapat bertahan lama.


 LAKARAN artis Janet Hamlin menunjukkan Khalid (kanan) berbual dengan peguamnya, David Nevin dalam tribunal tentera yang diadakan di Hospital Gua Cay, Teluk Guantanamo, Cuba.

Sementara itu, di Teluk Guantanamo, Cuba, - AFP melaporkan, lima lelaki yang dituduh merancang serangan pengganas pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS) didakwa secara rasmi. Ia termasuk Khalid Sheikh Mohammed yang pernah membuat pengakuan merancang serangan itu.

Mereka didakwa dalam satu tribunal tentera AS yang diadakan di Hospital Gua Cay, Teluk Guantanamo. Khalid, 47, dan empat tertuduh lain didakwa melakukan konspirasi, menyerang orang awam, pembunuhan dan pelanggaran undang-undang perang.

Dakwaan lain termasuk kemusnahan, rampasan dan keganasan serangan yang mengorbankan 2,976 orang. Khalid yang merupakan warga Pakistan didakwa bersama anak saudaranya, Ali Abd al-Aziz Ali. Tertuduh lain ialah, Mustapha al-Hawsawi, Yemenis Ramzi Binalshibh dan Walid bin Attash. Jika didapati bersalah, kesemua mereka akan dihukum mati.
(IH)  


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails