Sunday, June 03, 2012

Diktator Mubarak Dihukum, Mubarak M'sia Bila Lagi?

SUASANA di dalam mahkamah ketika keputusan perbicaraan ke atas Hosni Mubarak di Kaherah diumumkan semalam. 

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada tahun lalu.
Turut menerima nasib sama ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Al-Adly manakala enam bekas komander polis Mubarak didapati tidak bersalah.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa seorang pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad. Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan untuk meredakan ketegangan menjelang pusingan penentuan pilihan raya Presiden yang dijadualkan pada bulan ini.

Mubarak, 84, merupakan pemimpin Arab pertama yang dibicarakan di negara sendiri. Pada masa yang sama, tuduhan rasuah ke atas dua anak lelaki diktator itu, Alaa dan Gamal digugurkan kerana kes mereka sudah lama berlaku dan melebihi tempoh boleh dakwa. Namun, kedua-duanya masih berdepan dakwaan melakukan perdagangan orang dalam melibatkan urusniaga saham.

Ketika keputusan dibacakan, Mubarak tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar. Terdahulu, Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.”

Menurutnya, Mubarak dan Habib langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari awal tahun lalu. Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati di sini dan beberapa bandar raya utama lain sepanjang gelombang kebangkitan rakyat tercetus di Mesir awal tahun lalu.

Selepas keputusan kes berkenaan diumumkan, Mubarak dibawa menaiki sebuah helikopter untuk menjalani hukuman di Penjara Tora, pinggir bandar raya ini. Setibanya di lokasi, Mubarak tiba-tiba menangis dan hanya turun dari helikopter selepas dipujuk oleh beberapa anggota polis. Perbicaraan bekas pemimpin kuku besi itu berlangsung di sebuah akademi polis yang digunakan sebagai mahkamah di sini.

Sementara itu, seorang peguam Mubarak, Yasser Bahr berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi tidak lama lagi. “Keputusan kes ini memiliki kecacatan dari setiap sudut,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pergelutan antara penyokong dan penentang Mubarak berlaku di dalam dan di luar mahkamah selepas keputusan kes tersebut dibacakan. Pergaduhan berlaku selepas kumpulan penentang Mubarak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

“Saya tidak mahu hukuman lain melainkan hukuman mati ke atas Mubarak,” kata seorang lelaki, Hanafi El-Sayed. Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari 2011 selepas memerintah Mesir selama hampir 30 tahun bermula 14 Oktober 1981.
– Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Diktator Mubarak Malaysia bila lagi akan dihukum? Dihukum dalam PRU 13, sebelum atau selepasnya?

Doktor Osama Pun Dipenjara, 'Tindakan Mengarut'..

Shakil Afridi

Doktor Osama dipenjara 33 tahun kerana dituduh hubungan militan.
 
ISLAMABAD 31 Mei 2012: Dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam kes yang mencetuskan kemarahan Washington, seorang doktor Pakistan yang membantu Agensi Risikan Pusat (CIA) mengesan Osama bin Laden tahun lalu, dipenjara minggu lalu kerana terlibat dalam aktiviti militan.

Dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam menunjukkan Dr Shakil Afridi tidak bertindak membantu khidmat risikan Amerika, sebaliknya dikaitkan dengan kumpulan militan. Tindakan Pakistan menahan beliau lebih seminggu lalu mengundang kecaman pentadbiran Obama dan membawa kepada tekanan agar bantuan kepada Pakistan dipotong AS$33 juta - satu juta dolar bagi setiap satu tahun hukuman penjara dikenakan ke atasnya.

Laporan-laporan sebelum ini menyebut doktor itu mengkhianati kepentingan negara dengan membekalkan maklumat kepada agensi risikan asing. Dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam pula menunjukkan beliau kini didakwa terlibat dalam "aktiviti-aktiviti antikepentingan negara."

Keluarga Shakil mendakwa tahanan beliau sebagai satu tindakan mengarut dan peguamnya mahu mengemukakan rayuan. Kes Shakil didengar di bawah sistem kehakiman puak secara tertutup. Osama terbunuh dalam serangan ketenteraan pasukan khas Amerika Syarikat (AS) pada awal Mei 2011.(IH)

E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet



E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Bab 1
Bab 2
Bab 3 
Bab 4 
 Ikuti selanjutnya..

Wanita Kristian Patut Berpakaian Sopan -Uskup Mesir

Alexandria, Egypt مصر- الاسكندريه. Alexandria, Egypt   

WANITA Kristian sepatutnya pakai pakaian sopan, “seperti halnya saudara-saudara perempuan Muslim mereka” dan mengikuti contoh mereka. Demikian kata seorang uskup Koptik di Mesir yang menimbukan geram ramai wanita Kristian pada 18 Mei lalu. Lapor Al Arabiya pada 31 Mei  yang mengutip laporan Guardian awal minggu ini.

“Ibu Maria kita dulu mengenakan tarha [tudung panjang untuk menutupi rambut], mengapa kamu tak boleh ikut apa yang dicontohkannya dan (berpakaian) tertutup?” kata uskup yang merupakan salah satu calon diunggulkan untuk menjabat sebagai Paus Gereja Orthodoks Koptik (Qibhty).

Kenyataan pemuka agama Kristian Koptik seperti itu muncul, kerana terdapat semakin banyak kes gangguan terhadap para wanita yang tidak mengenakan tudung sopan di jalan-jalan Mesir. 


Salah seorang wanita Koptik menceritakan kepada Guardian bahawa ia, bersama dengan wanita-wanita Muslim yang tidak berpakaian sopan, mendengar teriakan lelaki yang berpapasan dengan mereka, " Kamu tunggu, nanti pasti datang orang yang akan membuat kamu berpakaian tertutup dan menyuruh kamu tinggal di rumah, sehingga tidak ada lagi najis  seperti ini.”

Wanita-wanita Kristian yang marah atas pernyataan uskup mereka itu mengadakan tunjuk perasaan pada 18 Mei lalu di depan Patriarki Koptik di Abbasiyyah. Sekitar 50 orang lelaki dan wanita Kristian yang berdemonstrasi itu yakin bahawa pernyataan uskup tersebut merupakan “instrumentalisasi politik atas wanita Koptik,” tulis Guardian.


Warga Kristian tersebut menuduh uskup mereka ingin mereyu kelompok Islam, dengan “menunjukkan keinginannya untuk mengikuti aturan berpakaian cara wanita Muslim.” (IH)

Artis E/Contessa, Pernah Murtad Kini Perjuang Aqidah?


 Emilia Contessa, kini bertudung?

 

HALAMAN HIBURAN

BERITA HARIAN SINGAPURA 2 Jun 2012

Emilia berhasrat jadi AP untuk perjuangkan akidah Islam

JAKARTA: Penyanyi tahun '70-an dari Indonesia, Emilia Contessa (gambar), berkata penglibatannya dalam arena politik akan membuka ruang untuk beliau bergelar Ahli Parlimen pada pilihan raya Indonesia, yang dijadualkan pada 2014.
Beliau berkata, hasratnya adalah bagi memperjuangkan hak dan akidah Islam di negara itu agar tidak terus tercemar dan berharap usahanya akan mencapai kejayaan.
"Saya sudah 13 tahun berjuang dalam politik. Malah, saya pernah kalah ketika pengundian tetapi saya tidak pernah patah semangat.
"Hasrat saya memang tinggi menggunung untuk memperjuangkan akidah umat Islam di Indonesia," kata Emilia, 55 tahun, lapor mStar Online.
Emilia, yang mewakili parti Persatuan Pembangunan iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak masyarakat Islam Indonesia, berkata penglibatannya dalam politik telah membataskan kerjayanya dalam bidang seni.
Ujarnya, ia disebabkan beliau perlu berkempen ke serata tempat mencari pengaruh yang memaksanya menolak banyak undangan persembahan pentas.
"Saya amat bersyukur pada ketika ini saya masih mendapat banyak undangan menyanyi tetapi saya tidak dapat memenuhi semuanya kerana saya aktif berpolitik.
"Saya juga meninggalkan terus dunia lakonan," jelasnya yang pernah popular dengan lagu Penasaran, Bunga Mawar, Rindu, Mungkinkandan Kehancuran.
Walaupun tidak terlalu aktif dalam bidang seni, beliau sentiasa memperuntukkan masa satu jam sehari untuk mengasah vokalnya dengan menyanyi sambil diiringi piano.
Menurutnya, latihan tersebut mampu membuatkan seseorang itu mengekalkan kelunakan suara masing-masing walaupun ketika usia sudah lanjut.
Menyentuh mengenai kisah peribadi, Emilia yang pernah tiga kali berumah tangga berkata suami ketiganya adalah seorang duda, yang juga ahli politik berketurunan Arab iaitu Encik Ussama Muhammad Al Hadar.
Hasil keseluruhan perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat anak.
Salah seorang daripada anaknya iaitu Denada Elizabeth Anggia Ayu, yang merupakan penyanyi rap di Indonesia. 

Komen Weblog http://manjongmari.blogspot.com: 

Bersangka baik dan berlapang dadalah kita dengan niat murninya..lagi pun kisah ni berlaku di Indonesia... Kalau di Malaysia macam bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Jati... tobat lahum aku tak percaya dengan apa yang dia sebutkan...

Mungkin kisah lama penyanyi ini timbul kesedaran,,, ikut sejarah, perkahwinan kali pertamanya dengan lelaki Kristian, dan dia ikut sama jadi kristian seketika... 
Komen Weblog Ibnu Hasyim
Menyentuh sisi peribadinya pula, Emilia berkahwin dengan Rio Tambunan pada 1976 dan dikurniakan dua anak iaitu penyanyi Denada Elizabeth Anggia Ayu dan Enrico Wendri Rizky.

Kemudian, beliau bernikah pula dengan Abdullah Surkaty dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Surkaty. Seterusnya dia bernikah dengan lelaki keturunan Arab yang juga duda beranak dua, Ussama Muhammad Al Hadar dan mendapat seorang anak lelaki, Kaisar Hadi Haggy Al-Hadar.
Ertinya, artis ini pernah murtad dan Islam kembali.. Dan ingin perjuangkan aqidah Islam melalui parlimen Indonesia. Bahkan masih terus menyanyi dan akan datang membuat persembahannya di Malaysia.
Wajarkah? 

Saya Datang Unt Jadi Pejuang Islam -Zaid Tv Hijrah


Zaid bersama Kumpulan Studio Muallaf & Friends di majlis pelancaran TV Al-Hijrah. Dari kiri: Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly, Ahnaf Jamal, Leia az-zahra Justin Abdullah, Hafeizi, Muhammad Zaid Tandang dan Alex Koh Kee Kiat (juga sudah masuk Islam). - Foto oleh SHAARI CHE MAT

SEORANG selebriti TV Al Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu turut bersama-sama di pentas PAS malam tadi di Alor Star. Beliau ialah Muhammad Zaid Tandang berasal dari Sarawak  bertekad mahu menjadi salah seorang yang memperjuangkan Islam.

Muhammad Zaid Tandang dari  Studio Muallaf & Friends, yang turut memfokuskan tentang program televisyen, ceramah, seni al-Quran, buku yang berkaitan dakwah, bukan sekadar nyanyian. Kumpulan yang terdiri daripada Muhammad Zaid Tandang, Leia az-zahra Justin Abdullah, Ahnaf Jamal, Hafeizi, Alex Koh Kee Kiat, Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly dan Sarah Bani Yamin (pemain biola) bukanlah calang-calang kumpulan sebaliknya tampil dengan keunikan tersendiri.

Tampil dengan pelbagai rupa, kumpulan yang ditubuhkan kira-kira dua lalu ini telah menghasilkan lagu berasaskan hadis berjudul Hijrah yang menampilkan tujuh bahasa iaitu Arab, Melayu, Inggeris, Kadazan, Iban, Mandarin dan Hindi.

Kepelbagaian bahasa ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian keturunan di kalangan mereka, malah mampu menunjukkan kepada semua bahawa perbezaan antara satu sama lain tidak menghalang mereka untuk bersatu. Mereka mahukan Islam disampaikan kepada golongan Muslim dan bukan Muslim secara kreatif dan inovatif, bukan secara konvensional.

"Saya datang sini ada matlamat iaitu untuk menjadi salah seorang pejuang Islam," kata Muhammad Zaid sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberi ruang kepadanya dalam himpunan tersebut.

Himpunan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Kemunculan beliau mendeklamasi puisi 'Anak Muda Garang' diiringi sorakan semangat anak muda yang memenuhi stadium.

Padang becak akibat hujan lebat pada sebelah petang langsung tidak menjadi halangan untuk orang ramai duduk di atas rumput sepanjang himpunan berlangsung. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Gunakan Medium Hiburan Sebagai Dakwah -Aishah


 

ALOR SETAR: Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) berkata, PAS harus memberi pencerahan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai  dakwah kepada masyarakat.

"Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini.

"Saya menyeru PAS bersabar dalam  mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat," kata Aishah dalam nada sebak di hadapan lebih 50,000 yang hadir di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini malam tadi.

Penyanyi popular tahun 90-an itu, yang menyertai PAS baru-baru ini meletakkan harapan kepada parti itu terus mendekati dan membimbing golongan artis.

Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdeka juga yakin artis memainkan peranan yang besar untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda mencintai Islam.

"Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.

"Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.

"Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al Quran dan hadis," katanya.

Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.

"25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS  dan membuktikan PAS for everyone," katanya disambut laungan takbir dan sorakan semangat hadirin sambil mengibarkan bendera PAS di segenap ruang stadium. (IH/Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails